Prolouge

Action Series 24670

Terketar-ketar tubuh seorang gadis remaja menyembunyikan dirinya di sebalik pokok-pokok besar. Tidak disangka bahawa percutian pertamanya bersama rakan-rakan di pantai akan bertukar menjadi tragedi hitam seperti ini.

     Perkenalannya bersama seorang lelaki yang mempunyai wajah persis anak kacukan British dan Sepanyol tidak sampai tiga minit, lelaki itu sudah berani bertindak melampaui batas!

     Kedua-dua belah tangan yang terketar-ketar diangkat lalu menekup mulutnya bagi mengawal esakan agar tidak kedengaran terlalu kuat. Kedengaran bunyi tapak kaki semakin menghampiri kawasan persembunyiannya membuatkan jantungnya berdegup dengan lebih kencang sehingga jelas kedengaran di telinganya.

     Wajah kemerahan gadis itu dibasahi air mata yang mengalir bagaikan air hujan yang lebat. Laju saja membelahi kulit sisi wajah mulusnya.

"Hey girl, where are you?" Soal lelaki misteri itu bernada seperti berbisik.

     Si gadis dapat melihat dengan jelas tubuh tegap lelaki itu berdiri membelakanginya. Dia berundur beberapa langkah ke belakang sehingga terpijak daun-daun kering yang menyebabkan terhasilnya bunyi.

     Prap!

     Matanya membulat besar. Dia tersentak dengan bunyi yang datang daripada kakinya sendiri. Apabila dia mengangkat wajah, lelaki itu berpaling ke arahnya, dengan pantas dia mengatur langkah berlari selaju mungkin.

     Sedang dia berlari, lengannya ditarik kasar dari arah belakang. Lelaki itu berjaya mengejarnya. Sekelip mata tubuhnya berada di dalam dakapan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

     "Nak lari ke mana, hm?" Soal si jejaka menggunakan nada lembut, sangat lembut.

     Jantungnya berdetak dengan begitu kuat dan laju setiap kali terpandangkan gadis yang berada di dalam dakapannya ini. Dia ingin mengenali gadis ini dengan lebih jauh lagi tetapi gadis ini seakan melarikan diri daripadanya. Adakah wajahnya tampak seperti seorang perogol bersiri yang ingin membaham mangsa?

     Tangan kasarnya diangkat sebelum dia mengusap-ngusap lembut kepala gadis kecil itu. Satu kucupan hangat dihadiahkan pada ubun-ubun si gadis. 

     Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan setelah merasakan tangan kasar lelaki misteri ini mula menjalar di segenap tubuh badannya. Bau maskulin si jejaka sedikit sebanyak membuai perasaannya tetapi akal fikiran masih berperang dengan nafsunya sendiri. Tangannya mencubit dan mencakar dada bidang si jejaka.

     Segala perlakuannya terhenti setelah terpandangkan anak mata oren kekuningan milik lelaki itu merenungnya dengan renungan yang sukar untuk ditafsirkan. Walaupun kawasan itu mempunyai cahaya petang hari yang kelihatan malap tetapi dia tetap dapat melihat sepasang anak mata yang cantik dan bersinar milik lelaki ini.  

     Tangan kekar itu berhenti dari terus menjalar ke seluruh tubuh sang gadis dan beralih pula pada wajah mulus yang masih dibasahi air mata.

     Si Jejaka menayangkan senyuman nipis sambil mengelap wajah manis gadis itu lalu disekanya air mata yang masih bertakung dalam empangan yang kian pecah. Gadis itu sudah mula tenang dan esakan juga sudah tidak lagi kedengaran.

     Perlahan-lahan dia mendekatkan jarak wajah mereka berdua, bibir mereka bertaut tanpa sebarang isyarat. Nafas Si Gadis terasa sesak, kelam-kabut dia mahu melepaskan diri daripada tautan bibir mereka. 

     Tangannya menolak dada bidang lelaki itu berkali-kali. Semakin ditolak, semakin erat rangkulan si jejaka pada pinggang rampingnya. Daripada itu, tangannya kian lemah. Terasa longlai menikmati kemesraan yang diberi lelaki itu sehingga dia lupa akan segala kesedihan dan ketakutan yang dia alami ketika ini.

     Beberapa minit mereka berkeadaan seperti itu, akhirnya tautan bibir terpisah. Lelaki itu bertindak mencumbui leher jinjangnya dan meninggalkan kesan 'love bite' pada leher yang putih mulus itu.

     "I'm sorry, love," ucap lelaki itu separa berbisik di cuping telinganya. Terlihatkan wajah ketakutan si gadis membuat hatinya berasa serba salah pula.

     "You're mine. Only mine, girl." Sambungnya lagi. Matanya merenung ke dalam anak mata bundar si gadis.

     "Awak siapa? Saya tak kenal awak," si gadis menggeleng kepala beberapa kali. Siapa lelaki ini? Tiba-tiba sahaja mengaku bahawa dirinya milik lelaki itu. 

     Matanya membulat besar setelah merasakan tangan kasar si jejaka laju menyelinap masuk ke dalam belakang seluar tracknya

     "Ahh jangan lah! Apa masalah awak ni?!" Marah Si Gadis bengang, tangannya memegang kemas lengan berurat milik lelaki yang tidak tahu malu itu. Si jejaka tersenyum nipis melihat wajah cemberut gadis itu. 

     "Tunggu aku, boleh?" 

     Si Gadis terpinga-pinga mendengar soalan yang diajukan kepadanya. Tiada ribut, tiada guruh tiba-tiba saja suruh menunggunya? Gilakah?

     "Saya tak nak, saya tak kenal awak! Saya nak ba..." Belum sempat kata-katanya dihabiskan, si jejaka bertindak menekup mulut si gadis menggunakan tapak tangannya.

     "Kau bising lagi, aku rogol kau kat sini, nak?" Soal lelaki itu bernada sedikit tegas. 

     Sepasang mata gadis itu kembali berkaca-kaca. Siapa lelaki ini? Mengapa lelaki ini menganggap dirinya begitu murah? Mengapa semua ini terjadi kepadanya? Apakah maksud hal ini terjadi? Setelah satu demi satu perkara yang menimpa dirinya, tidak cukup lagikah semua itu? Pelbagai persoalan bermain-main di mindanya.

     Si jejaka menghela nafas panjang, terlebih manja pula pilihan hatinya ini. Bibirnya mengukir senyuman nakal, dengan pantas dia memegang pipi si gadis lalu diciumnya sekilas bibir mungil itu. Tangannya ligat membuka baju t-shirt hitam yang tersarung pada tubuhnya.

     Akal fikiran mengatakan bahawa dia menginginkan gadis ini lebih daripada segala-galanya. Melihat mata sepet si gadis sedikit membulat memandang tattos yang terlekat pada kulit badannya membuatkan dia mengukir senyuman nipis.

     Tubuh si gadis ditolak lembut bersandar pada batang pokok yang agak besar. Kedudukan mereka yang berada di dalam hutan pada waktu senja seperti ini pasti tidak akan disedari sesiapa.

     Si gadis pasrah, lemah lututnya diperlakukan seperti itu oleh seorang lelaki. Kekuatan remaja perempuan yang baru menginjak 18 tahun tidak mungkin akan setanding dengan si jejaka misteri itu. 

??????

Being A Nice Person
Doesn't Mean You Have To Sit
Through Toxic Conversations
Or Interactions
Graciously, Excuse Yourself

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience