Bab 28

Action Series 24641

     Wajah Freddy yang termenung memikirkan sesuatu direnung lama oleh Hezrick. Dari tadi lagi lelaki itu diam walaupun sudah pelbagai soalan telah diajukan kepadanya.

     "Aku tanya, kau nak buat apa lepas ni?" Soal Hezrick ingin tahu, sudah lebih tiga kali dia bertanya.

     "Aku nak jumpa Aunty Ara. Aku dah amanahkan dia untuk jaga Ferliy baik-baik dan sekarang ni dia langsung tak ada beritahu aku yang Ferliy dah lama tak balik rumah. Apa yang orang tua tu dah buat sebenarnya?" Freddy menunduk seraya meraup wajahnya.

     Penat dia memikirkan tentang Aunty Ara, Ferliy patut tinggal bersama wanita tua itu, bukannya tinggal seorang diri! Wanita tua itu telah mempermainkan dirinya, selama ini wanita tua itu hidup dalam kemewahan yang telah dia berikan, tetapi adiknya?

     Ferliy tidak akan lari dari rumah tanpa sebab, dia sangat mengenali adiknya yang seorang itu. Segala apa yang adiknya lakukan pasti mempunyai sebab munasabah, dia perlu siasat kes ini.

     Baru sekarang dia berasa menyesal dengan apa yang telah terjadi, terlalu sibuk dengan kerjanya di sini sehingga adiknya yang disangka mendapat didikan secukupnya dari sebuah keluarga di sana sebenarnya terabai.

     Jika dia tahu perkara ini akan berlaku, pasti dia membawa Ferliy tinggal di sini bersamanya sejak dari awal lagi namun nasi sudah menjadi bubur.

     Dia sudah tidak mampu untuk mengubah apa-apa, adiknya rosak disebabkan kesilapannya sendiri yang mengambil ringan tentang keinginan seorang remaja.

     "Pergilah. Settle dengan cara yang elok," arah Hezrick bersahaja, gelas minuman diletakkan ke atas meja.

     "Bunuh ajelah. Untuk apa lagi kau guna cara elok? Setan tua tu dah pijak-pijak belakang kepala kau," celah Enrique yang baru melabuhkan punggungnya di sebelah Hezrick.

     "Dah sihat?" Hezrick menoleh ke arah Enrique.

     "Aku dah tembak virus-virus jahat tu guna micro sniper aku, lembik sangatlah virus baik sampai aku rasa rimas nak tunggu lama-lama. Aku dahlah tak boleh sabar nak beraksi malam ni," jawab Enrique panjang lebar. Hezrick hanya tersenyum nipis mendengar cerita dongeng lelaki itu.

     "Aku nak keluar." Kata Freddy sebelum dia membuka langkah meninggalkan Enrique dan Hezrick di ruang tamu itu.

     Hezrick dan Enrique hanya merenung belakang tubuh Freddy yang kian menjauh sebelum mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

     "Kau apahal pandang-pandang aku?" Dahi Hezrick berkerut melihat senyuman nakal di bibir nipis Enrique.

     "Kau jangan ingat selama aku sakit ni aku tak tahu apa-apa tau," Enrique mengecilkan matanya merenung wajah berkerut Hezrick.

     "Tahu apa?"

     "Kau tak ingat dosa dah? Tidur dengan perempuan, bercium dengan perempuan, berpelukan dengan perempuan dan bercinta dengan perempuan," Enrique mula menyebut satu-persatu tentang apa yang telah lelaki itu lakukan.

     "Takkanlah aku nak bercinta dengan kau? Jijik tahu tak?" Hezrick tergelak kecil melihat wajah serious Enrique.

     "Kawan aku buat salah, aku kena tegur. Sampai bila aku nak biar dia hanyut dibawa arus sungai yang deras? Kahwin-kahwinlah Ricky, risau nanti Mikayla pun jadi macam Ferliy sebab tak cukup perhatian keluarga," Enrique bersandar pada penyandar sofa yang empuk sebelum matanya dipejam rapat.

     "Jadi masalah pulak untuk aku kahwin dengan dia," Hezrick menghela nafas kecil teringatkan lamarannya yang telah ditolak mentah-mentah.

     "Paksa ajelah. Benda yang susah sangatnya?"

     "Dia ada familylah. Aku tak boleh suka-suka hati nak paksa dia..." Hezrick memandang Enrique yang nampak tenang.

     "Aku pergi bunuh semua family dia then kau boleh pergi kahwin dengan Mikayla, okey tak macam tu?" Enrique menjongketkan keningnya beberapa kali.

     "Pergi mampus dan jangan nak tambah lagi masalah aku sial." Hezrick mula bangun dari sofa tersebut kemudian melangkah pergi.

     "Chill lah. Sial sikit je, bukan banyak pun." Enrique berdiri.

     Lebih baik dia pergi menganggu Herith di bilik, kakinya diaturkan ke arah lif. Pintu bilik Herith ditolak. Wajah berkerut Herith yang sedang lena dibuai mimpi direnung bersama senyuman nakal. Apa yang budak ini mimpikan?

     Enrique melabuhkan punggungnya di birai katil, bukankah malam ini mereka mempunyai tugas yang hendak diselesaikan? Mengapa Herith tidur seperti tiada apa-apa yang akan berlaku?

     Bulu kening tebal sebelah kanan lelaki itu ditarik kasar sehingga ada beberapa urat tercabut, Enrique tergelak kecil melihat wajah berkerut itu menjadi semakin berkerut. Hodoh betul!

     "Bro! Bom nak meletup!" Jerit Enrique secara tiba-tiba.

     Herith bangun secara mengejut bersama wajah yang cukup cuak terpamer, sungguh buruk!

     "Eee muka kau macam biawak pasirlah." Sedang sedap-sedap mentertawakan Herith tiba-tiba kepalanya dilepuk sehingga menghasilkan bunyi yang kuat.

     Pak! Pak!

     "Auch shit!" Carut Enrique kuat, kepalanya yang terasa sakit dipegang dan digosok beberapa kali.

     "Shit kepala otak kau! Fikir kelakar ke huh?!"

     "Aku bukan nak bergaduh. Aku cuma nak kejut kau je. Kejap lagi kan nak pergi buat kerja,"  ujar Enrique, cuba membela dirinya yang dirasakan tidak bersalah.

     "Kerja apa?"

     "Kau tak tahu? Betul ni? Meh sini aku bisik dan terangkan, bodoh punya Ricky dekat adik sendiri pun tak bagitahu,"

     Tanpa banyak kata, Herith mendekatkan cuping telinganya pada mulut Enrique yang dikatakan mahu membisik sesuatu namun cuping telinganya ditarik kasar sehingga bertukar ke warna merah, Enrique pantas berlari keluar dari bilik itu.

     Herith menjerit geram, cakap orang bodoh sedangkan dia lagilah bodohnya!

     Belakang tubuh gadis yang sedang terhinjut-hinjut menangis oleh kerana rasa bersalah direnung dengan renungan redup.

     Tadi sudah berhenti seketika dan apabila dia tinggal sekejap untuk membersihkan diri di dalam tandas, gadis itu kembali menangis.

     "Dear, kita dah bincang pasal ni kat hospital tadi kan?" Tubuh gadis itu dihampirinya sebelum punggung dilabuhkan ke atas birai katil bersebelahan dengan kedudukan gadis itu.

     "Hey, abang tak akan tinggal awaklah,"

     "Abang ma... marah Ferliy tapi abang tipu cakap tak marah isk... isk..." Ferliy menekup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     "Abang tak marah tapi abang kecewa. Abang kecewa dengan awak. Abang fikir tak ada rahsia di antara kita tapi tengoklah apa yang awak dah buat?" Sepasang mata Firaz tidak lepas dari merenung gadis itu.

     "Enough," Firaz mula menarik kedua-dua belah tangan gadis itu dari terus menutupi wajah. Ferliy menggeleng beberapa kali, tangannya tetap tidak dilarikan.

     "I said enough, nak kena bedal dengan rotan ke?"

     "Tak nak... abang janganlah pukul Ferliy..." Kata Ferliy yang masih dalam esakannya.

     "Awak buat abang tak apa. Kenapa abang tak boleh buat awak?" Firaz menarik kedua-dua belah lengan Ferliy ke bawah sebelum air mata gadis itu diseka lembut.

     "Enough, I won't hurt you dear... please don't cry... tak elok untuk anak kita. Mama asyik menangis aje, nanti baby ikut sedih sekali," Firaz mengusap-usap perut kempis Ferliy, baru seminggu mereka sedar akan kandungan yang sudah masuk dua bulan itu.

     "Ferliy sayang abang..." Tubuh Firaz dipeluk erat. Firaz mengucup lama dahi gadis itu, mana mungkin dia sanggup meninggalkan gadis manja ini berseorangan.

     Bunyi loceng rumah membuatkan Firaz mengerutkan dahinya, jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Siapa pula yang datang ke rumahnya pada waktu seperti ini?

     Selimut ditarik menutupi tubuh Ferliy yang tidur di sofa ruang tamu itu. Sebentar tadi mereka berdua ingin menonton perlawanan bola sepak tetapi gadis itu sudah tidur lebih awal, jadi dia biarkan sahaja.

     Lubang pada tengah pintu diintai bagi melihat si gerangan yang telah mengganggunya. Kelihatan seorang lelaki memakai hoodie putih berdiri membelakangi pintu. Firaz mengerutkan dahinya tetapi pintu itu tetap dibuka.

     "Bro," sapa Firaz pada si gerangan tersebut.

     Freddy berpaling ke belakang. Sepasang mata birunya menikam tajam wajah lelaki itu. Wajah lelaki yang telah merosakkan adik perempuannya.

     "Aku nak bercakap dengan kau," ujar Freddy tenang. Firaz mengangguk beberapa kali sebelum dia menjemput lelaki itu memasuki rumahnya.

     Freddy melihat satu susuk tubuh seorang gadis sedang tidur lena di atas sofa bersama comforter, di atas meja hadapan sofa itu terdapat semangkuk salad yang hanya tinggal sedikit.

     Mata ditolehkan ke arah Firaz yang sedang berdiri di sisi sofa itu, nampaknya lelaki ini benar-benar menjaga makan dan minum Ferliy.

     "Aku angkat dia masuk bilik jap," ujar Firaz sebelum dia mencempung tubuh genit Ferliy dan berlalu naik ke tingkat atas. Freddy hanya melihat tanpa ada rasa untuk menghalang.

     "Fred, aku tak pernah tahu yang Ferliy adik kandung kau. Bukan sebab aku tak peduli tentang dia tapi masa kita orang dekat sana, dia memang tak ada keluarga," Firaz menggeleng kecil.

     "Aunty Ara? Dia ada cerita?" Soal Freddy tenang.

     "Aunty Ara yang ada anak lelaki sama umur dengan dia tu ke?"

     Firaz memikirkan sesuatu. Seingat dia, pertemuan kali pertama mereka adalah disebabkan anak lelaki Aunty Ara tersebut.

     "Apa yang dia cerita kat kau?" Soal Freddy lagi, dia perlu tahu punca adiknya melarikan diri dari rumah Aunty Ara.

     Firaz mula menceritakan tentang Ferliy sering dipukul oleh Aunty Ara disebabkan budak lelaki tersebut. Aunty Ara menjadi benci pada Ferliy oleh kerana anak lelakinya kerap menceritakan tentang keburukan Ferliy di sekolah yang sering berkepit dengan lelaki.

     Suatu malam itu, Ferliy balik lewat ke rumah kerana menyiapkan tugasan berkumpulan, Aunty Ara sangat marah melihat gambar yang menunjukkan seorang gadis bercium mesra di atas sebuah katil tanpa berpakaian.

     Ferliy cuba menyakinkan Aunty Ara tentang gambar itu adalah bukan dirinya tetapi wanita tua itu terlalu bodoh untuk mempercayai penafian tersebut.

     Aunty Ara menghalaunya keluar dari rumah pada malam itu juga kerana tidak mahu menanggung perkara buruk yang mungkin akan berlaku di kemudian hari.

     Anak lelaki Aunty Ara hanya menayangkan senyuman sinis, Ferliy tidak layak menumpang di rumahnya setelah beberapa kali cintanya ditolak mentah-mentah oleh gadis itu.

     Ferliy berjalan kaki seorang diri menuju ke rumah lama keluarganya pada waktu malam itu sehinggalah dia terserempak dengan Firaz di jalan.

     "Aku tolong hantar dia balik rumah lama keluarga kau. Sejak dari tu aku rapat dengan dia. Aku tahu dia masih budak tapi dah cinta tu lekat jugak, nak buat macam mana lagi?" Firaz tersenyum kecil teringatkan wajah teruja gadis itu setelah dia mengatakan yang dia mahu menjaga gadis itu lebih daripada segalanya.

     "Itu aje?" Freddy mengerutkan dahinya merenung wajah Firaz.

     "Macam tu jelah, kau nak yang macam mana lagi?"

     Freddy meraup wajah, adiknya masih remaja, tidak mustahil gadis itu akan membuat sesuatu perkara yang hanya mengikut nafsu remajanya. Wajah Firaz ditikam tajam. Lelaki ini sepatutnya menjaga gadis berusia 16 tahun itu sebaik mungkin!

     "Macam mana dia boleh mengandung? Kau cakap kau sayang dia? Sayang apa macam tu?" Freddy masih tidak berpuas hati tentang kandungan adiknya.

     "Aku lelaki normal bro, tak hairanlah kalau aku tergoda dengan dia. Tapi sumpah, aku dah banyak kali ajak dia kahwin, sebelum aku sentuh dia lagi."

     "Lelaki normal pun, kalau sayang pada seorang perempuan tu, dia akan jaga bukannya dengan cara merosakkan," kata Freddy sinis.

     "Fred, kau kena tahu, adik kau tertekan dengan apa yang dah jadi pada dia. Dia salahkan keluarga dia yang dah lama tak ada dan sekarang baru aku tahu, selama ni dia salahkan kau sebab tinggalkan dia seorang dekat sana," Firaz membalas renungan tajam lelaki itu terhadapnya.

     "Setiap kali aku tanya lelaki jahanam tu pasal Ferliy, dia cakap adik aku okay aje tinggal dekat sana," teringat pula tentang jawapan yang selalu dia dengar.

     "Adik kau sihat walafiat dekat sana, makan pun sedap-sedap makin gemuk sekarang. Perempuan tu jenis susah nak mampus, kau jangan risaulah, dia pandai jaga diri-sendiri,"

     "Siapa?" Soal Firaz ingin tahu.

     "Si Enrique babi tulah," jawapan Freddy membuatkan Firaz tergelak kecil, lelaki penipu besar itu memang patut mati.

     "Aku mintak maaf sebab buat keputusan tak fikir masa depan adik kau, tapi selagi aku hidup, aku akan jaga dan bahagiakan dia semampu aku," Firaz tersenyum nipis.

     "Kalau kau tinggal dia, kau fikir kau akan hidup lama?" Freddy menunjukkan tangan kanannya pada Firaz membuatkan lelaki itu melepaskan tawa besar.

     "Perbaiki diri kau. Hantar dia ke kelas agama, ajar dia tentang Islam dan mulai pada malam ni, aku tak nak kau dua orang tidur sekali atau kau nak aku bawak dia tinggal dengan aku?"

     "Pasal tak tidur sekali tu, aku tak boleh janjilah bro. Adik kau memang suka melekat dengan aku,"

     "Kalau macam tu, aku akan bawak dia tinggal dengan aku. Tapi bukan malam ni, aku ada hal nak kena settle, cuba paksa dia tidur asing dulu," ujar Freddy sebelum dia bangun dari sofa.

     "Seriouslah kau nak bawak dia tinggal dengan kau?" Firaz sedikit terkejut mendengar kata-kata Freddy, dia fikir itu hanyalah ugutan sahaja.

     "Kalau kau tak nak paksa dia, aku sendiri yang akan paksa dia. Nanti pulak sembang, jaga adik aku baik-baik." Freddy menghulurkan tangan kanan untuk bersalam.

     Firaz menyambut salam itu bersama senyuman seraya mengangguk beberapa kali.

     Belakang tubuh Freddy yang kian menjauh direnung dengan renungan yang kosong. Otaknya memikirkan cara untuk mengasingkan tempat tidur mereka berdua. Haish serabut pula kepalanya, mahukah gadis itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience