Bab 59

Action Series 24641

     Mikayla membalas renungan lelaki tua itu. Dua orang lelaki yang berdiri di belakang orang tua itu berwajah serious dan berpakaian serba hitam seperti bodyguard. Mungkin lelaki tua itu adalah pemilik rumah agam ini.

     Hezrick keluar dari tempat persembunyiannya lalu terus menunduk hormat pada si lelaki tua. Herith, Freddy dan Ad yang baru tiba di situ juga membuat perkara yang sama. Hanya Enrique dan Mikayla masih duduk di atas sofa.

     "Bangun," arah Hezrick pada Enrique.

     Tanpa banyak kata, Enrique terus bangun dan meluru ke arah lelaki tua itu sebelum tangan lelaki itu disalam lalu diciumnya.

     Cup!

     Bunyi bibirnya menyentuh belakang tapak tangan yang sudah berkedut itu kedengaran sungguh kuat. Ad tersenyum sambil menggeleng kecil melihat Enrique yang tahu hendak menganjing saja.

     "Jemput duduk pak cik." Enrique menunjuk sofa di hadapan Mikayla. Lelaki tua itu hanya tersenyum memandang Enrique.

     "Mikayla..." seru lelaki tua itu bersama mata yang memandang Mikayla.

     Mikayla mengerutkan dahi. Lelaki tua ini mengenali dirinya? Pasti Hezrick yang memperkenalkan mereka.

     "Nama panjang dia Nur Mikayla, pak cik," ujar Herith bersahaja.

     "Selamat kembali Mikayla..." Kata-kata lelaki tua itu membuatkan Mikayla berasa lebih hairan.

     Lengannya ditarik Hezrick menuju ke arah lelaki tua yang dikenali sebagai Sir Firhad itu. Dia terpinga-pinga. Lelaki tua itu terus memeluk tubuhnya membuatkan dia tersentak.

     "Eh saya dah bersuami..." Mikayla menolak tubuh Sir Firhad.

     "Suami kamu tak kisah." Sekali lagi tubuh gadis itu dipeluk. Mikayla meronta-ronta sehingga terlepas. Dia tidak selesa dipeluk lelaki lain.

     "Abang! Kenapa biarkan pak cik ni peluk saya? Saya..." Mikayla bersembunyi di belakang tubuh tegap Hezrick.

     "Sebab dia terlalu rindukan sayang," ujar Hezrick tenang. Kedua-dua belah lengan isterinya dipegang.

     "Apa? Rindu?!" soal Herith yang kelihatan terkejut mendengar kata-kata Hezrick.

     Pak!

     Belakang kepalanya ditepuk kuat oleh Freddy. Ad dan Enrique melepaskan tawa besar melihat Herith yang sedang menggosok belakang kepala itu.

     "Apa masalah kau terjerit-jerit tepi telinga aku ni?" soal Freddy bengang.

     Herith tersenyum kekok sambil menggosok belakang kepalanya. Pandangan dilarikan ke arah anak-anak buah Sir Firhad yang juga mentertawakannya. Panas pula rasa.

     "Roda berpusing, ingat tu." Herith menjeling lelaki-lelaki itu. Mereka terus terdiam.

     "Suka sangat jadi binatang yang berhidung kembang," celah Enrique bersama gelengan kecil.

     "Binatang apa?" soal Ad.

     "Babilah! Hahahaha!" jerit Herith sebelum dia melepaskan tawa besar.

     "Diam," arah Hezrick tegas membuatkan semua di ruang itu terdiam kecuali Enrique.

     "Kenalkan, this is Sir Firhad. Your sugar daddy yeah!" Enrique tersenyum manis ke arah Mikayla yang kelihatan takut dengan Sir Firhad.

     "Abang, sugar daddy apa ni?" Mikayla mendongak memandang anak mata Hezrick.

     "Hey, lajukan otak tu. Jangan jadi lembab macam Ricky..." kata Herith tanpa rasa bersalah.

     "Nak laju macam macam mana kalau otak dia boleh berpusing setakat tu je?" sampuk Enrique pula.

     "Fred, kau tarik Ad dengan Herith..." arah Hezrick sebelum belakang tubuh Enrique ditolak kasar mendorong lelaki itu menapak ke hadapan secara terpaksa.

     "Jangan kasar-kasar bang, saya tak bersalah!" Enrique ketawa riang.

     "Diam sebelum aku diamkan kau."

     Enrique hanya memegang perutnya yang mula terasa senak akibat banyak ketawa.

     "Abang!" Panggilan Mikayla diendahkan Hezrick.

     Tinggal Mikayla bersama Sir Firhad sahaja di ruang itu. Mikayla menundukkan wajah memandang lantai. Sir Firhad tersenyum kecil memandang wajah manis gadis itu.

*****

     Perkara yang diceritakan Sir Firhad benar-benar membuatkan dia berasa aneh. Aneh kerana lelaki tua ini menceritakan tentang hal yang langsung tiada kaitan dengan dirinya.

     22 tahun yang lepas, berlakunya satu kemalangan jalan raya terjadi pada pasangan suami serta isterinya yang sedang sarat mengandung. Berita yang diperolehi Sir Firhad ini benar-benar merobek hati lelaki tua itu.

     Si suami meninggal di tempat kejadian manakala si isteri sudah nazak dan meninggal di hospital. Pasangan itu meninggalkan seorang bayi perempuan yang comel.

     Tetapi kematian bayi perempuan yang terselamat itu dipalsukan sebagai permulaan langkah keselamatan. Bayi perempuan tersebut menjalani tiga jenis ujian darah untuk memastikan satu keputusan yang amat penting.

     Keputusan darah yang diperoleh benar-benar mengejutkan setiap ahli keluarga mereka. Tiada satu pun ahli keluarga yang sanggup menjaga bayi perempuan itu kerana risau tentang masalah besar yang akan berlaku di masa akan datang.

     Ternyata sel darah jenis Gen-21 yang mengalir di dalam tubuh bayi perempuan itu adalah DNA yang amat merbahaya bagi keselamatan keluarga mereka.

     Satu-satunya waris perempuan mempunyai jenis sel darah itu. Antibodi bayi perempuan itu sedikit demi sedikit akan berubah menjadi jahat seterusnya 'memakan' dalaman budak itu sendiri.

     Bayi perempuan itu tidak sepatutnya menerima sel darah yang merbahaya seperti ini. Seorang perempuan tidak akan dapat mempertahankan diri mereka sekiranya berhadapan dengan musuh-musuh yang berbahaya walau seteruk mana sekalipun mereka dilatih menjadi hebat.

     Dalam ahli keluarga mereka, hanya tiga orang lelaki termasuklah arwah kepada ayah bayi itu sendiri yang mempunyai sel darah sama. Masalah baru adalah, bayi perempuan tersebut.
    
     Sir Firhad mengambil keputusan untuk memindahkan budak itu ke rumah anak-anak yatim di Malaysia supaya dapat mengaburi mata si musuh walaupun dia tahu persembunyian bayi perempuan itu tidak akan kekal lama.

     "Lagi? Apa yang terjadi pada bayi tu? Dah ada musuh tahu ke pasal ni?" soal Mikayla ingin tahu lebih lanjut tentang cucu perempuan Sir Firhad.

     "Dia diambil oleh satu pasangan suami isteri yang bernama Qamaria dan Anuar," jawab Sir Firhad tenang.

     "Huh? Tapi ibu dan ayah saya tak pernah ambil anak angkat..." Mikayla menggeleng kecil.

     "Bayi tu adalah kamu Mikayla."

     "Ta... Tapi ibu dan ayah tak pernah cakap apa-apa pada saya..."

     "Qamaria tak tahu apa-apa tentang ni tapi Anuar dah tahu sejak beberapa bulan lalu. Ada seorang lelaki berjumpa Anuar dan menceritakan segalanya bersama bukti keputusan darah kamu," jelas Sir Firhad.

     "Tapi ayah..."

     "Anuar adalah seorang lelaki yang tamak dan lebih mementingkan harta dunia. Buktinya dia bersetuju untuk menjual kamu pada salah seorang lelaki yang tahu tentang hal ini dengan harga yang mahal." Pantas Sir Firhad memotong kata-kata gadis itu.

     "Saya tak faham apa yang penting sangat dengan sel darah Gen-21 tu?"

     "Kamu akan tahu suatu hari nanti. Sekarang ni kamu jangan percayakan Anuar lagi. Dalam tak sedar yang dia telah mengkhianati kamu Kayla..."

     Mikayla menekup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. Tidak sangka Puan Qamaria dan Encik Anuar bukanlah ibu bapa kandungnya. Reaksi apa yang patut dia tayangkan setelah mengetahui segalanya? Tidak mungkin lelaki tua ini menipu tentang hal yang berkaitan masa depannya.

     Lebih menyakitkan adalah Encik Anuar sudah tahu segala-galanya namun masih menyembunyikan daripada pengetahuannya. Apa sebenarnya yang berlaku?

     "Nama sebenar kamu adalah Cynthia Mikayla Mirezz," sambung Sir Firhad. Mikayla membulatkan mata membalas renungan lelaki tua itu.

     "Atuk pilih Malaysia kerana waktu itu, musuh kita tak ramai di sana. Atuk kenal Ricky semenjak dia berkawan dengan Ad dan dia juga yang mempelawakan diri untuk tolong atuk jaga kamu di sana selepas dapat tahu yang musuh mula membuat rancangan untuk menculik kamu," jelas Sir Firhad lagi.

     Mikayla benar-benar terkejut mendengarkan itu. Matanya diputarkan ke arah Hezrick yang sedang melangkah menghampirinya.

     "Betul ke semua ni abang?" soal Mikayla meminta kepastian.

     "Iye, sebab tu abang nak jadikan sayang sebagai isteri secepat mungkin tapi awal-awal lagi dah kena tolak..." jawab Hezrick tenang.

     "Eh kau ni, depan Sir Firhad nak berlakon abang sayang bagai, kat belakang? Kesian Kayla selalu kena carut, entah apa-apa lelaki zaman sekarang ni," celah Herith yang sejak dari tadi berdiri di belakang Hezrick.

     "Aku suruh duduk kat luar kan?" soal Hezrick tegas. Herith hanya menayangkan senyuman lebar.

     "Itulah Ricky terlalu kasar dengan Kayla. Atuk dah beri amaran pada dia tapi tetap berdegil," sampuk Sir Firhad.

     "Pak cik, Ricky ni memang penipu besar. Banyak muslihat dia, selalu ambil kesempatan pada Kayla. Saya ada banyak bukti kalau pak cik nak," adu Enrique pula.

     Jelingan tajam dari Hezrick membuatkan mereka berdua terdiam. Ad dan Freddy hanya menayangkan riak biasa. Nak mati betul si dua ekor beruk itu.

     "Jadi, saya dengan Ad..." Kata-kata Mikayla dipintas Ad.

     "Betullah tu, kita adalah sepupu!" Ad mendepakan tangan untuk memeluk Mikayla.

     "Cuba peluk dia kalau tak nak hidup lama." Hezrick mengugut dengan tenang.

     Ad mencebik. Kedekut betul lelaki yang bernama Hezrick itu.

*****

     Mikayla menolak pinggannya ke arah Hezrick. Makanan di dalam pinggan itu langsung tidak disentuh. Tiada selera selepas mendengar cerita yang benar-benar memberikan lebih banyak tanda tanya kepadanya.

     Selama ini, hidupnya bersama Puan Qamaria dan Encik Anuar bahagia seperti keluarga lain namun kini? Apa yang harus dia katakan?

     "Makan," arah Hezrick sepatah. Mikayla memandang suaminya bersama gelengan kepala.

     "Makan."

     "Tak ada selera," jawab Mikayla perlahan.

     "Ish makanlah. Kau tahu tak makanan kat sini semuanya mahal?" soal Enrique.

     "Bukan awak yang bayar." Mikayla dengan beraninya melawan kata-kata lelaki itu.

     "Okey hari ni aku belanja. Makan je apa yang kau orang semua nak," kata Enrique sebelum dia membuat isyarat memanggil pelayan kafe.

     "Makan," arah Hezrick lagi.

     "Ricky, jangan paksa-paksa saya boleh?" Mikayla memegang lengan suaminya berharap agar lelaki itu memahaminya.

     "Makan tu penting. Jangan degil okey?" Hezrick mengusap kepala isterinya.

     "Kejap, tu bukannya..." Belum sempat Herith menghabiskan ayatnya, suara Freddy pantas memotong.

     "Tunduk!" arah Freddy menggunakan nada tinggi. Mereka semua menunduk ke bawah meja kecuali Enrique.

     "Takut mati ke tu? Hahaha!" Enrique mentertawakan mereka semua.

     Bang!

     Peluru melintasi sisi kanan wajahnya membuatkan dia terus menoleh ke arah punca datangnya peluru itu bersama riak bengis.

     "Berani dia sasar aku. Bangun semua! Mari kita lawan si celaka tu!" Enrique menunding jari telunjuknya ke satu arah yang mempunyai beberapa orang musuh sedang bersembunyi di sebalik kereta.

     "Betul! Jangan jadi pengecut!" jerit Herith sambil berdiri bersama pistol di tangan.

     Bang! Bang!

     Herith terus melepaskan dua das tembakan ke arah mereka tetapi peluru itu terkena seorang pelanggan yang sedang berlari menyelamatkan diri.

     "What the fuck?! Apa yang kau buat kat situ? Tak nampak ke peluru melintas tadi?!" jerit Herith. Mulutnya telah ternganga luas. Bala sungguh tertembak orang awam!

     Freddy mencampak sehelai baju kalis peluru pada Hezrick. Hezrick menyambutnya dengan baik sebelum baju itu disarungkan pada tubuh Mikayla. Isterinya perlu dijaga sebaik mungkin.

     Beg galas yang dibawa Freddy dihalakan pada mereka semua bagi membahagikan senjata masing-masing.

     Sepasang mata Mikayla membuntang melihat pelbagai jenis senjata yang dibawa Freddy ke mana-mana sahaja.

     "Tak kena tangkap ke bawa senjata banyak macam ni?" Sempat lagi dia bertanya.

     "Berani polis nak tangkap aku," jawab Freddy sinis sebelum dia mengekor langkah Enrique dan Herith yang menuju ke arah musuh.

     "Bahaya..." kata Mikayla perlahan.

     Hezrick meletakkan jari telunjuknya pada bibir Mikayla sebelum skop kepala gadis itu diangkat lalu disarungkan ke kepala. Mikayla terdiam apabila belakang tubuhnya ditolak lembut oleh Hezrick. Tubuhnya terasa sedikit berat dek kerana baju kalis peluru itu.

     Bang! Bang! Bang! Bang!

     Berdas-das tembakan yang dilepaskan musuh memecahkan dinding kaca kafe itu.

     Bang! Bang! Bang!

     Tembakan tidak henti-henti dilepaskan ke arah Hezrick dan Mikayla. Freddy menjadi backup mereka berdua membalas serangan musuh.

     "Mana dua ekor anjing tu?!" jerit Freddy sambil melepaskan tembakan pada musuh.

    Kelibat Herith dan Enrique tidak muncul-muncul. Bukankah mereka berdua itu perlu bersihkan line sewaktu Mikayla dan Hezrick memasuki kereta?!

     "Lari Fred! Polis!" jerit Enrique yang sudah berada di dalam kereta.

     Mikayla dan Hezrick selamat memasuki perut kereta mereka. Freddy dan Ad masih berada di situ membalas serangan musuh.

     Mereka berundur. Kedengaran bunyi siren polis yang semakin hampir membuatkan mereka berdua terus berlari memasuki kereta milik Ad.

     "Kau takkan dapat kejar aku sebab kau cuma polis yang bodoh!" jerit Ad sambil menekan pedal minyak. Bunyi ngauman kereta sport itu memenuhi kawasan sebelum bergerak laju membelahi jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience