Bab 46

Action Series 24641

     Telefon bimbitnya berdering. Mikayla mengendahkan panggilan itu namun lama-kelamaan dia rasa bersalah pula. Skrin telefon itu ditekan-tekan.

     65 missed call

     Dua daripada 65 missed call itu daripada Nur Amira. Mikayla membulatkan mata, dia sudah terlupa akan sesuatu! Nombor Amira terus didailnya.

     "Ha Kayla! Awak balik Johor langsung tak inform pada saya, nasib baiklah Zack ada cakap. Kalau tak, mesti saya dengan tak tahu apa-apa duduk kat rumah tu seorang." Amira memulakan perbualan mereka.

     "Assalammualaikum Amira," sapa Mikayla membuatkan Amira tersentap.

     "Wa'alaikummussalam, sorrylah saya geram sangat dengan awak ni, selalu buat saya risau..."

     "Maaf ya? Saya terlupa nak bagitahu... Ad hantar saya balik, awak kat mana tu?" soal Mikayla.

     "Saya kat kondolah. Takkan saya nak duduk dengan lelaki-lelaki yang kurang betul tu tanpa awak, seramlah."

     "Ferliy kan ada? Awak jaga diri tau. Jangan lupa kunci pintu," pesan Mikayla lembut.

     "Ferliy dengan Firaz? Dua orang tu asyik berkepit je... Iya awak pun sama..."

     Selesai bersembang, talian mereka diputuskan Mikayla. Telefon bimbit diletakkan di sebelahnya. Nafas kecil dihela. Apa yang Hezrick sedang lakukan ketika ini?

     Rasa tidak enak badan, panas semacam. Dua biji penadol selamat ditelan. Lampu dimatikan sebelum tubuh direbahkan ke atas tilam. 

     Skrin telefon bimbitnya menyala dek sensor gerakan. Wallpaper gambar mereka berdua sewaktu di Thailand terpapar. Kenangan mereka bersama terimbas di benak fikiran.

     Beberapa hari sebelum mereka bernikah...

     "Tapi saya ada syarat," Mikayla mengangkat muka, matanya merenung ke dalam sepasang anak mata Hezrick.

     "Kenapa pulak? Kau ajak aku bernikah tapi kau pulak nak letak syarat. Tak ada, aku takkan setuju apa-apa. Kau nak kahwin dengan aku ke tak ni?" Hezrick mengerling wajah gadis yang duduk di sisinya. Mereka berdua dalam perjalanan balik ke rumah.

     "Alaa awak kena setuju jugak. Kalau tak, hari ni last awak jumpa saya." 

     "Beritahu dulu syarat kau tu. Nanti aku pertimbangkan." 

     "Saya nak kahwin tapi saya tak sedia dengan tanggungjawab yang satu tu..." Mikayla memalingkan wajah ke hadapan memandang jalan. Dia sungguh berharap agar lelaki ini memahami keadaannya.

     "Lepas bernikah nanti kau kena sediakan makan, pakai aku, mandikan aku, suap aku makan, silap hari bulan kau kena ikut aku masuk meeting tau." Hezrick tersenyum nakal.

     "Ish takkanlah saya nak kena mandikan awak?" Mikayla mencebik. Gila ke?

     "Aku suka manja yang macam tu, boleh kan sayang?" Lengan kanan Mikayla disenggol-senggol. Mikayla menjeling tajam wajah Hezrick. Mengada betul lelaki ini!

     "Tak adalah, aku gurau je... Aku okey kalau kau tak ready. Aku setuju nak kahwin pun bukan sebab nafsu semata-mata, tapi adalah sikit-sikit tu... Aku boleh relaks lagi." 

     "Kenapa awak ni gatal ek?"

     "Entah. Tiba-tiba je aku rasa gatal bila berdua dengan kau," jawab Hezrick bersahaja.

     "Saya tengah serious ni!"

     "Iyelah, aku janji takkan sentuh kau selagi kau tak ready..." Hezrick menayangkan senyuman manis pada Mikayla. Mikayla hanya diam dan langsung tidak menoleh ke arahnya.

     "Hey sayang... Aku tengah berjanji ni, kau dengar tak?" Hezrick mencapai tangan kanan Mikayla sebelum belakang tapak tangan dikucup lembut. 

     "Iya saya dengar. Tapi kalau awak langgar janji tu macam mana?" Mikayla merenung sisi wajah kekasihnya.

     "Terserahlah nak buat apa, hukum jelah senang kan?"

     "Okey saya setuju." Mikayla tersenyum memandang hadapan.

     Tanpa sedar air matanya meluncur laju di pipi. Dia rindukan Hezrick dalam pada masa yang sama dia masih kecewa dengan apa yang telah lelaki itu lakukan terhadapnya. Perlahan-lahan mata dipejam. Dia tidur bertemankan air mata. 

*****

     Pemanduan diteruskan walaupun hujan lebat turun membasahi jalan itu. Enrique menayangkan riak tenang semasa memandu. Kereta memasuki perkarangan simpang sebuah rumah.

     "Aku tunggu sini je boleh? Mengantuklah," ujar Herith setelah kereta berhenti di tepi jalan.

     "Dah tahu mengantuk, kenapa sibuk nak ikut?" soal Hezrick.

     "Aku boleh jaga kereta, kau orang pergilah. Apa-apa yang aku nampak dari cctv ni nanti aku roger..." Herith menunding jari ke arah skrin pada dashboard.

     "Nampak berguna..." Enrique mengusap-usap lembut kepala Herith. Herith tersenyum bangga.

     "Tapi kadang-kadang jelah!" Enrique menolak kasar kepala itu.

     "Sakitlah Enrique!" jerit Herith. Enrique hanya meletakkan jari telunjuknya di bibir bersama riak tidak bersalah. Herith mencebik. Anjing betul!

     "Nampak gambar ni?" soal Enrique sambil menunjuk sekeping gambar. Hezrick, Freddy dan Firaz hanya mengangguk kecil.

     "Culik dia, tapi be careful," kata Enrique sambil melepaskan seatbelt sebelum pintu dibuka kemudian terus melangkah keluar.

     "Why?" soal Firaz bersama kerutan di dahi.

     "He's a fighter," jawab Freddy sebelum dia juga melangkah keluar. 

     "Kalau dia fighter, kau apa pulak bang?" Herith menoleh ke arah Hezrick.

     "Aku orang yang akan cabut nyawa kau nanti, kau tunggulah." Hezrick mengerling ke arah Herith.

     Herith menekup mulutnya yang terlopong luas. Menganjing!

     Hezrick menjeling tajam wajah adiknya sebelum dia melangkah keluar bersama Firaz. Mereka berdua meluru ke arah Enrique yang berada di sebalik tembok pagar keliling rumah itu.

     "Sial betul geng-geng dia." Enrique tersenyum sinis melihat skrin telefon bimbit miliknya.

     "Kenapa?" Firaz juga melihat skrin yang menyala itu sebelum dia melepaskan tawa kecil.

     "Gangster apa macam ni? Tak ada langsung yang berjaga malam. Bos dengan anak buah sama-sama bodoh!" Enrique memasukkan telefon itu ke dalam kocek seluar.

     "Jangan cakap besar, itu je aku boleh pesan," kata Hezrick sebelum dia mula memanjat tembok itu.

     "Taklah, mana ada cakap besar. Akukan orang baik." Enrique tersenyum kecil.

     "Baik kepala otak kau," kata Firaz dalam nada terkawal.

     "Shh diam... Jom ikut aku masuk ikut pintu pagar sana. Jenis yang tak ada telur memang akan panjat macam Ricky." Enrique terus melangkah tanpa menunggu balasan. 

     Freddy hanya melihat Enrique dan Firaz yang semakin jauh sebelum dia memanjat tembok yang dipanjat Hezrick sebentar tadi. Tak ada telur ke apa, keselamatan tu penting. 

     Kakinya mendarat di atas rumput sebelum mata tertancap pada Hezrick yang sedang berjalan menuju ke arah tangga di luar rumah itu.

     Dia mengeluarkan topeng oksigen dari dalam beg kecil yang digalas lalu disarungkan ke kepala.

     "Bro, pakai ni." Freddy mencampak satu topeng itu kepada Hezrick. Hezrick menyambut tepat.

     Beberapa buah bom asap dikeluarkan dari beg yang sama. Asap dari bom itu akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menghidunya akan rasa mengantuk. Tak perlulah mengotorkan tangan dengan cara membunuh pada malam ini.

     Hezrick menolak pintu sliding sebelum Freddy melemparkan satu bom asap. Asap mula memenuhi ruang. Mereka memulakan pencarian. 

*****

     Enrique memutarkan bebola matanya ke arah tiga ekor binatang yang berada di hadapannya dengan riak tenang. Firaz pula berundur beberapa langkah ke belakang sebagai permulaan untuk melarikan diri.

     Grr... Grr... Grr...

     Tiga ekor anjing bewarna coklat gelap itu merenung tajam ke arah mereka berdua. Enrique menghela nafas kasar.

     "Aku tak boleh nak usap kepala kau jadi tolong beri aku laluan," minta Enrique pada tiga ekor anjing tersebut.

     "Kau tak takut ke? Dia gigit nanti jadi masalah lain pulak."

     "Hari-hari aku hadap si Herith anjing tu. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan tiga ekor anjing macam ni," jawab Enrique tenang.

     "Boleh tak jangan main-main?" Firaz mula mencapai bantal kecil di atas sofa ruang tamu itu.

     Salah seekor daripada anjing itu mula berlari ke arah Enrique namun lelaki itu lebih pantas melayangkan sepakan pada tubuh anjing sehingga tercampak beberapa meter ke belakang.

     "Woi! Jangan buat macam tu kat haiwan! Berdosa!"

     "Kenapalah aku tak ajak Fred tadi." Enrique percaya jika dia membawa Freddy bersamanya pasti sudah lama anjing-anjing ini dikerjakan.

     "Sebab aku ada ni..." Firaz mengeluarkan sebuah bekas kecil yang terisi ubat pelali.

     "Kenapa tak cakap awal-awal sial." Bekas kecil itu dirampas sebelum dia melangkah maju ke hadapan. Tiga ekor anjing bertempiaran melarikan diri melihat Enrique yang langsung tidak takut terhadap mereka.

     "Sekarang kau nak lari? Tadi bukan main lagi marah aku, bodoh apa anjing-anjing ni?!" jerit Enrique. Langkahnya dihentikan.

     "Enrique, lebih baik kau tutup hidung," arah Firaz perlahan sambil menutup hidungnya.

     "Apahal pulak? Macam mana aku nak bernafas? Kau memang nak aku mati bunuh diri ke?"

     "Kau tak bau?" Firaz mengerutkan dahi. Dari jauh matanya dapat melihat asap halus yang keluar dari ruang kecil bawah pintu bilik.

     "Tak, tapi aku rasa dia ada kat dapurlah." Enrique meluru ke arah dapur.

     "Ada orang kat tangga bro." Suara Herith kedengaran di telinga masing-masing.

     Pak! Pak! Pak!

     Tepukan tangan dari atas tangga itu menarik perhatian Enrique dan Firaz. Wajah lelaki yang dicari kini berada di hadapan mata.

     Enrique tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris gigi putihnya seraya mencampak sesuatu ke arah lelaki itu. Picagari yang dicampak disambut tepat oleh Hezrick yang berdiri di belakang si penjahat sebelum jarum dicucuk pantas pada sisi leher lelaki itu.

     Si penjahat rebah di atas lantai tanpa sempat bertindak.

      "Fighter low class je." Enrique berlari anak meluru ke arah Hezrick tanpa sempat Firaz menahan.

     "Biar aku heret dia," kepala Enrique terasa melayang-layang. Baru saja hendak memijak anak tangga pertama, dia jatuh pengsan.

     "Itulah manusia yang paling bodoh dan menyusahkan," ujar Freddy bernada biasa.

     "Aku dah pesan tutup hidung! Kau fikir kau tu kuat sangat ke??" Firaz menyepak-nyepak paha Enrique yang tidak sedarkan diri akibat cecair kloroform yang terkandung dalam bom asap.

     Hezrick dan Freddy mengangkat tubuh musuh mereka kemudian berlalu pergi.

     "Jom angkat dia, kita kena pergi sebelum..." Sepasang mata Firaz membuntang setelah terdengar bunyi salakan anjing yang semakin hampir dengan mereka.

     Ruff! Ruff!

     "Lari bro lari!" Dengan pantas Firaz dan Herith memegang kedua-dua belah lengan Enrique lalu diheretnya tubuh itu ke arah pintu utama.

     "Kenapa kita tak tinggal je biar dia kena gigit dengan anjing?" soal Herith setelah mereka selamat menarik Enrique sehingga ke luar pintu rumah.

     "Betul jugak tu, tapi alhamdulillah dah selamat keluar tanpa perlu membunuh... Sekarang kita kena fikir macam mana nak settlekan dia ni." Firaz dan Herith menoleh ke arah Enrique yang tidak sedarkan diri di atas lantai simen. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience