Bab 5

Action Series 24670

     Kereta dipakir di hadapan Hirax Club iaitu sebuah kelab malam yang terkenal dengan pelbagai jenis sistem canggih jika hendak dibandingkan dengan kelab malam yang lain.

     Dia dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat lain yang baru hendak meningkat naik. Hari ini, tugasnya adalah menjadi penceramah pelbagai jenis topic seperti tips berjaya dan juga cara yang paling mudah untuk menghadapi masalah dalam syarikat.

     Bukan dia tidak tahu masalah syarikat yang kian menaik ketika ini hanyalah kerana rasuah dan juga kesilapan dalam penggunaan kuasa sebagai pemimpin. Hairan, Hezrick dan rakan-rakannya sendiri juga sering menggunakan kuasa pemimpin ke arah yang tidak sepatutnya tetapi syarikat mereka tetap kukuh seperti dahulu.

     "Mungkin mereka terlalu bodoh untuk handle syarikat, jadi kuli aku ajekan senang." Kata Hezrick sendiri sebelum dia melangkah keluar daripada perut kereta.

     Kunci diberikan kepada pengawal yang ditugaskan untuk memakir kereta di tempat yang sepatutnya. Biasalah, diakan boss yang layak mendapat layanan vvip.

     Punggung dilabuhkan ke atas kerusi empuk yang berlabel namanya, 'Ricky'. Tiga orang lelaki yang diapit gadis-gadis berada dalam satu ruang dengannya dipandang sekilas sahaja oleh kerana dia langsung tiada minat untuk berbual dengan mereka semua.

     Sementara menunggu kehadiran Freddy dan Enrique, sepasang mata bewarna oren itu memerhati kawasan belah dalam dewan bagi melihat jika ada sabotaj yang akan berlaku pada malam ini.

     Sedang dia memerhati, matanya tertancap pada seketul block besi bewarna hitam bersaiz kecil terlekat di bawah sebuah meja. Senyuman sinis terukir di bibir, sudah dapat mengagak hal ini akan terjadi juga.

     Mesyuarat boss besar seperti ini pasti akan berlakunya pertumpahan darah hanya disebabkan dendam ataupun masalah dalaman sesebuah syarikat itu sendiri.

     Kakinya diatur meluru ke arah meja tersebut untuk melihat nama yang dilabel iaitu, 'Mr. Hanafi'. Tangannya menyentuh block besi kecil itu untuk menilai sejauh mana jarak letupan bom kecil tersebut.

     "24 meter aje? Matilah kau malam ni Hanafi, aku malas peduli." Katanya sendiri menggunakan nada biasa sebelum dia melangkah ke kerusinya tadi.

     Seorang pelayan perempuan berpakaian seksi menuju ke arahnya bersama buku menu. Hezrick menyambut huluran buku menu itu dengan wajah yang biasa.

     "Lembab betul service kat sini," kata Hezrick tanpa berlapik. Gadis itu hanya diam menunggu pesanan.

     "Muslim?" Soal Hezrick tanpa menoleh ke arah gadis itu, boleh bengkak bebola matanya melihat pakaian gadis itu.

     "Err ya..." Jawab gadis itu perlahan.

     "Tak takut api neraka ke?" Soal Hezrick lagi, buku itu sudah dibelek sehingga ke muka surat terakhir tetapi satu pun tidak menepati cita rasanya pada malam ini.

     "Sa..." Kata-kata gadis itu dipintas Hezrick.

     "Jangan jawab pada aku. Kau boleh fikir sendiri. Bagi aku jus epal dan kau boleh blah. Jangan tunjuk muka depan aku lagi lepas ni, tu pun kalau kau rasa nak hidup lama." Ujar Hezrick bernada sinis. Gadis itu berlalu pergi tanpa membalas kata-katanya.

     "Mak bapak kaya, tapi kerja kat tempat haram jadah macam ni, babi apa?" Bebel Hezrick perlahan. Sekali imbas saja dia dapat tahu segala identiti gadis itu.

     Pintu masuk dewan dikuak dari luar, muncullah wajah nakal Herith melangkah masuk ke dalam dewan dengan penuh gaya. Kedua-dua belah tangan lelaki itu elok terletak di dalam kocek hoodie yang tersarung pada tubuh tegapnya, sangat macho!

     "What's up bro?" Sapa Herith ramah sambil mengambil tempat di kerusi kanan abangnya.

     "Apa yang kau buat kat sini?"

     "Fred pas kat aku sebab dia kena buang gas apa entah yang ada dalam bilik dia tu. Nasib baik tak meletup rumah kau tadi, Ricky!" Herith bercerita dengan penuh keberiaannya.

     "Enrique mana?" Soal Hezrick ingin tahu. Kebiasaannya Herith akan datang bersama Enrique oleh kerana mereka berdua sering berkepit jika hendak ke mana-mana sahaja.

     "Aku kat sini! Woo hoo!" Jerit Enrique yang sedang meluncur laju ke bawah secara berpusing-pusing mengikut putaran penghadang tangga yang berada di sudut hujung dalam dewan itu.

     Tangannya diangkat sebelum rambutnya yang bewarna susu bercampur coklat itu digosok beberapa kali bagi menampakkan gayanya yang jahat seperti selalu.

     "Bro, dosa buat maksiat depan orang ramai macam ni. Kau boleh buat aku rasa macam nak muntah hijau sekarang, tahu tak?" Sempat lagi dia menegur seorang lelaki yang sedang duduk berkepit bersama beberapa orang gadis seksi.

     Lelaki itu hanya menayangkan senyuman sinis ke arah Enrique. Enrique mengangkat jari tengahnya lalu ditunjukkan kepada lelaki itu, rasa panas pula hatinya. Meja berdekatan dipanjatnya, dia berdiri betul-betul di atas sebuah meja makan berbentuk bulat menghadap yang lain.

     "Wahai pelacur-pelacur yang bodoh sekalian! Aku kira sampai tiga kalau kau orang tetap tak nak keluar jugak aku akan tembak seekor demi seekor!" Jerit Enrique kuat sehingga suara garaunya dapat didengari seluruh ruang dewan besar itu.

     Belum sempat dia memulakan pengiraan, perempuan-perempuan itu berlari ke arah pintu keluar dewan meninggalkan pasangan mereka.

     "Jinak pelacur zaman sekarang ni. Semua jenis dengar kata, bagus-bagus!" Kata Enrique bersama senyuman jahat. Dia melompat ke bawah sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi empuk yang berada di sebelah Hezrick.

     "Pelacur pun takut tengok muka perogol bersiri macam kau..." Kata Herith tanpa nada.

     Enrique tidak membalas kata-kata Herith, kepalanya terhangguk-hangguk mengikut rentak lagu rancak yang kuat terpasang di dalam dewan itu.

     "Lembabnya setan-setan ni!" Hezrick mula merungut. Dia paling benci menunggu manusia-manusia yang tidak pandai menghargai masa.

     "Kau relax Ricky, terbuka je pintu masuk tu, aku tembak kaki seorang demi seorang. Sabar jap..." Enrique meletakkan sepucuk pistol miliknya ke atas meja.

     Matanya pula merenung tajam pintu masuk dewan itu. Daun pintu dikuak dari luar, dengan pantas tangannya mencapai pistol sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki-lelaki tersebut.

     Bang! bang! bang! bang! bang!

     "Bro!" Jerit Herith setelah melihat tembakan itu benar-benar mengenai kaki mereka. Enrique tidak bergurau kali ini!

     Muncung pistol yang masih berasap ditiup kasar. Pistol itu kembali diletakkan ke atas meja.

     "Sedap tak? Lain kali kalau lambat lagi aku baling pisau pulak. Biar mampus terus!" Enrique menayangkan wajah jahatnya.

     "Lu manyak langsi mah! Mau mati ka?" Soal seorang lelaki cina yang terkena tembakan itu.

     "Shh, aku tak bersembang dengan orang yang dah nak mati. Nah! Ambik duit ni dan pergi hospital yang paling mahal dalam dunia." Enrique melemparkan 10 ketul duit dolar yang elok terikat dan mendarat tepat di hadapan kaki lelaki-lelaki cina tersebut.

     Tanpa banyak kata, lelaki cina yang masih meringis kesakitan itu mengutip semua duit-duit yang dilempar Enrique. Herith dan Hezrick tersenyum sinis.

     "Miskin." Kata Enrique menggunakan nada yang cukup sinis.

     Orang yang tidak mahu hidup lama sahaja berani untuk melawan The Demonio Dentro. Sebuah kumpulan mafia yang digeruni ramai kerana mempunyai ahli-ahli yang gila seperti Hezrick, Herith, Freddy dan Enrique. Mengapa gila? Hal ini kerana mereka semua tidak takut mati dan gemar membuat sesuatu perkara mengikut kepala sendiri.

     Hezrick bangun daripada sofa itu lalu berdiri betul-betul di hadapan tetamu yang hadir.

     "Aku dah malas nak tunggu dan aku akan mulakan sekarang." Kata Hezrick dengan nada yang sedikit meninggi supaya didengari mereka semua.

     Setelah tamat perbincangan, mereka bertiga keluar daripada dewan. Tiada rasa untuk menjamu makanan yang telah disediakan pekerja kelab malam itu. Keluar saja daripada pintu, bunyi satu letupan yang datangnya dari dalam dewan membuatkan dahi Herith berkerut.

     "Bunyi apa tu?" Soal Herith, kepalanya dipusingkan 90° ke kiri untuk melihat pintu dewan yang sudah tertutup.

     "Mr. Hanafi and friends died..." Jawab Enrique bersama senyuman jahat.

     Herith mengangguk tanda mengerti. Sesiapa sahaja yang sering membuat masalah dalam sesebuah syarikat memang patut mati.

     Kereta bergerak laju meluncur di atas jalan raya. Herith menambah bilangan volume radio, bunyi lagu itu mampu memekakkan telinga mereka bertiga di dalam kereta milik Hezrick.

     "Telinga kau tak ada lubang ke?" Soal Hezrick bernada tegas bercampur geram.

     Geram dengan Herith dan Enrique yang ingin menumpangnya balik walaupun mereka berdua datang menaiki kereta sendiri ke kelab tadi. Alasan sial yang diberi Enrique adalah keretanya sudah hilang diambil orang. Jadi, dia dan Herith tiada kenderaan untuk ke restoran.

     "Ada, tapi tersumbat." Jawab Herith tanpa menoleh ke arah abangnya.

     "Lepas korek tu okaylah," sampuk Enrique yang duduk di seat belakang.

     Hezrick merengus kasar, tangannya kembali merendahkan volume radio. Herith dan Enrique diam melayan perasaan masing-masing, malas hendak bergaduh.

     Sambil melangkah ke arah meja yang telah ditempah di dalam sebuah restoran bertaraf enam bintang itu, Enrique mendail nombor telefon seseorang.

     Tut tut... tut tut... tut tut...

     "Hello dear, I dengan kawan-kawan I dah sampai kat restoran ni, you ada kat mana?" Soal Enrique bernada gedik.

     "Fuck, aku dah ada dekat meja."

     "You nak fuck I? Seriously? You nampak pel..." Talian mereka terputus tanpa sempat Enrique menghabiskan ayatnya.

     "Ada awek pun macam binatang perangai!" Bebel Enrique bernada tidak puas hati.

     "Awek kau tak sayang kaulah tu. Mungkin dia dah jumpa yang lebih sempurna. Siapa yang sanggup hidup dengan anjing liar macam kau ni memang gila ah perempuan tu..." Kata Herith sebelum dia tersengih.

     "Fuck you, fuck you, you fuck..." Enrique mencarut tanpa henti sambil melangkah ke arah Freddy.

     "Kenapa kau end call tadi? Nak gaduh ke?" Sepasang mata bewarna biru milik Enrique menikam tajam wajah Freddy.

     "Aku malas nak melayan anjing menyalak, so aku tutup ajelah," jawab Freddy tanpa nada.

     "Hm janganlah macam ni. Aku mengadu kat atuk aku karang baru reti bahasa..." Enrique mencebik. Freddy menjeling tajam wajah lelaki itu.

     "Mikayla..." Sebut Freddy setelah baru teringat tentang gadis itu. Hezrick terbatuk-batuk seperti Freddy telah menyebut namanya pula.

     "Dia baru je sebut nama perempuan tu, kau tersedak macam dah nak mampus?" Herith bertindak menggosok-gosok belakang tubuh abangnya yang masih terbatuk, jelas kelihatan wajah lelaki itu sudah mula bertukar merah.

     "Kau patut jaga dia betul-betul Ricky," Freddy merenung wajah kacak Hezrick.

     "Aku buat sehabis baik dah sebelum ni," jawab Hezrick sebelum dia menyedut air kegemarannya, jus epal.

     "Aku ingatkan aje, yang lain terpulanglah pada kau." Kata Freddy, tangannya menyuap ketulan ayam ke dalam mulut.

     "Ye sabarlah, minggu depan kau teman aku," kata Hezrick bernada tenang.

     "Aku? Enrique?" Herith menyampuk perbualan abangnya bersama Freddy.

     "Kau dengan Enrique pergi kerja macam biasa, jangan menyibuk." Hezrick menoleh ke arah adiknya.

     "Okay..." Jawab Herith pendek manakala Enrique hanya diam menikmati makanan.

     Hezrick merenung wajah biasa Herith dan Enrique. Dua ekor makhluk ni langsung tidak boleh dipercayai. Selepas ini, dia perlu lebih berjaga-jaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience