Bab 51

Action Series 24641

     Pedal minyak ditekan kuat. Kelajuan enjin kereta sport Audi R8 itu bertambah.

     Sebuah lagi kereta jenis Lamborghini Aventador bewarna purple metalic hanya mengekor dari belakang.

     Dua buah kereta sport itu perlu mengejar sebuah kereta yang telah membawa lari Mikayla sebelum kereta itu memasuki sebuah kawasan hutan. Jarak kereta musuh agak jauh daripada mereka.

     Di tengah-tengah kawasan hutan itu terletaknya markas terbesar musuh mereka. Terlalu ramai musuh di sana dan mereka tidak mahu mengambil risiko tinggi untuk melawan musuh tanpa mengatur strategi bersama Hezrick.

     "Tak sempat kejar bro! Suruh budak-budak ni halang!" jerit Herith kuat melalui mic kecil yang terlekat pada sisi meter kereta.

     "Roger." Enrique terus menghubungi anak-anak buahnya yang lain.

     Setelah beberapa minit memandu, mereka tiba di satu jalan. Terdapat tiga buah Jeep di hadapan sedang menyekat sebuah kereta Honda Civic bewarna hitam.

     Enrique dan Herith memberhentikan kereta mereka dengan cara drift serentak bagi menyekat laluan belakang kereta musuh. Kereta Honda itu berada di tengah-tengah antara mereka.

     Anak-anak buah Enrique dan Herith keluar dari kereta bersama riak bengis. Beberapa orang daripada mereka memegang senjata manakala yang lain hanya bertangan kosong. Bilangan kesemua daripada mereka seramai sembilan orang tidak termasuk Herith dan Enrique.

     Bang!

     Puffh!

     Tayar hadapan kereta musuh meletup terkena tembakan anak buah Enrique.

     Lelaki bertopeng merengus kasar mendengar jeritan Mikayla yang memanggil Herith dan Enrique. Bahu gadis itu dicengkam kasar.

     "Diam!" tengking lelaki bertopeng tersebut.

     Mikayla terdiam. Matanya merembeskan butiran jernih yang banyak. Tetapi dia perlu meloloskan diri daripada lelaki jahat ini. Tangannya pantas ingin membuka kunci pintu namun sempat ditahan.

     Pang!

     Wajah Mikayla ditampar geram. Mikayla terandas ke belakang dan terus tidak sedarkan diri. Topeng ditanggalkan. Tingkap kereta diketuk dari luar membuatkan bebola matanya diputarkan ke arah Herith yang sudah berdiri di sisi kereta.

     Lelaki itu sedang merapikan rambut melalui pantulan tingkap. Beberapa saat kemudian, Herith menepuk-nepuk lagi tingkap kereta itu.

     Adam mendengus, dia membuka luas pintu kereta kemudian kakinya melangkah keluar. Pintu ditutup dan dia berdiri tepat di hadapan Herith.

     Enrique hanya diam memerhati sambil duduk di atas bonet hadapan kereta.

     "Nak apa?" Adam merenung tajam ke dalam sepasang anak mata Herith.

     "Simpan dulu bodoh kau untuk tunjuk kat anak-anak nanti. Aku nak perempuan tu." Herith menunding jari telunjuknya ke arah kereta Adam.

     "Perempuan tu tunang aku," ujar Adam bersama senyuman sinis.

     "Oh tahniah. Tapi kita orang nak guna perempuan tu, nantilah kita orang pulangkan balik." Enrique melangkah ke hadapan bersama kedua-dua belah tangan di dalam kocek seluar.

     "Huh?" Herith tercengang mendengar kata-kata bersahaja Enrique.

     Adam hanya diam. Dia tidak boleh mudah mempercayai manusia-manusia pelik di hadapannya ini.

     "Betullah. Kita nak guna perempuan tu untuk tiga hari je kan?" Enrique membalas renungan Herith.

     "Huh?" Dahi Herith semakin berkerut. Setahunya, mereka berdua tidak berbincang tentang hal ini.

     "Apa sial? Tolonglah belajar tajamkan lagi penipuan tu. Muka kau dahlah hodoh lepas tu tak pandai nak menipu pulak. Bengap betul." Enrique menghela nafas.

     "Mana aku tahu, kau tak ada pesan apa-apa pun tadi..." Herith menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Bibirnya mempamerkan senyuman kekok.

     "Kau nak bagi ke tak?" soal Enrique sambil memandang wajah Adam.

     Adam terdiam memikirkan cara lain untuk membawa lari Mikayla. Bebola matanya diputarkan ke sekeliling. Dia dapat melihat anak-anak buah Herith dan Enrique memandang sinis ke arahnya. Cukup riyak!

     "Okey aku anggap kau tak nak bagi." Habis sahaja ayat Enrique, bunyi beberapa das tembakan kedengaran.

     Semua yang berada di situ mula menunduk serentak.

     Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

    Tembakan itu datang dari belakang kereta Enrique. Herith menerajang bahu kanan Adam yang bercangkung di hadapannya. Lelaki itu terandas ke belakang kemudian tersandar tepat pada pintu kereta. Dia cuba bangun.

     "Kau gerak, kau mati." Herith berdiri.

     Anak-anak buahnya masing-masing mengacukan selaras pistol ke arah Adam. Adam berhenti dari terus bergerak.

     "Hahaha tahu pun takut. Aku mintak cara elok tak nak bagi, kan dah kena gertak. Ha mampus kau hari ni. Syaitan macam kau ni hanya tahu nak menyusahkan orang! Apa salahnya biar perempuan ni hidup bahagia?" bebel Enrique sambil mencempung tubuh Mikayla keluar dari kereta.

     "Eh ada seekor anjing lagi! Kau kenapa pandang-pandang aku? Ada telur ke tak ni sampai tak keluar kereta? Pengecut!" kata Enrique pada pemandu kereta itu sebelum dia beredar.

     Tubuh Mikayla dibawa masuk ke dalam kereta Freddy yang telah bersedia untuk membawa gadis itu ke hospital. Freddy terus menekan pedal minyak sebaik sahaja pintu kereta ditutup.

     "Mana anjing?" soal Herith ingin tahu. Tangannya pantas membuka pintu sebelah pemandu itu.

     "Wooo spesies bulldog lah!" Herith menayangkan riak teruja dapat melihat bulldog di hadapan mata.

     "Kau pecat jelah anak buah kau yang tak berguna tu. Bazir duit je sial simpan dia." Enrique cuba memberi cadangan yang cukup bernas kepada Adam.

     "Perempuan tu aku punya, aku yang jumpa dia dulu sebelum Ricky!" ujar Adam kasar. Matanya menikam tajam wajah Enrique.

     "Kau tak handsome macam Ricky, sebab tu Kayla tak nak kat kau. Terima jelah kenyataan perempuan dah reject kau, move on tau." Herith ingin mengusap kepala Adam namun ditepis kasar.

     "Aku tak pedulilah! Kau jangan nak kurang ajar!" Adam mencekak kolar leher Herith. Herith hanya tersenyum sinis.

     Anak-anak buah Herith dan Enrique ingin melepaskan tembakan namun Enrique lebih pantas mengangkat sebelah tangan sebagai isyarat kepada mereka. Mereka mula menurunkan senjata masing-masing.

     "Nak beremosi sangat ni kenapa? Kau baru rasa tertekan dengan masalah dunia ke? Aku tak kira, kalau Ricky tak nak bunuh kau, biar aku yang buat untuk dia. Tahan dua ekor biawak ni." Enrique berundur beberapa langkah ke belakang bersama senyuman yang cukup sinis.

     Adam hanya diam. Kedua-dua belah tangannya digari oleh anak buah Enrique. Dia tahu yang dia tidak akan menang apabila berlawan dengan lelaki ini.

     Adam dan pemandunya dibawa pergi menaiki sebuah Jeep. Mereka berdua akan dikurung di salah sebuah markas milik Hezrick sehingga lelaki itu menyudahkan segala kerjanya di Spain kerana segala keputusan hanya boleh diputuskan oleh lelaki itu.

     "Jangan lupa bakar kereta buruk ni." Tangan Herith menunjuk ke arah kereta Adam.

*****

      Wajah ditundukkan memandang lantai. Sudah dua hari dia berada di bumi Sepanyol dan baru hari ini dia mempunyai masa yang terluang untuk berjumpa lelaki tua yang sedang berdiri di hadapannya ini.

     "Se supone que no debes ser duro con ella!" (Kamu tak sepatutnya berkasar dengan dia!) tengking lelaki tua itu pada Hezrick.

     Hezrick mengangkat wajahnya. Matanya membalas renungan sepasang mata bewarna biru muda milik lelaki tua itu.

     "Fui víctima de esa situación." (Aku juga mangsa keadaan waktu tu.) Hezrick dengan beraninya membuka mulut membela diri.

     Buk!

     Tak semena-mena penumbuk lelaki tua itu mengenai bibir kirinya. Wajahnya terteleng ke kanan. Bibir yang terasa perit diendahkan. Dia kembali menghadap lelaki tua itu.

     "Puedes irte ahora. Pero por favor no seas demasiado duro con ella. Cuando llegue el momento. Traes a la chica aqui," (Kau boleh pergi. Tolong jangan berkasar dengan dia. Tiba masanya nanti kamu bawa dia menghadap aku,) ujar si lelaki tua itu sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi.

     "Si," (Baiklah,) jawab Hezrick sepatah sebelum dia melangkah keluar dari rumah tersebut.

      Telefon bimbitnya berdering. Skrin dilekapkan pada telinga. Berderau darahnya mendengar berita yang disampaikan Freddy. Dia bergegas masuk ke dalam perut kereta.

*****

     Gadis yang sedang terbaring lemah di atas katil itu direnung sayu. Tangan gadis itu dipegang lembut. Tidak sangka seteruk ini bahaya membawa Mikayla keluar.

     Dia rasa bersalah. Sekiranya Freddy tidak mengekori mereka pada malam itu, tentu lebih mudah Mikayla diculik. Dalam pada masa yang sama, dia bersyukur kerana sahabatnya ini berada di dalam keadaan yang stabil.

     Matanya mengerling Zack yang sedang duduk di atas sofa bilik itu. Zack juga menoleh ke arahnya.

     "I takut..." adu Amira sayu.

     "Don't worry dear. Kayla tak apa-apa, lagipun you tak sengajakan?" soal Zack bernada lembut, cuba untuk menyedapkan hati gadis itu.

     "Tapi semua ni salah I..." Air mata kesal mengalir di pipinya. Wajah pucat Mikayla direnung.

     Semalaman Mikayla dijaga olehnya. Gadis itu meracau ketakutan. Mungkin dia masih rasa trauma. Belakang tapak tangan gadis itu diusap lembut.

     Pintu ditolak kasar. Muncullah Hezrick berwajah bengis melangkah masuk ke dalam dan terus meluru ke arah Amira. Lengan gadis itu ditarik keluar dari bilik.

     Inilah perkara yang paling Amira risaukan. Zack juga mengekor mereka.

     "Apahal kau degil sangat huh?! Aku dah pesan duduk kat rumah diam-diam masa aku tak ada! Yang kau bawak dia keluar tu kenapa?! Kau keluar ajak Zack sudahlah!" Hezrick menghamburkan kemarahannya.

     Amira hanya menundukkan wajah. Air mata mengalir semakin laju menitis di atas lantai.

     "Sabar bro, benda dah jadi lagipun Kayla tak apa-apa." Zack menahan Hezrick.

     "Shut the fuck up! Aku tak habis cakap lagi dengan perempuan ni!" Hezrick masih merenung tajam wajah kemerahan Amira.

     "Kau marah dia pun tak ada gunalah. Syaitan tu ada kat markas 332, pergilah tengok sendiri!" Sakit mata melihat gadis kesayangannya ditengking sebegitu.

     Dia terus menarik lengan Amira menuruni anak tangga. Gadis itu perlu dijauhkan daripada Hezrick buat sementara waktu.

     Hezrick tidak membalas. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Mikayla.

     Kaki kanan isterinya disentuh dengan tangan yang terketar. Gadis kesayangannya tidak patut merasai kesakitan ditembak seperti ini. Bibirnya dilabuhkan pada dahi gadis itu.

     "Kenapa kau degil sangat Kayla? Aku dah pesan jangan pergi tempat macam tu tanpa aku, kau suka tengok aku terseksa ke?" Ubun-ubun gadis itu diusap sayang.

     "Kau keluar langsung tak beritahu aku, aku tak marah pun tentang tu tapi nasib baik..." Hezrick menarik nafas lalu menghembuskan kembali nafasnya. Dada terasa sesak untuk meneruskan kata-kata.

     "Nasib baik kau ada depan mata aku sekarang sayang," sambungnya lagi. Tangan gadis itu dikucup lembut.

     Sehari selepas Mikayla pulang ke rumah ini, dia tidak sempat untuk melepaskan rindu kerana perlu ke luar negara demi menguruskan kerja.

     Mikayla sudah dipujuk beberapa kali supaya mengekorinya tetapi rajuk gadis itu benar-benar membuatkan dirinya lemah dan akhirnya akur.

     Herith melangkah masuk ke bilik itu dan terus merebahkan tubuhnya ke atas sofa. Telefon yang dipegang secara melintang itu menandakan dia sedang bermain permainan video. Hezrick mengendahkan kehadiran Herith.

     "Hidup lagi tu," ujar Herith secara tiba-tiba tanpa menoleh ke arah abangnya.

     Hezrick memekakkan telinga.

     "Aku tak tahulah sebenarnya dia tu degil ke bebal. Bangang betul tak nak dengar cakap suami. Dasar derhaka," kata Herith lagi yang cuba mencari pasal. Mungkin kerana rindu dengan abangnya setelah beberapa hari tidak bertemu.

     "Diam sial," kata Hezrick.

     Enrique pula masuk ke dalam bilik itu. Bala sungguh!

     "Kau tahu tak aku jumpa seorang perempuan tengah curi roti dalam pasar raya semalam?" Enrique memandang adik-beradik itu bersilih ganti.

     Hezrick menggeleng tanpa memandang lelaki itu. Gelengannya ada dua maksud sama ada dia tidak tahu atau tidak ingin mengambil tahu.

     Enrique yang beria ingin menyambung cerita itu mula melabuhkan punggungnya ke atas birai katil hujung kaki Mikayla.

     "Lepas tu aku tegurlah pencuri tu, dia balas dengan senyuman je. Gila melting aku, tak sangka ada perempuan yang sanggup senyum ikhlas macam tu kat aku..." Enrique tersenyum lebar.

     "Tipu! Perempuan tu siap kenyit mata kat aku!" kata Herith. Matanya masih melekat pada skrin telefon bimbit.

     "Bisinglah!" Hezrick menjeling adiknya yang tiada adab itu.

     "Entahlah dia tu. Bising je kerja, kan Kayla kan?" Enrique menolak-nolak kaki Mikayla yang masih lena.

     "Jangan sentuh bini aku!" Tangan lelaki itu ditepis kasar oleh Hezrick.

     Enrique menayangkan mimik muka menyampah sambil mengajuk kata-kata lelaki itu sebelum dia melangkah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience