Bab 54

Action Series 25243

     Pinggan dibasuh sebelum disusun di atas rak sisi singki. Mikayla terasa dirinya sedang diperhatikan. Wajahnya dipalingkan ke belakang, hanya dia seorang berada di ruang dapur itu.

     Selesai membasuh, langkah terus diatur laju menuju ke ruang tamu. Tiba di tangga, seluruh lampu rumah itu terpadam.

     Langkahnya terhenti. Jantungnya bekerja semakin laju. Kedengaran bunyi jeritan nyaring Ferliy dari atas seiringan dengan tangannya yang tiba-tiba dipegang seseorang.

     Baru sahaja dia ingin menjerit, mulutnya ditekup kasar. Siren rumah mula berbunyi kuat dan membingitkan. Mikayla meronta-ronta apabila lelaki itu mula menarik tubuhnya ke belakang.

     "Hmph! Hmph!" Cengkaman pada tangannya terasa semakin kuat apabila dia cuba memanggil Hezrick.

     Lampu kembali terpasang dan siren juga sudah tidak lagi kedengaran. Mikayla membulatkan mata melihat dua orang lelaki yang berdiri di hadapan manakala seorang lagi sedang menekup mulutnya dari belakang. Rembesan air mata semakin laju mengalir. Di mana Hezrick?

     "Ehem."

     Semua menoleh ke arah bunyi deheman itu. Kelihatan Hezrick sedang berdiri sambil bersandar pada pintu.

     Tubuh Mikayla semakin ditarik ke belakang. Dua orang lagi menuju ke hadapan untuk menghalang Hezrick daripada menyelamatkan isterinya.

     "Lepaskan bini aku," arah Hezrick tenang. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

     Salah seorang daripada mereka mula membuka kekuda dan bersedia untuk berlawan dengan lelaki itu.

     Hezrick merengus. Wajah merah Mikayla direnung lama sebelum dia membetulkan cara berdiri sambil merenggangkan kepala ke kiri dan ke kanan.

     "Kat mana-mana pun aku boleh lawan tapi tolong jangan pecahkan barang rumah ni." Hezrick terus melayangkan tumbukan pada lelaki yang paling hampir dengannya namun sempat ditepis dengan baik.

     "Okey mulakan." Hezrick pula menunggu serangan musuh.

     Tanpa bercakap banyak, musuh terus melayangkan kaki kanan dengan gerakan 360 darjah. Hezrick memegang kaki lelaki itu lalu terus ditolaknya ke arah musuh yang berada di belakang. Kedua mereka terandas dan jatuh menghempap sebuah kerusi rehat.

     "Woo lagi-lagi." Herith yang sedang mengunyah biskut coklat menjadi penonton aksi itu.

     Lelaki itu sedang elok berdiri di sebelah Mikayla bersama seorang lagi musuh yang sedang memegang gadis itu. Lelaki yang memegang Mikayla terus menoleh ke arah Herith bersama riak kehairanan.

     "Kau tak takut mati ke? Ricky tu bahaya tau, lebih baik kau lepaskan bini dia sebelum dia mengamuk. Nampak macam dah melebih je peluk bini dia dari belakang. Aku yang adik ipar dia ni nak pandang sikit pun kena marah," ujar Herith bernada biasa. Matanya masih melekat pada Hezrick yang sedang membahan kedua-dua musuh.

     Lelaki itu mengeluarkan pisau kecil. Mata tajam pisau dihalakan mengenai leher Mikayla yang berlapikkan kain tudung. Tubuh Mikayla mengeras ketakutan. Dia dapat merasakan mata pisau itu akan mengelar lehernya jika dia bergerak seinchi.

     "Bos kau nak dia hidup kan? Bangangnya tak patuh arahan boss, tch tch tch..." Herith menggeleng kecil merenung wajah lelaki itu.

     "Hmph!" Mikayla berusaha untuk meloloskan diri namun mata pisau semakin rapat ditekan pada kulitnya.

     Herith mengerutkan dahi mendengar erangan Mikayla. Kakak iparnya sedang sakitkah?

     Freddy yang berdiri di belakang musuh terus merampas pisau tersebut lalu dicampaknya ke arah Herith. Dalam pada masa yang sama, Mikayla menyiku perut si musuh dan terus melarikan diri ke ruang tamu.

     "Kau dah kenapa?!" soal Herith kasar. Nasib baik dia sempat mengelak daripada terkena pisau itu.

     "Pergi mati sana tu, jangan menyemak tanpa bertindak!" ujar Freddy seiringan dengan tumbukannya mengenai wajah musuh.

     Hezrick mencampak tubuh seorang musuh lalu mendarat tepat di hadapan kaki Herith. Dia menahan tumbukan musuh yang seorang lagi menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya menumbuk dada musuh tersebut namun lelaki itu masih tidak terjatuh ke lantai. Keras betul!

     Si musuh berlari ke arah Hezrick bersama kepala yang ditundukkan. Perut Hezrick dirempuh menggunakan kepala. Hezrick terandas pada meja.

     Kedua-dua belah tangannya menongkat pada permukaan meja sebelum kaki diangkat dan terus dilayangkan pada sisi wajah si musuh yang sedang menyeringai sambil berjalan meluru ke arahnya. Musuh hilang keseimbangan badan terus jatuh ke lantai.

     Hezrick menghela kasar nafasnya setelah melihat musuhnya masih berdiri walaupun dalam keadaan lemah.

     "Penat sial! Enrique! Cepatlah bodoh!" jerit Hezrick. Lambat betul lelaki gila itu menyiapkan tugasnya.

     "Sabar itu separuh daripada iman." Suara Enrique mula kedengaran di speaker kecil yang melekat di dinding ruang itu.

     Hezrick tidak membalas. Malas mahu mengajak lelaki itu berbual. Dia perlu menumpaskan musuhnya yang seorang ini.

     Herith pula duduk bercangkung sambil melihat wajah lelaki yang sedang terbaring di lantai dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Wajah itu ditelitinya. Bukankah lelaki ini yang dia lihat beberapa hari lepas?

     "Weh, kau yang berdiri intai aku mandi kolam tiga hari lepas tu kan?Woi dah mati ke?" soal Herith pada lelaki yang masih pengsan itu.

     "Bangunlah. Jangan mati lagi, jawab soalan aku dulu." Pipi lelaki itu ditepuk-tepuk lembut.

     Kaki Freddy dilayangkan mengenai leher musuh di hadapannya. Lelaki itu rebah dan mendarat tepat di atas tubuh kawannya membuatkan mata Herith membulat besar kerana terkejut.

     Akhirnya ketiga-tiga musuh tumpas dan tidak sedarkan diri. Hezrick mencapai kain yang terletak di dalam laci almari sebelum peluh di dahi dan lehernya dilap.

     "I'm back!" jerit Enrique yang baru melangkah masuk ke ruang itu. Beberapa jenis barang dan kertas diletakkan ke atas meja.

     "Lembab." Freddy yang sedang duduk atas kerusi bersuara tanpa nada.

     "Susah nak buka kereta dia. Pakai lock apa benda entah aku pun tak tahu, tapi belum cukup hebatlah sebab aku tetap boleh buka walaupun lambat sikit," ujar Enrique yang masih merasa hebat dengan dirinya sejak semalam.

     Telefon bimbit milik salah seorang daripada musuh dibuka. Galeri gambar ditekan. Muncullah gambar bukti dan beberapa gambar yang lain. Herith yang berdiri di sebelah Enrique menekan satu gambar.

     Gambar itu nampak seperti gambar identity card, tiada sebarang senyuman, hanya muka semata-mata. Dia melepaskan tawa besar melihat gambar selfie tersebut.

     "Jangan gelak. Kira kacaklah macam ni, daripada kau tu, muka babi hutan tapi mulut macam anjing, menyalak tak tentu pasal. Tak padan langsung." Enrique menjeling wajah Herith.

     "Kalau aku anjing, kau tu apa?" soal Herith.

     "Aku pun kembar anjing yang berwajah babi hutanlah." Enrique menjongketkan keningnya beberapa kali bersama senyuman lebar.

     "Sedar diri pun." Freddy mencelah tanpa menoleh ke arah mereka berdua yang sedang merepek.

     "Aku berguna lagi sebab dah carikan bahan kerja tapi dia ni memang betul tak guna." Jari telunjuk Enrique ditunding tepat pada wajah Herith.

     "Tapi tadi aku dah tolong Kayla lari." Herith membela diri.

     "Mana bini aku?" soal Hezrick. Herith mengangkat bahu. Hezrick terus melangkah pergi mencari isterinya.

     "Okey apa yang patut kita buat dengan binatang-binatang ni?" soal Herith sambil memandang tiga orang lelaki yang tidak sedarkan diri di lantai.

     "Bawak masuk kereta then tolak dalam gaung, amacam?" Freddy memberikan cadangan yang melintas di dalam otaknya.

     "Isi bom dulu baru tolak, let's go bro! This is how we treat a bastard!" kata Enrique sebelum dia meluru ke arah salah seorang musuh lalu diheretnya tubuh itu.

     "Take care, bye." Freddy melangkah pergi.

*****

     Kepala Mikayla diusap sayang. Dia mengambil tempat bersebelahan isterinya. Tubuh gadis itu dirangkul dari tepi. Dagunya diletakkan ke atas kepala gadis itu.

     "Sorry sayang," ucap Hezrick lembut.

     Mereka sengaja membiarkan musuh memecah masuk rumah dengan begitu mudah sementara Enrique menyelongkar kereta musuh mencari sesuatu yang boleh digunakan sebagai bahan kerja.

     Mikayla membalas pelukan suaminya dengan erat sekali. Dia yang masih berasa takut mula menangis teresak-esak. Wajah disembamkan pada dada bidang Hezrick.

     "Aku ada ni, jangan menangis..." Ibu jarinya menyeka air mata gadis itu.

     "Mana ada saya menangis." Mikayla menolak tangan Hezrick.

     "Dah settle?" soal Firaz yang sedang menuruni anak tangga.

     "Lama dah. Kenapa bini kau menjerit?" Hezrick mengerutkan dahi memandang Firaz.

     "Dia tengah mandi tadi, terkejutkan lampu yang tiba-tiba terpadam, itu yang menjerit kuat sangat. Pekak telinga aku." Firaz menggosok-gosok telinganya.

     "Aku fikir musuh dah tukar plan nak masuk ikut bumbung." Hezrick tersengih kecil.

     Firaz hanya diam memasang televisyen. Kakinya diletakkan ke atas meja. Belakang tubuhnya pula disandarkan pada penyandar sofa yang empuk.

     "Zack mana? Dah tiga hari tak nampak." Firaz menoleh ke arah Hezrick yang sedang mengucup kepala Mikayla.

     "Balik Johor, jumpa mak ayah Amira..." jawab Hezrick bernada biasa. Mikayla mengangkat wajah membalas renungan suaminya.

     "Dia dah nak kahwin ke?" soal Mikayla. Sahabatnya itu langsung tidak menghubunginya semenjak Hezrick pulang ke sini.

     "Maybe? Aku pun tak pasti." Belakang tapak tangan Mikayla yang berada di atas ribanya diusap lembut.

     "Aku rasa kau patut tukar nama panggilan macam aku," ujar Firaz tanpa memandang Hezrick.

     "Serious aku geli nak guna baby, honey, babi dan sewaktu dengannya, sebab tu aku tak pernah sebut," kata Hezrick. Firaz tergelak kecil lalu memandang lelaki itu.

     "Banyak lagi panggilan lain yang kau boleh guna, contohnya macam aku, abang dan dear. Kau pilihlah satu, dengar macam kurang ajar je bercakap dengan bini macam bersembang dengan membe."

     "Aku cakap je kasar, tapi layanan aku okey, kan sayang?" Lengan Mikayla disenggol.

     Gelengan Mikayla membuatkan dia rasa hairan.

     "Awak selalu tunjuk penumbuk pada saya, sikit-sikit nak tumbuk. Okey apa macam tu?" Mikayla mencebik. Firaz tergelak besar mendengar aduan gadis itu.

     "Takkan aku nak bergurau manja dengan kau depan kawan-kawan aku? Kau jugak yang malu nanti..." ujar Hezrick tenang.

     "Iye ke saya akan malu?" soal Mikayla bersama mata yang dikecilkan memandang Hezrick.

     Hezrick bertindak meragut bibir gadis itu tanpa sebarang amaran. Mikayla menolak tubuh suaminya. Wajah terus dipalingkan ke sisi.

     "Kenapa muka merah? Malu?" soal Hezrick yang tersenyum nakal.

     "Itu bukan bergurau tapi bernafsu! Sial apa kau cium dia depan aku?" Firaz mencelah dengan mata yang melekat pada kaca televisyen.

     "Entahlah aku tak pandai nak bergurau dengan kau. Nanti dah ada anak pun aku tak tahu macam mana nak main dengan dia." Hezrick menghela nafas membayangkan dirinya yang kayu bersama seorang bayi.

     "Tak apa, saya boleh ajarkan..." Mikayla mengusap pipi suaminya.

     "Ajar aku cara untuk bahasakan diri aku abang jugak," kata Hezrick perlahan. Anak mata isterinya direnung dalam-dalam.

     "Woo syabas! Good luck bro. Kau orang berlatihlah, aku naik bilik dulu." Firaz terus bangun dan beredar dari situ.

     "A... bang..." Mikayla menyebut satu-persatu patah perkataan 'abang' bersama tangan yang menunjuk-nunjuk dada Hezrick.

     "Iye, panggil aku ni abang, kenapa? Tak suka?"

     "Habis tadi awak suruh saya ajar, saya tengah ajarlah ni."

     "Aku bukan budak-budak yang perlu diajar cara untuk sebut perkataan abang, aku nak kau ingatkan setiap kali aku tersalah bahasakan diri aku ni..."

     "Saya pulak yang malu nak panggil awak abang." Mikayla terus memeluk tubuh suaminya bagi menyembunyikan wajah yang sudah berona merah.

     "Aku kena belajar ni," ujar Hezrick perlahan.

     "Eh silap, ab... abang kena belajar. Tiba-tiba jadi susah pulak nak sebut, abang abang abang abang abang. Ingat Ricky ingat, tanam dalam kepala," sambungnya lagi dengan mata yang terpejam.

     Mikayla tersenyum kecil di sebalik dada lelaki itu. 'Ego lelaki ini sudah semakin rendah,' bisik hatinya.

     "Aku bukan egolah, aku cuma rasa kekok..." ujar Hezrick secara tiba-tiba.

     Mikayla mengerutkan dahi, wajah suaminya terus dipandang.

     "Awak dengar ke?"

     "Mestilah dengar, hati kau kan ada pada aku. Pertalian kita terlalu kuatlah sayang," jawab Hezrick bersama senyuman kacaknya.

     Mikayla masih memandang lelaki itu dengan riak yang masih hairan. Semoga suaminya ini adalah manusia tulen. Risau juga sekiranya selama ini dia telah bernikah dengan vampire, namun jika betul apa salahnya kan?

     "Saya suka tau dengan keturunan vampire... Edward Cullen tu dahlah handsome nak mati." Mikayla tersenyum lebar.

     "What? Nampak ni?" Hezrick mengangkat tinggi penumbuknya membuatkan Mikayla tertawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience