Bab 44

Action Series 24641

     "Kau yang jual takkan kau tak ada penawar?" soal Hezrick berwajah tegang. 

     Enrique hanya menggeleng kecil. 

     "Aku tak tahu nak gelak ke sedih sekarang ni..." Hezrick meramas kasar rambutnya. Serabut!

     "Gelak jelah. Benda dah jadi pun kan?" kata Herith bersahaja. 

     Sepasang mata milik Hezrick menikam tajam wajah Herith sebelum satu tumbukan dilayang tepat mengenai pipi kanan lelaki itu.

     Buk!

     "Kau sentuh muka aku lagi?!" Herith memegang pipi kanannya yang terasa perit. Nasib baik dia tidak jatuh tersembam seperti tadi. 

     "Tu baru sikit, kau patut kena lebih lagi," Hezrick mencekak kolar leher Herith.

     Firaz bertindak menahan tangan Hezrick. Jika dibiarkan, pasti ada muncung pisau yang tercucuk masuk ke dada salah seorang daripada adik-beradik itu.

     "Relaks bro, Kayla kena pergi sekarang. Kesan dadah tu memang merbahaya untuk dia," ujar Firaz. 

     "Jangan nak merepek. Dia akan tinggal kat sini sampai aku okey." Putus Hezrick.

     "Tapi saya nak balik rumah ayah, ibu saya sakit," celah Mikayla secara tiba-tiba sambil melangkah masuk ke ruang dapur itu.

     Semua menoleh ke arah Mikayla. Herith dan Firaz membulatkan mata melihat keadaan Mikayla manakala Enrique hanya menayangkan riak kosong.

     "What?!" Hezrick seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

     "Kau nak pergi dalam keadaan yang lebam-lebam macam ni?" Enrique mengangkat kening. 

     Mikayla mengangguk perlahan, dia sudah memiliki alasan yang akan diberikan kepada ibu dan ayahnya.

     "Warna lebam cepat pudar, luka jelah lambat sikit... Dalam jugak ni..." kata Firaz sambil meneliti luka pada lengan gadis itu. 

     "Boleh pergi sekarang?" Soalan Mikayla membuatkan Hezrick menghela nafas panjang. Nampaknya gadis ini benar-benar marah terhadapnya.

     "Okey jom." Enrique melangkah pergi. 

     Perlahan-lahan Mikayla membontoti Enrique namun langkahnya terhenti setelah mendengar luahan ketidakpuasan hati Hezrick.

     "Pergilah! Nak tinggal aku sangatkan! Pergi!" Hezrick menghempas punggungnya di atas kerusi berhampiran.

     Mikayla mendekati Hezrick sebelum tangan kanan lelaki itu dicapai lalu dikucupnya. Wajah Hezrick dipandang, pipi lelaki itu pula diusap lembut.

     "Macam mana kalau ada apa-apa terjadi pada saya di tengah jalan nanti?" soal Mikayla lembut. Herith dan Firaz menjadi pemerhati.

     "Kau tak dengar ke aku halau kau tadi? Dah pekak? Pergilah..." Hezrick merenung tajam ke dalam sepasang anak mata isterinya.

     "Masakan awak ni saya bawa untuk bekalan ya?" soal Mikayla sambil menyenduk mi goreng itu ke dalam satu bekas. 

     Dalam kasar, lelaki itu tetap ada manisnya. Dia tersenyum kecil melihat Hezrick yang masih tidak mahu memandangnya. Bekas yang terisi mi goreng itu ditutup dan dibawa pergi bersamanya.

     Mata Hezrick terus menikam tajam wajah Herith sebaik sahaja gadis itu keluar dari ruang dapur. 

     "Kau memang patut mati sial!" jerit Hezrick sebelum dia mengejar Herith yang ingin melarikan diri. Firaz menggeleng kecil. Teruk betul perangai! 

*****

     Enrique mengerling Mikayla yang duduk di sebelah kirinya. Gadis itu hanya diam memegang bekas makanan yang dibawa. Senyuman sinis terukir di bibir, bosan pula berdiam seperti ini.

     "Kau tak nak makan ke?" soal Enrique memecah kesunyian.

     "Tak lapar lagi..."

     "Suap akulah. Perut aku lapar sangat dari semalam lagi tak makan. Sibuk melayan perangai gila adik ipar kau tu,"

     "Hm okey." Mikayla terus membuka bekas itu untuk menyuap Enrique yang sedang memandu.

     Enrique tersenyum nakal sebelum dia membelokkan kereta ke bahu jalan. Mikayla hairan dengan tindakan lelaki itu. Dahinya berkerut-kerut melihat Enrique menekan skrin di hadapannya. Kamera terpasang menghala tepat pada mereka berdua.

     "Apa yang awak buat?" soal Mikayla. Degupan jantungnya semakin laju berdetak. Hairan melihat Enrique yang nampak pelik itu.

     "Rakam kita makan masakan Rickylah. Boleh aku komen apa yang patut," jawab Enrique bersahaja. Keningnya dijongketkan beberapa kali.

     "Janganlah... Nanti dia marah saya," 

     "Marahlah kalau berani, aku bom rumah tu nanti biar dia mati katak kat situ." Enrique masih menayangkan riak tenang.

      "Apa awak ni?!"

     "Aku main-main jelah," ujar Enrique mengalah. Tingkap kereta di sebelahnya diketuk seseorang.

     "Apahal mamat ni ada kat sini? Semaklah!" Enrique menurunkan tingkap kereta. Wajah si gerangan yang mengetuk itu direnung tajam.

     "Kau kacau aku nak makan ni sial!" marah Enrique kepada lelaki yang sedang tersenyum itu.

     "Alaa... Aku cuma nak jemput Puan Kayla ni, boleh aku ambik dia?" Ad mengangkat kening dengan mata yang memandang ke arah Mikayla dan Enrique bersilih ganti.

     "Ambiklah, lepas tu jual pada orang tua tu dengan harga yang paling tinggi. Kalau dia tak setuju dengan harga, kau cari pelanggan lain..." kata Enrique bersahaja. Ad mengangguk faham.

     "Saya tak nak! Saya nak balik rumah ayahlah!" jerit Mikayla yang tiba-tiba berasa takut mendengar perbualan itu. Apa masalah mereka berdua ini ingin menjual dirinya pula?!

     "Puan Kayla ikut I ya?" Ad terus membuka pintu kereta sebelum lengan Mikayla ditarik keluar.

     "Tolonglah... Saya tak nak!" Mikayla mula menangis sambil meronta-ronta minta dilepaskan.

     "Hey-hey relaks, Enrique gurau je tu. Dia ada kerja yang perlu diselesaikan sebab tu dia beri tugas ni pada I..." terang Ad. 

     Rontaan Mikayla terhenti.

     "Betul ni?" soal Mikayla menginginkan kepastian. Ad mengangguk laju. 

     "Bye sweety! See you soon!" jerit Enrique sebelum kereta lelaki itu bergerak laju. 

     Mikayla akur, dia melangkah masuk ke perut kereta milik Ad bersama bekas mi goreng yang masih setia di tangan. 

     "Fred kat office, Zack dengan Amira pergi tengok car show, Firaz pulak kerja dan Herith tak boleh diharap. So I je yang tinggal, seorang lelaki yang comel dan berguna," kata Ad sebelum bibirnya tersenyum lebar.

     "Perasan betul."

     "Kayla, you sayang I tak?" soal Ad ingin tahu. Mikayla menoleh ke arah lelaki yang sedang tersenyum itu.

     "Tak, jangan bercakap dengan saya." Pantas Mikayla menjawab.

     Ad melepaskan tawa melihat wajah cemberut Mikayla. Garang tapi comel! 

*****

     Belakang tubuh Mikayla yang sedang berjalan menuju ke rumahnya diperhatikan bagi mengambil langkah berjaga-jaga. Mikayla tersangatlah degil, puas dia memujuk gadis itu supaya membenarkan dirinya berhenti di hadapan rumah namun tetap ditolak. Dia akur dan berhenti di persimpangan jalan.

     Nombor telefon seseorang didail sebaik sahaja Mikayla memasuki pagar rumah.

     "Ella entró con seguridad. Encontró a Ricky golpeándola, dejándola con una herida." (Dia masuk ke dalam rumah dengan selamat. Ricky dah sakitkan dia sehingga tinggal kesan luka dan lebam pada kulit.) Ad mula membuat laporan berita terbaru tentang Mikayla kepada seseorang.

     "What?! bien cuídala con seguridad, llamaré a Ricky," (Okey jaga dia baik-baik. Aku akan call Ricky,) jawab lelaki di dalam talian tersebut sebelum talian mereka diputuskan.

     Mata Ad tertancap pada sebuah teksi yang memasuki pagar. Itu adalah Encik Anuar. Apabila pagar itu tertutup, dia terus menurunkan handbreak sebelum memulakan pemanduan. 

*****

     Riak tertekan Hezrick direnung. Dahinya berkerut melihat sepasang mata yang berair dan kemerahan itu. Hezrick nampak kusut pada petang ini.

     "Aku bukan nak menyibuk tapi apa yang kau buat pada Kayla tu betul-betul melampau, Ricky," ujar Freddy sebaik sahaja dia mengambil tempat di sebelah Hezrick.

     "Kau patut salahkan Enrique dan Herith," kata Hezrick perlahan.

     "Apahal pulak?"

     "Dua ekor binatang tulah penyebab aku pukul Mikayla!" Hezrick meraup wajah teringatkan Mikayla. 

     "Seriously? Kau bagi makan apalah yang jadi makin teruk perangai dua orang tu." Freddy menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. 

     "Enrique suruh masuk bilik meeting sekarang." Freddy terus berdiri. Hezrick menghela nafas. Waktu-waktu macam nilah si syaitan-syaitan tu nak bermesyuarat.

     Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik yang mempunyai sebuah meja segi empat dan dikelilingi kerusi. Beberapa orang anak buah mereka berdiri di sisi kerusi masing-masing menunggu ketibaan Hezrick.

     "Tak payah nak formal sangat. Aku tengah rimas sekarang ni," kata Hezrick yang sedang menuju ke arah kerusi miliknya.

     "Okey yang tak nak mampus, duduk sekarang," arah Enrique bernada biasa. Yang lain akur tanpa kata. Sudah terbiasa dengan perangai sial Enrique.

     "Bawah peti besi ni ada satu lagi lapisan kecik, tengok ni." Enrique yang berada di hujung meja mula membalikkan peti besi itu sebelum satu lapisan yang dikatakannya ditarik keluar.

     Di atas kepingan besi lapisan dalam itu terukir dua nombor iaitu nombor empat dan nombor lima. Hezrick bangun kemudian menghampiri Enrique. Yang lain menjadi pemerhati. Ukiran nombor bersiz kecil itu disentuh sebelum wajah Enrique dipandang.

     "Passcode number? Kenapa ada dua je?" soal Hezrick.

     "Aku tak tengok lagi real passcode tu nak berapa nombor, nantilah check balik," jawab Enrique tenang.

     "Aku panggil lima orang ni sebab mulai sekarang rumah Ricky perlu dikawal ketat sebelum aku tanggalkan cip ni," sambung Enrique, jarinya menunjuk segi empat kecil bewarna kuning keemasan yang melekat pada kepingan logam itu.

     "Macam mana kau tahu benda tu cip?" soal Freddy.

     "Entah aku agak je. Yang aku dapat comfirm, benda kecik ni emas tulen. Agak-agak kalau aku jual ada yang nak beli tak?" soal Enrique bersama mata yang masih melekat pada kepingan besi itu. 

     "Enrique ni bodohlah. Itu pun nak tanya," celah Herith bersahaja. 

     "Habis tu kau tahu ke? Budak kecik tak guna macam kau patut duduk diam-diam. Jangan menyampuk cakap orang tua," jawab Enrique bersahaja.

     "Budak kecik? Sini aku tunjukkan perangai budak kecik yang kau cakapkan tu." Herith berdiri kemudian meluru ke arah televisyen yang melekat pada dinding sebelum skrin televisyen itu ditekan-tekan seperti sedang mencari sesuatu.

     "Enrique cakap musuh kita kali ni bukan sembarangan syaitan! Dia orang semua..." Ayat Herith terhenti di situ. Tangannya diangkat menggaru kepala.

     "Lagi? Ceritalah sampai habis," kata Enrique. Riak menyampah ditayangkan. 

     "Lagi apa ek? Tak ingatlah... Kejap aku nak fikir," kata Herith sambil merenung ke arah kerusi yang telah menjadi tempat duduknya sebentar tadi.

     Lama dia diam berfikir sehingga Enrique kembali berdiri. Semua mata-mata tertumpu pada Enrique kecuali Herith yang masih diam berdiri seperti budak bodoh.

     "Abaikan budak tu. Team kita kan power, anjing mana yang berani pijak?" Enrique memandang wajah mereka seorang demi seorang.

     "Kaulah anjing tu," kata Herith selamba.

     "Dah habis berfikir?" soal Enrique. 

    "Tak boleh fikirlah... Sel-sel otak aku tak nak duduk diam, semuanya berputar-putar dalam otak sampai kepala aku jadi sakit." Riak wajah Herith berubah muram. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke tempat duduknya.

     "Tak lama dah nak mati tu," kata Freddy. Yang lain tertawa kecil. 

     Hezrick menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. Satu rakaman kamera litar tertutup dipindahkan pada televisyen. Rakaman yang terpapar menunjukkan dua orang lelaki yang sedang berjabat tangan setelah selesai sesi perbincangan.

     "Dia berkerjasama dengan Adam," kata Hezrick tenang. 

     Enrique dan Freddy mempamerkan riak biasa. Mereka berdua tersedia maklum tentang hal ini.

     "Kesian Kayla selalu jadi mangsa keadaan. Memang cerita mafia macam ni ek? Tak syok langsung. Kan senang kalau kita bunuh je dia..." kata Herith sambil bermain-main dengan pen di tangannya.

     "Yang patut mati tu kaulah setan." Sepasang mata Hezrick menikam tajam wajah adiknya.

     "Tak nak. Belum ajal lagi," jawab Herith bersama gelengan. Riak yang dipamerkan kelihatan seperti seorang budak yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

     Tubuh Hezrick tiba-tiba panas dan berpeluh. Dahinya berkerut, mata dipejam rapat menahan sakit di kepala. Rasa yang sama seperti semalam.

     "Semua ni buat aku rasa macam nak bunuh orang sekarang jugak." Hezrick memegang kepalanya.

     "Kau patut rehat bro. Makan ubat tahan sakit yang aku bagi tu. Jangan banyak fikir nanti jadi stress lagilah bermasalah." Firaz yang duduk di sebelah Hezrick memegang dahi lelaki itu. Mungkin tindak balas dadah peransang itu kembali aktif seperti semalam.

     Hezrick melangkah keluar tanpa kata. 

     "Percaya tak bini dia lagi sayang aku daripada suami sendiri?" soal Enrique sinis. 

     "Asal pulak?" Freddy mengerutkan dahi. 

     "Kayla langsung tak marah aku tadi. Dia layan aku elok-elok je, sweet gila sampai nak suap mi goreng dalam kereta." Enrique menayangkan riak bangga. 

     "Kalau aku jadi dia pun aku takut dengan manusia keji cakap lepas macam kau ni." Freddy tersenyum sinis. 

     Enrique mula berfikir. Benar juga, mungkin selama ini Mikayla melayannya hanya kerana gadis itu takut, mungkin?

     

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience