Bab 4

Action Series 24670

     Hari ini Mikayla tidak ke tempat kerja oleh kerana tubuhnya berasa betul-betul tidak larat, perut serta pinggangnya terasa sakit disebabkan datang bulan. Rasa seperti ditekan atau ditumbuk seseorang, terlalu sakit dan kuat sengugutnya.

     Laci di sebelah katil meja diraba-raba mencari ubat tahan sakit tetapi tiada. Tangannya diangkat sebelum dia mengetuk kepalanya sendiri, mengapalah dia tidak membeli ubat tahan sakit senggugut setelah pulang daripada kerja semalam.

     Tangannya mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja lampu. Nombor Amira didail bagi meminta bantuan sahabatnya itu untuk menghantar ubat. Kebiasaannya dengan rela hati Amira akan bersetuju oleh kerana dia sangat mengambil berat tentang keadaan Mikayla.

     Tut tut... tut tut...

     "Yes," Amira memulakan bicaranya.

     "Awak ada di rumah?"

     "Saya dalam kereta on the way ke rumah mak long, kenapa Kayla?"

     "Tak ada apa, saja tanya. Kalau macam tu, tak apalah, saya tutup dulu. Awak jaga diri tau." Jawab Mikayla bernada tenang.

     "Alright!"

     Amira pula tidak dapat membantunya, tak akan dia sanggup menyuruh Amira berpatah balik semata-mata ingin menghantar ubat untuknya? Itu sudah dikira menyusahkan. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar untuk membeli sendiri ubat yang diperlukan.

     Selesai membuat pembayaran, kakinya diatur keluar daripada farmasi tersebut. Langkahnya terus dihala ke hadapan untuk melintasi jalan raya. Setelah memastikan jalan itu clear, dia terus berjalan maju ke hadapan.

     Sebuah kereta yang meluncur laju dari arah kiri membuatkan otak gadis itu tidak dapat memberikan sebarang tindak balas pada situasi ini oleh kerana terkejut, badannya kaku berdiri di tengah-tengah jalan seperti sudah bersiap sedia untuk dilanggar.

     Pantas badannya ditolak seseorang jauh dari jalan raya sehingga kedua-dua mereka jatuh tergolek di atas rumput. Mata Mikayla membulat besar setelah baru tersedar bahawa tubuh badannya berada betul-betul di atas tubuh tegap lelaki itu.

     Lelaki itu cepat-cepat menarik lengan bajunya bagi menutup kawasan kulit lengan yang terdedah.

     "Awak okay? Sa..." Ayat Mikayla dipintas oleh si jejaka.

     "Kau tak reti guna mata ke?!" Tengkingan secara tiba-tiba daripada lelaki tersebut membuatkan Mikayla tersentak sekaligus terasa seperti hendak menangis.

     Pantas dia menjauhkan jarak mereka berdua. Kepalanya ditundukkan ke bawah, rasa takut untuk mengangkat wajahnya.

     Lelaki itu bangun diiringi rengusan kasar sambil mengibas-ngibas seluarnya yang terlekat tanah serta rumput kering.

     "Kau bangun!" Arah lelaki itu dengan kasar. Mikayla masih menunduk, air mata mengalir di pipi kemudian menitis di tanah.

     "Aku cakap bangun! Kau pekak ke?" Lelaki itu menarik pergelangan tangan Mikayla ke atas dengan kasar sehingga membuatkan gadis itu meringis kesakitan.

     "Ikut aku!" Tangan gadis itu ditarik kasar meluru ke arah kereta sport miliknya.

     Mikayla hanya mengekor dan menahan kesakitan di pergelangan tangan. Dia masih terkejut dengan apa yang telah terjadi sebentar tadi, dirinya hampir dilanggar sebuah kereta dan ketika ini lelaki yang tidak dikenalinya walhal wajah pun tidak nampak melepaskan rasa marah tanpa sebab yang munasabah pula terhadapnya.

     Dia hanya diam tanpa berkata-kata, otaknya memikirkan dari mana lelaki ini mengetahui alamat rumahnya?

     "Keluar." Lelaki itu bersuara setelah keretanya diberhentikan betul-betul di hadapan rumah Mikayla.

     "Terima kasih, saya mintak ma..." Ayat Mikayla laju dipotong lelaki itu.

     "Aku kata keluar!"

     Dengan pantas Mikayla membuka pintu lalu melangkah keluar daripada perut kereta. Tidak betah dia berlama-lamaan di dalam kereta bersama seekor singa yang terlampau garang seperti itu, tahu hendak menengking saja. Sudahlah perutnya sedang sakit ketika ini.

     Lama dia merenung tingkap kereta yang bewarna gelap itu berlalu pergi tetapi kereta itu seakan tidak mahu beredar. Tingkap kereta meluncur turun ke bawah membuatkan Mikayla membulatkan matanya kerana takut disembur sekali lagi oleh si singa garang.

     Satu plastik barang yang dibelinya tadi terbang keluar daripada tingkap kereta secara tiba-tiba membuatkan Mikayla terkejut beruk.

     "Aku tak makan ubat sakit perempuan!" Jerit lelaki itu sebelum keretanya berlalu pergi dengan pantas.

     "Fuh!" Nasib baik dia sempat menangkap plastik itu dari terkena wajahnya. Kakinya diatur masuk ke dalam rumah bersama perasaan yang bercampur baur.

     Hezrick memberhentikan keretanya di bahu jalan, dadanya masih berombak kencang. Skop kepala hoodie diturunkan bagi memberi ruang udara sejuk mengenai wajah dan lehernya. Degupan jantung pula sudah seperti dia baru lepas berlari empat jam tanpa henti.

     "Kenapa kau susah sangat nak jaga diri Kayla?!" Jeritnya dengan rasa geram, geram terhadap gadis kesayangannya yang sering leka dengan situasi semasa.

     Stereng keretanya dihentak bengang, jantungnya hampir gugur melihat sebuah kereta meluncur laju di atas jalan raya ingin melanggar gadis itu. Nasib baik dia sempat, kalau tidak, pasti saja dia akan kehilangan gadis itu. Nombor Enrique didail.

     Tut tut... tut tut...

     Tidak berjawab.

     Tut tut... tut tut...

     "Mana pulak setan ni pergi?!" Soalnya bengang, telefon bimbitnya dibaling ke seat penumpang.

     Pintu kereta di sebelah penumpang itu dibuka dari luar secara tiba-tiba. Muncullah Herith bersama kotak-kotak pizza yang baru saja dibelinya memasuki perut kereta.

     "Macam mana dengan perempuan tu? Dah mati ke belum?" Soal Herith sambil mengelap peluh di dahi. Panas juga cuaca di Malaysia ini.

     "Mati kepala otak kaulah! Aku yang dah nak mati sesak nafas sekarang ni," jawab Hezrick dengan rasa geram, Herith seperti tiada otak saja bertanyakan soalan itu kepadanya.

     "Habis tu kau nak aku buat cpr tak?" Soal Herith tanpa ada rasa bersalah terhadap mood abangnya yang tidak beberapa baik. Hezrick menjeling tajam wajah Herith sebelum lelaki itu lalu memulakan pemanduan.

     "Okay tak kelakar," ujar Herith, matanya masih merenung sisi wajah Hezrick. Sekali lagi Hezrick menjeling wajahnya.

     "Okay tak ada mood untuk bergurau," matanya dihala ke hadapan melihat jalan yang sesak kemudian dia kembali merenung sisi wajah Hezrick, abangnya itu masih membalas dengan jelingan.

     "Kau buat aku takut! Stop tunjuk mata kau yang tak cantik tu pada aku!" Jerit Herith sambil menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     "Shut the fuck up." Jawab Hezrick dengan nada yang sedikit tegas membuatkan Herith menelan air liur.

     Hezrick dan Herith melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang layu, masing-masing menahan kantuk kerana jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi dan mereka baru tiba di rumah.

     "Penatnya teman kau ni Ricky, aku teman Enrique pun tak rasa penat macam ni." Rungut Herith sebelum dia menguap besar sekaligus menayangkan wajah hodohnya kemudian dia berlalu ke bilik.

     "Pergi mana?" Enrique yang sedang elok duduk di atas anak tangga mula bersuara.

     "Kau buat apa dalam gelap ni?" Soal Hezrick yang mula berasa hairan. Pelik juga melihat lelaki yang sudah nampak seperti mayat hidup itu.

     "Biasalah, setan memang suka duduk dalam gelap." Jawab Enrique bersahaja.

     Hezrick melabuhkan punggungnya di sofa, kepalanya diletakkan di atas penyandar sofa itu. Kaki pula dinaikkan ke atas meja kopi. Badannya direnggangkan sedikit bagi membetulkan urat-urat yang sudah terkeluar dari landasan akibat seharian tidak rehat sebelum matanya dipejam rapat.

     "Ricky?" Panggil Enrique perlahan.

     "Hm?" Sahut Hezrick dengan malas.

     "Esok kita ada meeting, kau tahu tak meeting tu dekat mana?"

     "Dekat mana?" Soal Hezrick dengan mata yang terpejam.

     "Hirax Club."Jawab Enrique pendek.

     "Seriouslah?" Hezrick mencelik mata memandang Enrique yang sudah berdiri di hadapannya. Enrique mengangguk beberapa kali bersama senyuman nakal, sungguh nakal.

     "Aku anti betul la dengan kelab malam. Cancel ajelah, aku tak nak pergi." Jawab Hezrick tanpa nada sebelum matanya kembali dipejam.

     "Tapi meeting tu penting boss..." Enrique melabuhkan punggungnya di sebelah Hezrick.

     "Babilah, dah tahu meeting tu penting, apahal buat kat tempat haram?!" Hezrick mula berasa panas dengan kenyataan yang baru disampaikan Enrique.

     "Kau pergi aje, yang lain tu biar aku dan Fred yang uruskan. Jangan risau bro, semua akan berjalan dengan lancar..." Ujar Enrique yang cuba untuk menenangkan hati Hezrick. Hezrick merenung tajam wajah Enrique. Lancar? Jangan buat kelakarlah sial.

     "Kenapa kau tak tidur lagi?" Soal Hezrick setelah beberapa minit mereka diam melayan perasaan masing-masing.

     "Aku teringatkan awek aku. Entah apa yang dia buat sekarang ni," Enrique merenung kaca tv yang gelap tidak terpasang.

     "Pfft! Awek manalah yang sial sangat tu hahaha..." Hezrick tergelak besar melihat wajah tenang Enrique.

     "Nama dia Nur Mikayla," jawab Enrique tanpa nada membuatkan mata Hezrick membulat besar.

     "Kau jangan macam-macam, aku yang cop dia dulu. Pergi cari perempuan lainlah anjing,"

     "Tak salah kalau aku nak potong line. Lagipun aku lebih pandai menghargai daripada kau," kata Enrique yang mula bernada sinis.

     "Apa yang aku tak hargai tentang dia?" Soal Hezrick yang seperti tidak berpuas hati dengan kata-kata Enrique.

     Tidak cukupkah selama ini dia menjaga gadis itu dari jauh? Dia hanya mahu menjadi seorang lelaki yang berguna di dalam hidup gadis itu. Dia lakukan semua ini bersebab, semuanya bersebab.

     "Sejahat-jahat aku, aku tak pernah lagi biarkan seorang gadis bersedih setiap malam atas kesilapan aku sendiri," Enrique masih lagi dengan sinisannya. Hezrick terdiam.

     "Kau fikirlah sendiri Ricky. Jangan sampai dia dirembat orang lain sudahlah, perempuan cantik tu mudah terpengaruh. Tapi kalau kau nak bagi aku, aku okay aje jaga bekas orang," sambungnya lagi, tangannya menepuk belakang bahu Hezrick beberapa kali bersama senyuman jahat ditayangkan.

     "Cuba bayangkan aku dengan dia, bersama dalam satu bilik. Fuh, nikmat bro. Kau tak nak join ke?" Enrique masih lagi dengan fikiran jahatnya.

     "Sebelum aku ditumbuk lebih baik aku cau dulu bro..." Enrique menggosok kasar rambut Hezrick sebelum dia tergelak kecil lalu melangkah pergi.

     Hezrick hanya diam, betulkah gadis itu bersedih setiap malam? Sebelum ini dia melihat wajah gadis itu nampak biasa saja seperti wajah yang tidak mempunyai sebarang masalah, cumanya manja gadis itu masih sama seperti dahulu sewaktu perkenalan pertama mereka.

     Kata-kata Enrique yang mengatakan bahawa gadis itu akan disambar orang terngiang-ngiang di dalam kepala. Jika itu terjadi, dia pasti akan membunuh sesiapa sahaja yang ingin mendekati gadis kesayangannya itu.

     "Tunggu aku Kayla..."

     Tangannya diangkat ke atas sebelum wajahnya diraup. Walaupun lelaki bodoh yang bernama Enrique tidak boleh dipercayai, dia tetap rasa risau dengan apa yang bakal terjadi. Bagaimana jika gadis itu tahu mengetahui perkara sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience