Bab 24

Action Series 24641

     Sepasang mata milik Herith merenung sisi wajah Enrique dengan renungan yang begitu menghairankan. Bukankah lelaki itu sudah sihat? Mengapa wajahnya masih kelihatan pucat seperti sedang sakit?

     Tangan kanannya diangkat sebelum pipi milik Enrique dicucuk-cucuk menggunakan jari telunjuk. Enrique memutarkan bebola matanya ke arah Herith yang masih mencucuk-cucuk pipinya tanpa rasa bersalah.

     "Pahal bro?" Dahi Enrique berkerut.

     "Kau sakit ke? Kalau kau pengsan kat sini macam mana? Siapa nak angkat kau? Ricky tak ada ni..."

     "Kaulah angkat aku," jawab Enrique tenang.

     "Aku? Jangan harap. Nak sentuh kau pun aku rasa jijik, apatah lagi nak angkat badan gajah kau ni?" Herith menarik mimik muka menyampah.

     "Habis tadi tu apa?!" Jerit Enrique kuat mengundang perhatian pelajar di sekeliling mereka.

     "Perlu ke sampai menjerit?!" Herith meninggikan nadanya.

     "Kau bodoh sebab kau menjerit jugak!"

     "Makin melampau ya kau sekarang! Mentang-mentanglah Ricky manjakan kau semenjak kau sakit!" Herith mula bangun dari kerusi, jari telunjuknya ditunding tepat mengenai batang hidung mancung Enrique.

     "Kau nak cemburu macam budak-budak ni apahal?!" Enrique juga berdiri.

     Mereka berdua sudah berada di tengah-tengah pelajar yang mengerumuni mereka. Suka melihat dua ekor beruk ini bergaduh.

     "Dia abang aku!"

     "Dia kawan baik aku!" Enrique masih tidak mahu mengalah.

     "Kau tak layak berkawan dengan abang aku! Sebab kau penipu besar!" Jeritan Herith kedengaran semakin kuat.

     Enrique mengangkat tangan kanannya untuk menampar pipi Herith sebelum tangannya itu ditahan seseorang. Herith dan Enrique menoleh ke arah si gerangan yang telah menganggu sesi pergaduhan mereka pada petang itu.

     "Err... aku rasa aku patut tolong tapi tak apalah, teruskan bergaduh." Kata Ad bersama senyuman kekok.

     Genggaman tangannya pada lengan Enrique dilepaskan sebelum kakinya berundur beberapa langkah ke belakang. Rasa lain macam selepas melihat dua pasang mata helang itu menikam tajam wajahnya. Herith kembali merenung wajah pucat Enrique.

     "Kau nak tampar aku?!" Jerit Herith yang masih tidak berpuas hati.

     "Tak." Enrique menggelengkan kepalanya beberapa kali.

     "Kau..." Telefon milik Herith berdering dengan kuat. Punat hijau ditekan dengan kasar.

     "Kau buat apa?"

     "Bermain." Jawab Herith sepatah dan penuh kemalasan.

     "Lebih baik kau berhenti bergaduh dengan Enrique sebelum aku tembak seorang demi seorang."

     "Apahal kau pesan dekat aku? Kau patut pesan dekat si gila ni." Herith menjeling wajah Enrique.

     "Dia tak takut mati tapi kau takut. Pergi balik rumahlah kalau tak nak duduk kat situ. Aku tak paksa pun kau dua orang teman Kayla. Kenapa sampai buat kecoh depan orang ramai? Tak malu ke?" Bebel Hezrick panjang lebar.

     "Bisinglah kau ni Ricky. Tak sayang aku cakap ajelah. Jangan ugut-ugut nak bunuh bagai." Herith memutuskan taliannya bersama Hezrick.

     Selepas menjeling tajam wajah Enrique, kakinya melangkah keluar dari bulatan pelajar-pelajar yang masih galak melihat drama yang telah diciptakan mereka berdua.

      Enrique melepaskan keluhan kecil melihat belakang tubuh Herith yang kian menjauh, kepalanya sudah terasa sakit. Mungkin dia juga perlu balik dan berehat bagi menambahkan tenaga demi menyiapkan kerjanya pada malam ini.

     Freddy hanya melihat Zack dan Amira yang duduk di kerusi bertentangan dengannya manakala Mikayla sibuk menyuap nasi ke dalam mulut tanpa menghiraukan bunyi bising yang datang dari pasangan sejoli itu. 

     "Hahaha you tengok tak muka Herith tadi?" Soal Amira kepada Mikayla.

     Mikayla mengangguk kepalanya beberapa kali tanda dia melihat wajah muram Herith yang melintasi mereka sebentar tadi. Amira melepaskan tawa yang lebih besar sebelum Zack menekup mulut gadis itu.

     "Hmphh! Hmphh!" Amira meronta-ronta minta Zack melepaskan mulutnya.

     "Tak sopan gelak macam tu." Zack melepaskan mulut Amira setelah melihat wajah cemberut gadis itu.

     Freddy pula mentertawakan Amira yang menjeling tajam wajah Zack. Pasangan bahagia itu seringkali bergaduh disebabkan hal yang remeh-temeh.

     "Lepas ni kita pergi shopping. You dengan you tak boleh ikut sebab I dan Kayla akan pergi tempat perempuan sahaja." Kata Amira secara tiba-tiba. Sengaja dia menekankan perkataan sahaja.

     "I tetap akan ikut." Zack merenung wajah masam mencuka Amira. Sekali lagi wajahnya dijeling gadis itu.

     "Jeling-jeling, macamlah mata tu cantik sangat." Omel Zack.

     "You cakap mata I tak cantik? How dare you!" Marah Amira. 

     "Yes, nampak buruk sangat bila you jeling I. Simpan ajelah mata tu. Dah macam hantu I tengok." Balas Zack bersahaja, sengaja mahu mengusik gadis itu.

     "Fine!" Amira berdiri lalu terus meninggalkan mereka bertiga.

     "Saya rasa, saya patut ikut dia." Kata Mikayla sopan.

     Zack dan Freddy merenung dua orang gadis itu tanpa ada rasa untuk menghalang. Kemudian mereka berpandangan sesama sendiri.

     "Dah tahu tentang perempuan yang nak bunuh kau tu?" Soal Zack ingin tahu. Freddy mengangguk kecil.

     "Apa masalah dia?" Soal Zack lagi. Hezrick baru sahaja memberitahunya tentang perkara itu tengahari tadi ketika mereka berbual di dalam handphone.

     "Perempuan tu memang gila. Dia sakit hati dengan aku sampai nak membunuh,"

     "Habis tu, Enrique cakap perempuan tu sayang kau tapi kau yang tinggal dia, kan?" Soal Zack menginginkan kepastian. Lelaki yang bernama Enrique itu bukan boleh dipercayai.

     "Ya aku tahu tu. Aku pun sayang dia, tapi masa belum mengizinkan untuk aku kembali bersama dia," Freddy mengurut dahinya yang mula terasa sakit memikirkan gadis itu.

     "Sanggup dia cari kau dari England sampai ke sini. Betul-betul obses ya perempuan tu pada kau," Zack tertawa kecil.

     "Dia membesar kat Singapura tapi aku tinggal dia kat England. Aku buat semua tu bersebab, bukannya saja-saja." Freddy menghirup air teh ais miliknya sehingga habis sebelum dia berdiri.

     "Jomlah pergi ikut dua orang minah salleh tu." Sambung Freddy lagi.

     "Tak makan saman betul kau ni." Zack juga berdiri. Baru sahaja tadi Amira berpesan yang lelaki tidak boleh ikut mereka.

     "Berani perempuan-perempuan tu nak saman aku?" Kata Freddy sinis. Kerja tetap kerja, dia harus melaksanakan amanah yang telah diberikan Hezrick kepadanya.

     Enjin kereta dihidupkan, dia dan Zack memandu kereta yang berasingan. Pintu di sebelah penumpang terbuka secara tiba-tiba. Herith melangkah masuk ke dalam perut kereta bersama beberapa plastik di tangan lelaki itu.

     "Kau dari mana bro? Tadi cakap nak balik?" Dahi Freddy berkerut.

     "Tunggu makanan siap, aku nak balik dengan siapa? Enrique dah tinggal aku."

     "Dia tak sihat lagi tu, kau pulak selalu ajak dia bergaduh. Lagi bertambah sakitlah otak dia," Freddy memulakan pemanduannya.

     "Dia sakit apa sebenarnya ni? Aku curiouslah," Herith memikirkan tentang kesihatan Enrique sehingga berkerut teruk dahinya. Terserlah kehodohannya di situ.

     "Sebenarnya dia..." Bunyi deringan telefon bimbit milik Herith membantutkan kata-kata Freddy.

     Herith menghela nafas kecil melihat nama yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Mahu berleter lagikah? Telinganya sudah penat untuk mendengar leteran lelaki itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membiarkan sahaja telefon itu berdering.

     "Pahal tak angkat bro?" Soal Freddy ingin tahu, sesekali dia mengerling sisi wajah Herith.

     "Dia dah jadi mak nenek sekarang. Sebelum telinga aku berdarah, lebih baik aku cegah,"

     "Bagi aku jawab," Freddy menghulurkan tangannya. Herith meletakkan telefon bimbitnya yang masih berdering itu ke atas tapak tangan Freddy.

     "Yes boss?" Freddy memulakan perbualan mereka.

     "Mana budak tu?"

     "Dia tak nak dengar suara kau. Rimas katanya, bukannya merdu pun." Jawab Freddy tenang.

     "Rimas kepala otak dialah. Buat loudspeaker sekarang," arah Hezrick dengan nada yang sungguh tidak berpuas hati.

     Freddy menekan punat loudspeaker seperti yang disuruh Hezrick, pasti lelaki itu ingin memberitahu hal yang penting kepada mereka berdua.

     "Tadi aku dah call Enrique tapi dia tak jawab. Aku check semua cctv rumah, tetap tak ada, dia ada cakap dengan kau mana dia pergi?" Soal Hezrick kepada adiknya.

     "Dia dah besar. Ada kaki, ada tangan, ada otak yang bodoh, yang kau nak risau sangat pasal dia tu kenapa?" Soal Herith juga tidak berpuas hati.

     "I can smell something fishy right now." Freddy tersenyum kecil.

     "Kau gila ke Herith? Tak habis lagi ke bergaduh dengan dia? Sekarang ni aku tanya dia kat mana?" Soal Hezrick, dia sudah malas untuk bercakap banyak dengan si Herith tak guna ini.

     "Aku tak tahulah!" Jerit Herith kuat.

     "Tak perlu sampai nak menjerit. Aku tanya dah habis elok, apa masalah kau ni?" Hezrick memutuskan talian mereka tanpa menunggu balasan daripada Herith.

     Freddy tertawa kecil seraya menghulurkan telefon bimbit itu kepada Herith dan lelaki itu menyambut huluran telefon bersama mimik wajah yang bengang.

     "Chill bro, tak perlulah nak cemburu dengan kawan baik sendiri sampai macam tu." Kata Freddy, kereta dibelok memasuki kotak parkir.

     "Dia bukan kawan baik aku tapi dia pemusnah hidup manusia lain." Kata Herith tanpa nada.

     Mereka tiba di destinasi yang hendak dituju iaitu mall. Tali pinggang dilepaskan sebelum dia kembali merenung wajah masam mencuka Herith. Nampaknya seperti ada sesuatu yang terjadi di antara mereka berdua selain daripada hal pili air dan pergaduhan petang tadi.

     "Kau tak nak keluar ke?" Soal Freddy ingin tahu.

     "Malaslah, bak sini kunci kereta kau."

     "Pahal pulak?" Freddy mengerutkan dahinya.

     "Aku nak pergi cari Enrique." Jawab Herith bersahaja tanpa menoleh ke arah Freddy.

     "Hahaha tadi kutuk-kutuk dia lepas tu kau nak pergi cari pulak? Bagusnya kau ni." Freddy menekan-nekan perutnya yang terasa senak akibat terlalu banyak ketawa.

     "Aku penat nak layan, kau balik dengan Zack ajelah nanti," ujar Herith.

     Freddy mengangguk bersama senyuman nipis, banyak songeh betul budak seorang ini. Dalam benci dan tak suka tetap juga ada rasa sayang terhadap sahabat sendiri. Macam-macamlah.

     "Pandu elok-elok kereta kesayangan aku ni." Pesan Freddy sebelum dia melangkah keluar dari perut kereta miliknya.

     Herith menekan-nekan skrin yang terletak pada dashboard kereta itu bagi mengesan lokasi kereta milik Enrique.

     Enrique memasuki pintu utama sebuah hospital swasta, sepasang matanya mengerling kosong beberapa orang gadis yang tersenyum-senyum memandangnya. Eee perempuan gatal ada di mana-mana saja. Kakinya terus diaturkan menuju ke bilik Firaz yang terletak agak jauh dari pintu utama itu.

     Pintu bilik Firaz ditolak kasar, kelihatan sepasang suami isteri dan juga Firaz sedang duduk bersama mata yang memandang ke arahnya. Kakinya terus diaturkan meluru ke arah sofa yang terletak di sudut tepi bilik itu.

     Firaz dan sepasang suami isteri itu meneruskan perbualan mereka tentang informasi beberapa jenis penyakit. Enrique memeluk tubuh, skop kepala hoodie ditarik menutupi kepalanya yang terasa sejuk. Hidung yang mengeluarkan cecair jernih dilap dengan tisu yang baru dicapainya di atas meja berdekatan.

     "Lambat lagi ke? Aku dah hampir mati ni, kau tak nak tolong aku dulu ke?" Soal Enrique, mata dipejam kemudian kepalanya disandar ke penyandar sofa yang empuk.

     "Kejaplah." Jawab Firaz sepatah. Risau juga sekiranya lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pesakitnya.

     "Bro, kau sakit apa?" Soal Enrique ingin tahu, matanya merenung wajah lelaki yang duduk bertentangan dengan Firaz.

     "Err... aku datang untuk check tahap kesuburan..." Jawab lelaki itu.

     "Kau tak boleh mengandung ke?" Soal Enrique pada lelaki tersebut. Lelaki itu menoleh ke arah Firaz, mata bertentangan mata. Lelaki mengandung? Benda babi?

     "Aku... aku..." Kata-kata lelaki itu pantas dipotong Enrique.

     "Kau apa? Subur apa ni? Tahap kesuburan pun nak kena check dekat hospital ke? Dah berapa lama kau kahwin?" Soal Enrique dengan pantas tanpa berfikir panjang. Kebodohan dalam otaknya selalu pekat. Tak pernah cair.

     "Dalam dua tahun... kut?" Jawab lelaki itu. Enrique mula berdiri kemudian menghampiri lelaki itu.

     "You tengoklah suami you ni. Dahlah tak ingat tarikh kahwin, lepas tu sekarang datang hospital untuk check tahap kesuburan. You tak rasa yang dia ni lelaki tak guna ke?" Soal Enrique sinis kepada wanita yang duduk di sebelah lelaki itu.

     "Kau jaga sikit mulut tu..." Ujar lelaki itu dengan nada yang tidak berpuas hati.

     Firaz mengurut-ngurut dahinya, mula dah si Enrique babi ni.

     "Kau diam, aku bercakap dengan dia." Kata Enrique berwajah tegang. Matanya merenung wajah seorang gadis dalam lingkungan 20-an yang duduk di sebelah lelaki itu. Lelaki itu mengetap giginya.

     "Kau berdua patut memperbanyakkan berdo'a pada tuhan supaya dikurniakan zuriat. Bukannya bila aku bercakap, nak melenting macam aku pulak yang bersalah." Ujar Enrique.

     "Masalah sekarang ni, kau bukannya doktor. Apahal nak arah-arah aku pulak?!" Tengking lelaki itu, dia bangun dari kerusinya dengan berani menentang panahan tajam sepasang mata helang Enrique.

     "Patutlah kau tak ada anak sampai sekarang. Tahap kesabaran tak ada dalam diri, silap hari bulan you kena tinggal dengan lelaki tak guna ni." Ujar Enrique tanpa ada rasa takut terhadap lelaki itu, matanya dilarikan ke arah si isteri.

     Lelaki itu menggenggam penumbuknya, rasa marah di dalam diri semakin membara. Berani lelaki ini berkata seperti itu di hadapannya?!

     Tiba-tiba pintu ditolak kasar sehingga membuatkan Enrique, Firaz dan sepasang suami isteri itu menoleh ke arah pintu.

     "Hai sayang!" Jerit seorang gadis, gadis itu melangkah masuk ke ruang itu bersama sebekas makanan bewarna merah jambu di tangannya.

     "You busy? I tunggu dalam bilik rehat okay, bye sayang." Kata gadis itu sebelum dia memasuki sebuah bilik yang terletak di belakang meja kerja Firaz.

     "Dia sengaja tak pandang atau dia tak perasan aku kat sini?" Soal Enrique sendiri. Hairan juga, dia kenal gadis itu tetapi mengapa gadis itu langsung tidak menoleh ke arahnya?

     "Aku tak habis lagi dengan kau ni." Enrique kembali menikam wajah lelaki berbadan besar yang sedang berdiri di hadapannya.

     "Sudahlah Enrique, biar aku selesaikan yang ni dulu," ujar Firaz, cuba untuk menghalang lelaki itu daripada terus menimbulkan perbalahan.

     "Aku dah nak mati ni, aku rasa tak sihat dan sekarang aku nak satu bilik vvip. Kau perlu cucuk air dekat tangan aku, aku nak rehat. Kalau ada sesiapa cari aku kau jawab aje yang aku ni dah mati, hidup pun tak ada yang peduli..." Kata Enrique tanpa dia sedar bahawa Herith dan Hezrick sedang mencarinya.

     "I selesaikan masalah dia dulu ya. You tunggu di sini kejap sebab masalah you mengambil masa yang agak lama untuk I terangkan satu-persatu..." Kata Firaz sopan sebelum dia bangun kemudian terus meluru ke arah pintu keluar.

     "Kalau aku terjumpa kau dekat mana-mana memang aku cincang badan besar kau sampai jadi dadu. Ingat tu sial." Kata Enrique yang masih lagi hendak mencari masalah.

     Lelaki itu ingin menangkap tubuh Enrique tetapi dihalang isterinya. Enrique melepaskan tawa jahatnya lalu terus melangkah keluar dari ruangan tersebut. Tak padan dengan sakit sampai dah nak mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience