Bab 45

Action Series 24641

     Tubuhnya direbahkan ke atas katil sebaik sahaja selesai memakai baju. Pipinya disentuh. Rasa perit dilempang Hezrick terimbas di benak fikirannya. 

     Dadanya pula berdebar-debar teringatkan penipuannya pada Puan Qamaria petang tadi. Dia terpaksa namun dia bersyukur atas penerimaan ibunya. 

     Setelah meletakkan beg bagasi di dalam bilik, dia meluru ke ruang tamu untuk berbual dengan Puan Qamaria. Ibunya kelihatan terkejut melihat lebam pada pipi kanan dan luka yang telah kering di bibirnya.

     Nasib baik kolar baju dapat menutupi warna kemerahan yang jelas kelihatan pada leher jinjangnya. Tangan Puan Qamaria menyentuh lembut pipi Mikayla. Mikayla mendesis kecil sebelum tangan Puan Qamaria ditahan.

     "Kenapa ni nak?" soal Puan Qamaria kerisauan.

     "Kayla kemalangan bu," tipu Mikayla yang mencuba nasib. 'Maafkan Kayla ibu,' desis hati kecilnya.

     "Lah kenapa tak beritahu ibu? Kamu selalu macam ni, apa-apa hal nak berahsia. Ibu risau tengok kamu balik dalam keadaan lebam-lebam macam ni tahu tak?" 

     "Sikit je ni. Kayla tak nak ibu terlalu fikirkan Kayla. Ibu kan tengah sakit... Sementara cuti lebih baik Kayla balik sini jaga ibu..." Puan Qamaria mengerutkan dahi menghadam kata-kata Mikayla.

     "Tapi ibu tak sa..." kata-kata Puan Qamaria pantas dipotong Encik Anuar.

     "Dah tiga hari kamu mengadu sakit kepala, dah lupa?" soal Encik Anuar bersama riak biasa.

     Puan Qamaria tersenyum nipis. Tidak sangka suaminya sanggup menipu semata-mata untuk mengumpan anak perempuan mereka balik secepat mungkin. Pasti gadis itu masih tidak tahu-menahu tentang majlis yang akan berlangsung dalam masa dua hari dari sekarang.

     "Kamu ni dah kenapa? Apa yang jadi?" Encik Anuar meluru ke arah anaknya sebelum luka dan lebam pada wajah manis itu diteliti.

     "Kayla kemalangan. Sikit je... Sebab tu Kayla tak beritahu. Ayah sihat?" Mikayla mencapai tangan kanan ayahnya sebelum belakang tapak tangan itu dikucup.

     "Kemalangan apa sampai macam ni? Kat mana Adam waktu kamu kemalangan? Dia tak jaga kamu ke?" Encik Anuar hairan melihat anaknya.

     Adam langsung tidak melaporkan kepadanya, lelaki itu lebih banyak berdiam diri sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti selalu yang sering menelefonnya bertanya khabar. Mungkin dia sibuk. Tetapi apa sebenarnya yang berlaku?

    "Sikit je ni ayah. Tulang Kayla tak patah-patah lagi, masih boleh berjalan balik rumah," jawab Mikayla bersama senyuman. Dia tahu riak Encik Anuar seakan tidak percaya mendengar jawapannya.

     "Kamu tumpang siapa balik tadi?" soal Encik Anuar lagi.

     "Tumpang kawanlah, kebetulan dia pun dari KL nak ke sini jugak." Mikayla menayangkan senyuman manis.

     "Ayah dari mana? Banyak betul beli barang." Mikayla pantas menukar topik perbualan. Matanya tertancap pada plastik-plastik yang dipegang Encik Anuar.

     "Kawan ayah nak datang makan malam kat sini, itu yang nak suruh ibu kamu masak lebih sikit," jawab Encik Anuar sebelum dia terus melangkah pergi tanpa menunggu balasan. Mikayla menoleh ke arah ibunya.

     "Siapa nak datang?"

     "Nanti kamu tengok sendirilah. Ayah tak ada bagitahu apa-apa pada kamu?" Puan Qamaria memegang tangan anaknya. Mikayla menggeleng kecil. Puan Qamaria hanya tersenyum.

     "Sejak bila kamu bertudung? Sejuk hati ibu tengok kamu makin manis macam ni."

     "Baru lagi bu,"

     Lamunannya terhenti setelah telinga menangkap bunyi pintu bilik ditutup. Mata terus ditolehkan ke arah bunyi tersebut. Puan Qamaria melabuhkan punggung di birai katil. Senyuman ibunya membuatkan air muka Mikayla berubah. Dia kenal akan senyuman itu.

     "Ibu tahu kamu ada sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ibu. Cuba cerita apa yang terjadi?" Soalan yang diajukan Puan Qamaria membuatkan wajah Mikayla berubah pucat. Dia membetulkan kedudukannya.

     Mikayla memalingkan wajahnya ke hadapan, tidak kuat untuk membalas renungan Puan Qamaria. Puan Qamaria mencapai tangan anaknya sebelum tangan itu diletakkan ke atas riba.

     "Ibu tak marah kalau kamu jujur. Ibu jaga kamu dari kecik lagi Kayla, jadi ibu tahu perangai kamu. Jujur dengan ibu..." Puan Qamaria menyeka air mata anaknya yang mula mengalir di pipi. Dia sudah dapat mengagak yang gadis ini pasti sedang merahsiakan sesuatu.

     Tubuh Puan Qamaria dipeluk erat. Wajahnya disembamkan pada bahu kiri wanita tua itu. Dari awal lagi firasatnya mengatakan bahawa penipuan ini tidak akan kekal lama.

     "Maafkan Kayla bu... Kayla dah tipu ibu, ibu tengok ni... Isk..." Mikayla yang tersedu-sedu menangis itu menunjukkan cincin yang tersarung elok di jari manisnya.

     "Kamu terima lelaki mat salleh tu?" Puan Qamaria mengusap-usap cincin di jari manis anaknya. Mikayla menunduk memandang tangan ibunya sebelum tangan itu dikucup lama.

     "Kamu layak buat keputusan sendiri nak, tak salah kamu terima dia." Dia seperti dapat mengagak apa yang bermain di fikiran anaknya.

     "Tapi kami dah bernikah." Mikayla mengangkat muka membalas renungan ibunya.

      Air wajah Puan Qamaria berubah mendengar kata-kata anak perempuannya. Tak sangka gadis ini sanggup memutuskan keputusan begitu semata-mata enggan berkahwin dengan pilihan ayahnya.

     "Betul dah bernikah?"

     Mikayla mengangguk diiringi air mata yang mengalir di pipi. Pasti Puan Qamaria marah dan terasa hati dengannya. Puan Qamaria tersenyum membuatkan Mikayla hairan.

     "Alhamdulillah kamu berdua dah halal." Kata-kata Puan Qamaria membuatkan Mikayla terkedu.

     "Ibu tak marah Kayla?"

     Puan Qamaria menggeleng.

     "Ibu sokong apa yang kamu buat. Pilihan kamu perlu diutamakan cuma ibu terkilan dengan ayah, dia langsung tak nak dengar pendapat ibu."

     "Terima kasih ibu, nama dia..."

     "Ricky? Ibu ada terserempak dengan dia beberapa minggu yang lepas, ibu setuju dia jadi menantu ibu. Lagipun dia ada mintak izin nak halalkan kamu..."

     "Dia jumpa ibu kat mana?" Mikayla mengerutkan dahi.

     "Masa tu kat pasar raya dan dia cakap nak bincang tentang kamu, ibu pun ikut ajelah,"

     "Eh jomlah tolong ibu masak untuk makan malam." Puan Qamaria terus melangkah keluar. 

     Mikayla hanya diam merenung cincin di jari. Satu masalah diselesaikan dengan begitu mudah dibantu suaminya yang telah meminta izin dari awal. Alhamdulillah... 

*****

     Pinggan serta mangkuk yang terisi lauk-pauk siap terhidang di atas meja makan. Tetamu sudah pun tiba dan berada di ruang tamu bersama ayah. Dia masih tidak tahu siapakah dua orang lelaki tersebut.

     Mereka mula melangkah masuk ke ruangan dapur. Sepasang mata Mikayla sedikit membulat melihat Ad. Ad menghadiahkan kenyitan mata yang menggoda buat Mikayla. Mikayla mengawal reaksi wajah. Apa yang lelaki itu buat di sini bersama Adam? Apa hubungan mereka berdua?

     "Kenalkan ini Ad, anak buah bakal tunang kamu," ujar Encik Anuar. 

     Mikayla diam tidak membalas, bebola matanya diputarkan ke arah Puan Qamaria. Jadi, perkara inilah yang hendak dibincangkan ayah?

     Sepanjang makan malam itu, Mikayla hanya diam membisu. Bila ditanya, dia hanya akan mengangguk, menggeleng dan tersenyum. Dia makan dengan pantas dan terus meminta diri untuk mencuci pinggan. Dia rasa tidak selesa dengan renungan Adam terhadapnya. 

     "Puh!" Telinganya ditiup kasar. Tangan yang sedang mencuci pinggan terhenti akibat terperanjat. Wajahnya dipaling ke tepi. Ad tersenyum ke arahnya.

     "Apa yang awak buat kat sini? Awak dengan dia berpakat untuk hancurkan hidup saya?" soal Mikayla dengan nada perlahan.

     "Orang gila babi je bekerja dengan dia, I berada di pihak you..." bisik Ad sebelum dia tertawa kecil.

     "Pergilah depan, nanti ayah atau Adam nampak." Mikayla menolak bahu lelaki itu.

     "Iya nak pergilah ni... Saja tegur you, ingatkan dah tak kenal I bila you balik sini." Ad menjongketkan keningnya. 

     Mikayla menjeling tajam wajah lelaki itu. Ad melepaskan tawa sebelum dia melangkah pergi.

     Mikayla mengatur langkah meluru ke arah biliknya. Tidak berminat untuk berbual dengan lelaki-lelaki itu. Namanya dipanggil membuatkan kepalanya berpaling ke belakang. Ayahnya, Ad dan Adam dipandang bersilih ganti.

     "Adam nak berbual dengan kamu sekejap." Encik Anuar merenung anaknya yang masih berdiri.

     "Tap... Tapi Kayla ada kerja yang nak disiapkan..." jawab Mikayla tenang.

     "Sekejap je. Kerja-kerja tu nanti boleh siapkan." 

     Mikayla mengangguk pasrah. 

     Adam berdiri sambil menunjukkan jalan menyuruh Mikayla berjalan keluar terlebih dahulu. Mikayla hanya akur. Adam membontoti langkah gadis itu. Mereka berhenti tepat di hadapan pintu rumah.

     "Cakap cepat, saya nak buat kerja pulak ni," ujar Mikayla tanpa memandang wajah Adam. Adam ingin mencapai lengan gadis itu namun ditepis kasar.

     "Woo okey-okey relaks. I cuma nak you bersedia untuk beberapa hari ni," ujar Adam bersama senyuman palsu.

     "Esok saya balik KL. Tolong jangan ganggu saya, saya dah ada..." Kata-katanya dipotong Adam.

     "Ricky? Lelaki tu hanya nak ambik kesempatan ke atas you je Kayla, trust me."

     "Terlalu ramai perempuan lain kat luar sana, kenapa perlu pilih saya sedangkan awak boleh petik jari je?"

     "Yang datang bila jari I dipetik tu hanya untuk dijadikan stock geli-geli je.You ni special sikit, mahal..." Ayat terakhirnya dibisikkan pada telinga gadis itu. Mikayla bergerak menjauhkan jarak mereka.

     "Kenapa diam? Okey macam nilah, tentang kahwin tu masih boleh dibincangkan tapi you kena ikut I untuk sehari dua then I akan lepaskan you, deal?"

     "Dah kenapa pulak saya kena ikut awak?"

     "I dah cakap tadi, you ni mahal." Adam bergerak semakin mendekat. Belum sempat Mikayla berundur, kedengaran bunyi tin terjatuh membuatkan kedua-dua mereka menoleh ke arah bunyi tersebut.

     "Kau nak buat apa dengan tin-tin tu?" soal Adam dingin.

     Matanya tajam merenung wajah Ad. Lelaki itu sedang memegang satu plastik lutsinar yang terisi banyak tin minuman kosong. Ad tersengih seraya menggaru-garu kepalanya.

     "Nak pergi jual kat besi buruklah. Banyak sangat tin kat rumah ni, sebab tu aku mintak," jawab Ad sambil mengutip beberapa tin yang terjatuh. 

     "Tak nak balik lagi ke bos? Dah lewat ni, esok aku kerjalah..." Ad memutarkan bebola matanya ke arah Mikayla.

     "Kau balik jalan kaki, aku tak suruh ikut pun. Blah sekarang." Adam melayangkan tangan ke udara seperti menghalau.

     "Lagipun Kayla ada kerja lain tu. Esok boleh jumpa lagi, jom balik jom..." Ad mengangkat kunci kereta milik Adam bersama senyuman lebar sebelum dia mengangkat tangan pada Mikayla kemudian melangkah pergi.

     Sengaja dia mengajak Adam balik kerana dia baru sahaja menerima panggilan daripada Hezrick. Lelaki itu menyuruhnya beredar dari rumah Mikayla secepat mungkin. Nasib baik kunci kereta Adam berada di tangannya.

     Akhirnya Adam mengalah dan terus membontoti langkah Ad tanpa masuk untuk meminta diri terlebih dahulu pada Encik Anuar, sungguh biadap!

     "Nasib baik..." Mikayla menghela nafas lega. Kakinya dilangkah masuk ke dalam rumah. 

*****

     Sudah masuk yang ke-20 kali dia menghubungi Mikayla. Masih tidak berjawab. Rambutnya diramas kasar. Selesai belajar bersama ustaz sebentar tadi, dia terus menerkam telefon bimbit mengharapkan gadis itu menghubungi atau menghantar pesanan mesej kepadanya, tetapi langsung tiada.

     Sekali lagi dia mendail nombor Mikayla. Masih sama, tidak berjawab.

     "Buang jelah handphone tu!" Hezrick mencampak telefon bimbitnya ke atas tilam. Punggung dihempas kasar ke atas tilaml. Matanya ditolehkan ke arah pintu bilik yang ditolak seseorang.

     "Bro, nak ikut tak? Atau kau ada masalah kawal nafsu lagi?" soal Freddy yang berada di muka pintu. Kedengaran bunyi ketawa menganjing di belakang membuatkan Hezrick merengus.

     "Sial lah!" jerit Hezrick bengang.

     Freddy mengerutkan dahi. Dah kenapa nak melenting? Tanya pun salah ke? Belakang tubuhnya ditolak seseorang sehingga dia terus masuk ke dalam. Muncullah wajah Enrique.

     "Kau kenapa terjerit-jerit macam monyet? Jomlah ikut aku pergi satu tempat ni, tak ajak nanti cakap aku menipu pulak," ujar Enrique bersahaja.

     "Kau memang tengah tipu aku pun sekarang ni kan?!" Hezrick berdiri menghadap Enrique.

     "Astaghfirullah... Sanggup ke hati aku ni nak tipu kau?" kata Enrique dengan penuh munafik. Padahal dialah kepala kepada segala pengkhianatan yang berlaku di antara mereka.

     "Habis tu kenapa aku tak rasa apa-apa sejak pagi tadi sial?!"

     "Iye ek? Mana aku tahu. Ubat tu yang tipu organ dalaman kau kut..." jawab Enrique tenang. Bebola matanya diputarkan ke arah telefon bimbit Hezrick yang berdering.

     "Sumpah aku..." Hezrick terus menerkam telefon bimbitnya.

     "Bini tak ada kat sebelah jadi bodoh pulak dah jantan ni," kata Enrique sebelum lehernya dipeluk Freddy dari belakang.

     "Dah tahu mulut longkang ni ada bangkai babi hutan, kenapa nak bukak jugak? Lain kali tutup rapat-rapat!" Tapak tangan Freddy menekup mulut Enrique. 

     "Bising ah kau! Kau pun sama je macam aku! Aku tunggu dalam kereta. Tak payah risaulah pasal Kayla tu, dia tengah mimpikan akulah..." kata Enrique sebelum dia melangkah keluar. 

     "Kita ada misi malam ni, bro..." Freddy juga melangkah keluar. 

     Hezrick menghela nafas. Semoga isterinya itu baik-baik sahaja di sana. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience