Permukaan meja kerja diketuk-ketuk menggunakan pembaris yang panjang. Mata merenung kosong ke hadapan. Hanya jasadnya berada di situ manakala fikiran melayang jauh memikirkan tentang gadis kesayangannya.
Sudah tiga hari dia berdiam diri dan tidak berjumpa Mikayla. Bukan kerana dia ingin meninggalkan gadis itu, cuma dirinya perlu ditenangkan terlebih dahulu.
"Bro, kau okey tak?" Herith melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan Hezrick.
Hezrick hanya mengangguk perlahan tanpa membalas renungan adiknya. Herith menekan-nekan skrin telefon bimbit. Kamera dibuka sebelum telefon bimbitnya itu diangkat.
"Kau buat apa bodoh?" Soal Hezrick. Herith melepaskan tawa melihat gambar Hezrick yang diambilnya tadi.
"Tangkap gambar then send pada Fred, suruh dia bagi Kayla tengok." Jawab Herith bersama senyuman sambil menekan-nekan skrin telefon itu.
"Snaplah yang smart sikit. Tunjuk dekat dia yang aku ni boleh hidup tanpa dia."
"Serabai dah macam orang kena sawan babi lepas tu nak berlakon boleh hidup tanpa dia, puih pergi mampuslah." Kata Herith sinis.
"Muka aku memang nampak macam tu ke?"
"Muka kau dah nampak tua. Mungkin sebab kau selalu marah-marah. Aku yang baik ni pun selalu kena marah, apa lagi Enrique dengan Fred yang jauh lebih baik daripada aku tu." Herith memalingkan wajahnya ke arah pintu bilik pejabat yang diketuk seseorang.
"Come in." Kata Hezrick.
Matanya membulat besar melihat si gerangan yang melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Herith pula mengerutkan dahi.
"Dari alam mana you datang ni? Dah tak ada tempat lain ke? I nak bermesra lama-lama dengan abang I pun tak boleh." Herith menjeling tajam wajah gadis itu.
"Saya nak bercakap dengan Ricky. Berdua." Pinta Mikayla lembut. Perkataan 'berdua' sengaja ditekankan agar Herith memahami maksudnya.
"Tak boleh. Nanti jadi maksiat. Haram berdua-duaan dalam bilik." Kata Herith bersahaja.
"Kalau macam tu, awak duduk dekat sana. Saya ada hal penting nak cakap pada Ricky," Mikayla menunding jarinya ke arah sebuah sofa yang agak jauh dari meja kerja Hezrick.
"Kenapa I tak boleh dengar cerita you? You pregnant macam Ferliy jugak? Atau Ricky tak bayar you minggu lepas?" Soal Herith sinis.
"Apa kau merepek? Bayar apa ni?" Dahi Hezrick berkerut memandang riak biasa adiknya.
"Oh you tak cerita pada Ricky? You tidur dengan lelaki mana minggu lepas?" Herith mengecilkan matanya memandang Mikayla.
"Apa yang awak cakapkan ni? Jangan fitnah-fitnah saya boleh tak? Ricky awak fitnah dan saya pun awak nak fitnah jugak?" Dengan berani Mikayla membalas kata-kata Herith. Lelaki itu semakin melampau dalam berkata-kata.
"Masa bila I fitnah you dengan Ricky? Fikir I tak ada kerja lain ke??" Herith masih tidak mahu mengalah.
"Ada! Awak selalu cakap Ricky bersama perempuan lain tapi sebenarnya awak tipu! Dan sekarang awak nak cakap saya bersama lelaki lain pulak?!" Mikayla menunding jarinya tepat di hadapan wajah Herith. Sudah tidak mampu untuk bertenang sekiranya melibatkan seekor syaitan di hadapannya itu.
"Fitnah ke macam tu?" Herith mula menoleh ke arah abangnya. Hezrick mengangguk kecil.
"Ya Allah! Sumpah aku tak tahu! Lebih baik aku bunuh je you dengan Ricky!" Herith mengeluarkan sepucuk pistol miliknya lalu diacu tepat pada wajah Mikayla membuatkan sepasang mata gadis itu membutang besar.
"Herith, apa lagi yang kau cuba buat ni?" Soal Hezrick tenang.
"Aku nak bunuh dia lepas tu kau pulak aku tembak." Kata Herith sebelum dia melepaskan satu das tembakan.
Bang!
Bunyi mentol lampu pecah membuatkan Mikayla menjerit kecil lalu pantas duduk bercangkung di lantai kerana terkejut.
Hezrick menutup mata menggunakan tapak tangan bagi menghalang kaca itu memasuki matanya manakala Herith yang terlampau bodoh hanya pandang ke atas bersama senyuman lebar.
"Tahu pun takut. Kan dah gelap dekat sini. Sabar jap aku nak gelapkan yang belah sana pulak..." Kata Herith tanpa rasa bersalah.
"Jangan setan." Larang Hezrick ringkas namun Herith tetap melepaskan satu lagi das tembakan.
Bang!
Sekelip mata mentol lampu berbentuk segi empat dan besar itu pecah. Suasana di ruang bilik pejabat itu mejadi kelam. Yang tinggal hanyalah lampu kecemasan berwarna kuning. Herith bersama riak tidak bersalahnya membalas renungan tajam Hezrick.
"Kenapa? Kan jimat elektrik macam ni. Dah-dah, aku nak pergi sambung kerja dengan Enrique." Herith terus melangkah pergi tanpa rasa bersalah.
Mikayla berdiri setelah melihat lelaki itu melangkah keluar dari pejabat Hezrick. Kemudian matanya dan sepasang mata Hezrick bersambung tepat.
"Err sa... Saya nak cakap. Harap awak tak marah." Mikayla melabuhkan punggungnya di atas kerusi tempat duduk Herith sebentar tadi tanpa dipelawa.
Hezrick diam merenung wajah gadis yang dirinduinya itu.
"Ini soal masa depan saya."
"Okey cakap cepat. Aku ada meeting kejap lagi." Hezrick membetulkan kedudukannya.
"Saya terima keputusan ayah saya." Kata-kata Mikayla membuatkan Hezrick membulatkan matanya.
"Habis tu apa motif kau datang sini? Sengaja nak sakitkan hati aku??!" Hezrick mula bangun dari kerusi. Tak sangka yang gadis itu lebih memilih untuk bersama lelaki lain berbanding dirinya.
"Ricky, awak akan jauhkan diri daripada saya?" Soal Mikayla ingin tahu. Pandangannya dilarikan ke sisi. Dia takut melihat sepasang mata lelaki itu bertukar merah.
"Memang aku akan jauhkan diri! Aku bunuh dua-dua. Kau tengoklah nanti!"
Mikayla hanya diam ditengking lelaki itu. Ini jalan yang dia pilih. Jalan yang terbaik untuk dirinya. Dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa termasuklah lelaki ini dan kerana ini juga dia perlu membuat keputusan yang tidak boleh dijangka oleh sesiapa pun.
Lama mereka berdiam. Hezrick membuka langkah meluru ke arah balkoni. Udara yang segar disedut supaya dadanya tidak terasa terlalu sesak.
Terlalu banyak perkara yang telah dia korbankan untuk Mikayla namun gadis itu masih tidak mahu melihatnya sebagai lelaki yang ikhlas mencintainya.
"Sebelum saya pergi, saya nak buat satu permintaan." Mikayla melangkah menghampiri Hezrick.
Lelaki itu hanya diam melemparkan pandangan melihat bandar yang agak sesak pada petang itu. Amarahnya dikawal agar dia tidak menyakiti gadis kesayangannya itu.
"Saya nak bersama awak." Kata Mikayla dengan nada yang bergetar.
Di dalam fikirannya mempunyai dua perkara yang perlu dia lakukan terhadap Hezrick. Belakang tubuh lelaki itu dipeluk erat.
Hezrick terkedu mendengar permintaan gadis itu. Perkataan 'bersama' itu mempunyai banyak maksud. Bersama yang seperti mana gadis ini inginkan?
Tangan yang melingkari perutnya cuba dileraikan namun semakin erat gadis itu memeluk. Esakan kecil mula kedengaran membuatkan rasa marah di dalam dirinya hilang sekelip mata.
"Saya nak bersama awak Ricky isk..." Kata Mikayla sebelum teresak-esak dia menangis. Tangannya mencengkam kuat tubuh lelaki itu.
"Saya janji hari ni je... Kalau awak tak nak bertanggungjawab pun tak apa, saya boleh jaga diri sendiri..." Sambung Mikayla.
"Aku tak nak." Hezrick menggeleng beberapa kali.
"Awak kena nak jugak! Cepatlah!" Jerit Mikayla kuat. Lengan lelaki itu ditarik kuat supaya mengekori langkahnya.
Hezrick hanya diam dan akur. Kepalanya cukup berserabut. Jiwanya juga masih tidak bersedia untuk melepaskan gadis ini kepada lelaki lain. Dahinya mula berkerut melihat gadis yang masih menangis itu menolak tubuhnya ke sofa.
Mikayla melabuhkan punggung di sebelah Hezrick sebelum tangannya mula membuka butang baju lelaki itu. Hezrick bertindak menahan tangan Mikayla dari terus membuka butang bajunya yang sudah separuh terbuka.
"What are you trying to do?" Soal Hezrick bersama dahi yang masih berkerut.
Mikayla merentap tangannya daripada terus dipegang lelaki itu sebelum wajahnya yang kebasahan dan kemerahan dilap kasar menggunakan tapak tangan.
Hezrick hanya diam memerhati kelakuan aneh Mikayla. Selepas gadis itu mengelap wajah, tangannya kembali mencapai butang baju Hezrick.
Sekali lagi Hezrick memegang kedua-dua belah tangan gadis itu. Kali ini tangan itu dipegang sedikit erat agar tidak lagi terlepas.
"Aku rasa, aku faham apa yang kau nak." Kata Hezrick sebelum tubuh gadis itu ditolak baring di sofa.
"Betul ni?" Soal Hezrick meminta kepastian.
Mikayla yang masih menangis menganggukkan kepalanya beberapa kali. Hezrick mengukir senyuman nakal sebelum tangan membuka sendiri butang bajunya lalu dia menindih tubuh gadis itu.
Bibir gadis itu diragut dan dikucup rakus. Hairan, Mikayla hanya diam membalas kucupannya tanpa menolak dadanya kali ini seperti selalu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Beberapa minit kemudian, dia melepaskan bibir gadis itu.
"Okey beri aku sebab, kenapa kau nak bersama aku hari ni?" Kedua-dua belah lengannya ditongkat di sisi kepala Mikayla.
Wajah yang kemerahan disebabkan oleh malu atau menangis sebentar tadi direnung.
Wajah gadis itu kelihatan seperti budak yang menginginkan gula-gula. Mikayla masih diam membisu, matanya terkelip-kelip membalas renungan Hezrick.
"Aku tak nak buat selagi aku tak dapat jawapan." Hezrick menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.
"Please..." Air mata mengalir di sisi kepalanya dilap lembut oleh Hezrick.
"But why sayang?" Soal Hezrick bernada lembut.
"Saya rindu."
Hezrick yang merenung ke dalam anak mata gadis itu tergelak kecil. Mikayla benar-benar tidak pandai mengawal riak wajahnya yang jelas sedang menipu.
"Kalau rindu, bukan macam ini caranya tau..." Perlahan-lahan dia bangun dari terus menindih Mikayla.
"Saya nak! Kenapa awak bangun?!" Jerit Mikayla sebelum rambut coklat keperangan lelaki itu ditarik kuat sehingga lelaki itu kembali baring dan gilirannya pula menindih tubuh lelaki itu.
"Kenapa ganas sangat ni? Sakit tahu tak?" Soal Hezrick. Berkerut-kerut dahinya menahan perit di kulit kepala.
Matanya membulat besar melihat Mikayla yang duduk di atas perutnya itu seperti hendak mencabut baju. Gila! Betul-betul nekad perempuan ni!
"Hey-hey relax, aku ada meeting kejap lagi." Hezrick cuba mengingatkan gadis itu tentang meeting tersebut.
Jam dinding dikerling sekilas, tinggal beberapa minit sahaja lagi. Sudahlah meeting ini penting. Tak akan nak tangguh pula? Gadis itu nampak seperti terdesak ingin bersamanya sekarang.
"Lepas meeting boleh?" Tiba-tiba mata berkaca itu memandangnya. Hezrick hanya mengangguk kecil.
"Janji dulu." Mikayla mula bangun lalu berdiri di sisi sofa.
"Tak, aku tak janji." Kata Hezrick sambil bangun. Tangannya mencapai baju kemeja bewarna biru gelap di atas lantai sebelum disarungkan pada tubuhnya.
"Janji cepat!" Mikayla menghulurkan jari kelingkingnya pada Hezrick.
Hezrick bertindak menarik lembut jari runcing itu lalu dikucupnya lembut.
"Kalau aku jatuh tangga lepas tu mati kejap lagi macam mana?" Soal Hezrick lembut.
"Okey, kalau macam tu.. Awak bagi saya pegang wallet awak then awak boleh pergi, saya tunggu kat sini."
"Kenapa wallet? Duit yang aku bagi hari tu tak cukup?" Hezrick mengerutkan dahinya.
"Nanti awak lari. Saya tak guna punlah duit awak tu!" Kata Mikayla dengan nada yang tidak berpuas hati. Kocek seluar lelaki itu diraba membuatkan Hezrick ketawa kegelian.
"Wallet aku ada dalam laci meja tu, pergi ambil. Tunggulah kau dekat sini sampai esok. Aku balik dengan Herith kejap lagi." Hezrick tersenyum kecil memandang Mikayla.
Mikayla hanya diam. Mata mula berkaca-kaca. Sampai hati lelaki ini ingin meninggalkannya di kala dia susah sebegini. Dia fikir lelaki itu benar-benar ikhlas mencintainya.
"Kejamnya awak." Ujar Mikayla perlahan.
"Aku tipu ajelah. Aku sayang kau Kayla. Habis meeting aku datang sini. Aku betul-betul dah lewat sekarang." Dahi gadis itu dikucup lembut sebelum dia melangkah ke arah pintu.
Mikayla menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. Pasti Hezrick fikir dia adalah seorang gadis jalang kerana terdesak ingin bersama lelaki itu.
Dia lakukan semua ini bersebab. Tubuhnya direbahkan ke atas sofa. Kenangan manis mereka berdua mula terimbas di benak fikiran, bibirnya mengukir senyuman manis. Perlahan-lahan dia terlelap di situ.
File kerja diletakkan ke atas meja sebelum kakinya diatur meluru ke arah Mikayla yang masih lena. Punggung dilabuhkan ke atas sofa yang sama dengan gadis itu. Wajah Mikayla ditatap lama, pipi pula diusap sayang.
"Kenapa kau nakal sangat hari ni sayang? Apa yang kau cuba buat?"
Mikayla yang merasakan pipinya diusap terus mencelikkan mata. Wajah Hezrick yang begitu hampir dengan wajahnya juga diusap lembut bersama senyuman manis.
"Sekarang boleh?" Soal gadis itu lembut. Hezrick menggeleng kecil.
Air muka gadis itu berubah menjadi muram. Mikayla mula bangun dan duduk di atas sofa itu tanpa memandang Hezrick.
"Awak memang tak sayang saya. Awak langsung tak berusaha untuk kekalkan hubungan ni. Susah sangat ke nak faham saya?"
Hezrick mengerutkan dahi. Nak kena faham apa pula ni?
"Saya tak mintak lebih pun daripada awak. Saya cuma nak anak bersama awak, itu pun tak faham ke?" Mikayla menutup wajahnya yang berbahang. Tangisannya menjadi kuat.
Hezrick terkelu. Tidak sangka gadis ini sanggup melakukan perkara seperti itu. Tetapi mengapa pula Mikayla inginkan anak bersamanya?
"Tapi kenapa?" Soal Hezrick pendek.
"Awak ni bodoh ke apa? Anak kita nanti boleh dijadikan alasan untuk saya tak bernikah dengan lelaki gila talak tu." Terang Mikayla.
"Aku ke kau yang bodoh sekarang ni? Suka-suka hati nak gunakan benih aku untuk kepentingan kau." Kata-kata Hezrick membuatkan Mikayla terus bangun berdiri seraya mencapai beg tangan miliknya.
"Habis tu kau nak pergi mana pulak ni?"
"Saya nak balik! Saya akan dengar cakap ayah. Awak jangan munculkan diri depan saya lagi! Awak tak perlukan saya dan saya lagilah tak perlukan awak!" Mikayla mula melangkah pergi meninggalkan Hezrick di situ.
Hezrick diam melihat gadis itu. Dia marah aku ke? Seriouslah?
Share this novel