Bab 40

Action Series 24641

     Hezrick meraup wajah. Sungguh dia tidak mengerti tentang apa yang bermain-main di dalam fikiran Mikayla. Gadis itu masih tidak berhenti menangis.

     Bahu gadis itu disentuh buat kali ketiga. Mikayla masih menepis kuat membuatkan Hezrick merengus kasar. Apa yang gadis ini inginkan? Beginikah tingkah laku seorang isteri pada malam pertama mereka?

     Dua hari lepas Mikayla menginginkan anak sehingga sanggup melakukannya dengan cara yang haram. Apabila sudah halal begini, gadis itu menolak pula.

     Punggungnya dilabuhkan di hadapan Mikayla yang duduk di atas lantai.

     "Jangan dekat dengan saya... Isk..." Mikayla mengesot menjauhi Hezrick. Kedua-dua belah lututnya dipeluk erat.

     "Apa sebenarnya masalah kau ni?"

     "Jangan Ricky... Jangan dekat dengan saya!"

     Dia pantas merangkak menuju ke pintu bilik sebaik sahaja melihat tangan Hezrick ingin menyentuhnya. Hezrick sempat menarik kaki kiri Mikayla.

     "Jangan sentuh saya! Saya tak nak!" Mikayla menggeleng pantas.

     Hezrick masih tidak melepaskan kaki gadis itu. Wajah kemerahan Mikayla direnung, cuba untuk membaca tindakan seterusnya.

     Sekelip mata tangannya ditendang kaki kanan Mikayla sebelum gadis itu bangun dan berlari ke arah pintu.

     "Jangan Kayla." Hezrick bangun dengan pantas lengan Mikayla dipegang erat.

     Tubuh Mikayla terkaku merasakan lengan Hezrick melingkari pinggangnya. Air mata yang masih mengalir dibiarkan.

     "Shhh.. Aku penat sekarang tapi aku tak boleh tidur selagi isteri aku tak berhenti menangis," kata Hezrick lembut.

     "Malam ni saya nak tidur dengan Amira..." pinta Mikayla perlahan.

     "No... Tidur dengan aku. Aku janji tak buat apa-apa..."

     Dia tidak kisah sekiranya gadis ini tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, perlukah menangis tanpa henti seperti tadi?

     "Jom..." Hezrick menarik lengan Mikayla mendorong gadis itu mengekorinya ke katil.

     Hezrick melabuhkan punggungnya ke atas birai katil. Wajah sembab Mikayla direnung sebelum dia tersenyum kecil.

     "Dah macam budak-budak kau ni. Menangis tak tentu pasal. Cuba relaks sikit. Benda boleh bincang kan?" 

     Rasa kelakar pula teringatkan hal tadi. Apalah isterinya ini, takut sangat.

     Mikayla masih diam berdiri di sisi katil sambil memandang wajah suaminya.

     "Tak nak percaya aku lagi? Yelah aku tidur dulu... Good night my lovely wife..." Hezrick mengucup lembut belakang tapak tangan Mikayla sebelum tubuhnya direbahkan ke atas katil.

     Jantungnya berdetak laju setiap kali lelaki itu merenungnya. Hatinya tiba-tiba berasa resah dan gelisah seperti ada sesuatu yang akan terjadi selepas ini.

     Tubuhnya direbahkan ke sebelah Hezrick. Dia mengiring menghadap lelaki itu.

     Wajah Hezrick direnung sehingga lelaki itu mencelik mata. Cepat-cepat dia bergerak membelakangi Hezrick. Tertangkap pula!

     Dia merasakan tilam bergerak-gerak. Tubuhnya dipeluk dari belakang.

     "Aku peluk sikit je takkan nak marah jugak kut?" soal Hezrick membuatkan mata Mikayla terpejam rapat. 

*****

     Wajah Ad diperhatikan dalam-dalam. Lelaki itu menayangkan riak biasa sambil mengunyah makanan.

     Gambar Ad yang sedang makan itu diambil beberapa keping sebelum skrin dihalakan pada Ad. Ad mengangguk bersama senyuman. Kreatif juga Si Herith ini mengambil gambar.

     "Bro, tengoklah ni. Lawa gila!" Herith menghulurkan telefon bimbitnya kepada Enrique namun tiada sebarang tindak balas.

     "Kau tengah buat apa ni?" Herith merapatkan jarak wajahnya dengan sisi leher Enrique untuk melihat skrin laptop.

     "Jauh sikit! Geli bodoh!" Enrique menyentuh kulit lehernya yang terasa seperti ditiup-tiup nafas Herith.

     Skrin komputer riba itu dihalakan ke arah Ad. Enrique mempamerkan riak sinis melihat kerutan di dahi Ad.

     "Cepatnya kau buat kerja!" Riak hairan Ad berubah teruja selepas membaca butiran tentang dirinya di dalam skrin itu.

     "So, sekarang ni Kayla dah jadi milik Ricky. Tak ada siapa boleh rampas dia melainkan Ricky sendiri yang lepas." Enrique mengetuk-ngetuk meja menggunakan pen.

     "Nama sebenar kau Adzrin?" Herith memandang wajah Ad dengan pandangan aneh. Ad mengangguk perlahan.

     "Buruknya nama," kata Herith tanpa rasa bersalah.

     "Habis tu nama kau cantik sangatlah?" Ad membalas bengang.

     "Mestilah cantik! Secantik tuan badan..." Herith tersenyum bangga. Ad menjulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah!

     Herith memegang dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu. Misi mereka sama tetapi mengapa lelaki ini bekerja untuk A.H?

     Secara tiba-tiba Herith melayangkan tangan kanannya mengenai belakang kepala Ad. Pak!

     "What is your problem, dude?" Ad menggosok-gosok kepalanya bersama dahi yang berkerut teruk.

     "Tu hadiah untuk kau sebab mengintip kakak ipar aku." Herith menayangkan riak tidak bersalah.

     "Aku cuma buat kerja yang diamanahkan!" kata Ad bengang.

     Pak!

     "Menjawab!" Giliran Enrique pula bertindak memukul kepala Ad.

     Ad menghela nafas sambil memegang belakang kepala. Bagaimana dia boleh ditangkap oleh lelaki-lelaki aneh seperti ini? Sejak semalam lagi Herith dan Enrique melekat dengannya. Seperti tiada kerja lain pula.

     "Tak ada adab ke main kepala orang?" sampuk Freddy yang baru melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan Ad.

     "Entah dia ni! Dahlah tak ada adab! Lepas tu kurang ajar pulak. Kau tahu tak dia bayar zakat untuk seketul kepala ni?" Herith menunjal-nunjal sisi kepala Ad. Ad menepis kasar tangan itu.

     "Kau tu sama bodoh je dengan Enrique," kata Freddy tanpa nada.

     "Jangan libatkan aku dalam hal kau orang." Enrique kembali memandang skrin laptop.

     "Senang cerita semua bodoh. Dah-dah tak payah nak bergaduh lagi. Bising tahu tak?" soal Firaz yang sedang membuka peti ais.

     "Kau! Sejak dah halal dengan Ferliy tu terus tak nak keluar bilik. Kenapa? Kaki dah kena rantai ke?" soal Herith.

     "Shhh, suara kau bergema. Nanti terjaga pulak anak aku." Firaz menggunakan nada berbisik.

     "What the fuck, man?" Freddy mengerutkan dahinya sambil mata menoleh ke arah Firaz yang mula ketawa kecil. Apa benda sial anak dia dalam perut lagi.

     "Kau suruh Ferliy bersalin cepat-cepat. Aku tak sabar nak main dengan budak tu," celah Enrique. Matanya masih melekat pada skrin laptop.

     "Nak main ke buli?" soal Ad ingin tahu.

     "Kau nampak cerdik sikit Ad, macam tahu-tahu je aku nak campak anak Firaz dalam kolam tepi rumah nanti." Enrique tersenyum sinis.

     "Yang bodoh-bodoh semua bagi kat kaulah." Firaz terus melangkah pergi bersama segelas susu di tangan.

     "Antara aku dengan dia, siapa lagi bodoh?" Enrique menoleh ke arah Ad.

     "Mestilah kau. Firaz bukan pembunuh atau pengedar dadah..." Herith menjawab bagi pihak Ad.

     "Kau diam. Aku tanya dia ni." Enrique menunjuk ke arah Ad.

     "Err mestilah Firaz lagi cerdik. Diakan doktor?" Teragak-agak Ad menjawab secara logik.

     Enrique menjeling tajam wajah lelaki itu sebelum bebola matanya diputarkan pula ke arah Freddy yang sedang menikmati sepotong piza.

     "Kau pulak nak backup siapa?" Enrique mengeluarkan sepucuk pistol miliknya lalu diacu tepat pada wajah Freddy.

     "Firaz," jawab Freddy sepatah tanpa memandang lelaki itu.

     Bang!

     Serta-merta satu tembakan dilepaskan mengenai dinding belakang Freddy. Angin halus menerpa masuk ke dalam rongga telinganya langsung tidak memberikan sebarang rasa takut. Dia meneruskan makan tanpa mempedulikan Enrique si gila itu.

     "Siapa ajar kau main pistol dalam rumah?!" tengking Hezrick. Peluru tadi hampir saja mengenai lengan kanannnya.

     "Ad yang ajar. Kau marahlah dia." Enrique meletakkan pistol itu ke atas meja bersebelahan laptop miliknya. Tangannya menaip sesuatu di keyboard tanpa mempedulikan Hezrick.

     "Sialnya perangai lelaki ni tiba-tiba je aku kena." Ad mengomel.

     "Dia memang sial dari lahir lagi," kata Freddy sinis.

     "Shhh, nak buat kerja jap," kata Enrique.

     "Ricky! My lovely brother!" Herith mendepakan tangan.

     "Kau nak apa?" soal Hezrick.

     "Nak kasih sayang sikit, boleh tak?" Herith menayangkan muka comelnya.

     "Kasih sayang aku dah habis bagi kat Kayla semalam," jawab Hezrick selamba.

     Herith mencebik, tangannya diturunkan. Kedekut kasih sayang betul!

     "Hey Mrs. Hezrick. What are you doing here?" soal Ad ramah sambil memandang ke arah Mikayla.

     "Err minum susu?" Mikayla mengangkat segelas susu yang dipegangnya.

     "Tak ada soalan lain ke nak bagi? Masuk dapur mestilah nak makan tak pun minum takkan nak jumpa kau pulak? Kau tu bukannya penting pun dalam cerita ni," celah Enrique selamba.

     "Banyak bunyilah kau ni." Ad merenung tajam wajah Enrique.

     "Nak bergaduh pun tunggu aku keluar dulu. Ada nak pesan apa-apa tak?" Hezrick mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar.

     "Sesungguhnya abang yang keluar berjalan tanpa membawa adiknya itu adalah abang yang kejam..." kata Herith bernada biasa.

     "Tak payah ikutlah. Aku nak pergi dating je ni." Hezrick terus menarik lengan Mikayla beredar dari ruang itu.

     "Baik bos!" Herith akur bersama senyuman.

     Senyumannya mati sebaik sahaja Hezrick dan Mikayla hilang dari pandangan. Lengan Enrique digoyang beberapa kali. Dia kelihatan seperti budak kecil yang menginginkan sesuatu.

     Enrique menoleh ke arahnya bersama sebelah kening terangkat.

     "Kau fikir tak apa yang aku fikir?" soal Herith ingin tahu. Enrique mengangguk bersama senyuman nakal.

     "Ricky dah pesan tak perlu ikut dia kan?" Freddy cuba mengingatkan mereka tentang kata-kata Hezrick beberapa saat yang lalu.

     "Ricky cakap kita boleh ikut tapi jangan ganggu dia." Herith mula menggunakan otaknya yang genius.

     "Aku tahu kau pun mesti nak ikut, jom-jom." Enrique berdiri dan terus menepuk belakang bahu Ad beberapa kali.

     Ad akur tanpa berkutik. Freddy menghela nafas sambil melihat ke arah tiga susuk tubuh yang sedang beredar itu. Habislah Ricky...

*****

     "Boleh saya minta sesuatu?" Mikayla mendongak memandang wajah suaminya.

     Keadaan pasar malam yang agak meriah dengan pengunjung setempat itu membuatkan nada suara Mikayla kedengaran perlahan.

     "Nak apa? Penumbuk?" Hezrick menunjuk penumbuknya.

     "Bukanlah! Saya tengah serious ni..." Mikayla memegang genggaman penumbuk suaminya. Tangan lelaki itu dibuka sebelum tapak tangan dilekapkan pada sebelah pipinya.

     "Aku tengah serious jugak. Nak apa? Cakap je, semua aku boleh bagi."

     "Sini-sini saya nak bisik..." Mikayla menarik telinga Hezrick mendorong lelaki itu menunduk menyamai ketinggiannya.

     Langkah mereka terhenti. Berkerut-kerut dahi. mendengar bisikan Mikayla. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman.

     "Syukur alhamdulillah. Sekarang jugak kita pergi cari barang yang kau nak tu." Hezrick menarik lengan Mikayla namun gadis itu tidak bergerak.

     "Berangan apa lagi? Nak aku dukung? Memang taklah. Kau fikir kita ni tengah berlakon dalam drama sweet ke?"

     "Dukung saya cepat." Mikayla meluru ke arah belakang suaminya sebelum kedua-dua belah bahu lelaki itu dipegang.

     "Oh fikir aku lembik sangat sampai tak boleh nak angkat anak gajah macam kau ni?" Hezrick menunduk sedikit bagi memudahkan gadis itu menaiki belakangnya.

     "Awak memang lembik pun kan?" kata Mikayla bersahaja sambil memanjat belakang lelaki itu.

     Kedudukan mereka yang berada dalam keadaan piggy back menarik perhatian pengunjung lain. Ada yang tersenyum-senyum melihat pasangan serasi itu.

     "Malu sial," kata Hezrick ringkas.

     "Tebalkan muka awak untuk saya. Kita tak boleh bersweet macam ni kat rumah. Mesti ada je tukang menyibuk..." adu Mikayla.

     "Yelah-yelah. Untuk kau, semua boleh," kata Hezrick.

     Mikayla mengucup lama pipi kanan suaminya. Dia rasa cukup bertuah menjadi isteri lelaki ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience