Bab 31

Action Series 24641

     Pintu yang sedia terbuka ditolak perlahan. Bunyi gelak tawa beberapa orang lelaki memasuki rongga telinganya. Seperti dia kenal akan bunyi-bunyi sumbang itu.

     Kakinya terus dihalakan ke ruang tamu. Mata tertancap pada plastik makanan ringan yang terletak elok di atas meja kopi.

     Kelihatan dua orang lelaki yang sangat dikenalinya berada di ruang itu berbual-bual sambil menonton televisyen tanpa mempedulikan kehadirannya.

     Keluhan kecil dihela sebelum kakinya diaturkan meluru ke arah dua orang lelaki yang sedang duduk di atas sofa tanpa rasa bersalah.

     Pak! Pak!

     Kedua-dua daripada mereka mengerang kesakitan selepas dipukul Hezrick. Secara langsung dua pasang mata itu menoleh ke arah wajah bengis Hezrick yang sedang berdiri sebelum senyuman kelat ditayangkan.

     "Kayla dah menangis dalam bilik tu. Kau orang boleh buat main lagi??" Mata Hezrick menikam tajam wajah kacak dua ekor monyet itu.

     "Kejaplah Ricky, jom prank perempuan tu nak?" Enrique mula bangun dari duduknya.

     "Prank kepala otak kaulah!" Hezrick terus melangkah ke arah bilik Mikayla.

     "Tak sportinglah dia tu. Tak boleh jadi membe ni. Elok nanti kita tinggal je dia kat tepi jalan." omel Enrique sebelum punggungnya kembali dilabuhkan ke atas sofa bersebelahan Herith.

     "Relax bro, nanti kita ajar dia cara-cara untuk bergembira sepanjang masa. Sekarang ni kita biarkan dulu," Herith menyuap seketul coklat ke dalam mulutnya sebelum seketul lagi disumbatkan ke dalam mulut Enrique.

     Tok! Tok! Tok!

     "Kayla, aku datang ni." Panggilannya langsung tidak disahut gadis itu.

     "Mikayla," Hezrick mula menguatkan nada panggillannya.

     Pintu terbuka, tubuh badannya terus dipeluk erat oleh gadis itu. Gadis itu mula menangis di dalam dakapannya.

     Hezrick merangkul pinggang ramping Mikayla, satu kucupan sekilas singgah di sisi kiri kepala gadis itu.

     "Sa... Saya takut... Amira dah keluar dengan Zack. Saya tak tahu nak buat apa bila jadi macam ni... isk..." Esakan kecil memenuhi ruang bilik itu.

     Perasaan yang dirasakannya sebentar tadi benar-benar boleh menyebabkan dirinya lemah tidak berdaya. Sudahlah dia seorang berada di dalam rumah. Ilmu pertahankan diri pula langsung tiada.

     "Nak pergi tengok penyangak tu?" Hezrick mengusap lembut kepala Mikayla.

     "Huh?! Dia masih ada?" Rangkulan pada tubuh Hezrick dilepaskan. Butir-butir jernih yang setia mengalir di pipi dibiarkan menitis ke lantai.

     Anggukan lelaki itu membuatkan jantung Mikayla berdegup dengan lebih kencang. Matanya diliarkan ke sekeliling bagi mencari kelibat si penjahat yang disebutkan Hezrick.

     "Penyangak paling bangang dalam dunia yang kau akan tengok hari ni," tangan Mikayla ditarik dan dibawa ke ruang tamu yang terletak tidak jauh dari biliknya.

     "Apa yang..." Kata-kata Mikayla pantas dipotong Hezrick.

     "Jangan tanya, aku pun tak tahu macam mana dua ekor anjing liar ni boleh terlepas dari sangkar,"

     Mikayla tidak membalas, wajah Hezrick direnung lama. Hezrick juga membalas renungan gadis itu. Mata bertentangan mata. Hezrick memegang dadanya yang berdegup kencang, dahinya pula dibuat-buat berkerut.

     "Aduh! Aku rasa aku dah jatuh cinta untuk kali yang ke-76..." Hezrick mengerang kesakitan.

     "Kenapa 76? Mana lagi 24?" Mikayla mengecilkan matanya ke arah Hezrick.

     "Jom kahwin dengan aku dulu," keningnya dijongketkan beberapa kali bersama senyuman nakal.

     "Tak nak. Hmph!" Mikayla memalingkan wajahnya je sisi. Sudah banyak kali diberitahu tetapi masih lagi meminta benda yang sama.

     "Jomlah sayang... Dah lama aku tunggu ni," bisik Hezrick menggunakan nada suara menggoda.

     "Woi-woi jaga iman tu! Jangan lemah sangat." Celah Herith yang sejak dari tadi memerhati.

     "Siapa iman? Penting sangat ke dia sampai nak kena jaga?" Enrique menayangkan wajah bodohnya. 

     "Itulah kau! Orang tengah belajar dengan ustaz, dia bantai tidur. Kan dah tak tahu..." Sindir Herith. Enrique menjulingkan bebola matanya ke atas.

     "Nanti kau orang keluar, jangan lupa kunci pintu, aku dengan Mikayla nak pergi makan," Hezrick menarik tangan gadis itu memasuki kamar.

     "Eh? Makan dalam bilik?" Herith menepuk-nepuk bahu Enrique bagi menyedarkan lelaki itu tentang Mikayla dan Hezrick.

     "Hm..." Mata Enrique melekat pada kaca televisyen.

     Beberapa saat kemudian, bunyi kekecohan dari dalam bilik Mikayla mula kedengaran. Hezrick ditolak keluar dari bilik itu sebelum pintu dihempas kasar oleh Mikayla.

     "Kesian... Belum apa-apa lagi dah kena tolak," kata Enrique tanpa menoleh ke arah Hezrick.

     "Aku tak puas hatilah. Kenapa dia tak bagi aku pegang handphone dia? Dia curang belakang aku ke?" Hezrick melabuhkan punggungnya di sebelah Enrique.

     "Betullah tu. Biasalah manusia ni bila dah jumpa yang terbaik tapi nak yang lebih terbaik. Babi betul." Kata Herith bersahaja.

     "Hack handphone dia kejap, aku nak tengok last dia bercakap dengan siapa." Hezrick merenung sisi wajah Enrique.

     Dengan rasa yang begitu malas, Enrique menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. Setelah dapat apa yang diminta Hezrick, telefon dihulurkan kepada lelaki itu. Herith juga menjadi penyibuk ingin tahu.

     "Dia curang dengan Hezrick, siapa Hezrick?" Soal Herith dengan wajah yang biasa.

     Hezrick merenung tajam wajah Herith yang masih beriak biasa. Lama-kelamaan, Herith mula tersenyum dan akhirnya tawa terlepas kerana sudah tidak mampu untuk menahan rasa kelakar.

     "Tak lawak bodoh!" Hezrick mengalihkan pandangannya pada skrin telefon bimbit.

     "Ayah? Tiga jam yang lepas..." Dahi Hezrick berkerut. Pasti ada kaitan dengan lelaki yang bernama ayah ini.

     "Tekanlah ni," Herith menekan satu simbol pembesar suara yang terletak di sebelah nama 'ayah' tersebut. Rakaman perbualan Mikayla bersama Encik Anuar mula terpasang.

     "Cuti balik rumah terus ya Kayla, ayah ada sesuatu nak berbincang dengan kamu. Hal ini berkaitan dengan masa depan kamu juga."

     "Inn Sya Allah Kayla akan balik secepat mungkin. Hal apa ayah?"

     "Tentang masa depan kamulah. Balik dulu ke sini, kita bincang kemudian. Keputusan ayah buat ni adalah yang paling terbaik untuk hidup kamu."

     "Baiklah ayah, Kayla nak mandi dan solat, assalammualaikum".

     Pelbagai persoalan bermain-main di minda Hezrick. Perkara apa yang kedengaran amat penting itu? Dia perlu siasat tentang hal ini. Mikayla yang melangkah keluar dari bilik dipandang.

     "Gerak luu pape roger." Hezrick menghulurkan telefon bimbit itu pada Enrique sebelum dia beredar dari ruang itu dibontoti Mikayla.

     Kereta diparkir di tepi jalan. kawasan berbukit menghidangkan pemandangan bandar raya yang cukup cantik.

     Mikayla mengerutkan dahi melihat sekeliling. Gelap dan tiada satu pun kereta melalui kawasan itu selain daripada kereta milik Hezrick.

     "Kenapa berhenti dekat sini?" Soal Mikayla ingin tahu.

     Perasaan takut mula hadir di dalam diri apabila teringatkan perkara yang pernah terjadi padanya suatu ketika dahulu.

     Melihat Hezrick yang hanya diam merenung hadapan membuatkan Mikayla tidak senang duduk. Lelaki ini sudah dirasuk hantukah?

     "Aku nak hubungan yang halal. Aku nak jaga kau Kayla, aku nak kau sentiasa ada di sisi aku tanpa halangan lain. Boleh aku dapat semua tu dalam masa yang terdekat ni?" Hezrick merenung wajah gadis itu.

     Walaupun keadaan di situ gelap tanpa satu pun cahaya lampu jalan tetapi dengan bantuan cahaya bulan yang dipantulkan matahari cukup membantunya untuk melihat jelas wajah ayu Mikayla.

     "Ricky, awak perlu faham keadaan saya. Saya nak habiskan belajar dan bekerja untuk beberapa bulan barulah saya boleh fikir tentang kahwin. Saya ni satu-satunya anak ayah dan ibu saya. Saya nak balas jasa mereka..." Mikayla membalas renungan redup Hezrick.

     "Tapi aku mampu balas jasa ibu dengan ayah. Kau tak perlu risau pun pasal tu," tangan Mikayla mula diraih lalu dikucupnya sekilas.

     "Awak nak saya benci awak ke Ricky?" Dia berpaling ke sisi setelah merasakan jarak kedudukan wajah mereka terlalu hampir.

     "No, tolong jangan benci aku. Ak... Aku cuma risau tak dapat kawal diri bila kau ada dengan aku, macam sekarang ni..." Hezrick mula memandang hadapan. Wangian Mikayla benar-benar menganggu perasaannya yang satu ini.

     "So, jangan peluk-peluk saya, jangan pegang saya, jangan cium saya, jangan dekat dengan saya,"

     "Kau tu, janganlah senang sangat serah diri. Kau fikir iman aku kuat sangat ke?" Hezrick tersenyum nipis melihat wajah Mikayla yang kelihatan takut.

     "Mana ada saya serah diri! Awak jangan nak memandai ya..." Kedua-dua belah lengan disilangkan ke dada. Dirinya bersandar rapat pada pintu.

     "Habis tu sekarang ni kau tengah buat apa? Mempertahankan diri?" Soal Hezrick sinis.

     Tanpa membalas kata-kata Hezrick, kakinya pantas memanjat pergi ke seat belakang. Badannya disorokkan ke belakang penyandar seat Hezrick supaya lelaki itu tidak dapat melihatnya.

     "Nak main sorok-sorok pulak dah. Kau ni macam-macamlah," ujar Hezrick sebelum dia menghidupkan enjin kereta.

     Bang!

     Bunyi satu das tembakan mengenai keretanya membuatkan Mikayla tersentak. Hezrick melihat cermin sisi kereta, kelihatan sebuah motosikal berkuasa tinggi terpakir di sebalik pokok yang terletak tidak jauh dari keretanya. Oh shit!

     "Bunyi apa tu awak?" Soal Mikayla yang masih menunduk.

     "Tundukkan kepala, duduk situ diam-diam." Hezrick mendail nombor Freddy.

     Tut tut...tut tut...

     "Bro," Freddy mula menyapa.

     "Aku tak bawak handgun. Datang Bukit Kota Cahaya, ada musuh dekat sini. Now." Kata Hezrick sebelum talian mereka diputuskan.

     Bang! Bang!

     Nasib baik kereta miliknya kalis peluru, jika tidak pasti sudah tembus kepalanya dek kerana tembakan itu tepat mengenai tingkap kereta.

     "Kayla, kau dah mati kena tembak ke?" Soal Hezrick sengaja mengusik gadis itu.

     "Saya takut..." Ujar Mikayla perlahan. Kepala terus ditundukkan.

     "Lah hidup lagi, aku fikir dah mati tadi,"

     "Nak aku hidup atau mati? Pilihan di tangan kau," sambung Hezrick lagi. Mikayla diam membisu.

     "Sayang, kalau kau tak jawab, aku keluar dari kereta ni..." Kunci kereta mula dibuka Hezrick.

     "Tolong jangan keluar, jangan tinggal saya lagi, saya tak nak hilang awak buat kali kedua..." Jujur Mikayla yang mula menangis teresak-esak.

     Bang!

     "Hey aku tak suruh menangis punlah. Ya aku tak keluar. Aku pun tak nak tinggal kau..." Ujar Hezrick tanpa menghiraukan tembakan yang telah mengenai tayar belakang.

     Bukannya dia tidak mampu untuk melarikan diri namun jika dia lari, musuhnya akan ikut sekali dan hal ini boleh membahayakan orang ramai di bandar. Dia tidak mahu kekecohan di bandar berlaku berpunca daripada dirinya sehingga boleh melibatkan polis.

     Jadi, dia mengambil keputusan untuk menunggu ketibaan Freddy. Mikayla yang berada di belakang penyandar seat miliknya diintai. Keadaan yang gelap membatasi matanya untuk melihat wajah gadis itu.

     Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

     Bunyi tembakan rambang memenuhi kawasan itu. Hezrick menoleh ke arah belakang kereta, kelihatan dua orang lelaki sedang berjalan meluru ke arah kereta miliknya.

     Bang! Bang!

     Terasa lengannya yang berlapikan baju dicengkam kuat. Tangan gadis yang mencengkam lengannya diusap lembut bagi menenangkan gadis itu.

     Bang! Bang! Bang!

     "Eh tak guna betul makhluk-makhluk halus ni." Hezrick memandang cermin sisi.

     Bang! Bang! Bang! Bang!

     Lelaki-lelaki itu memang sengaja menembak keretanya. Hezrick membuka pintu kereta sebelum kakinya dilangkah keluar. Mikayla yang berada di dalam kereta menjerit ketakutan. Tembakan semakin kuat kedengaran tetapi Hezrick keluar begitu sahaja?!

     "Apa masalah kau orang ni huh?" Hezrick menayangkan wajah tidak berpuas hati.

     "Kejap nak pasang flashlight sebab tak nampaklah..." Enrique mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum lampu itu dihalakan pada wajah bengang Hezrick.

     "Barulah nampak! Kau gelap sangat tadi sampai aku tak nampak apa-apa, sumpah!" Kata Herith yang menayangkan senyuman lebar.

     "Buat apa dalam kereta ni? Maksiat lagi? Habislah rosak anak-anak zaman sekarang. Bodoh betul tunjuk contoh tak baik." Enrique memejamkan mata seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.

     "Biar Detektif Herith pergi check," ujar Herith sebelum pintu di sebelah penumpang dibuka.

     "Bah!" Sergah Herith bersama mata yang membulat besar namun serta-merta riak wajah bertukar hairan. Hairan, ke mana gadis itu pergi?

     "Kau tak dapat manusia, dengan hantu pun jadi ya?" Soal Herith yang mula memandang Hezrick.

     Tanpa banyak bunyi, Hezrick membuka pintu belakang. Mikayla yang masih lagi duduk di bawah ditarik keluar dari kereta. Mata Mikayla merenung wajah-wajah yang sangat dikenalinya.

     "Hai Cik Kayla... Nak dengar bunyi bunga api tanpa bunga tak?" Soal Enrique ingin tahu sebelum muncung pistol dihalakan ke atas.

     "Kau jangan nak bu..." Tanpa sempat Hezrick melarang.

     Bang!

     Satu das tembakan dilepaskan ke udara. Mikayla terperanjat sehingga terpeluk tubuh sasa Hezrick yang berdiri di sebelahnya. Wajah disembamkan pada dada lelaki itu.

     "Woo! Hebatnya bunga api yang tak ada bunga macam kau buat tadi, nak lagi!" Jerit Herith kuat.

     "Kau buat lagi sekali, sumpah aku kejar kau sampai dapat hanat." Ugut Hezrick.

     "Aku tak takut dengan manusia tak guna macam kau." Kata Enrique dengan penuh sinisannya.

     Bang!

     "Sial punya manusia!" Hezrick mula membuka langkah mengejar lelaki gila bernama Enrique yang sudah mula melarikan diri. Tak takut tapi kenapa lari?

     "You tak nak pergi main kejar-kejar sekali ke?" Soal Herith sambil melihat wajah Mikayla. Mikayla tersenyum kelat seraya menggeleng kecil.

     "Kalau you takut dengan suasana hutan yang banyak hantu ni, peluk I ajelah..." Herith menjongketkan kening beberapa kali.

     "Memang adik dengan abang sama pervert ya?" Soal Mikayla dengan berani.

     "Taklah. Abang I teruk lagi, semua perempuan yang dekat dengan dia, dia akan buat perangai pervert macam tu," Herith menayangkan riak wajah biasa.

     Kata-kata Herith membuatkan hati Mikayla terasa seperti dicucuk-cucuk. Tetapi teringatkan pesanan Hezrick terhadapnya yang mengatakan dia tidak boleh mempercayai kata-kata lelaki ini, segala rasa sakit itu ditolak ke tepi.

     Pin! Pin!

     Kereta jenis Mercedes-Benz bewarna biru gelap dipakir elok di belakang kereta Hezrick. Freddy keluar dari perut kereta sebelum pandangannya diliarkan ke sekeliling.

     "Kau lambat bro, tadi Enrique ada pasang bunga api tanpa bunga, rugilah kau tak dapat tengok..." Ujar Herith bersama mimik wajah teruja dapat bercerita. Freddy mengangkat jari tengahnya.

     "Apahal Ricky bodoh sangat tak bawak handgun? Dia tak tahu ke musuh dia bersepah kat luar ni? Itulah gelepar sangat nak dating dengan awek." Sepasang mata Freddy melihat ke arah Mikayla.

     "Dia memang dah bodoh sejak aku lahir lagi." Herith mencucuh api pada rokok sebelum rokok itu dihisap lalu dihembuskan.

     "Sejak bila kau hisap rokok?" Dahi Freddy berkerut.

     "Eh haah! Puih!" Herith yang seperti baru tersedar terus membuang rokok itu sebelum dia meludah beberapa kali ke tanah.

     "Bodoh amat. Mana lelaki-lelaki tak guna tu?" Soal Freddy ingin tahu.

     "Tu, tengah lompat-lompat dengan pocong," jawab Herith, belakang badannya disandarkan pada kereta.

     "Pocong?" Freddy menayangkan wajah yang penuh hairan.

     "Hantu bungkus yang warna putih tulah." Kata Herith sambil membelek-belek kukunya.

     "Bungkus yang macam berdiri kat  belakang you tu ke Kayla?" Soal Freddy ingin tahu, matanya terpandangkan sesuatu benda yang berada tidak jauh dari Mikayla.

     Freddy mula melarikan diri meninggalkan mereka berdua di situ. Herith mengerutkan dahinya, apahal mamat tu lari?

     Perlahan-lahan Mikayla menoleh ke belakang bersama wajah yang cuak dan pucat lesi. Darah menyerbu naik sehingga ke kepala. Bulu roma menegak tinggi kerana terlalu takut. Memang benar ada sesuatu di belakangnya.

     "Argh!" Tubuh Herith dipeluk membuatkan lelaki itu terkejut.

     "Haramlah main peluk-peluk I macam tu!" Jerit Herith sebelum dia berlari meninggalkan Mikayla yang sudah duduk bercangkung di atas tanah.

     "Ricky!!! Dia hanya mampu menjerit.

     Kaki sudah tidak mampu untuk menampung berat badannya. Begitu lemah tenaganya ketika ini. Akhirnya semua menjadi kelam, dia pengsan di atas tanah itu.

Mafia pun takut hantu erm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience