Bab 3

Action Series 24670

     Bergerak ke sana tidak selesa, bergerak ke sini juga rasa tidak selesa. Sudah tiga hari pinggang terasa sakit dan itu adalah tanda-tanda datang bulan! Kakinya diatur meluru ke arah almari yang menjadi tempat penyimpanan beg tangan miliknya.

     Tangannya membelek-belek beg tangan mencari 'barang' perempuan yang tersimpan di situ, tetapi sudah tiada.

     "Macam mana boleh terlupa ni?"

     Kepala yang tiba-tiba terasa gatal digaru. Kemudian anak matanya dilarikan pula ke arah Kak Dila yang sedang menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "Psst! Akak..." Panggilnya separa berbisik. Kak Dila menoleh ke arahnya.

     "Akak ada 'barang' perempuan tak?"

     "Barang perempuan apa pulaknya?" Dahi Kak Dila berkerut. Mikayla menepuk dahi, boleh tahan loading otak Kak Dila ni.

     "Untuk yang datang bulan tu la kak,"

     "Oh yang tu, akak baru aje habiskan semalam. Pergilah kedai depan tu, tapi jangan merayap ke lain pulak." Kak Dila kembali melihat telefon bimbitnya. Mikayla mengangguk bersama senyuman manis.

     Sedang dia memilih barang keperluan, dia terasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang. Bila ditoleh ke kiri dan ke kanan tiada sesiapa pula. Tidak ramai manusia yang ke kedai pada waktu bekerja seperti ini, sunyi saja.

     "Tak ada apa-apa yang curiga pun." Kata Mikayla perlahan. Takut juga dia berjalan seorang diri seperti itu kerana selama ini, sahabat baiknya Amira sentiasa ada di sisi menemani dia ke mana-mana sahaja.

     Dia melangkah ke kaunter setelah selesai memilih barang itu. Tiba gilirannya untuk membayar, kaki kirinya dipijak seseorang secara sengaja. Bagaimana dia tahu yang perbuatan itu disengajakan? Hal ini kerana lelaki itu telah memijak kakinya menggunakan tekanan yang sangat kuat.

     Dengan selambanya lelaki itu meletakkan beberapa botol air gas di atas kaunter sebelum dia berkata.

     "I pay for her," lelaki itu mengeluarkan satu not RM50 lalu dihulurnya duit itu pada penjaga kaunter. Mikayla hanya diam memerhati pergerakan lelaki itu.

     Selesai membuat pembayaran, tangan kirinya mencapai dua buah plastik yang terisi barang mereka manakala tangan kanannya pula mencapai pergelangan tangan gadis itu.

     Langkah diatur menuju ke arah pintu keluar. Mikayla hanya mengekor tanpa membantah kerana laluan yang digunakan lelaki itu adalah laluan menuju ke arah tempat kerjanya.

     Lelaki itu berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk Kafe Mutiara, tangan Mikayla dilepaskan. Barang milik gadis itu dikembalikan sebelum dia menunduk lalu mendekatkan jarak wajahnya pada cuping telinga gadis itu.

     "Aku buat semua ni bukan percuma tau." Bisiknya sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Mikayla yang terpinga-terpinga berdiri di hadapan kafe.

     "Hm kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu kena ganggu dengan lelaki yang pelik? Tapi lelaki tadi nampak baik sebab belanja ni. Alhamdulillah, hari-hari dimurahkan rezeki." Katanya sendiri.

     Di dalam kafe, hanya jasadnya saja yang berada di situ sementara fikirannya pula melayang jauh memikirkan cara untuk dia bertemu dengan lelaki memakai hoodie tadi kerana dia tidak sempat pula ingin mengucapkan terima kasih.

     Seorang gadis melangkah memasuki Kafe Mutiara dengan penuh gaya. Gadis itu meluru ke arah Mikayla yang sedang berangan.

     "Hey awak, saya datang untuk makan kat sini." Tegur Amira bernada teruja.

     Pak!

     Meja kaunter itu ditepuk kuat, Mikayla terperanjat sehingga tangannya dinaikkan memegang dada yang berombak kencang.

     "Awak okay? Kena marah dengan pelanggan ke? Beritahu saya cepat, siapa yang berani marah awak, biar saya sekeh kepala dia," ujar Amira setelah mengenalpasti mimik wajah gadis polos itu.

     "Saya okay ajelah. Awak ni macam tak ada kerja lain pulak ya."

     "Memang saya tak ada kerja pun. Selalunya awak teman saya pergi shopping tapi sekarang awak sedang berkerja. Saya sendiri pun tak tahu apa yang saya patut buat kat rumah." Terang Amira panjang. Jari telunjuknya menari-nari di atas meja kaunter.

     "Saya ada cadangan!" Tiba-tiba mata Mikayla membulat besar dan kelihatan bersinar-sinar.

     "Ya Cik Mikayla?" Amira merenung wajah Mikayla, menunggu jawapan daripada gadis itu.

     "Awak perlu cari boyfriend," Mikayla tersenyum nakal membalas renungan Amira.

     "Saya ada ramai boyfriend," Amira mula menarik kerusi dan berhenti betul-betul di hadapan kaunter sebelum dia melabuhkan punggungnya di situ.

     "I mean, someone special..."

     "Special like what? Crocodiles?" Amira mengerutkan dahinya, cuba untuk memahami kata-kata Mikayla. Apa pula yang minah ini mengarut? Sebelum ini tiada pula gadis itu mengaitkan perbualan mereka dengan seorang lelaki.

     "Awak takut ya? Muka awak dah merah, jangan la ma..." Kata-kata Mikayla dipintas seorang lelaki.

     "Hey girl, is that your car?" Jari telunjuk lelaki itu ditunding ke arah sebuah kereta sport bewarna kuning metallic yang terpakir di sebelah kafe.

     Dua pasang mata milik gadis-gadis menoleh ke arah dinding kaca yang ditunjukkan lelaki itu. Kelihatan dua buah kereta mewah elok terpakir di sana.

     "Err ya..." Amira berasa kekok melihat renungan lelaki kacak itu seperti seekor singa yang ingin membaham mangsanya.

     "Where did you buy your car accessories?" Soal lelaki tersebut. Dia rasa terpesona melihat kejelitaan pemilik kereta sport yang nampak sungguh menarik perhatiannya.

     "Err from my father's company." Jawab Amira perlahan, matanya dilirikkan pada Mikayla yang hanya memerhati perbualan mereka berdua.

     "Can I get a company card? I rasa tertarik dengan aksesori yang jarang dijumpai macam your car punya.." Ujar lelaki tadi.

     Tanpa banyak kata, Amira mengeluarkan kad syarikat papanya sebelum kad itu dihulurkan kepada lelaki yang bertanya. Lelaki itu menyambut bersama segaris senyuman di bibir.

     "Thank you, but the way I'm Zack, Zack Farhan," Zack mula memperkenalkan dirinya pada si gadis cantik.

     "Amira, and this is my best friends, Mikayla." Giliran Amira pula memperkenalkan dirinya dan juga diri Mikayla.

     "Nice to meet you guys, I have to go now. See you next time." Pamit Zack sopan, sebelah matanya dikenyitkan pada Amira membuatkan sepasang mata gadis itu membulat besar. Zack tersenyum nipis sebelum dia melangkah pergi.

     "Tak lama lagi, saya akan makan nasi minyak dari awak!" Ujar Mikayla teruja.

     "Tak naklah, nampak macam lelaki berhidung belang aje..." Amira pantas menggeleng kepalanya beberapa kali.

     "Muka dia nampak baik, cubalah kenal-kenal dulu. Mana tahu nanti tersangkut, kan?"

     "Cakap dekat saya kenapa? Awak patut cakap pada diri awak sendiri, sampai bila awak nak hidup dengan bayangan lelaki yang tak berguna seperti dia tu Kayla? Atau nak saya carikan seorang untuk awak?" Amira merenung wajah Mikayla yang sudah berubah menjadi mendung.

     Begitulah reaksi gadis itu setiap kali kisah lamanya disebut-sebutkan Amira. Jika Mikayla benar-benar sudah melupakan si lelaki durjana, mengapa gadis itu masih bersedih dengan apa yang telah berlaku?

     "Saya tak layak ada teman lelaki. Saya dah pernah tidur dengan seorang lelaki yang bukan suami saya, saya ni... perempuan kotor..." Sebutir air mata jatuh mengiringi kata-katanya. Sakit hatinya apabila teringatkan janji-janji manis lelaki itu.

     "Awak layak Kayla. Jangan terlalu rasa rendah diri macam ni, awak perlu kuat untuk tunjuk pada lelaki itu yang awak mampu hidup tanpa dia,"

     "Awak kenal dengan dia tak sampai 24 jam pun, lupakan dia dan mulakan hidup baru bersama lelaki yang bertanggungjawab dan lebih tahu erti menghargai. Dah empat tahun berlalu, awak mampu lupakan dia Kayla..." Sambung Amira lagi.

     Tangan Mikayla dipegang kemas, cuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan kepada gadis yang nampak lemah itu. Mikayla hanya berdiam diri, tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan pada Amira. Sungguh dia buntu.

     Kepala diletakkan ke atas bantal, siling bilik direnung. Sudah masuk empat tahun dua bulan dia cuba untuk membuang lelaki itu dari terus bermain-main di dalam fikirannya. Tetapi perasaannya terhadap lelaki itu seakan kekal tersemat di dalam sekeping hati walaupun lelaki itu telah memberi harapan palsu.

     Pedih? Itulah yang dirasakannya ketika ini, lelaki itu pergi tanpa bertanya khabar berita. Tangannya mencapai bantal yang terletak elok di sisi badan.

     Setitik demi setitik air mata mula mengalir di sisi wajah. Wajahnya disembamkan pada bantal empuk itu.

     Segala memori terindah mereka bersama masih segar di ingatan walaupun perkenalan mereka sangatlah singkat. Seperti tidak logik akal pula dia masih tidak dapat melupakan lelaki misteri itu. Ilmu apa yang lelaki itu amalkan sehingga berjaya menjadikan dia tidak tentu arah?

     "I really love everything about you, dear."

     Bisikan halus lelaki itu masih kedengaran jelas di telinganya. Mata mula dipejam rapat seiringan dengan air mata yang semakin laju mengalir.

     "Aku janji akan kembali ke sisi kau dalam masa yang terdekat ni. Kau pun kena janji akan tunggu kehadiran aku." Lelaki itu menghulurkan jari kelingking kanannya pada Mikayla dan disambut baik oleh gadis itu.

     Hanya mereka berdua yang berada di kawasan pantai, angin malam yang dingin membuatkan si lelaki memeluk tubuh si gadis dengan begitu erat bagi berkongsi haba.

     "Aku sayang kau." Bisik lelaki itu bernada lembut. Mikayla merenung lama seraut wajah lelaki kacak yang sangat hampir dengan wajahnya.

     Beberapa saat kemudian, bibir mereka bertaut erat. Mikayla merelakan tangan kasar lelaki itu menyentuh tubuhnya.

     Dia, seorang gadis biasa dan lemah yang menginginkan belaian seorang lelaki. Jiwa remajanya meronta-ronta ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa dia sedar semua ini hanya akan merosakkan masa hadapannya.

     "Kenapa awak tinggal saya isk...isk..." Teresak-esak dia menangis setelah teringatkan sejarah hitam yang mungkin tidak akan dilupakannya itu.

     Dia menangis semahu-mahunya. Melepaskan segala kesakitan dan keperihan yang dirasa sama seperti malam-malam sebelum ini. Matanya terpejam rapat, dia terlena bersama linangan air mata kecewa terhadap seorang lelaki.

Share this novel

NH.HANS
2020-04-17 19:19:32 

like it..want some mre


NovelPlus Premium

The best ads free experience