Bab 13

Action Series 24641

     Kereta yang dipandu Hezrick memasuki persimpangan jalan menuju ke arah Kafe Mutiara bagi menjemput Mikayla. Gadis itu sudah terbiasa dirinya dijemput Hezrick, mungkin kerana dia berasa lebih selesa berada di samping lelaki itu, mungkin?

     Sesekali matanya menoleh ke kiri untuk melihat Mikayla yang nampak kepenatan sejak kafe ditutup sebentar tadi. Tetapi Hezrick sudah memberikan cadangan kepada Kak Dila untuk mencari pekerja baru kerana tidak lama lagi, Mikayla akan tinggalkan kafe itu.

     "Kayla..." Hezrick mencapai tangan gadis itu lalu dikucupnya sekilas. Mikayla menoleh ke arah Hezrick, menunggu ayat seterusnya yang akan keluar di bibir lelaki itu.

     "Kau tak penat bekerja?"

     "Mestilah penat, awak bekerja tak penat ke? Atau awak memang tak bekerja?" Soal Mikayla kembali. Hairan juga melihat setiap hari lelaki ini berada di kafe.

     "Aku boss." Jawab Hezrick pendek dan padat untuk menerangkan segala-galanya. Mikayla tidak membalas.

     "Kalau aku tak bagi kau bekerja atau sambung belajar, kau nak dengar cakap aku?" Hezrick mengerling ke arah gadis itu.

     "Saya tak akan dengar." Mikayla menggeleng beberapa kali.

     "Why?"

     "Saya dah tak boleh percayakan awak Ricky," Mikayla menghela keluhan kecil apabila teringatkan hidupnya setelah lelaki ini pergi.

     "Awak pernah tinggalkan saya, empat tahun itu sudah cukup untuk menyeksa diri, hati dan juga perasaan saya..." Matanya mula berkaca-kaca.

     "Setiap hari saya cuba mencari nafas baru bagi meneruskan hidup tanpa awak," sambungnya lagi.

     "Ajak kahwin tak nak, dengar cakap aku pun tak nak. Habis tu apa sebenarnya yang kau nak?" Soal Hezrick sedikit kasar.

     "Jauhkan diri daripada saya..."

     "Cuba cakap lagi macam tu sumpah aku rogol kau dalam kereta ni..." Hezrick menggenggam kemas stereng kereta. Mikayla diam, air matanya dikesat kasar. Itu sajalah yang lelaki ini tahu!

     "Kau nak kena rogol ke?" Soal Hezrick yang mula sengaja ingin mengusik. Mikayla menggeleng kecil tanpa memandang lelaki gatal itu.

     "Betul ni? Tapi kalau kau nak, aku on je untuk ubah jalan kita..." Hezrick tersenyum nakal.

     Pak!

     Pantas saja Mikayla memukul kuat lengan Hezrick membuatkan lelaki itu tergelak besar.

     Herith melabuhkan punggungnya di sebelah Freddy yang sedang menikmati sepinggan nuget ayam yang masih berasap. Tangannya hendak mencapai seketul nuget itu namun pantas ditepis kasar oleh Freddy.

     "Basuh tangan tak?" Freddy memandang Herith.

     "Kalau aku tak basuh tangan pun bukannya kuman tu masuk dalam perut kau." Jawab Herith bersahaja.

     "Iyelah, ambik ni lepas tu pergi mampus sana," Freddy menolak pinggan itu ke arah Herith.

     "Kurang ajarnya dia ni, mama tak didik kau sampai habis ke?" Soal Herith bersama dahi yang berkerut. Freddy menjulingkan bebola matanya ke atas, malas hendak melayan.

     "Ricky, kenapa muka kau merah-merah tu, demam ke?" Tegur Herith setelah melihat kelibat abangnya melangkah masuk ke dalam rumah.

     "Aku risaulah..." Hezrick mengambil tempat di atas sofa.

     "Apa yang kau risaukan sangat? Kalau fasal tayar kereta kau longgar, tanya Enriquelah, syaitan tu kan gila tak puas hati sikit je terus nak bunuh, dasar budak-budak tak matang." Kata Herith tanpa sedar yang Enrique sudah berada di belakang sofa tempat duduknya.

     "Syaitan sekarang lebih mulia daripada manusia yang suka bercakap belakang, am I right?" Soal Enrique sinis.

     "Eh pandai pulak kau guna otak, kan? Kebiasaannya manusia yang tiba-tiba cakap guna akal ni sebab dia dah nak mati je." Herith memandang Enrique.

     "Kau nak tahu satu benda ni tak?" Enrique mula mengambil tempat di sofa bertentangan.

     "Tahu apa? Ricky ada awek ke?" Herith menoleh ke arah Hezrick.

     Nampaknya dia masih tidak tahu apa-apa tentang abangnya sendiri, jelaslah dirinya langsung tidak mengambil peduli tentang kehidupan orang lain.

     "Aku tak sabar nak tarik kau masuk neraka." Jawab Enrique bersahaja. Kedua-dua belah kakinya disilangkan ke atas meja hadapan mereka.

     "The fuck? Tarik jelah, kerja iblis memang macam tu kan?" Herith menayangkan senyuman lebar.

     "Yes, kau akan jadi orang pertama bodoh! Herith bodoh nak mampus!" Jerit Enrique kuat.

     "Bising sial." Celah Freddy bersahaja.

     "Kau nak kena bodoh macam dia jugak ke?" Enrique memandang Freddy.

      "Jangan melebih boleh tak? Aku tembak karang baru reti bahasa." Freddy menayangkan wajah yang tidak berpuas hati. Enrique mengangkat kedua-dua belah tangannya bersama senyuman lebar.

     "Kita kena atur strategi untuk pastikan keselamatan Mikayla terjaga." Sampuk Hezrick secara tiba-tiba.

     "Who's Mikayla?" Dahi Herith berkerut.

     "Nur Mikayla si kucing garang tulah." Jawab Enrique, matanya mula dipejam sebelum belakang tubuh disandarkan pada penyandar sofa.

     "Awek kau hari tu?" Herith merenung Enrique yang sudah nampak seperti terlelap.

     "Mikayla aku punya. Ada cadangan untuk jaga keselamatan dia?" Soal Hezrick. Herith masih menayangkan wajah yang penuh dengan kehairanan. Freddy hanya diam memikirkan cara yang sesuai.

     "Aku tahu!" Jerit Herith secara tiba-tiba. Semua menoleh ke arahnya kecuali Enrique yang sudah tertidur.

     "Tapi aku dah lupa..." Ujar Herith lagi, kepalanya digaru-garu bersama senyuman kekok. Hezrick mengangkat jari tengahnya ditunjukkan ke arah Herith.

     "Aku ada idea. Tapi tak tahulah kau nak ikut ke tak..." Ujar Freddy setelah lama mereka berdiam.

     Dia membisikkan cadangannya pada cuping telinga Hezrick, lelaki itu hanya tersenyum nipis seraya mengangguk perlahan. Idea yang bernas!

     Hari terakhir Mikayla bekerja di Kafe Mutiara membuatkan dada Hezrick terasa sedikit lapang.

     Herith yang berada di tempat duduk belakang dikerling. Kelihatan lelaki itu masih merapikan rambutnya sejak di rumah tadi lagi. Katanya dia ingin kelihatan kacak dan bergaya supaya gadis-gadis terpukau melihatnya.

     Kaki dilangkah meluru ke arah kawasan yang dituju Mikayla dan Amira. Mudah saja mencari kelibat anak dara dua orang itu walaupun mereka berada di dalam mall yang besar.

     Bersama senyuman nakal, dia mencuit pinggang gadis kesayangannya sehingga membuatkan gadis itu melatah kecil. Hezrick tertawa kecilnya melihat wajah terkejut Mikayla.

     "Awak buat apa kat sini?" Soal Mikayla ingin tahu.

     "Aku teman Herith cari barang dia," jawab Hezrick jujur. Mikayla hanya mengangguk tanpa kata.

     "Eh? I nampak you berjalan dengan lelaki tu, siapa dia?" Soal Amira dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.

     "Adik aku." Jawab Hezrick pendek.

     "Tapi dia sihat ke tidak sebenarnya?" Dahi Amira berkerut.

     Melihat Herith merenung lama sejenis makanan yang terletak di atas rak bersama dahi yang berkerut teruk membuatkan Amira rasa ada sesuatu yang tidak kena terhadap lelaki itu.

     Apabila lelaki itu mula mencapai satu jenis barang, barang itu automatik terjatuh ke atas lantai. Lelaki itu mengambil barang yang terjatuh itu bersama kaki yang dihentak beberapa kali menandakan yang dia sedang protes.

     "Otak dia cacat sikit, jangan dekat dengan dia." Hezrick menoleh ke arah lelaki itu.

     Pesanan itu lebih ditekankan kepada Mikayla kerana Herith juga bukanlah seorang lelaki yang boleh dibawa bermain, dia adalah syaitan yang sama seperti Enrique cuma perangainya lebih elok sedikit jika hendak dibandingkan dengan lelaki berketurunan pure British itu.

     "Kayla." Panggil Amira perlahan agar tidak didengari Herith mahupun Hezrick yang berjalan di hadapan mereka.

     "Ya?"

     "Awak tak pelik ke tengok pakaian Hezrick?" Soal Amira ingin tahu.

     "Huh? Apa yang pelik? Saya tengok dia biasa aje..."

     "Dia tak pernah pakai baju berlengan pendek, awak tahu kenapa?" Amira mula rasa hairan melihat Hezrick yang sering memakai hoodie.

     "Se... sebab... eh saya tak tahu. Mungkin sebab cuaca kat sini?"

     Hampir saja dia membuka cerita tentang tattoos yang terukir pada kulit lelaki itu. Amira hanya mengangguk tanda mengerti, ada benar juga jawapan yang diberi Mikayla terhadapnya.

     "Pandu kereta dengan cermat ya Amira, jangan bawa laju sangat." Pesan Encik Anuar iaitu ayah Mikayla. Gadis itu hanya menayangkan senyuman manis seraya mengangguk beberapa kali.

     Mikayla dan Amira akan bertolak ke Kuala Lumpur pada hari ini menaiki kereta yang dipandu oleh Amira. Mereka berdua akan tinggal di sebuah kondo milik papa Amira di sana. Mudah untuk mereka belajar hidup berdikari.

     "Mikayla anak ayah, ingat pesan ayah. Kamu tu milik orang, jaga diri baik-baik." Pesan Encik Anuar pada Mikayla sebaik sahaja gadis itu mengucup belakang tapak tangannya.

     Mikayla membuat muka terkejut, adakah Hezrick pernah bertemu ayahnya sebelum ini? Mengapa lelaki itu langsung tidak memberitahunya? Pelbagai persoalan mula bermain di minda. Perlahan-lahan dia mengangguk.

     "Terima kasih sebab akak sudi beri saya pengalaman bekerja di Kafe Mutiara, saya do'akan semoga kafe tu terus maju ya kak..." Kata Mikayla sopan.

     "Terima kasih jugak sudi tolong akak kat kedai. Akak dah jumpa dua pekerja baru, kamu tu belajar elok-elok dan jaga diri kat sana." Pesan Kak Dila lembut.

     Mikayla tersenyum nipis, dia juga risau sekiranya dia tidak dapat menjaga diri dengan sebaiknya. Bagaimanalah kehidupan dia di sana nanti?

     Setelah menyalami Puan Qamaria, mereka berdua mula bertolak ke destinasi yang hendak dituju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience