Bab 33

Action Series 24641

     "Aku rasa aku kenal kau dua orang ni..." Herith berhenti melangkah seraya memegang dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu.

     "Kau buat apa pagi-pagi buta tak tidur lagi?" Soal Firaz kepada Herith.

     "Aku dengan Enrique tidur dalam kereta kejap lagi. Ni nak pergi ambik bantal dengan selimut," Herith tersenyum manis ke arah gadis tersebut.

     "You yang main sniper hari tu kan? Kenapa nak bunuh Fred? Dia tu dahlah banyak dosa. Tak sempat nak balik ke jalan yang benar nanti, kesian dia terjun masuk neraka..." Kata Herith sebelum dia membuka langkah beredar tanpa menunggu balasan. Sengaja ingin membuat pasangan itu bergaduh.

     Firaz mengerutkan dahi merenung wajah Ferliy dengan renungan yang penuh kehairanan. Gadis ini sanggup memegang sniper untuk membunuh Freddy? Tetapi bila perkara itu berlaku?

     "Awak ada apa-apa nak cerita pada abang, dear?" Matanya masih merenung gadis itu.

     "Hm Ferliy... Ferliy geram dengan dia. Maafkan Ferliy abang..." Ferliy memandang lantai, tidak sanggup untuk membalas renungan lelaki kesayangannya itu.

     "Sniper?"

     "Ferliy pinjam abang punya yang ada kat dalam bilik bawah tu tapi Ferliy dah letak dekat tempat asal," Ferliy mengangkat muka membalas renungan Firaz.

     "Awak ni kan. Nak ajar anak kita jadi pembunuh jugak ke?" Soal Firaz ingin tahu, suka dia melihat wajah ketakutan gadis itu.

     "Abang bunuh orang tu tak apa pulak..." Kata Ferliy perlahan tetapi masih boleh didengari Firaz.

     "Apa awak cakap?" Firaz mula menggunakan nada tegas. Tahu nak menjawab saja budak ini.

     "Ferliy cakap abang jahat. Ferliy dah kenyang dan nak tidur... Hmph!"

     Ferliy bangun dari kerusi kemudian membuka langkah untuk beredar namun lengannya ditarik sehingga dia terjatuh di atas riba lelaki itu. Automatik tubuh menjadi kaku. Tidak mampu bergerak.

     "Jangan nakal macam tu lagi lepas ni. Awak jaga diri awak baik-baik." Satu kucupan sekilas singgah di pipi kiri gadis itu.

     "Good night love." Bisik Firaz perlahan. Ferliy masih diam di atas ribanya tanpa memberikan sebarang reaksi.

     "Hey, tak nak bangun ke? Abang dah mengantuk ni," bisik Firaz lagi.

     "Fer... Ferliy mintak maaf. Selamat malam abang..."

     Cepat-cepat dia berdiri sebelum beredar dari situ. Firaz menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tubuh kecil itu direnung sehingga hilang daripada pandangan.

     "Dia broken sangat tu. Kalau dia geram dengan anak kau nanti, dengan kau-kau sekali dia bunuh. Trust me." Celah Herith yang berdiri di belakangnya.

     "Kau betul-betul nak tidur dalam kereta ke malam ni??" Firaz mengangkat sebelah keningnya melihat Herith memeluk selimut dan bantal.

     "Kau ingat kau seorang je ke boleh sweet secara haram? Aku dengan Enrique pun bolehlah. Cau luh."

     Firaz memandang belakang tubuh Herith. Sentap juga mendengar ayat yang mendalam itu.

     Tiba saja di Kuala Lumpur, Mikayla dan Amira terus ke pasar raya bagi membeli barang dapur yang sudah lama habis.

     Selama menjalani ujian, mereka berdua hanya makan di kafe. Langsung tiada masa untuk keluar membeli-belah.

     Mikayla menolak troli manakala Amira berjalan lurus ke hadapan menuju ke arah barangan mentah. Tiba-tiba troli yang ditolaknya dipegang seseorang. Mikayla membulatkan mata melihat si gerangan yang sedang berdiri di sebelahnya.

     Dari mana lelaki ini datang? Call tidak diangkat. Mesejnya juga tidak dibalas, dan sekarang? Tiba-tiba sahaja berdiri di sebelahnya. Mikayla merenung wajah Hezrick dengan renungan yang aneh.

     "Sayang? Kau okey ke tak ni? Rindu aku ya?" Soal Hezrick bersama senyuman nakalnya.

     Mikayla menjeling wajah lelaki itu sebelum dia menolak troli maju ke hadapan. Hezrick bertindak menarik lembut lengan Mikayla membuatkan langkah gadis itu terhenti.

     "I'm sorry, okay? Aku busy gila seminggu ni." Pujuk Hezrick. Wajah gadis kesayangannya itu direnung.

     "Kenapa awak pakai baju lengan pendek? Nanti Amira nampaklah. Awak sengaja nak saya bergaduh dengan dia kan?"

     Tidak pernah pula dia melihat lelaki itu memakai lengan pendek selama ini. Hezrick menunduk untuk melihat kulit lengannya yang dipenuhi tattoos tanpa sebarang riak wajah sebelum wajah masam Mikayla kembali direnung.

     "Kenapa? Tak sesuai ke aku pakai macam ni?" Soal Hezrick ingin tahu. Mikayla menggeleng beberapa kali.

     "Okay, kejap tau. Nak pergi tukar. Tunggu aku ya." Kata Hezrick sebelum dia melangkah pergi.

     Mikayla merenung Hezrick tanpa memberikan sebarang tindak balas. Troli ditolak ke hadapan. Kelibat Amira dicari sehingga matanya tertancap pada susuk tubuh lelaki berbaju merah sedang duduk di bangku.

     Rasa seram pula apabila lelaki itu mula menoleh ke arahnya. Mikayla melarikan pandangan ke sisi. Kakinya terus melangkah ke hadapan. Debaran di dada semakin kencang.

     "Kayla! Saya cari awak merata-rata tahu tak?" Amira mencubit lengan yang berlapikkan baju itu. Beberapa jenis barang yang dipegangnya diletakkan ke dalam troli.

     "Saya ada dekat sini ajelah. Jom pergi sana..." Mikayla mengawal riak wajahnya.

     Amira masih tidak tahu-menahu tentang masalahnya. Mungkin pada malam ini dia akan menceritakan tentang hal pertunangan itu kepada Amira.

     "Malam ni kita masak kari ayam nak?" Soal Mikayla. Amira yang berjalan di sebelahnya mengangguk bersama senyuman.

     Amira mengerutkan dahi melihat Hezrick yang tiba-tiba berdiri di sebelah kanan Mikayla. Nampak seperti Mikayla tidak perasan akan kehadiran lelaki itu.

     "So awak ajak bank bergerak awak sekali hari ni?" Amira tersenyum senget memandang sisi wajah Mikayla.

     "Saya mana ada bank bergerak. Lainlah macam awak tu... Mintak apa-apa kat Zack mesti dapat kan?"

     "Aku okey je kalau kau nak mintak banglo, kereta, pulau. Asalkan aku dapat apa yang aku nak." Sampuk Hezrick bersahaja. Mikayla mengurut dadanya sebelum dia menepuk bahu lelaki itu.

     "Eeuw... Typical lelaki kaya." Amira menayangkan riak jijik.

     "Kaya atau tak, aku tetap nak dia." Balas Hezrick bersahaja.

     "Kayla? What are you doing here?"

     Air muka Amira berubah sekelip mata. Sepasang mata milik Hezrick menikam tajam wajah Adam Haiqal. Dia dapat membaca sesuatu pada riak wajah lelaki itu.

     "Jalan-jalan beli barang." Jawab Mikayla tenang.

     "Kenapa tak mintak I temankan? Tak lama lagi I akan jadi tunang you kan?" Kata Adam Haiqal.

     "Apa kau merepek ni?" Hezrick mengerutkan dahi.

     "You tak beritahu kawan-kawan you lagi ke Kayla?" Soal Adam pada Mikayla. Matanya masih melekat pada wajah manis gadis itu.

     Mikayla menelan air liur. Bebola matanya diputarkan ke arah Hezrick, berharap agar lelaki itu tidak cepat melatah. Hezrick juga menoleh ke arahnya. Mata bertentangan mata.

     "Apa yang lelaki ni cakap? Sejak bila kau bercinta dengan dia?" Soal Hezrick lagi. Diam Mikayla menimbulkan keresahan di dalam diri Hezrick.

     "Bro, tak lama lagi aku akan bertunang dengan dia. Aku dah pun jumpa Encik Anuar untuk bercakap tentang hal ni dan dia setuju..." Adam mula menceritakan tentang apa yang sedang berlaku.

     "So sekarang kau dah terima?" Hezrick merenung ke dalam anak mata Mikayla.

     "Saya terangkan kejap lagi. Maaf kami perlu pergi." Kata Mikayla pada Adam Haiqal sebelum dia menolak troli ke arah kaunter.

     Amira pantas membontoti langkah Mikayla manakala Hezrick hanya diam merenung tajam wajah Adam.

     "Kau fikir kau dah menang?" Soal Hezrick sinis.

     "Aku akan menang. Untuk pengetahuan kau, aku dengan Kayla dah lama kenal. Sejak zaman sekolah lagi. Kau dah boleh jauhkan diri daripada dia." Kata Adam betul-betul di tepi wajah Hezrick sebelum dia melangkah pergi.

     Belakang tubuh disandarkan pada grill kondominium milik Amira. Nafas kasar dihela keluar. Lambat betul gadis-gadis itu. Katanya terus balik ke rumah. Sudah hampir satu jam dia tunggu di sini.

    Benarkah Mikayla bersetuju untuk ditunangkan dengan Adam Haiqal? Gadis itu masih menyimpan dendam terhadapnya tentang perkara yang berlaku beberapa tahun dahulukah?

    Ting!

     Bunyi lif membuatkan Hezrick terus menoleh ke arah bunyi itu. Dua orang gadis bersama plastik barangan di tangan melangkah keluar dari perut lif tersebut.

     "Sorry aku lupa yang kau beli banyak barang." Kata Hezrick sambil meluru ke arah gadis-gadis tersebut sebelum kesemua plastik barang diambilnya.

     "You buat apa dekat sini?" Soal Amira bersama dahi yang berkerut.

     "Aku nak lepak sini dan dengar sendiri penjelasan Kayla." Kata Hezrick sebelum dia membuka langkah mendahului gadis-gadis itu.

     Mikayla yang baru siap memasak ditahan sebelum bahunya ditolak lembut sehingga belakang tubuh gadis  itu melekat pada dinding. Matanya merenung tajam wajah manis yang jelas ketakutan di hadapannya.

     Tangan dinaikkan sebelum kepala gadis itu diusap beberapa kali bersama senyuman nipis. Bagaimana dia ingin menyakinkan Mikayla tentang cintanya yang ikhlas ini?

     "Okey cerita pada aku sekarang." Kedua-dua belah tapak tangannya dilekapkan pada dinding. Mikayla terkurung di tengah antara kedua-dua belah lengan kekar Hezrick.

     "Memang betul dia datang rumah jumpa ayah tapi saya tak pernah jawab yang saya terima dia pun." Ujar Mikayla, tangannya menolak dada bidang lelaki itu.

     "Jauhlah, saya tak selesa..." Sambungnya lagi.

     "Aku tak tahu nak cakap apa kalau kau terima dia sedangkan aku ni yang dah lama tunggu kau." Hezrick menurunkan kedua-dua belah tangannya

     "Ricky, awak akan jauhkan diri daripada saya kalau saya terima dia?"

     "Kau nak kahwin dengan dia?"

     "Mungkin? Bergantung pada ayah. Saya sayang keluarga saya. Mereka banyak berjasa terhadap saya..." Mikayla memberanikan diri membalas renungan Hezrick.

     Hezrick menggelengkan kepalanya beberapa kali. Apa yang harus dia lakukan? Encik Anuar benar-benar sudah melampau!

     Mata dipejam rapat sebelum dicelik kembali seiringan dengan nafas ditarik kemudian dihela keluar. Tangannya naik mengelus pipi mulus Mikayla sebelum satu kucupan dihadiahkan pada pipi itu.

     Panas hatinya perlu diredakan terlebih dahulu. Dia tidak boleh bertindak kasar terhadap gadis kesayangannya ini. Dia harus mencari jalan agar Mikayla tidak ditunangkan dengan Adam Haiqal.

     Mikayla diam tanpa ada rasa untuk menghalang. Lelaki itu marah? Dia juga tidak mahu meninggalkan Hezrick disebabkan hal ini. Namun jika sudah tertulis bahawa jodohnya bukan bersama Hezrick, dia akan terima dengan hati yang terbuka.

     Stereng dihentak kasar. Mindanya berserabut memikirkan tentang hal tadi. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia perlu mencari jalan supaya semua ini dapat dihentikan dalam masa yang terdekat. Nur Mikayla tetap akan menjadi miliknya!

     Tiba sahaja di rumah, kedengaran bunyi bising yang datang dari ruang tamu menyucuk masuk ke gegendang telinga.

     Enrique dan Herith sedang bermain permainan menari-nari mengikut gerakan kartun seorang gadis di dalam skrin televisyen dipandang dengan pandangan kosong.

     Matanya tertancap pada Freddy yang berada di sofa. Kakinya diaturkan ke arah lelaki itu. Bahu Freddy disentuh. Freddy menoleh ke arah Hezrick.

     "Kau tak serabut ke?" Soal Hezrick bernada biasa.

     Freddy mengangkat sebelah keningnya menandakan yang dia tidak dengar apa yang lelaki itu katakan.

     "Kau tak rasa serabut ke?!" Hezrick menguatkan nadanya.

     Freddy mengangguk beberapa kali sebelum kepalanya digeleng pula. Hezrick menjulingkan bebola matanya ke atas. Freddy menarik lengan Hezrick sehingga lelaki itu duduk di sebelahnya.

     "Jom PUBG?!" Jerit Freddy di telinga Hezrick.

     Hezrick menutup telinganya bersama kerutan teruk di dahi.

     Dung Dang Dung Dang Dung Dang

     Bunyi lagu itu hampir menggegarkan rumah agam tersebut. Hezrick mendekatkan wajahnya ke telinga Freddy lalu membisikkan sesuatu pada lelaki itu.

     "Aku nak pergi Johor hari ni, kau tolong tengok-tengokkan Mikayla untuk aku." Bisik Hezrick sebelum dia bangun dan melangkah meluru ke tangga.

     Freddy hanya mengangguk beberapa kali walaupun sebenarnya dia tidak dengar apa yang dikatakan Hezrick. Herith dan Enrique pula masih menari-nari seperti orang bodoh.

     "Abang!" Jerit Ferliy yang berada tingkat atas. Suaranya kedengaran tenggelam timbul.

     Hezrick menoleh ke arah gadis yang berselisihan dengannya itu dengan renungan yang sungguh hairan. Hairan kerana gadis itu berjalan meluru ke arah bilik Firaz. Bukankah Freddy tidak membenarkan gadis itu keluar dari bilik pada waktu malam?

     "Abang!" Pintu bilik Firaz yang berada bersebelahan dengan bilik Freddy diketuk kuat. Hezrick berhenti berjalan sambil memandang gadis itu.

     "Abang, bukak pintu ni! Ferliy nak masuk! Abang!" Pintu itu masih diketuk tanpa henti. Loceng bilik juga ditekan berulang kali.

     "Abang... Isk... Isk abang... Ferliy nak masuk..." Suaranya mula mengendur dan bergetar kerana menangis.

     Hari ini Firaz pergi kerja tanpa memberitahunya dan sekarang lelaki itu masih tidak datang menjenguknya di bilik seperti selalu. Apa yang Firaz cuba lakukan? Layanan lelaki itu terhadapnya juga semakin aneh. Apa yang menyebabkan Firaz berubah sebegini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience