Bab 19

Action Series 24670

     Wajah Mikayla direnung Hezrick dengan renungan yang penuh minat. Gembira dapat berada di samping gadis ini. Kedua-dua belah tapak tangannya mula menongkat dagu, senyuman manis ditayangkan.

     "Janganlah," Mikayla menepis tangan Hezrick yang menongkat dagu, rasa tidak selesa apabila direnung sebegitu.

     "Shh, focus." Hezrick meletakkan jari telunjuk kanan di bibirnya.

     "Saya tak boleh," Mikayla menggeleng beberapa kali.

     "Kenapa? Sebab aku kacak sangat ke hari ni?" Kening dijongketkan beberapa kali.

     "Awak tak kacak pun. Tapi awak nampak pelik, sihat ke tak?"

     "Iye ke? Aku rasa akulah lelaki yang paling kacak dalam kolej ni," bisik Hezrick di cuping telinga gadis itu.

     "Eee perasannya dia ni," Mikayla menarik riak muka jijik.

     "Suka hati kaulah nak cakap apa kat bakal suami kau ni Kayla," kata Hezrick bersama senyuman manis.

     "Sa..." Mikayla tidak menghabiskan kata-katanya setelah merasakan lengan dicengkam sesuatu.

     "Shh, madam dah pandang lain tu." Tegur Amira bernada bisik. Mikayla mengangguk kecil.

     Herith hanya menumpukan perhatian tanpa ada rasa untuk mencelah kata-kata Mikayla dan Hezrick mahupun Amira. Tetapi fikirannya melayang jauh, jauh sehingga ke angkasa lepas oleh kerana mengantuk dan lapar.

     Tidak lama kemudian, perutnya berkeroncong semakin kuat menandakan yang dia benar-benar sudah tidak dapat menahan laparnya lagi. Bebola mata diputarkan ke arah Hezrick. Abangnya itu buat-buat tidak perasan akan renungan meminta simpati darinya.

     "Aku dah tak boleh tahanlah," kata Herith perlahan meminta perhatian.

     "Pergilah makan sana, gemuk." Kata Hezrick tanpa memandang wajah minta kaki Herith.

     "Bagus cadangan kau tu. Aku nak keluar dan tak nak masuk dah sampai esok." Ujar Herith seraya berdiri sebelum kakinya diaturkan ke arah pintu keluar.

     Hezrick merenung belakang tubuh adiknya yang kian menjauh, bukan dia tidak tahu yang lelaki itu ada hal lain. Mungkin bosan kerana tiada Enrique si pembuat bala.

     Punggungnya dilabuhkan ke atas salah sebuah kerusi di kafe kolej itu. Mata diliarkan ke sekeliling bagi mencari seseorang. Sedang dia mencari, matanya tertancap pada seorang lelaki berhoodie sedang tidur di atas kerusi panjang yang terletak di sudut sisi kafe. Bibirnya menarik senyuman nakal.

     Kakinya diaturkan meluru ke arah lelaki itu sebelum dia menarik skop hoodie bagi menampakkan wajah yang sedang lena.

     "Ololo comel je syaitan ni tidur. Tapi dia mati ke tidur?" Hairan dia melihat wajah Enrique yang kelihatan pucat.

     Nadi pada leher Enrique disentuh lama. Kadar denyutannya biasa sahaja. Tangan beralih pula ke dagu miliknya, memikirkan tentang apa yang lelaki ini telah lakukan semalam. Nak kata keluar, tidak juga. Enrique hanya berada di dalam bilik sahaja sepanjang malam.

     "Bro, jom makan. Aku laparlah." Bahu Enrique ditepuk perlahan. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

     "Bro!" Nada suaranya dinaikkan seoktaf.

     Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengejut Enrique bangun. Selama ini lelaki itu memang tidak akan bangun jika tidur dalam keadaan yang terlalu penat.

     Melihat Enrique hanya diam dan langsung tidak bergerak membuatkan Herith menggaru kepala sebelum langkahnya diatur ke arah meja berdekatan di kafe itu. Selesai membuat pesanan makanan, Herith merenung tubuh Enrique yang masih kaku.

     "Tidur kepala otak dia macam tu. Kalau aku letak bom dalam seluar dia pun mesti dia tak sedar." Herith mengambil tempat di dalah sebuah meja kosong.

     Selesai melakukan suapan terakhir, dia bersandar pada penyandar kerusi. Bila agaknya kelas Mikayla akan berakhir?

     Pandangannya tertancap pada tiga orang gadis yang berdiri di sisi kerusi yang menjadi tempat Enrique tidur. Apa yang gadis-gadis itu lakukan?

     Dahinya berkerut teruk melihat gadis-gadis itu sedang mengambil gambar Enrique yang masih dibuai mimpi. Ini tidak patut dibiarkan.

     "Hey-hey buat apa ni?" Herith menegur mereka dengan nada yang sedikit kasar.

     "Wow mat salleh cakap melayulah!" Jerit salah seorang daripada mereka.

     Jeritan nyaring itu membuatkan pelajar-pelajar lain menumpukan pandangan mereka terhadap Herith yang sedang membulatkan matanya.

     "Fuck. Tak ada sesiapa nak tolong aku ke? Seram sial tengok zombie-zombie bodoh ni." Omel Herith perlahan.

     Matanya diliarkan ke sekeliling bagi mencari kelibat seseorang. Otaknya menerima satu idea yang bernas setelah melihat lelaki yang telah bergaduh dengannya pagi tadi sedang duduk di hujung kafe. Langkah terus diatur ke arah lelaki itu.

     "Kalau nak bergaduh lagi, bukan sini tempatnya. Aku tengah sibuk." Kata Ad tanpa memandang wajah kacak Herith.

     "Aku bukan nak bergaduh, cuma..."

     "Bukan masalah aku." Ad memotong kata-kata Herith menggunakan nada biasa. Malas betul hendak melayan lelaki biadap ini.

     "Oh sekarang kau tak nak tolong aku? Kau tunggulah malaikat maut jemput kau kat rumah nanti." Herith terus melangkah pergi.

     "Bodoh punya orang. Aku nak mintak tolong sikit aje pun tak boleh, gila!" Bebel Herith sambil melangkah ke arah Enrique.

     "Blah sekarang! Jangan ganggu kawan aku nak tidur! Mat salleh ni membebel karang baru reti bahasa semua." Herith menayangkan riak wajah menyampah melihat gadis-gadis yang mula membuka langkah untuk pergi itu.

     "Bro kau nak kena rogol dengan minah-minah tu kat sini ke?" Herith menepuk lembut pipi Enrique beberapa kali namun masih tiada tindak balas.

     Kedua-dua belah tangan menggosok kasar rambutnya. Matanya ditolehkan ke arah Ad yang merenungnya sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Jari tengah ditunjukkan kepada lelaki itu. Semakin panas hatinya melihat senyuman sinis Ad.

     "Yang tengah tidur ni babi, yang tengah makan tu pun babi. Semaklah babi-babi ni, sumpah cakap." Bebel Herith bengang sebelum dia melabuhkan punggungnya di ruang kecil bersebelahan Enrique.

     "Chill bro, kenapa dengan kau ni?" Soal Hezrick yang entah datang dari mana.

     "Awek tercinta kau tu mana? Pergilah berkepit dengan dia. Aku okay je, dah selalu sangat dipinggirkan abang sendiri." Herith duduk berpeluk tubuh.

     "Kau jealous dengan bakal kakak ipar kau? Seriouslah?"

     "Aku tak mengaku perampas tu sebagai kakak ipar," kata Herith tanpa memandang wajah Hezrick.

     "Rampas apa ni? Kau takut tak boleh tidur dengan aku lepas aku kahwin dengan dia?" Bibir Hezrick mengukir senyuman nakal.

     "Pernah ke aku tidur dengan kau selama ni?" Matanya menjeling tajam wajah kacak Hezrick.

     "Pernah 10 tahun lepas. Masa tu kau takut dengar bunyi guruh, siap peluk aku lagi. Dah lupa ke?" Hezrick menggosok kasar kepala adiknya bersama senyuman kecil.

     "Tu roh aku. Aku takkan buat benda jijik dan memalukan macam tu," Herith menggeleng kecil.

     "Ek eleh kecoh betul dia ni. Dah peluk tu mengaku jelah ni nak banyak bunyi pulak. Kau sedar sikit, aku ni tempat kau bergantung sejak kau tak pandai berjalan lagi. Aku ni abang yang bagus sebab tak tinggalkan adik." Bebel Hezrick panjang lebar.

     "Kalau aku tahu kau punya perangai boleh jadi celaka macam ni, sejak dari dulu lagi aku takkan ikutlah kau lari dari rumah!" Herith mula menjerit mengundang perhatian manusa yang berada berhampiran dengan mereka.

     "Shh tak payah ungkit kisah lama. Kita bukan lari, tapi mencari pengalaman sendiri. Jauh beza tu." Kata Hezrick tenang. Herith menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah.

     "Hezrick, tolong jagakan Kayla untuk I ya? Herith you teman I kejap," Amira memandang Herith.

     "Huh? You nak ajak I pergi mana? I tak nak pergi tempat maksiat, I memang tak ada selera tengok gadis pelik macam you ni," kata Herith bersahaja.

     "Macamlah I ada selera dengan you! Teman ajelah. I nak pergi ambik kereta dan I tak gila lagi nak buat benda bukan-bukan dengan you!" Ujar Amira lagi, benar-benar bengang dengan ayat Herith, macamlah dia tu handsome sangat!

     "Aku nak pakai kereta, kau orang naik grablah." Kata Hezrick bernada biasa.

     "Duit?" Soal Herith dengan wajah yang penuh berharap.

     Tanpa banyak kata, Hezrick terus menghulurkan sejumlah wang kepada Herith membuatkan lelaki itu tersenyum lebar.

     "Alright! Jumpa kat rumah! Jangan bawak Kayla masuk hotel pulak." Sempat lagi Herith berpesan sebelum dia melangkah pergi.

     Hezrick menggeleng kecil melihat adiknya yang nampak sesuai berkawan dengan Amira. Gadis itu boleh menerima perangai Herith yang cukup aneh jika hendak dibandingkan dengan lelaki lain. Biadap tetapi baik, aneh bukan?

     "Enrique, jom aku hantar kau balik." Hezrick menarik rambut coklat susu milik Enrique sehingga lelaki itu mencelik mata.

     Sepasang mata Enrique yang kelihatan kemerah-merahan itu merenungnya dengan renungan yang aneh.

     "Kita kat mana ni?" Beberapa saat kemudian dia mula berdiri. Wajahnya diraup lembut. Lama juga dia tidur sebentar tadi.

     "Kolejlah. Kau okay ke tak ni?" Hezrick menekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Enrique. Suhu badan lelaki itu biasa saja.

     "Aku pening sikit. Jomlah balik." Enrique terus memulakan langkahnya. Hezrick merenung lama belakang tubuh Enrique, lelaki itu nampak... penat?

     Berita yang disampaikan rakan seperniagaannya benar-benar membuatkan otak Hezrick tidak habis fikir. Apakah benar selama ini Enrique telah membohonginya? Lelaki itu memang mencari fasal betullah!

     Kakinya diaturkan ke arah belakang rumah bagi mencari kelibat Enrique, matanya tertancap pada belakang susuk tubuh lelaki yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman itu.

     "Aku nak kau jujur dengan aku," ujar Hezrick bernada biasa.

     Enrique mengerutkan dahi. Tangannya terhenti dari terus melakukan penyiraman pokok bunga.

     "Kau pergi mana 25 dengan 26 haribulan ni?" Soal Hezrick bernada tenang.

     "Aku pergi office, makan, lepas tu ada pergi ambik baju kat butik," jawab Enrique tanpa tersekat mahupun gagap. Renungan Hezrick dibalas.

     "Aku tanya lagi sekali, kau pergi mana?" Soal Hezrick sedikit tegas.

     Tidak puas hati dengan jawapan Enrique, lelaki itu memang selalu menayangkan riak wajah tidak bersalah walaupun dia telah melakukan kesalahan yang besar. Sebelum ini wajah lelaki itu mempunyai tona warna yang tersendiri, tetapi sejak pagi tadi, pucat saja rona wajahnya.

     "Aku dah jujur, apa masalah kau ni?" Soal Enrique kembali. Rasa hairan pula melihat wajah Hezrick yang nampak marah, apa yang telah dia lakukan?

     Hezrick mencampakkan dua plastik kecil yang terisi beberapa pil berbentuk bulat ke arah wajah Enrique, plastik itu melayang kemudian mengenai pipi Enrique. Dari segi perlakuan Enrique juga dia dapat membaca bahawa lelaki itu mempunyai masalah.

     Selama ini segala benda yang dibaling ke arah Enrique akan disambut dengan tepat, tetapi kali ini? Lelaki itu hanya merenung kosong plastik yang mendarat di atas lantai.

     "Kau ambik dadah?" Soal Hezrick berterus-terang dengan apa yang dia hendak ditanya sejak dari tadi.

     "Tak." Enrique menggeleng kecil seraya memalingkan wajahnya ke tepi.

     "Enrique, aku nak kau jujur dengan aku, kau ambik dadah?" Soal Hezrick lagi, masalahnya terhadap lelaki itu hanyalah satu, riak wajah yang sukar untuk dibaca.

     "Aku jual je, tak ambik pun."

     "Tapi kenapa muka kau nampak pucat?" Soal Hezrick yang masih tidak berpuas hati.

     "Aku tak tahu! Sudahlah! Aku penat, kau tak faham ke?!" Tengking Enrique dengan nada yang begitu tinggi sehingga bergema mansion itu dibuatnya.

     Kepalanya terasa berdenyut. Dia menyiram pokok-pokok ini bagi mengurangkan rasa sakit kepala, tetapi Hezrick pula menganggunya dengan cara menekan-nekan tentang sesuatu yang dia tidak pernah lakukan, apa masalah lelaki ini?!

     "Argh!" Kepalanya yang diserang rasa sakit yang teramat secara tiba-tiba itu dipegang sebelum dia rebah di atas lantai.

     "Bro!" Hezrick pantas berlari ke arah Enrique yang sudah tidak sedarkan diri.

     Enrique pengsan? Tapi mengapa? Nombor telefon Firaz didail. Dia perlu tahu punca sebenar lelaki ini pengsan. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience