Bab 9

Action Series 24641

     Hezrick menurunkan tingkap setelah mendengar bunyi ketukan yang sangat kuat dari luar. Sepasang mata bewarna oren kekuningan miliknya merenung tajam ke arah si penganggu. Apalah si syaitan ni buat dekat sini?

     "Bro, cantik kereta. Pinjam boleh?" Soal Enrique bersama senyuman sinis.

     Badannya dibongkokkan dan kepalanya dimasukkan sedikit ke dalam tingkap kereta itu. Kedua-dua belah lengannya disilangkan lalu diletakkan ke atas tingkap yang sudah terbuka sepenuhnya. Kaca mata hitam ditanggal bagi melihat wajah kedua-dua manusia itu dengan jelas.

     Mulutnya bersiul kecil melihat awek yang duduk bersebelahan dengan Hezrick. Sepasang mata bundar itu sedang merenung ke arahnya tanpa berkelip. Mungkin kerana dirinya begitu kacak dan bergaya memakai kemeja bewarna pink dan berseluar slack hitam.

     Kenyitan mata dihadiahkan pada si gadis cantik itu. Senyuman manis sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih ditayangkan.

     "What do you want, dude?" Soal Hezrick dengan nada yang agak kasar. Suka-suka hati dia saja kenyit mata pada bakal isteri aku, memang nak mati dia ni!

     "I just want that girl to be my sex slave," tanpa rasa takut Enrique menyatakan perkara itu pada Hezrick. Mata Mikayla membulat besar seraya memalingkan wajahnya ke sisi.

     Tangan Hezrick laju saja mencekak kolar baju Enrique sehingga badan lelaki itu terdorong ke hadapan. Enrique masih mempamerkan wajahnya yang sinis.

     "Pergi mati setan," Hezrick melepaskan kolar baju lelaki itu dengan kasar.

     Wajah Enrique masih kelihatan sinis tanpa ada rasa takut melihat wajah garang Hezrick, kaki dihayunkan ke arah pintu sebelah penumpang. 'Apa lagi yang syaitan ni nak?' Getus hati Hezrick. Dia risau juga sekiranya lelaki terencat akal itu tiba-tiba melakukan perkara yang tidak elok terhadap gadis kesayangannya.

     Tingkap sebelah penumpang pula diketuknya dengan menggunakan ketukan yang kuat supaya Hezrick menurunkan tingkap itu. Sebaik sahaja tingkap diturunkan, matanya bersambung tepat dengan sepasang mata hazel milik Mikayla.

     "Hey girl, I gurau jelah. Nama I Mikhail..." Tipu Enrique seraya menghulurkan tangan untuk bersalam dengan gadis itu.

     Mikayla hanya merenung tangan itu tanpa ada rasa untuk menyambutnya. Hezrick menepis kasar tangan Enrique.

     "Dia milik aku, kau tak boleh sentuh dia sesuka hati," marah Hezrick bersama wajah yang rimas terpamer.

     "Kalau aku buat jugak?" Soal Enrique bernada sinis, cukup sinis.

     "Aku bunuh kau..." Jawab Hezrick mendatar.

     "Tak takut pun werk..." Enrique menjelirkan lidahnya pada Hezrick.

     "Babi apa mamat ni, blahlah!" Hezrick membuat isyarat tangan seperti mengusir lelaki itu.

     "Ei kau ni, nak berasmaradana pun carilah tempat yang sesuai sikit. Ini buat kat tepi jalan, low class betullah." Kata Enrique bersahaja.

     "Bila masa aku berasmara dengan dia? Kau jangan nak menfitnah pulak,"

     "Memang aku tengah fitnah kau ni, elok sikit kamera kat situ aje, I saw everything," Enrique menunjuk radio kereta itu menggunakan jari telunjuknya.

     "Mikayla ni semulajadi cantik tau, kalau kau tak nak dia, pas kat aku jelah..." Mata Enrique masih tidak lepas dari terus merenung wajah takut Mikayla.

     "Kau fikir dia barang ke nak main pas-pas?"

     "Of course, barang mainan, kan Miss Mikayla?" Enrique masih dengan mulut puakanya. Tangannya ingin mencuit dagu runcing milik gadis itu tetapi ditepis kasar.

     "Wow ganas, I like, selamat tinggal kucing garang... Nanti kita jumpa lagi, okay? Kita berjumpa tanpa Ricky pulak." Ayat terakhirnya dibisik pada gadis itu tetapi masih boleh didengari oleh Hezrick.

     "Try me," kata Hezrick pendek.

     "Nanti I try you, sekarang ni I ada kerja sikit..."

     Dia kembali memakai kaca mata hitam miliknya sambil berjalan meluru ke arah kereta. Enjin keretanya mengaum kuat, menganjing pada Hezrick yang masih memandang ke arahnya.

     Pinnn!

     Sengaja Enrique menekan hon lama apabila keretanya melintasi kereta Hezrick. Begitulah dia, suka mencari masalah.

     "Kayla aku..."

     "Awak cerita pada dia?" Soal Mikayla tanpa memandang wajah lelaki itu.

     Tidak sangka Hezrick begini. Dari segi kata-kata lelaki yang bernama Mikhail tadi seakan lelaki itu sudah tahu segala-galanya tentang mereka. Dia fikir hal yang berlaku dahulu itu adalah rahsia mereka berdua sahaja.

     "Aku tak cerita tapi dia tahu sendiri, dia memang pan..."

     "Ambik balik cincin awak," Mikayla menanggalkan cincin itu daripada jari manisnya sebelum dihulurkan kepada Hezrick.

     "Kayla, ini untuk kau. Tolonglah jangan cabut lagi," Hezrick kembali mencapai tangan Mikayla namun ditolak kasar.

     "Saya barang mainan,"

     "Saya tak layak untuk awak,"

     "Saya perempuan yang tak ada maruah,"

     "Saya umpama pelacur yang percuma,"

     "Enough Kayla." Tegas Hezrick.

     "Hidup saya dah musnah,"

     "Perempuan yang tak ada maruah tak layak untuk hidup bahagia,"

     "Saya layak berada di dalam ha..."

     "Aku cakap sudah Kayla! Sudah! Kau tak faham bahasa ke?!" Hezrick menjerkah gadis itu.

     Panas juga hatinya, sedangkan dia sendiri pun tidak pernah berfikiran seperti itu. Matanya diputarkan pada Mikayla, terhinjut-hinjut bahu gadis itu akibat menangis. Tapak tangan yang melekap pada wajah gadis itu ditarik perlahan.

     Rasa serba salah pula menengking gadis ini. Pantas tangannya merangkul tubuh kecil Mikayla. Kucupan sayang dilabuhkan pada dahi gadis itu. Pemikiran negatif gadis itu sangatlah tidak boleh diterima dek akal fikirannya.

     "Aku mintak maaf Kayla."

     "Bagi saya masa," dia menyembamkan wajahnya pada bahu kanan lelaki itu.

     "Bagi masa apa lagi? Empat tahun aku tinggal kau, aku tak nak masa lagi. Cukuplah silap aku sebab biarkan kau bersedih seorang diri sebelum ni." Pujuk Hezrick lembut. Belakang tubuh gadis itu diusap beberapa kali.

     "Hati saya sakit,"

     "Aku akan ubatkan..."

     "Awak tak mampu," balas Mikayla perlahan.

     "Aku mampu Kayla, aku yakin aku mampu," Hezrick meleraikan rangkulan mereka sebelum tangannya diangkat menyeka lembut air mata gadis itu.

     "Pandang mata aku dalam-dalam,"

     Mikayla menurut tanpa banyak kata, dia sepatutnya bertuah kerana dapat memiliki lelaki seperti ini di dalam hidupnya. Cuma satu yang membatasi perasaan cinta dari terus mekar iaitu rasa ragunya terhadap lelaki ini.

     Dirinya pernah ditinggalkan bertahun lamanya, semangat hidupnya hilang sekelip mata. Rasa sakit yang dia alami hari demi hari hanyalah kerana terlalu merindui lelaki ini. Tidak mustahil suatu hari nanti, lelaki ini akan pergi meninggalkannya buat kali yang kedua.

     "Sepasang mata ni akan kau tatap hari-hari sebelum tidur dan selepas bangun tidur,"

     "Sepasang mata ni yang tak akan jemu memandang kau Kayla, hanya kau yang layak beradu dalam hati aku,"

     "Aku tak pernah buang wajah kau, cinta kau dan sayang kau dari otak aku Kayla. Ingat lagi kita pernah jumpa sebelum ni? Kau naik free grab, aku bayarkan barang kau kat pasaraya dan aku pernah selamatkan kau dari dilanggar kereta,"

     Mikayla sedikit terkejut mendengarkan itu. Patutlah dia seperti pernah bau perfume yang sama dengan lelaki ini.

     "Satu je aku mintak, tolong percayakan cinta aku. Aku tak pernah bermain dengan kata-kata aku sendiri buktinya, aku ada depan mata kau sekarang walaupun aku tak tepati janji dalam masa yang terdekat tu..."

     Sambil dia berkata, sambil dia menyeka air mata yang masih galak mengalir di pipi merah gadis itu. Gelengan kepala Mikayla membuatkan Hezrick mendengus kasar.

     Kepalanya dipalingkan ke hadapan dari terus melihat renungan tajam lelaki itu yang seolah-olah ingin membahamnya. Hezrick juga memalingkan wajahnya ke hadapan, dia perlu bertenang, tidak perlu tergesa-gesa.

     Keras betul sekeping hati gadis ini, tadi sudah elok cincin pemberiannya diterima tetapi disebabkan Enrique si bangsat, gadis itu memulangkan kembali cincin kepadanya.

     Telefon Mikayla berdering kuat menandakan ada seseorang menghubunginya. Hezrick menoleh ke arah Mikayla yang sedang melihat lama skrin telefon itu. Hairan, kenapa gadis itu tidak menjawab panggilan tersebut?

     "Siapa?"

     "Mira..." Jawab Mikayla perlahan sambil menunduk.

     "Kenapa tak jawab?" Soal Hezrick lagi.

     Mikayla hanya diam, 1001 persoalan berputar-putar di dalam otak Hezrick. Gadis ini masih mahu menghabiskan masa bersamanya? Walaupun hanya duduk berduaan di dalam kereta seperti ini?

     "Kau tak nak balik lagi?" Soalan cepumas diajukan kepada Mikayla.

     Beberapa saat kemudian, telefon bimbit milik Hezrick pula menjerit, nama Freddy terpapar pada skrin, punat hijau ditekan.

     "Bro!" Sapa Freddy dengan nada yang menjerit.

     "Janganlah menjerit, rosak gegendang telinga aku ni nanti," jawab Hezrick.

     "Tak nak balik lagi ke? Rosak anak orang tu duduk lama-lama dengan kau,"

     "Rosak kepala otak kaulah. Kejap lagi balik, aku nak bawak dia jalan-jalan jap," jawab Hezrick tenang.

     "Aik dah okay ke? Cepatnya..." Kata Freddy seperti tidak sangka.

     "Dah..." Jawab Hezrick sambil mengerling Mikayla di sisi.

     "Habis tu tadi pergi mana? Jangan cakap yang kau dengan dia buat tut tut tut..." Freddy tertawa kecil.

     Kedengaran suara Amira menjadi suara latar yang bertanya 'Buat apa?' Freddy hanya membalas dengan ketawa.

     "Jumpa aku kat depan company jam 6:30 petang," jawab Hezrick, malas hendak melayan Freddy yang sama saja gila seperti Enrique.

     Talian terus diputuskannya tanpa menunggu balasan. Jika dibiarkan itu, semakin panjanglah perbualan mereka berdua. Tangan Mikayla diraih lalu dikucup sekilas, matanya merenung sisi wajah gadis yang masih menunduk itu.

     Ambillah sebanyak mana masa yang kau perlukan, aku akan tetap ada di sini menunggu kau, jika disambar, aku bunuh saja si gerangan itu tanpa cakap banyak kerana kau milik aku, selamanya akan menjadi milik aku.

     "Sebelum kita balik, aku nak beri sesuatu pada kau," ujar Hezrick perlahan bersama senyuman manis. Mikayla diam.

     Handbreak diturunkan, keretanya laju membelahi jalan yang agak sesak dengan kereta-kereta lain.

     Sampai di destinasi, Hezrick pantas keluar daripada kereta bagi membuka pintu buat gadis itu. Mikayla keluar dengan wajah yang hairan melihat sebuah rumah besar yang berada di hadapan mereka, rumah siapa pula ni?

     Hezrick menarik lengannya untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dia menarik kembali tangannya dari dipegang lelaki itu.

     "Awak fikir saya masih bodoh sama macam dulu?"

     "Aku cuma nak tunjuk hadiah yang aku beli untuk kau, itu je,"

     Tangan gadis itu dipegang dengan kemas. Mikayla meronta-ronta minta dilepaskan. Lelaki ini memang gila!

     "Tengok ni, aku tempah khas untuk kita tau, dari Rusia tau..."

     Hezrick menunjukkan jam tangan yang belah dalamnya tertulis nama mereka berdua dihiasi ukiran yang cantik. Jam yang bewarna purple gelap itu sememangnya cantik dan menarik.

     "Belah dalam ni emas tulen tau, hati-hati okay? Jangan bagi orang lain pinjam termasuk kawan kau yang gedik tu dan jangan hilangkan," pesan Hezrick sambil memasangkan jam itu pada pergelangan tangan Mikayla.

     Walaupun Mikayla tidak menyatakan yang dia suka terhadap pemberiannya, tetapi wajah gadis itu sudah cukup untuk mentafsirkan segala-galanya.

     "Boleh saya tanya?" Soal Mikayla setelah lama dia meneliti jam di tangannya.

     "Yes dear?"

     "Kenapa awak buat semua ni?"

     "Semuanya sebab aku cintakan kau. Aku nak dapatkan kembali kepercayaan tu, aku tak akan ulang kesilapan aku yang dulu," Hezrick terus menarik tubuh kecil Mikayla ke dalam dakapannya.

     "Jangan peluklah!" Marah Mikayla seraya menolak dada tegap lelaki itu menjauhinya. Risau pula duduk berduaan di dalam kawasan rumah ini.

     "Gatal!" Sambungnya lagi. Mata Hezrick membulat besar mendengar perkataan terakhir gadis itu.

     "Kalau gatal macam nilah sayang..." Hezrick terus meramas-ramas pinggang ramping Mikayla sehingga membuatkan gadis itu menjerit kegelian. Dia berdo'a agar semua ini akan berakhir dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience