Bab 47

Action Series 24670

     Senyuman sinis terukir di bibir. Mata merenung tajam wajah lelaki yang bernama Rafiz itu. Rafiz masih diam duduk di atas kerusi di tengah-tengah sebuah bilik. Di hadapannya terdapat sebuah meja. Beberapa helai kertas di atas meja ditunjukkan pada Rafiz.

     "Kau memang tak nak buka mulut ke?" soal Hezrick lagi.  Sudah masuk kali ketiga dia bertanya soalan yang sama.

     "Jawab!" Enrique memulas telinga kanan Rafiz. Dahi Rafiz berkerut menahan sakit.

     "Tercabut telinga ni nanti jangan nak suruh aku bayar ganti rugi. Bila orang tanya tak nak jawab sangat kan!" jerit Enrique. Tangannya semakin memulas telinga Rafiz.

     Rafiz hanya mampu mengerang kesakitan oleh kerana kedua-dua belah tangannya terikat kemas.

     "Janganlah main telinga dia! Dia sakit tekak kut. Biar aku pergi buat air. Kau nak air apa? Milo ais boleh?" Herith mengangkat sebelah keningnya.

     Rafiz diam melihat Herith dengan riak kosong.

     "Okey faham." Herith mengangguk kecil sebelum dia melangkah keluar.

     "Tapi apa yang dia faham?" Enrique mengambil tempat di kerusi bertentangan Rafiz.

     "Soalan aku senang je. Apa rancangan bos kau yang seterusnya?" Hezrick merenung tajam ke dalam sepasang anak mata Rafiz.

     "Aku tak tahu," jawab Rafiz perlahan.

     "Kau gila ke? Mana boleh tanya soalan bodoh macam tu kat musuh. Memang taklah dia nak jawab. Kau patut tanya dia dah sunat ke belum, takpun tanya mak dia sihat ke tak kat rumah tu..." Enrique memandang wajah tenang Rafiz.

    "Kau selesaikanlah dia ni. Aku dah malas." Hezrick terus melangkah keluar.

     Beberapa saat kemudian, pintu dibuka dari luar. Muncullah Herith bersama satu dulang yang terisi tiga gelas air milo ais. Enrique terus mencapai segelas sebelum diteguk rakus sehingga ke titisan terakhir.

     "Jemput minum..." Herith menolak segelas air ke arah Rafiz.

     "Tangan aku..." kata Rafiz.

     "Oh sorry sorry I terlupa." Herith terus melangkah ke belakang Rafiz untuk membuka tali pengikat.

     Herith dan Enrique diam sambil memerhatikan Rafiz meneguk air milo ais itu. Rafiz meletakkan gelas ke atas meja sebelum dua orang lelaki di hadapannya dipandang.

     "Kalau bos kau bapak ayam, mestilah kau ni gigolo..." Herith mula berfikir tentang hal itu.

     "Bu... Bukan..." Rafiz menggeleng takut.

     Enrique menekan-nekan skrin telefon bimbitnya sebelum ditunjukkan di hadapan muka Rafiz.

     "Mak kau masak ayam belada hari ni. Sedapnya..." kata Enrique.

     "Tolong mak Fiz! Lelaki-lelaki ni nak rompak rumah kita!" jerit seorang wanita di dalam rakaman itu.

     Sepasang mata Rafiz membulat besar mendengar suara ibunya.

     "Kau jangan berani sentuh mak aku!" Rafiz berdiri.

     "Duduk. Lagipun anak-anak buah aku tu nak tumpang makan kat rumah mak kau hari ni." Enrique menayangkan senyuman nipis.

     "Mak aku tak ada kaitan dengan semua nilah sial!" jerit Rafiz bengang.

     "Jawab soalan Ricky, aku lepaskan mak kau, deal?" Enrique mengangkat sebelah keningnya.

     "Bos aku tahu apa yang Ricky cari. Dia nak tumpaskan Ricky sebelum Ricky dapat barang tu." Rafiz mula menggunakan nada tenang.

     Dia sedar lelaki-lelaki di hadapannya ini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

     "Huh? Barang apa? Penting ke?" Herith mengerutkan dahi.

     Pak!

     Herith mengerang kesakitan seraya menggosok kepalanya yang telah dipukul Enrique.

     "Kau dah lupa ke barang kita yang kena curi tu? Geng-geng bodoh dia nilah punya kerja..." Enrique menunding jari tepat di hadapan wajah Rafiz.

     "Oh okay." Jawapan dari Herith membuatkan Enrique mengangkat jari tengahnya. Langsung tak berguna.

     "Pergi balik sendirilah kau. Anggap je kita tak pernah berjumpa," kata Enrique sambil memandang Rafiz sebelum lengan Herith ditarik keluar dari bilik itu.

     "Macam mana dengan mak dia? Dah lepaskan ke belum" soal Herith sambil melangkah keluar.

     "Hologram je sial. Kau fikir aku ada masa ke nak suruh anak-anak buah aku pergi rumah mak dia? Lebih baik aku suruh dia orang pergi bercuti mandi pantai ke apa, Ada jugak faedahnya."

     Herith mengangguk kecil. Betul juga tu.

*****

     Beberapa helai baju dan seluar dimasukkan ke dalam sebuah beg. Hari ini, dia akan ke Johor bagi menjemput Mikayla setelah mendapati kedudukan isterinya terancam di sana.

     Apabila dihubungi, gadis itu tidak menjawab. Mesej juga tidak dibalas. Sudah dua hari tak berhubung. Tidak rindukah?

     Kaki diaturkan ke pintu utama. Freddy yang menegurnya dipandang.

     "Kau pergi dululah. Aku nk siapkan kerja sikit."

     Hezrick mengangguk kecil sebelum dia melangkah pergi.

     Setelah beberapa jam memandu, dia tiba di sebuah taman berhampiran rumah Encik Anuar. Dia berhenti di tepi jalan kemudian terus melangkah keluar dari perut kereta. Belakang tubuhnya disandarkan pada sisi kereta itu.

     Skrin telefon ditekan-tekan bagi menghantar pesanan pada Mikayla. Dia ingin berjumpa isterinya namun gadis itu langsung tidak memberi sebarang tindak balas.

     Lokasi teksi milik Encik Anuar dikesan. Kereta itu sedang bergerak di sekitar bandar bermakna Encik Anuar sedang bekerja.

     Hezrick kembali memasuki perut kereta. Kereta diberhentikan pula di hadapan pagar rumah Encik Anuar.

     "Assalammualaikum..." Dia mula memberi salam.

     Matanya menangkap susuk tubuh Puan Qamaria melangkah keluar dari rumah. Hezrick menayangkan senyuman manis.

     "Kayla ada kat dalam, dia tak sihat tu..." kata Puan Qamaria membuatkan air muka Hezrick berubah risau.

     "Kenapa dengan dia?"

     "Suhu badan dia tiba-tiba naik semalam. Dah ajak pergi klinik tapi dia pula tak nak."

     "Err ma... mak..." Hezrick tergagap-gagap ingin memanggil wanita tua itu.

     "Panggil ibu je. Kamu kan dah jadi menantu ibu..." kata Puan Qamaria lembut.

     Hezrick menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Kekok.

     "Ibu nak buat air, bilik Kayla yang ini." Puan Qamaria menunjuk ke arah sebuah pintu bewarna coklat sebelum dia melangkah ke dapur.

     Hezrick memegang jantungnya yang berdegup laju. Aduh dengan mak mentua pun takut ke aku ni?

     Bahu gadis yang mengiring membelakanginya itu disentuh. Mikayla terus berpaling ke belakang. Matanya membulat besar melihat wajah Hezrick. Dia terus bangun dan duduk.

     "Aw... Awak buat apa kat sini?" soal Mikayla takut-takut.

     Dia menunduk. Tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.

     "Tak rindu aku ke?" Soalan dibalas soalan. Mikayla hanya diam memandang tangannya sendiri.

     "Hey I asking you..." Hezrick melabuhkan punggungnya di birai katil.

     Beberapa saat kemudian Puan Qamaria melangkah masuk ke dalam bersama satu dulang air. Mikayla dan Hezrick menoleh serentak ke arah wanita tua itu.

     "Maaf, ibu nak hantar air untuk Ricky, kamu berdua sambunglah berbual..." ujar Puan Qamaria sebaik sahaja dulang itu diletakkan ke atas meja sisi katil.

     Hezrick mengangguk. Puan Qamaria terus melangkah keluar meninggalkan anak dan menantunya.

     "Aku cakap dengan kau ni..." Tangan Mikayla dicapai namun Mikayla lebih cepat menarik tangannya.

     "Tak suka aku datang sini?" soal Hezrick yang masih bernada biasa.

     Mikayla hanya diam.

     "Tak apalah, aku balik dulu." Belum sempat Hezrick bangun, Mikayla bersuara.

     "Semua ni salah awak..." kata Mikayla perlahan.

     Hezrick menghela nafas. Tidak habis lagikah soal kejadian tempoh hari?

     "Itu semua hak aku, hak aku Kayla... Aku mintak maaf atas semua benda yang dah jadi antara kita."

     "Hak? Dah lupa janji awak pada saya?" soal Mikayla sinis tanpa memandang lelaki itu. 

     Hezrick terdiam seketika.

     "Aku tahu aku salah tapi waktu tu aku pun mangsa keadaan..." Tangan meramas kasar rambutnya. Serabut!

     "Tanpa awak sedar yang awak dah sakitkan saya... Apa yang jadi betul-betul buat saya takut dengan awak Ricky..." Air mata melucur laju di sisi wajah.

     Hezrick mendekati Mikayla. Air mata gadis itu diseka sebelum tubuh kecil itu dipeluk erat.

     "Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi Kayla..." 

     Dia akui telah memukul isterinya. Dia kecewa dengan diri sendiri. Gadis yang lemah ini terpaksa menanggung kesakitan. Mikayla menangis teresak-esak di dalam dakapannya.

     "Badan kau panas, jom ikut aku pergi klinik." Rambut hadapan Mikayla diselitkan ke belakang telinga.

     "Saya dah telan ubat tadi."

     "Jangan degil. Cepat siap atau nak aku siapkan?" Hezrick menjongketkan sebelah keningnya.

     "Bangun tidur nanti okeylah ni. Saya cuma kena rehat." Mikayla menolak tangan Hezrick yang masih melekat di kepalanya. Tubuhnya pula direbahkan membelakangi lelaki itu.

     "Ada rasa nak makan apa-apa? Aku boleh belikan." Hezrick menyentuh bahu isterinya.

     Mikayla hanya diam dengan mata yang terpejam.

     "Kayla, aku rindu kau... Rindu sangat. Kau tak rasa benda sama ke?"

     "Saya nak rehat."

     Hezrick menghela nafas. Dia berdiri sebelum kepala gadis itu dihadiahkan sebuah kucupan sayang. Berat hatinya untuk meninggalkan Mikayla di sini.

     Jika hendak diikutkan rasa hati, mahu saja dia mencempung tubuh gadis itu kemudian dibawa masuk ke dalam kereta. Tetapi dia juga perlu faham isterinya ingin bersendirian.

*****

     Kertas-kertas kerja yang tersusun di atas meja hadapannya dibaca dengan teliti sebelum dia meninggalkan tandatangan di bahagian bawah kertas tersebut. Tekaknya terasa dahaga. Dia terus bangun untuk ke dapur.

     Air diisi penuh ke dalam botol. Dia dapat merasakan ada seseorang sedang memerhatikannya dari belakang.

     Wajahnya terus dipalingkan ke belakang. Senyuman sinis terukir di bibir setelah melihat si gerangan yang telah memecah masuk rumahnya.

     "Kenapa tiba-tiba pindah kat sini? Dah jatuh miskin ke?" soal lelaki itu sinis sambil memandang ke arah Hezrick.

     Pandangannya diliarkan ke seluruh ruang rumah teres setingkat itu. Kecil dan kelihatan biasa. Perabot juga bukanlah datang daripada barang-barang yang berjenama.

     "Saja nak feel duduk rumah kecik. Kalau betullah aku jatuh miskin, belum tentu kau akan dapat rebut hati Mikayla." Hezrick meneguk air botol di tangannya.

     "Tak boleh ke kau lepaskan perempuan tu? Aku kenal dia dari zaman sekolah dulu, dia bukannya baik sangat."

     "Maksud kau?" Hezrick mengerutkan dahi.

     "Ricky... Rikcky, tak sangka kau ni cepat betul kena tipu dengan perempuan licik tu. Perempuan tu anak ayam kat sekolah. Bayangkan dah berapa ramai lelaki pernah tidur dengan dia..." Adam memulakan penghasutannya.

     "Tak sangka perempuan yang nampak baik tu berperangai jalang ek? Macam manalah aku boleh tertipu selama ni." Hezrick menghela nafas kecil. Dia layankan saja musuhnya yang baru hendak belajar untuk menjadi seorang manusia sial ini.

     Klak!

     Mereka berdua menoleh serentak ke arah bunyi pintu utama yang ditutup.

     "Assalammualaikum... Asal tak tutup pintu?" Freddy memandang hairan ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan Hezrick.

     "Anjing? Buat apa kat sini? Tempat kau kat luar pagar sana tu, shuh shuh..." Freddy menghalau Adam seperti dia menghalau binatang.

     "Apahal kau? Tuan rumah tak bising pun." Adam mula menghadap Freddy.

     "Pergi mampuslah. Anjing jijik macam kau ni tak layak jejak kaki dalam rumah! Kau patut duduk kat tempat pembuangan sampah, sedar tak?" Sepasang mata Freddy menikam tajam wajah lelaki itu.

     "Perlu ke aku dengar cakap kau?" Adam tertawa sinis.

     "Perlulah! Kau bukannya pandai guna akal pun nak fikir sendiri!" tengking Freddy yang mula rasa panas dengan keadaan itu.

     "Relaks sikit bro... Jiran-jiran dengar nanti." Hezrick meletakkan jari telunjuknya di bibir.

     "Aku tak boleh relakslah tengok binatang jijik ni, kau suruh dia blah sebelum..." kata-kata Freddy dipotong Adam.

     "Sebelum apa?"

     "Aku pantang betul dengan orang yang potong ayat aku!" Freddy mencapai pistol yang terselit di belakang seluar sebelum muncung pistol itu diacu tepat pada Adam.

     Bang! Bang!

     Dua das tembakan dilepaskan. Hezrick menunduk manakala Adam berselindung di sebalik dinding. Setelah mendapati tembakan itu tidak lagi kedengaran, Adam terus berlari ke arah pintu belakang.

     "Jangan lari sial!" jerit Freddy lantang.

     "Kenapa kau tembak? Sini perumahanlah. Kalau ada orang report nanti macam mana??" soal Hezrick bengang.

     "Aku geram sangat dengan dia. Nasib baik kena, kalau tak kena tadi sumpah aku kejar sampai lubang cacing." Freddy melihat darah yang menitik di atas lantai tempat Adam berdiri sebentar tadi.

     Hezrick juga melihat darah itu, kena ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience