Bab 48

Action Series 25354

     Pinggan dan gelas yang telah digunakan dicuci. Fikiran melayang jauh memikirkan hubungannya bersama Hezrick yang kian renggang. Tangan dikeringkan menggunakan kain sebelum dia meluru ke ruang tamu.

     Luka di bibir dan pipi telah pulih sepenuhnya. Cuma parut di tangan masih berbekas. Kuat betul cengkaman suaminya sehingga boleh meninggalkan parut yang sebegini rupa. Parut itu disentuh. Wajah Hezrick muncul di dalam fikiran.

     Bunyi pintu pagar dibuka menyentakkan lamunannya. Langsir tingkap diselak. Tiada pula kelihatan kelibat sesiapa di pintu pagar itu.

     Dahinya berkerut. Jantung mula berdegup kencang setelah teringatkan kes-kes pecah rumah yang berlaku di kawasan ini. Menyesal dia tidak menerima pelawaan ibunya untuk ke pasar raya sebentar tadi.

     Tombol pintu utama diperiksa. Nasib baik sudah berkunci. Dia terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya juga dikunci.

     Dadanya dipegang. Dia cuba untuk bertenang. Mungkin bunyi tadi terhasil daripada pelanggaran angin yang kuat, mungkin?

     Telefon bimbitnya berdering. Hairan melihat nombor private yang menghubunginya itu. Punat hijau ditekan. Dengan rasa yang takut dia melekapkan skrin pada telinga.

     "Pakai tudung dan keluar sekarang," arah suara garau itu sebelum talian mereka diputuskan.

     Mikayla mengerutkan dahi. Siapa ya? Suara itu bukan milik suaminya. Tetapi seperti pernah dia dengar cuma tidak ingat pula di mana. Dia meletakkan telefon bimbit ke atas tilam. Otaknya masih mencuba untuk membuat pengecaman.

     Tidak lama kemudian, bunyi pintu utama yang ditendang kuat membuatkan tubuhnya tersentak hebat. Mata membulat besar. Seseorang telah memecah masuk rumahnya!

     Mikayla berdiri dan terus mencari tempat untuk bersembunyi. Tubuhnya terkaku melihat pintu biliknya dibuka dengan begitu mudah dari luar.

     "Kau pekak ke? Aku dah suruh keluar tadi kan, kenapa buat serabut lagi dalam bilik ni?" soal Enrique beriak bengang.

     Mikayla masih berdiri kaku. Dia tidak tahu ingin menayangkan reaksi yang seperti apa kepada lelaki itu. Bagaimana lelaki itu memasuki rumahnya dengan begitu mudah sedangkan pintu berkunci?

     Enrique merengus kasar. Buang masa betul!

     "Memang semua perempuan lembab macam kau ni ke?"

     Mikayla diam dan masih merenung riak bengang Enrique dengan renungan aneh.

     "Kau tercegat apa lagi? Cepatlah! Aku kira sampai lima, lambat aku tinggal."

     "1... 2... 3... 4..." Belum sempat kiraannya dihabiskan, Mikayla bersuara.

     "Kejap! Janganlah kira!"

     Enrique melihat gadis itu menggelabah mencari sesuatu di dalam almari. Kakinya terus melangkah keluar.

     Mereka tiba di hadapan mansion. Enrique keluar dari perut kereta bersama riak biasa.

     Hezrick membuka pintu penumpang. Lengan Mikayla ditarik sebelum tubuh itu dipeluk erat.

     "Aku risaukan kau..." Hezrick menghela nafas lega.

     Nasib baik Enrique sempat menuju ke rumah Encik Anuar. Jika tidak, pasti gadis ini sudah menjadi mangsa penculikan.

     "Kenapa?" Anak mata suaminya direnung.

     "Aku risau Kayla. Terlalu risaukan keselamatan kau. Sebab nilah aku tak nak kau jauh dari aku..." Kedua-dua belah lengan gadis itu dipegang.

     "Musuh awak cari saya ke?" soal Mikayla lagi.

     "Sebenarnya bukan musuh Ricky tapi..." Mulut Enrique disumbat roti. Mata ditolehkan ke arah Freddy yang berdiri di sebelahnya.

     "Sedap betul perisa jagung ni. Mana kau dapat?" soal Enrique. Mulutnya masih tidak berhenti mengunyah roti itu.

     "Kedailah takkan dari dalam lubang jamban pulak." Freddy menjawab selamba.

     "Nak aku gelak ke?" Enrique mengerutkan dahi melihat riak biasa Freddy. Freddy hanya menggeleng kecil.

     "Enrique terjah masuk bilik saya..." bisik Mikayla pada suaminya.

     "What?!" Sepasang mata Hezrick membuntang setelah mendengar kata-kata Mikayla. Wajah Enrique direnung tajam.

     "Kau tengah cari masalah ke?" Hezrick menyoal bengang.

     "Apa? Bukan salah aku pun. Dia ni yang lambat, kena culik nanti aku jugak yang dipersalahkan. Lebih baik aku terjah sebelum terlambat. Fikir aku banyak masa ke nak tunggu lama-lama?" Enrique membela dirinya. Bebola matanya diputarkan ke arah Freddy.

     "Masalah sekarang ni bini aku dah bertudung! Cuba hormat sikit!" kata Hezrick cukup bengang.

     "Shh... Jangan bising-bising. Aku laparlah... Ada makanan lagi tak?" soal Enrique.

     Hezrick menarik nafas. Dia harus kekal tenang. Siapa lagilah boleh tunjuk ajar kepada si lelaki bodoh ni.

     "Pergi beli sendirilah," jawab Freddy tenang.

     "Nak duit sikit bos." Enrique menghulurkan tapak tangannya pada Hezrick.

     "Mintak maaf kat bini aku dulu." Hezrick menyilangkan lengannya ke dada.

     "Apahal aku pulak yang kena? Tak nak bagi cakap jelah ingat aku hadap sangat duit kau tu?" Enrique menjeling Hezrick sebelum wajah Freddy dipandang.

     "Sumpah aku tak ada cash sekarang..." Enrique menghulurkan tapak tangannya pada lelaki itu pula.

     "Tukar. Aku bagi sepuluh ringgit dan kau bagi aku kad bank, deal?" Freddy menjongketkan keningnya.

     Tanpa banyak kata, Enrique terus mengeluarkan kad bank miliknya sebelum dihulurkan kepada Freddy.

     Freddy menyambut huluran Enrique dengan riak biasa. Kad bank itu diteliti. Bukan boleh percaya pun si iblis penipu besar ni.

     "Kad ori tu. Bagi sepuluh ringgit aku cepat." Enrique mendekatkan tapak tangannya pada wajah Freddy.

     Freddy menyimpan kad itu ke dalam wallet miliknya sebelum sekeping wang berwarna merah dikeluarkan.

     "Okey kasih diterima..." Enrique merampas sekeping wang itu bersama senyuman lebar. Dia terus melangkah ke kereta miliknya.

     "Kenapa dia tak guna je kad tu?" soal Mikayla kepada Hezrick dan Freddy.

     "Bagi tujuan keselamatan identiti dia. Biasalah, lelaki tu memang suka menyusahkan orang." Freddy melangkah ke kereta milik Hezrick. Mikayla hanya mengangguk faham.

*****

     "Kita buat apa kat sini?" Mikayla mendongak memandang suaminya yang sedang memerhatikan sesuatu di tempat letak kereta vvip hadapan sebuah bangunan besar.

     "Makan." Lengan Mikayla ditarik keluar dari perut kereta.

     "Kau ikut Fred, aku ada kerja sikit." Hezrick menoleh ke arah isterinya sekilas sebelum pandangannya kembali melekat pada susuk tubuh yang sedang berselindung di sebalik sebuah kereta.

     "Awak nak pergi mana? Fred tu jahatlah. Kalau dia buli saya macam mana?" Mikayla menggenggam kemas lengan suaminya.

     "Nanti aku pesan kat dia jangan buli kau. Pergi masuk cepat." Tubuh gadis itu ditolak memasuki pintu utama bangunan besar itu.

     Hezrick terus mengatur langkahnya menuju ke kereta yang dilihatnya tadi. Lelaki yang sedang memerhatikannya dalam keadaan bercangkung itu disapa.

     "Apa yang kau tengah buat ni?"

     "Bu... Buat kerjalah haa buat kerja!" jawab Ad sebelum dia menayangkan senyuman lebar.

     "Kau pergi mana tadi? Kenapa tak jaga Kayla? Keselamatan dia makin terancam. Musuh dah mark dia kat rumah tu."

     "Sorry bro, aku sakit perut sangat tadi. Cair tho, tak boleh tahan langsung.... Sumpah." Ad mengangkat lima jari kanannya.

     "Kau patut mintak maaf kat bos kaulah. Kalau jadi apa-apa dengan Kayla, kau jawablah dengan dia."

     "Kau pun kena jugak nanti sebab kau suami dia. Sepatutnya dia tinggal dengan kau bukan dengan mak ayah dia dah..." omel Ad bersahaja.

     Hezrick hanya diam. Matanya merenung tajam wajah Ad.

     "Sebelum aku terlupa, malam ni dia ikut kau kan?" Ad menjongketkan sebelah keningnya.

     "Dia akan lebih selamat dengan aku malam ni. Esok aku hantar dia balik," jawab Hezrick tenang.

     "Yes! Aku boleh rehat. Kalau ada apa-apa roger je aku tau..." Ad terus memasuki perut keretanya.

*****

     Mikayla melangkah masuk ke dalam perut lif. Dia sudah agak yang semua ini akan terjadi. Freddy langsung tidak menunggunya. Nasib baik pekerja di sini memberi angka tingkat dan meja yang telah ditempah Hezrick.

     Ting!

     Sebaik sahaja tiba di tingkat 12, ruang yang mewah itu dipandang hairan. Sunyi sepi seperti tiada sesiapa yang akan melaluinya. Cuping telinganya terasa seperti ditiup dari arah belakang.

     Terus dia berpaling ke belakang namun tiada kelibat sesiapa pun di situ. Tiba-tiba sebuah pintu di hadapannya terbuka dan tertutup sendiri membuatkan dia berundur beberapa langkah. Hantukah?

     "Hihihihihii... Kayla~ Hihihiii..."

     Darahnya berderau mendengar suara mengilai memanggil namanya.

     Pintu yang sama dibuka dan ditutup berkali-kali membuatkan Mikayla terus menekan butang lif untuk turun ke bawah. Sudahlah telefon bimbitnya tidak dibawa bersama.

     "Hiihiihii..."

     Hilaian suara itu semakin hampir di belakangnya. Lambat pula lif ini!

     Bahunya terasa disentuh seseorang membuatkan tubuhnya terkaku seketika. Dengan penuh keberanian dia memalingkan wajahnya ke belakang...

     "Bah!" sergah seseorang itu. Lelaki itu mula ketawa terbahak-bahak melihat wajah pucat Mikayla yang terkejut melihatnya.

     "Hahahahahahahahahahahaha penakut rupanya you ni! Hantu~hihihii Kayla~ Kayla~" Herith menganjing Mikayla yang ketakutan.

     "Awak tak guna!" Hambur Mikayla sebelum dia kembali mengatur langkahnya ke hadapan.

     "Sejak bila pulak aku ni berguna?" Herith menyoal dirinya sendiri sebelum langkah gadis itu dikejar.

     "Ada nampak kembar aku tak?" Herith berjalan seiringan dengan Mikayla.

     "Ada."

     "Kat mana?" Herith menayangkan senyuman lebar.

     "Dalam kereta."

     "Dia nak pergi mana?"

     "Manalah saya tahu." Mikayla menayangkan mimik menyampah.

     "Kau tak tahu ke kau malas nak jawab soalan aku?" Herith tersenyum nakal.

     "Saya tengah jawablah ni." Mata Mikayla masih mencari nombor bilik.

     "Tapi kau jawab sikit-sikit je kenapa?"

     "Lepas tu awak nak saya jawab panjang berjela?" Mikayla berhenti lalu menghadap lelaki itu.

     "Mestilah, bukannya perempuan kena banyak bercakap daripada lelaki? Kau ni lelaki ke?" Herith menunjuk-nunjuk wajah Mikayla.

     "Habis tu awak perempuan ke?" Mikayla menyoal kembali. Lelaki ini sentiasa mencari pasal dengannya.

     "Aku lelakilah. Kenapa? Nak tengok bukti?" Herith memegang seluarnya.

     "Eee! Tak naklah!" Mikayla menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     "Haa tahu pun takut..."

     Tubuh Mikayla tiba-tiba dilanggar seseorang sehingga kepala gadis itu terhantuk pada bahu kanan Herith.

     "Hey si bodoh! Tak ada adab ke?" Herith menegur si pekerja yang telah melanggar kakak iparnya tanpa mengucapkan kata-kata maaf.

     Pekerja itu berhenti melangkah. Dia berpaling ke belakang dan berhenti tepat di hadapan Herith.

     Herith menayangkan senyuman sinis. Nak main-main dengan aku ya syaitan?

     "Okey apa yang kau tak puas hati sekarang?" soal si pekerja bersama riak bengis.

     "Dengan rambut yang berjambul buruk macam ni fikir aku takut ke? Kau mintak maaf dengan perempuan ni sekarang," arah Herith bernada tenang.

     "Kalau aku tak nak?"

     Buk!

     Satu tumbukan dilayangkan tepat mengenai pipi kanan si pekerja sehingga lelaki itu terjatuh ke atas karpet. Herith tidak banyak kata, dia terus menghentak kepala lelaki itu menggunakan kaki sehingga terkulai pengsan.

    "Apa yang awak buat?!" Mikayla membulatkan matanya.

     "Kejaplah..."

     Herith terus mengheret lelaki itu memasuki sebuah bilik. Dia melangkah keluar sebelum pintu bilik itu ditutup.

     Wajah Mikayla dipandang dengan pandangan hairan. Apa yang tidak kena pada gadis itu? Contact lens yang dipakainya sudah rosakkah?

     Lens miliknya memberi satu notification tanda seru bewarna merah menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada Mikayla.

     Mikayla mula berdiri kaku apabila lelaki itu memandangnya dari atas sehingga ke bawah. Tiba-tiba Herith meluru ke arahnya. Belakang bajunya ditarik sedikit membuatkan dia menepis kasar tangan lelaki itu.

     "Apa yang kau cuba buat ni, Herith?" soal satu suara garau.

     Mikayla dan Herith menoleh serentak ke arah suara garau itu.

     "Kau nampak apa yang pelik kat perempuan ni? Lebih baik kau bawak dia masuk bilik untuk check apa yang patut," ujar Herith beriak tenang.

     Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia membuka langkah meninggalkan pasangan suami isteri itu.

     "Sini dekat sikit..." Hezrick menarik tangan isterinya.

     Hezrick menunduk. Baju hadapan gadis itu diperiksa, tiada apa. Baju di sebelah belakang pula ditelitinya dan ya! Sticker kecil yang terlekat pada baju Mikayla itu ditanggalkan.

     "Tahu tak apa ni?" Hezrick menunjuk pelekat itu pada Mikayla. Mikayla hanya menggeleng.

     "Benda ni digunakan untuk kesan lokasi semasa kau."

     "Ta... Tapi apa sebenarnya yang dia orang nak daripada saya?" soal Mikayla.

     "Pernah dengar perkataan 'mahal'?"

     Mikayla mengangguk laju. Dia pernah mendengar perkataan itu keluar dari mulut Adam beberapa hari yang lalu.

     "Sebab kau mahal," jawab Hezrick pendek sebelum lengan gadis itu ditarik.

     Perutnya sudah berkeroncong sejak tadi lagi. Mikayla terdiam mengekori langkah suaminya sambil berfikir, apa pula yang mahal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience