Bab 49

Action Series 24670

     Hairan melihat anaknya baru pulang ke rumah. Ke mana gadis itu pergi semalam? Panggilan langsung tidak dijawab.

     "Dah petang baru balik, tidur kat mana semalam?" soal Encik Anuar dingin.

     "Ru... Rumah kawan..." Mikayla terus berlalu menuju ke bilik. Langkahnya terhenti di hadapan pintu sebelum wajah Encik Anuar dipandang.

     "Bersiap cepat. Kita ada tetamu kejap lagi," arah Encik Anuar sebelum lelaki itu melangkah ke dapur.

     Mikayla mengerutkan dahi. Tetamu?

     "Ibu mintak maaf Kayla... Ayah tak pernah batalkan majlis pertunangan kamu dengan Adam." Puan Qamaria menggeleng kecil.

     "Tapi ibu tahu Kayla dah menikah dengan Ricky. Semua ni tak patut terjadi ibu..." Sepasang mata Mikayla berkaca-kaca memandang Puan Qamaria.

     Pintu biliknya ditolak dari luar. Mikayla dan Puan Qamaria menoleh serentak ke arah Encik Anuar di muka pintu.

     "Ayah buat semua ni untuk keluarga kita. Ayah cuma nak yang terbaik untuk kamu. Jemput masuk Puan Asriza..." Encik Anuar berundur memberi ruang kepada seorang wanita tua melangkah masuk.

     Hati Mikayla terasa sakit mendengar kata-kata ayahnya. Apa yang terbaik jika dia sendiri tersepit begini?

     Bila sudah jadi begini, dia rasa ingin balik ke pangkuan Hezrick, mungkin buat selama-lamanya. Dia lebih layak dijaga Hezrick yang lebih mementingkan kebahagiaan masa depan mereka.

     "Cantik anak ni, sepadan dengan Adam..." ujar Puan Asriza bersama senyuman.

     "Sini mama sarungkan cincin pertunangan kamu." Puan Asriza mengambil tempat di sebelah Mikayla.

     Mikayla hanya mendiamkan diri, malas untuk masuk campur. Lagipun pertunangan ini tidak sah sama sekali.

     "Alhamdulillah selesai. Kalau ikutkan, Adam dah tak sabar nak kahwin dengan kamu. Mama nasihatkan dia bertunang dulu untuk kenal hati budi masing-masing..."

     "Mama harap kamu mampu jadi isteri yang baik buat Adam." Puan Asriza memegang sebelah bahu gadis itu.

     Mikayla masih berdiam diri merenung cincin di jari manisnya. Rasa bencinya terhadap Adam semakin luas! Seluas lautan! 

*****

     Setiap tutur kata Hezrick dihadam sebaiknya. Dahi mula berkerut. Benarkah apa yang dikatakan lelaki itu? Wajah Hezrick direnung hairan.

     "Jadinya malam tu kali pertama kau sentuh dia?" soal Enrique menginginkan kepastian.

     "Sebab tulah aku rasa nak tumbuk muka kau ni. Kau dah rosakkan malam pertama aku dengan dia!" Kolar leher Enrique dicekak. Geram betul bila teringatkan kejadian itu.

     "Nak marah sangat kenapa? Diakan bini kau?" Enrique hanya menayangkan riak tenang.

     Hezrick melepaskan kolar leher lelaki itu. Tiada guna juga dia marah lelaki ini. Semua telah terjadi.

     "Kau tak rasa bersalah ke sial?" soal Freddy.

     "Kenapa nak rasa bersalah? Kayla kena rogol dengan suami dia sendiri bukannya suami orang lain." Herith membela Enrique.

     "High five?" Enrique mengangkat tapak tangannya. Herith menepuk tangan itu bersama senyuman lebar.

     "The fuck?" carut Freddy perlahan. Dua orang itu memang sejenis manusia yang hanya minta untuk makan kaki orang setiap hari.

     "Aku dah tipu dia. Aku pun dah berjanji takkan sentuh dia selagi dia tak bersedia. Dia dah takut nak sebilik dengan aku..." Hezrick meramas kasar rambutnya.

     "Kau bodoh jugak. Yang pergi tipu dia tu kenapa? Lepas tu nak salahkan aku 100 peratus," kata Enrique sinis.

     "Aku ada sebab yang tersendiri," kata Hezrick perlahan.

     "Selfish," kata Herith pula. Hezrick merenung tajam wajah lelaki itu.

     "Okey okey tak bunyi dah." Herith mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda berserah. Tahu takut.

     "Biar aku selesaikan perempuan tu. Dengar cerita hari ni dia bertunang dengan Adam." Enrique tersenyum senget memandang Hezrick.

     "What?!" Hezrick terkejut mendengar kata-kata Enrique. Mana boleh isterinya bertunang dengan lelaki lain!

     "Dia orang baru je bertunang." Enrique melihat jam tangannya.

     "Kenapa tak cakap awal-awal?? Kau ni memang sengaja nak buat aku naik angin kan?!" Hezrick berdiri menghadap Enrique yang masih tenang. Lelaki ini tiada rasa bersalah ke?!

     "Sabar. Aku dah ada plan untuk ni. Serahkan je pada aku dengan partner aku, Herith." Enrique berdiri. Dia membisik sesuatu di cuping telinga Hezrick.

     "Hebatkan plan aku?" Enrique mengangkat sebelah keningnya. Hezrick mengangguk kecil.

     Freddy menunjuk telinganya kerana mahu dibisik juga. Enrique membuat isyarat tangan kepada Herith. Tanpa banyak kata, Herith melangkah ke arah Freddy.

     "Sebenarnya kau tak penting pun. Tolonglah sedar diri tu sikit, sila meninggal..." bisik Herith sebelum dia melangkah pergi tanpa rasa bersalah.
    
     "Kurang ajar betul anak-anak babi ni." Freddy menghela nafas.

     "Relaks okey? Jom ikut aku." Hezrick terus melangkah keluar.

     "Serious aku tak boleh relaks sekarang." Freddy baru tersedar yang dia juga perlu menjadi bodoh seperti Herith dan Enrique.

     "Bro." Freddy menegur Enrique yang masih duduk bermain telefon bimbitnya. Enrique menoleh ke arah lelaki itu.

     Pak!

     Kaki Enrique disepak kuat sebelum dia berlari mengekori langkah Hezrick.

     Enrique mengerutkan dahi memandang Freddy yang berlari seperti lipas kudung. Apa masalah dia? Ada sesiapa boleh beritahu?

*****

     Kain disidai kemas di setiap besi ampaian. Cuaca yang panas membuatkan peluh di dahinya kelihatan merenik.

     Tiba-tiba mulutnya ditekup oleh satu tapak tangan kasar. Matanya membulat besar seraya tangannya meronta-ronta ingin melepaskan diri.

     Tapak tangan lelaki itu digigit kuat sehingga mulutnya terlepas. Dia terus berlari ke pintu rumah namun tubuhnya ditangkap oleh seorang lagi lelaki bertopeng berdiri di muka pintu itu.

     Dia ingin menjerit memanggil Puan Qamaria namun matanya menjadi kelam dan akhirnya dia pengsan. Lelaki yang berada di belakang mengangkat tubuh gadis itu lalu diletakkan ke atas bahu.

*****

     Selesai bermesyuarat, kakinya pantas diatur ke arah bilik pejabat miliknya. Beberapa minit yang lepas, Freddy masuk ke dalam bilik mesyuarat semata-mata untuk memaklumkan tentang Mikayla yang sudah sedar dan bertindak kasar pada Herith.

     Daun pintu bilik itu ditolak. Mata terus tertancap pada Mikayla yang duduk di atas lantai bersebelahan sofa.

     Gadis itu berpaling ke sisi kerana tidak mahu membalas renungannya. Bebola matanya diputarkan pula ke arah Herith yang sedang duduk di atas sofa sambil menekup sebelah wajah.

     "Kayla..." Bahu Mikayla disentuh lembut namun ditepis kasar.

     "Kenapa awak culik saya?" soal Mikayla tanpa memandang suaminya.

     "Sebab aku nak kau berada di samping aku," jawab Hezrick tenang.

     "Adik awak hampir buat sesuatu yang tak senonoh pada saya, awak suka ke macam tu?" Matanya menikam tajam wajah Hezrick yang nampak terkejut mendengar kata-katanya.

     "Mana ada! Kau jangan nak reka cerita." Herith menunding jari telunjuknya tepat pada wajah Mikayla.

     "Habis tadi tu apa? Apa yang awak cuba buat?!" jerit Mikayla, dia benar-benar tidak berpuas hati dengan lelaki itu.

    "Ricky, kau patut tengok benda tu, sekarang! Perempuan ni memang nak kena dengan aku..." ujar Herith sambil menunjuk kamera litar tertutup yang berada di satu sudut dinding bilik itu.

     "Tengok sekarang Ricky, bukak cepat! Yang salah tetap akan salah! Saya boleh pergi buat report polis kejap lagi." Mikayla menjeling tajam wajah Herith sebelum wajah suaminya dipandang.

     Tanpa banyak kata, Hezrick terus membuka laptop miliknya. Terpaparlah rakaman cctv.

     Di dalam rakaman itu.

     Herith memasuki bilik pejabat Hezrick sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia melihat Mikayla yang sedang lena itu sekilas sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sofa bertentangan.

     Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar kemudian tubuhnya direbahkan. Tangan menyuap lagi dan lagi jajan ke dalam mulut.

     Secara tiba-tiba dia tertawa sendiri mungkin dia sedang melihat video atau gambar yang kelakar.

     Bebola matanya diputarkan ke arah Mikayla yang bergerak-gerak. Ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya. Dia mula bangun dan mendekati gadis itu bersama senyuman nakal.

    Tapak kaki Mikayla digeleteknya sehingga gadis itu mencelikkan mata dan terus menjerit. Herith yang terkejut bertindak menekup mulut gadis itu menggunakan sebelah tapak tangannya.

     Mikayla menolak-nolak tangan Herith tetapi semakin kuat pula lelaki itu menekup mulutnya sehingga dia tidak mampu menganga untuk menggigit tapak tangan lelaki itu.

     Kakinya dilayang-layangkan ke atas sehingga mengenai kepala Herith. Herith mengerang kesakitan lalu terus menjauhkan jarak mereka namun Mikayla lebih pantas mencakar sebelah wajah lelaki itu.

     Herith terus berdiri dengan tangan yang menekup sebelah wajahnya yang sakit. Wajah Mikayla direnung tajam. Kecil besar sahaja dia melihat gadis ini.

     Pintu ditolak dari luar. Freddy yang melangkah masuk ke dalam melihat mereka berdua dengan pandangan yang penuh hairan. Wajah Herith dan Mikayla bewarna kemerah-merahan membuatkan rasa ingin tahunya semakin kuat.

     "Kenapa bro?" soal Freddy pada Herith yang sedang melabuhkan punggungnya di atas sofa yang sama dengan Mikayla.

     "Pergi jauhlah!" jerit Mikayla sebelum dia terus beralih ke lantai.

     Herith menjeling tajam wajah gadis itu. Malas betul untuk bertekak. Kulit muka aku tengah sakit ni sial!

     "Kenapa dengan muka kau?" Freddy menarik tangan Herith yang menutupi sebelah wajahnya. Kulit muka lelaki itu nampak berbirat dan ada sedikit darah yang terpalit.

     "Uish." Freddy membulatkan mata melihat kesan luka yang agak panjang itu sebelum dia melangkah keluar untuk memanggil Hezrick.

     Hezrick menghela nafas memandang Herith dan Mikayla yang duduk di sebelahnya.

     "Aku penat," ujar Hezrick perlahan. Kepalanya diletakkan ke atas riba Mikayla manakala kakinya pula berada di atas riba Herith.

     Hezrick mula memejamkan mata. Posisi lelaki itu yang baring di tengah-tengah di antara mereka berdua membuatkan Mikayla dan Herith saling menjeling antara satu sama lain.

     "Aku takkan kalah, ingat kata-kata aku ni," kata Herith sebelum kaki abangnya ditolak. Dia berdiri kemudian melangkah pergi.

     "Saya pun takkan kalahlah!" jerit Mikayla bengang.

     "Shh, aku cium karang baru tahu."

     "Awak dengan dia sama je. Suka ambil kesempatan pada orang lain." Mikayla memalingkan wajahnya ke sisi.

     Hezrick mencelikkan mata dan memandang wajah gadis itu dari bawah. Tangan gadis itu dicapai lalu dibawa ke dadanya. Tubuhnya diiring menghadap perut Mikayla. Baju gadis itu diselak sedikit lalu kepalanya terus dimasukkan ke dalam baju gadis itu.

     "Ish apa awak ni..." Kepala suaminya ditolak keluar dari baju. Hezrick tertawa kecil.

     "Dah berapa hari kita tak tidur bersama..." ujar Hezrick perlahan sambil merenung wajah isterinya dari bawah.

     "Salah awaklah."

     "Iye aku mintak maaf," ucap Hezrick lembut. Mikayla hanya diam.

     "Kayla, kau betul-betul tak ingat ke apa yang jadi empat tahun lepas?" soal Hezrick ingin tahu.

     Air muka gadis itu terus berubah. Hezrick bangun dan terus duduk bersila menghadap isterinya.

     "Aku tahu aku bersalah sebab tak cerita perkara sebenar. Aku cuma tak nak kau rasa bebas terima cinta lelaki lain selain daripada aku..." Hezrick mula menerangkan sebab dia menipu Mikayla yang mengatakan dia telah menyentuh gadis itu.

     "Okey aku cerita apa yang jadi masa tu..." kata Hezrick.

     Dia memulakan penceritaannya tentang peristiwa yang berlaku di antara mereka empat tahun yang lalu.

     Mikayla melangkah keluar dari tandas. Pandangannya terus melekat pada lelaki yang telah memulangkan beg dompetnya yang terjatuh semalam.

     Layanan lelaki ini sungguh baik. Mereka sudah menjadi kawan atau mungkin akan bercinta tak lama lagi.

     Lelaki ini nampak berminat dengannya sejak mereka meluangkan masa bersama semalam. Siapa tidak mahu lelaki kacukan mat salleh seperti ini?

     "Mikayla? I've meet her. She's with me now. I'll do my work after a few day. I want to spend time with her... For three days, maybe?"

     Mikayla berundur beberapa langkah ke belakang. Dengan siapa lelaki itu berbual?

     Perlahan-lahan dia berundur. Lelaki itu menoleh ke arahnya. Mikayla terus melarikan diri.

     "Kayla!" Hezrick mengejar Mikayla.

     Gadis itu hilang di dalam hutan. Matanya diliarkan ke sekeliling. Habis rosak strateginya disebabkan kecuaian sendiri. Mengapa dia tidak perasan gadis itu sudah keluar dari tandas?

     "Fuck!" Hezrick mencarut pada dirinya sendiri.

     "Kayla!" Dia harus mencari gadis itu dan menukar strategi sekelip mata.

     "Tiba-tiba aku dengar bunyi kau pijak daun kering..."

     Mikayla menumpukan perhatian mendengar cerita lelaki itu.

     "Serious aku tak sempat nak buat apa-apa masa tu sebab kau tiba-tiba jatuh pengsan. Aku bawak kau balik bilik untuk memudahkan aku jalankan amanah yang diberi."

     "Amanah apa?" Mikayla mengerutkan dahi.

     "Aku suntik kau dengan sejenis cecair..." jawab Hezrick tenang.

     "Huh? Kenapa?"

     "Untuk badan kau yang lembik ni. Daripada perkenalan singkat tu, aku baru tahu yang kau ni jenis lemah dan mudah percaya pada orang. Buktinya..."

     Hezrick terus menarik kedua-dua belah kaki Mikayla sehingga gadis itu baring terlentang di atas sofa. Tubuh itu ditindih. Tangan Mikayla yang cuba menolak dadanya dipegang kemas.

     "Maafkan aku?" soal Hezrick perlahan. Renungan mereka bersambung.

     Mikayla mengangguk bersama senyuman.

     "Syaratnya jangan pukul saya lagi. Kalau saya pergi lepas ni, saya takkan balik dah pada awak."

     "Iye sayang..." Hezrick mengucup pipi gadis itu lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience