Bab 36

Action Series 24641

     Setelah otak mentafsir kata-kata Mikayla terhadapnya sebentar tadi barulah dia berdiri kemudian berlari ke arah pintu keluar.

     Dia seperti baru tersedar yang dia akan kehilangan Mikayla sekiranya membiarkan gadis itu pergi begitu sahaja.

     Langkah Mikayla dikejar. Nama gadis itu dipanggil beberapa kali namun gadis itu langsung tidak berpaling ke belakang. Sungguh marah gadis itu terhadapnya.

     Sambil dia berlari anak, dia juga marah terhadap mulutnya yang berkata sesuka hati tanpa memikirkan perasaan gadis itu.

     Kelibat Mikayla yang sudah hilang dari pandangan dicari dengan perasaan gusar. Ke mana pula gadis itu pergi? Sudahlah dia tidak memakai contact lens ketika ini.

    Sedang dia berjalan di tingkat ketiga bangunan itu, tiba-tiba dia mendengar bunyi pintu ditutup.

     Kepala dipalingkan ke arah bunyi tersebut yang datangnya dari tandas perempuan. Kakinya dihalakan ke arah tandas. Berharap agar Mikayla berada di dalam. Tombol pintu dipulas.

     "Awak cari apa?" soal Mikayla yang tiba-tiba berada di belakangnya.

     Hezrick tersentak. Dada yang berdebar dipegang. Mata pula dipejam seketika sebelum tubuhnya berpaling ke belakang.

     Wajah Mikayla yang masih basah dan kemerahan direnung lama sebelum tubuh genit gadis itu dirangkul erat.

     "Aku fikir kau ada dalam ni." Ubun-ubun Mikayla dikucup sekilas.

     Lama Mikayla diam berada di dalam dakapannya. Wajah manis itu direnung lama. Air mata yang masih bertakung di kelopak mata diseka lembut.

     "Ricky," seru Mikayla perlahan. Mata mereka bersambung tepat. Hezrick mengangkat sebelah kening.

     "Jom kahwin lari." Setitik air mata mengalir di pipi seiringan dengan kata-katanya.

     "Kau putuskan hubungan dengan lelaki bertatu tu, dia tak layak jaga kau Kayla. Sampai mati pun aku takkan terima dia jadi menantu aku! Kau perlu bernikah dengan Adam Haiqal secepat mungkin! Minggu depan kau balik sini dan kita langsungkan pernikahan tu."

     Encik Anuar terlalu mendesaknya sehingga dia terpaksa memilih jalan ini. Jalan menuju kebahagiaan di masa hadapan.

     Ekoran daripada itu, dia mendapat tahu bahawa Hezrick pergi ke Johor bertemu dengan ayahnya namun permintaaan lelaki itu telah ditolak mentah-mentah.

     "Itulah yang aku nak cakap sekarang. Betul ni dah ready?" soal Hezrick menginginkan kepastian.

     Mikayla mengangguk perlahan. Hezrick tersenyum mendengar jawapan itu. Kebahagiaan yang terlalu bermakna baginya ketika ini, sungguh dia tidak sangka akhirnya mereka akan bernikah setelah sekian lama dia menanti.

     Mikayla menjerit kecil merasakan tubuhnya diangkat Hezrick. Daripada dia menyeksa diri untuk bersama lelaki yang tidak dicintainya, lebih baik dia kahwin lari bersama Hezrick, seorang lelaki yang sanggup mengejar cintanya tanpa henti.

     Setelah dia mendapat tahu tentang Hezrick yang sanggup berjumpa Encik Anuar, pilihannya tidak salah lagi. Lelaki ini benar-benar ikhlas ingin menghalalkannya.

     "Err boss?" tegur seorang wanita berumur dalam lingkungan 30-an.

     Hezrick menurunkan Mikayla sebelum wajahnya dipalingkan ke sisi. Mikayla menarik senyuman kekok. Malunya tertangkap!

     "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal wanita itu.

     Hairan melihat bos besar mereka berada di tingkat ini, di mana tingkat yang tidak pernah dijejak lelaki itu. Lebih memeranjatkan apabila melihat lelaki itu bersama seorang gadis cantik yang tidak dikenalinya.

     "Sorry, I have to go," pamit Hezrick sebelum dia menarik lengan Mikayla.

     Pekerja wanita itu tergamam mendengar kata-kata bos besarnya. Lelaki itu meminta maaf kepadanya? Itu tidak masuk akal! Hezrick adalah seorang majikan yang tegas dan kurang bercakap.

     "Handsomenya!" jerit perempuan itu sendiri bersama senyuman lebar.

     "Kayla, lepas kita bernikah nanti kau tinggal dengan aku terus tau." Suara Hezrick memecah kesunyian dalam kereta.

     "Tapi Amira? Takkan saya nak biar dia tinggal seorang pulak." Mikayla menoleh ke arah Hezrick, sisi wajah lelaki itu dipandang.

     "Bawak dia sekali. Rumah aku besarlah. Adik Fred pun perempuan jugak."

     "Fred ada adik perempuan? Tinggal dengan awak?" Mikayla mengerutkan dahinya.

     "Ya, nantilah kau kenal-kenal dengan budak tu." Hezrick membelok keretanya memasuki simpang.

     "Umur?"

     "Aku tak pastilah 16 ke 17." Hezrick menoleh ke arah Mikayla sekilas.

     "Mudanya... Awak tak jatuh cinta pada dia? Mesti dia cantik sebab Fred kan kacak." Soalan Mikayla membuatkan Hezrick tertawa kecil.

     "Aku okey je nak benihkan rasa cinta aku pada dia, itu pun kalau kau sanggup bermadulah," ujar Hezrick bersama senyuman nakal.

     "Tak boleh. Saya dah cop awak dulu."

     "Aku rasa akulah lelaki paling bertuah," kata Hezrick sambil menarik handbreak. Mereka sudah tiba di kawasan parkir kondominium Amira.

     "Huh?"

     "Rasa bertuah sangat dilamar seorang gadis yang aku cinta," sambung Hezrick perlahan.

     "Oh okey."

     "Seriously? Tu je kau balas?" Hezrick sedikit tidak berpuas hati.

     "Malaslah layan, assalamualaikum," kata Mikayla sambil membuka pintu kereta.

     Hezrick memerhati langkah gadis itu. Pandangannya tertancap pada satu susuk tubuh. Gigi diketap.

     Langkah dilajukan setelah melihat lelaki itu mengekori langkah Mikayla. Dia berasa sedikit lega kerana lelaki itu tidak sempat menaiki lif bersama Mikayla.

     Tiba di tingkat atas menggunakan lif yang berlainan, telinganya menangkap bunyi ringisan seseorang. Matanya terpandangkan lengan seorang gadis dipegang erat oleh lelaki tadi.

     "Apa yang kau cuba buat ni?" soal Hezrick sambil melangkah menghampiri mereka berdua.

     "Kau keluar dengan dia tanpa pengetahuan aku?!" tengking lelaki itu pada Mikayla membuatkan gadis itu tersentak.

     "Suka hati dialah nak keluar dengan siapa pun, apa masalah kau ni?" soal Hezrick tenang.

     "Kau tahu kan dia ni bakal isteri aku? Kau suka ke bila ada lelaki lain ganggu bakal isteri kau? Boleh terima?" soal Adam pada Hezrick.

     "Pergi masuk," arah Hezrick ringkas.

     Dengan tergesa-gesa Mikayla membuka kunci grill dan pintu lalu terus melangkah masuk ke dalam.

     "Kau berkasar sangat dengan perempuan, patutlah perempuan tak nak lekat dengan kau ni. Yang ada pun cuma nakkan duit aje." Hezrick mula menggunakan nada sinisnya. Kedua belah lengan disilangkan ke bawah dada.

     "Aku akan pastikan dia lebih pilih aku daripada kau. Mark my words." Mata Adam menikam tajam sepasang mata milik Hezrick sebelum dia melangkah pergi.

     "Pengecut." Hezrick menarik senyuman sinis melihat belakang tubuh Adam yang kian menjauh.

     Pintu kondominium itu dipandang lama sebelum langkahnya dibuka.

     Dari jauh, ada yang sedang memerhati pergerakan Hezrick bersama senyuman jahat. Di sisi kiri wajah lelaki itu terdapat tattoo berbentuk sebutir permata bewarna merah gelap melambangkan dia adalah ahli daripada sebuah kumpulan kongsi gelap.

     Nombor telefon ketuanya didail. Dia perlu memaklumkan hal ini kepada bos untuk memerangkap lelaki yang dikenali sebagai Ricky itu.

     Selesai memberi maklumat, dia melangkah ke arah grill kondominium Amira. Bibirnya menarik senyuman jahat sebelum dia beredar.

     Hezrick yang telah berada di dalam kereta termenung memikirkan sesuatu. Rasa tidak sedap hati memikirkan Mikayla. Jiwanya tiba-tiba resah.

     Lama dia berkeadaan seperti itu. Tangannya mula mendail nombor Mikayla. Tidak tahu mengapa dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia perlu mencari jawapan sebelum dia pulang ke rumah. Sungguh dia risaukan keadaan gadis itu.

     "Assalammualaikum," sapa Hezrick.

     "Wa'alaikumsalam, kan bagus bagi salam awal perbualan," jawab Mikayla di dalam talian.

     "Kayla, kalau ada apa-apa yang pelik terjadi, cepat-cepat call aku ya?" pesan Hezrick.

     Hatinya sedikit lega dapat mendengar suara gadis itu.

     "Apa yang peliknya? Amira ada lah dengan saya. Awak jangan risau," kata Mikayla tenang. Telinganya menangkap bunyi loceng pintu.

     "Siapa datang?"

     "Tak tahulah. Saya tanya Amira kejap. Mungkin dia ada buat pesanan makanan," Mikayla meluru ke bilik Amira. Telefon masih setia berada di dalam tangannya.

     "Awak ada order makanan?" soal Mikayla ingin tahu.

     Amira yang sedang menonton movie dalam laptop miliknya menoleh ke arah Mikayla sebelum kepala digeleng beberapa kali.

     "Ada orang dekat luar." Kata-kata Mikayla membuatkan Amira mengerutkan dahinya.

     "Siapa pulak datang malam-malam ni? Hezrick dah balik?" Amira menekan pause sebelum dia melangkah menuju ke pintu. Mikayla membontoti langkahnya.

     "Ni Hezrick." Handphone miliknya diangkat lalu ditunjukkan pada Amira. Amira menayangkan wajah aneh.

     "Kayla..." Seru Hezrick perlahan.

     "Ya?"

     "Jangan keluar, biar aku pergi tengok."

     Belum sempat Mikayla menjawab, Hezrick terlebih dahulu memutuskan talian mereka.

     Amira dan Mikayla berdiri di hadapan pintu untuk melihat ke luar melalui terowong kecil di permukaan pintu itu. Tiada sesiapa pun. Mereka saling berpandangan. Adakah hantu cuba untuk menganggu mereka berdua?

     Tok! tok! tok!

     "Aku ni." Hezrick mencapai sehelai kertas yang terletak elok di atas rak kasut.

     Dahinya berkerut melihat kertas yang tertulis 'someone watching you dear'. Siapa pula yang berani menganggu gadis kesayangannya ini?

     Kertas dilipat lalu disimpan ke dalam kocek seluar. Matanya menoleh ke arah Mikayla dan Amira yang berada di muka pintu sedang merenungnya.

     "Kemas barang-barang kau orang berdua," arah Hezrick perlahan. Dari jauh dia dapat melihat susuk tubuh seorang lelaki sedang mengintip mereka.

     Bang!

     Satu tembakan dilepaskan ke arah mereka bertiga membuatkan Hezrick pantas menolak kedua-dua tubuh gadis itu memasuki rumah.

     Otaknya cuba untuk mengenalpasti susuk tubuh itu. Ternyata lelaki itu bukanlah lelaki yang pernah dia lihat sebelum ini.

     Bang!

     "Jangan main handgun dekat tempat awamlah sial!" Hezrick berselindung di sebalik dinding di hadapan pintu kondominium Amira.

     Button merah pada jam tangan ditekan bagi menghantar pesanan kepada kawan-kawannya. Dia membuka pintu lalu melangkah masuk. Terlihatkan Mikayla dan Amira yang masih tercegat di situ membuatkan Hezrick menepuk kuat dahinya.

     "Tak faham bahasa melayu ke huh? Pergi ambik barang-barang yang penting, cepat!" gesa Hezrick.

     Mungkin dua orang gadis itu tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku ketika ini. Mikayla dan Amira cepat-cepat melangkah ke arah bilik masing-masing. Bunyi pintu ditendang dari luar kedengaran begitu kuat.

     "Nak mati betul syaitan ni." Hezrick mengintai melalui terowong kecil di pintu.

     Lambang tattoo pada sisi kiri wajah lelaki itu direnung lama. Kumpulan mana pula ni? Banyak betul masalah sejak empat syarikatnya memperolehi tender yang memberi keuntungan sebanyak beratus-ratus juta dolar secara serentak. Mungkin itulah rezekinya sebelum bernikah.

     "Nak main tendang-tendang sangatkan..." Hezrick bertindak membuka luas daun pintu sebelum kaki lelaki yang dilayangkan ke arahnya itu ditarik masuk ke dalam rumah.

     "Kau dari kumpulan mana? Jawab!" Hezrick memijak dada lelaki cina yang terbaring di atas lantai itu. Lelaki itu diam bersama senyuman sinis.

     Mikayla dan Amira yang menuruni anak tangga menjerit kuat setelah melihat lelaki yang tidak dikenali telah terbaring di atas lantai ruang tamu.

     "Bisinglah perempuan!" jerit satu suara garau dari arah luar.

     Penjahat itu membulatkan mata setelah melihat kehadiran dua orang lelaki yang juga berada di dalam pemerhatiannya selama ini. Matilah dia kali ini!

     "Aku rasa aku kenal lelaki yang muka macam monyet ni," kata Herith sambil duduk bercangkung di sebelah lelaki itu.

     Dagunya diketuk-ketuk beberapa kali menggunakan hujung jari telunjuk seperti sedang berfikir.

     Lelaki itu bertindak menolak kaki Hezrick dengan kasar, sepucuk pistolnya yang terselit di belakang seluar dicapai sebelum satu das tembakan dilepaskan ke arah Herith.

     Bang!

     "Kenapa tak kena bro? Kau tak pandai main pistol tapi kau nak main jugak? Nak tunjuk lagak kat siapa huh anjing?" soal Enrique sinis. Nasib baik kakinya sempat menyepak muncung pistol itu sehingga tembakan tersasar mengenai siling.

     Enrique menoleh ke arah dua orang gadis yang sedang menunduk takut.

     "Perempuan-perempuan nilah yang menjerit macam orang gila tadi? Bodohnya sikit-sikit nak menjerit. Macam tak ada reaksi lain pulak nak tunjuk. Miskin idea betul." Enrique tersenyum sinis.

     "Itulah pasal. Kalau takut, lepas ni berbisik je. Tak adalah kau buat gegendang telinga orang lain sakit." Herith berkata dengan tenang.

     "Wooo kadang-kadang berguna jugak otak sempit kau ni kan? High five?" Enrique mengangkat tapak tangannya pada Herith. Herith tersenyum nipis, tapak tangannya juga diangkat.

     Pang!

     "Argh! Apa masalah kau ni? Asyik aku je yang kena!" Herith memegang pipi kanannya yang perit ditampar Enrique.

     "Kau memang patut mati dari dulu lagi, tahu tak?" soal Enrique tanpa mereka berdua sedar yang musuh mereka telah melarikan diri.

     "Dia dah pergi." Hezrick sengaja membiarkan musuh mereka melepaskan diri.

     "Habis tu kenapa kau tak tahan dia sial?! Kau tak nampak ke aku dengan Herith tengah menyelesaikan masalah dunia yang tak pernah habis ni?" soal Enrique kasar.

     "Masalah dunia kepala bapak kau!" jerit Herith kuat.

     "Kau diam! Aku tak cakap dengan kaulah anjing!" Enrique menunding jari telunjuknya tepat pada batang hidung Herith.

     "Kayla dengan Amira ikut aku. Kau berdua dah tak selamat tinggal dekat sini," ujar Hezrick tanpa ada rasa untuk menjawab pertanyaan Enrique. Langkah diatur ke arah pintu keluar.

     Kedua orang gadis itu membontoti langkah Hezrick.

     "Sumpah aku turn off gila dengan lelaki yang acah hensem macam dia tu. Perangai macam celaka, ada hati tak nak layan orang penting macam aku ni. Dia fikir dia tu siapa?" bebel Enrique geram.

     "Kau dengan dia sama je," kata Herith bernada biasa.

     "Apa yang sama?" Enrique mengangkat sebelah keningnya.

     "Dua dua macam syaitan." Herith terus melangkah keluar.

     "Bermakna kita sepupulah. Kau iblis, aku syaitan. Ke sama je dua-dua tu? Ah penat aku fikir, pergi mampuslah semua." Enrique juga melangkah keluar meninggalkan kondominium Amira itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience