Bab 26

Action Series 24641

     Mata dicelik perlahan-lahan, sinaran cahaya matahari melalui tingkap membuatkan matanya terasa silau untuk dibuka secara terus.

     Siling bilik direnung. Apa yang telah terjadi semalam? Mengapa dia begitu bodoh sehingga boleh terjatuh di dalam dakapan gadis itu?

     Kepala gadis yang terletak di atas bahu sebelah kanannya diusap lembut. Gadis itu masih lena diulit mimpi indah. Tidak sangka semua ini akan berlaku terhadapnya. Tubuh gadis itu dirangkul, apa yang telah berlaku semalam benar-benar boleh menganggu lena malamnya tiga hari berturut-turut. Sangat indah!

     Satu kucupan yang penuh kasih sayang singgah di dahi gadis itu. Ucapan selamat pagi pada gadis itu dibisik perlahan, mungkin ucapannya itu boleh menyebabkan mimpi gadis itu menjadi semakin indah.

     Rangkulan dilepaskan, kepala gadis itu diangkat lalu diletakkan ke atas bantal empuk bewarna coklat gelap, dia mula duduk di birai katil.

     Wajah gadis itu direnung lama, matanya terjatuh pada bibir merah bak delima milik gadis itu. Bibir mungil ini telah menjadi kerakusannya semalam. Terasa ingin lagi tetapi tidak mengapa, biarlah gadis itu berehat terlebih dahulu. Selimut dinaikkan sehingga menutupi bahu gadis yang masih tidak sedar dari lenanya itu.

     Pintu balkoni dibuka luas, dia yang hanya berseluar pendek paras lutut melangkah keluar sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas salah sebuah kerusi yang terletak di situ. Rokok dinyalakan, putung rokok itu disedut lalu dihembuskan.

     Pemandangan pada pagi itu kelihatan begitu indah. Kondominium miliknya yang berada di tingkat 35 ini sudah cukup untuk dia melihat seluruh kota India yang kelihatan sesak. Tersenyum sendiri apabila teringatkan kejadian semalam, kejadian yang sungguh tidak disangka.

     Flashback

     Matanya membulat besar setelah melihat si gerangan yang sedang berdiri di muka pintu dapur. Jika tadi, dia ternampak seperti bayangan susuk tubuh sahaja tetapi sekarang? Bayangan itu telah bertukar menjadi seorang manusia yang benar-benar berada di situ.

     Tubuh gadis yang telah menindihnya ditolak kasar sehingga gadis itu terjatuh di atas lantai, hampir saja dia lemas di dalam dakapan gadis ini. Jika tidak, hancurlah hubungannya bersama Mikayla.

     "Apa masalah you ni?!" Marah Dharni.

     Hampir saja bibirnya dan bibir milik lelaki itu bersatu. Tiba-tiba dirinya ditolak kasar, perutnya yang terasa senak dipegang, senak akibat terkena lutut lelaki itu. Matanya menikam tajam wajah Hezrick yang kelihatan cuak dan pucat itu, apa masalah dia ni? Beginikah caranya melayani gadis di atas ranjang? Terlalu kasar!

     "I bercakap dengan you ni, you pandang kat mana?" Soal Dharni, rasa geram apabila lelaki itu mengendahkan soalannya.

     Seseorang yang sedang berdiri di muka pintu dapur itu meluru ke arah Dharni yang duduk di lantai sebelum kepala gadis itu diketuk kuat menggunakan senduk, berani gadis ini menggoda teman lelakinya?!

     "Auch! You siapa?!" Dharni memegang kepalanya yang sakit.

     "Saya isteri dia! Awak tu siapa nak buat-buat dia macam tu?!" Mikayla menikam tajam wajah Dharni.

     Dharni berdiri dengan beraninya menghadap Mikayla, penipu perempuan ini. Ricky tidak pernah bernikah dengan mana-mana gadis! Dia tahu lelaki ini masih bujang. Jika lelaki ini sudah bernikah, pasti majlis yang diadakan tersangatlah meriah, tetapi sekarang langsung tiada khabar angin yang mengatakan lelaki ini suami orang!

     "You jangan nak menipu I! I kenal Ricky lebih daripada you kenal dia dan tadi you nampak dia balas ciuman I? iIu bermakna dia selesa untuk layan I malam ni!" Jerit Dharni kuat.

     "How dare you!" Mikayla mengangkat tangan kanannya sebelum pipi gadis itu dilempang hebat. Belum sempat Hezrick membuka langkah untuk menghentikan Mikayla...

     Pang!

     Dharni kembali terjatuh ke atas lantai akibat tamparan dasyat Mikayla. Jarang hal ini berlaku, jika sekali dia lakukan, dia akan buat sehingga dia terasa puas.

     "Tak guna punya perempuan!"

     Mikayla menyepak lalu menendang gadis yang terjatuh di lantai itu berkali-kali sehingga Hezrick memeluk tubuh Mikayla setelah melihat cecair merah yang banyak mengalir dari celah paha Dharni.

     "Relax sayang, she's bleeding," tubuh genit Mikayla yang masih mengganas ingin melayangkan sepakan mautnya itu diangkat menjauhi Dharni yang sedang mengerang kesakitan di atas lantai.

     "Dia mengandung anak awak?!" Soal Mikayla dengan nada yang meninggi, semakin melampau lelaki ini jika ditinggalkan lama-lama.

     "No lah! Aku baru aje kenal dia tadi,"

     "Baru kenal sampai bawak masuk rumah?!" Sepasang mata Mikayla yang sudah mula berair menikam tajam sepasang mata oren kekuningan di hadapannya.

     "Kita cakap tentang ni kemudian, perempuan tu kena pergi hospital, kau ikut aku?" Soal Hezrick bernada lembut dan tenang. Mikayla menyilangkan kedua-dua belah lengannya ke bawah dada sebelum tubuhnya dipalingkan ke belakang.

     "Aku pergi hantar dia kejap, tunggu aku ya sayang?"  

     Hezrick mengucup lembut pipi Mikayla sebelum dia melangkah meluru ke arah Dharni. Baru saja ingin mencempung tubuh gadis itu, kata-kata Mikayla menghentikan pergerakannya.

     "Perempuan tu bukannya teruk sangat pun, pendarahan kecil je. Perlu ke sampai nak dukung-dukung? Orang lain sampai dah nak terberanak pun boleh lagi drive sendiri pergi hospital." Bebel Mikayla menggunakan nada yang kuat supaya lelaki itu memahami kata-katanya.

     "Ya sayang, aku kau punya, tak ada siapa yang boleh sentuh aku selain daripada kau." Jawab Hezrick tenang.

     "Jalan sendiri." Arah Hezrick pada Dharni sebelum dia membuka pintu utama lalu melangkah keluar.

     Dharni menoleh ke belakang untuk melihat wajah Mikayla. Sakit pula matanya melihat senyuman yang cukup sinis terukir di bibir gadis itu, tahulah lawa!

     "Pelacur kelas bawahan!" Jerit Dharni kuat.

     Dianggap Mikayla juga sepertinya yang menginginkan harta dengan cara menunaikan permintaan Hezrick di atas ranjang. Selama ini tidak pernah pula dia mendengar gosip tentang mana-mana gadis bersama Hezrick.

     "Gila!" Kata Mikayla sepatah sebelum dia membuka langkah ke dapur.

     Bala betullah, baru sahaja hendak memasak, dia berjalan ke ruang tamu setelah terdengar bunyi pintu ditutup dan dia terlihat satu susuk tubuh seorang gadis berpakaian mencolok mata sedang menindih lelaki yang sangat dikenalinya di atas sofa. Benar-benar mencari masalah!

     "Kenapa awak buat saya macam ni?!" Jerit Mikayla kuat, tapak tangannya ditekapkan pada wajah yang sudah berona merah.

     Segala barang basah, senduk, periuk, pisau dan papan pemotong kembali disimpan ke dalam almari. Sungguh gila apa yang dilihatnya sebentar tadi, boleh menyebabkan kemurungan seminggu, stress!

     "Sayang? Where are you?" Hezrick melangkah masuk ke dalam rumah terus meluru ke arah dapur mencari kelibat Mikayla.

     "Sayang?" Panggilannya masih tidak bersahut.

     "Kayla?" Pintu bilik pertama dibuka, tiada.

     "Sayang? Mana kau ni? Dah tinggal aku ke?" Soal Hezrick lagi, pintu biliknya pula dibuka.

     Kelihatan Mikayla duduk di birai katil membelakanginya, bahu gadis itu terhinjut-hinjut menangis. Tangan kanan Hezrick dinaikkan sebelum dadanya yang berombak kencang dipegang lama, esakan gadis itu benar-benar membuatkan dia rasa takut, dia sendiri tidak pasti mengapa.

     Kakinya diaturkan menghampiri Mikayla, dan apabila dia berada betul-betul di hadapan gadis itu, dia duduk secara melutut di lantai. Pipi kanannya diletakkan ke atas paha milik Mikayla kedua-dua belah tangannya merangkul pinggang ramping milik gadis itu.

     "I'm sorry sayang, sumpah aku tak fikir apa-apa dah tadi. Aku terlalu ikutkan nafsu..." Perut gadis itu dikucup sekilas.

     "Tadi saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Dua tahun awak tinggalkan saya, entah berapa ramai pelacur yang dah layan awak," kata gadis itu, sungguh tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi di hadapan matanya sebentar tadi.

     "Aku tak pernah layan perempuan lain..

     "Habis tadi tu apa?" Ingin saja dia menolak kepala lelaki yang berada di atas ribanya itu.

     "Tadi aku silap, aku sedar aku salah, aku mintak maaf okay? Sudahlah sayang..." Pujuk Hezrick lembut.

     "Awak senang-senang mintak maaf, kalau perkara macam tu terjadi pada saya? Saya terlanjur dengan lelaki lain then saya mintak maaf, awak boleh maafkan?"

     "Aku bunuh dua-dua," jawab Hezrick bernada tenang walaupun hatinya sudah panas mendengar kata-kata gadis itu.

     "Tahu pulak nak bunuh,"

     "Sebab tak layak hidup atas dunia," Hezrick mula mengangkat wajahnya membalas renungan Mikayla.

     "Awak buat macam tadi, layak hidup atas dunia ni?" Soal Mikayla yang masih tidak mahu mengalah dengan lelaki itu.

     "Itu satu kesilapan, Kayla. Lagipun tadi, aku sendiri rasa pelik dengan perempuan tu," Hezrick mula bangun sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas birai katil bersebelahan gadis itu.

     Rambutnya diserabutkan menggunakan tangan, gadis ini tidak faham lagikah? Dia tidak sengaja ingin melakukan perkara itu, mengapa masih mahu bertanya tentang hal ini?

     "Fine! Lepas ni saya terlanjur dengan lelaki lain, saya akan bagi alasan itu adalah satu kesilapan, awak tunggulah nanti!" Mikayla memalingkan wajahnya ke sisi menandakan yang dia benar-benar protes dengan apa yang telah terjadi.

     "Ooo dah ada niat ya? Jangan cabar aku Kayla, dalam bilik ni hanya ada aku dengan kau aje tau, aku gigit tak nak lepas nanti baru tahu," ujar Hezrick berbaur ugutan.

     "Memang saya ada niat! Saya nak buat macam tu! Biar awak pulak rasa apa yang saya ra..." Kata-katanya tidak dapat dihabiskan oleh kerana Hezrick menolak tubuhnya baring terlentang di atas tilam empuk itu.

     "Aku pun ada buat niat malam ni," Hezrick berdiri seraya menanggalkan baju t-shirt bewarna cream susu miliknya lalu dicampaknya baju itu ke lantai.

     "Apa yang awak nak buat ni? Saya tak naklah! Jangan nak paksa-paksa saya!"

     Pantas Mikayla membalikkan tubuhnya berniarap di atas katil sebelum dia mengesot ke hadapan menjauhi Hezrick yang sudah nampak seperti singa kelaparan hendak menerkam mangsanya.

     "Tak kisah. Tadi kau bantutkan nafsu aku yang baru nak naik, sekarang ni kau layan aku, Kayla, nak lari ke mana huh?" Hezrick menarik kedua-dua belah kaki milik gadis itu sebelum tubuh gadis itu kembali dipusingkan menghadapnya.

     "Pergilah cari perempuan tu! Saya tak naklah!"

     Kakinya menerajang udara beberapa kali sehingga Hezrick terpaksa mengunci kedua-dua belah kaki gadis itu dari terus bergerak, jika tidak dihalang tentu bahagian tengahnya disepak tanpa belas kasihan, sakit woo!

     "Saya tak nak! Tak guna! Saya benci aw..." Bibir mereka bertaut erat membuatkan Mikayla terdiam melayani rasa.

     Mata dipejam rapat, rasa ini masih sama seperti dulu. Lelaki ini memang bijak melemahkannya. Mesra dia melayani ulitan dan hisapan lembut pada bibirnya, segala rasa marah dan kecewa terhadap lelaki ini hilang sekelip mata.

     Lama mereka berkeadaan seperti itu sehingga tidak sedar akan tangan Hezrick yang telah menyusup masuk ke dalam bajunya, dan apabila dia merasakan buah dadanya sakit kerana dipicit kuat oleh lelaki itu, Mikayla mula meronta-ronta.

     Tetapi lelaki itu masih tidak mahu berhenti, Mikayla menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan bagi melepaskan tautan bibir mereka. Dan apabila tautan bibir mereka terlepas, mata Mikayla membulat besar merasakan tapak tangan Hezrick menekup mulutnya.

     "Shh, jangan cakap apa-apa. Suara kau membangkitkan nafsu aku..." Ujar Hezrick, tangannya melepaskan mulut gadis itu.

     "Awak picit breast saya?!" Mikayla yang masih dengan degilnya bersuara oleh kerana tidak berpuas hati terhadap lelaki itu.

     "Ya, kenapa? Want more?" Hezrick duduk di birai katil membelakangi Mikayla.

     Kepalanya terasa pening akibat terlalu penat dan masih tidak berehat sejak pagi tadi, tubuhnya direbahkan ke atas katil, matanya merenung siling.

     "Gatalnya! Awak memang nak kena dengan saya!" Mikayla menepuk kuat bahu Hezrick beberapa kali.

     "Kayla, jangan dekat dengan aku, pergi main jauh sana,"

     Hezrick memejamkan mata, matanya harus dihalang dari terus melihat gadis yang nampak sungguh menggodakan itu, lebih menggoda berbanding Dharni. Aura gadis ini lain macam sedikit, nafsunya berkocak hebat apabila mendengar suara gadis ini berceloteh walaupun bernada marah dan tidak berpuas hati.

     "Saya tak nak, Ricky..." Mikayla memeluk kedua-dua belah lututnya. Lelaki itu telah membencinyakah?

     Mata Hezrick tercelik luas, wajahnya berpaling ke arah Mikayla yang sudah kelihatan seperti hendak menangis itu. Tubuh Mikayla dipeluk.

     "Badan aku penat sangat tapi kalau aku buat malam ni, aku akan pastikan benih aku menjadi kali ni, sayang..." Kata Hezrick lembut, kucupan sekilas singgah pada dahi gadis itu.

     Mikayla melepaskan rangkulan Hezrick pada tubuhnya sebelum dia membalas renungan lelaki itu bersama senyuman manis.

     "Baring, biar saya urut awak. Kesian awak penat seharian bekerja," Mikayla menepuk-nepuk pahanya membuatkan Hezrick tergelak kecil, perempuan ni memang tak tahu atau saja buat-buat tak tahu?

     "Tak bolehlah sayang," Hezrick menggelengkan kepalanya berapa kali.

     "Huh?" Mikayla mengerutkan dahinya, tak akan nak urut pun tak boleh? Hezrick mendekatkan bibirnya pada cuping telinga gadis itu.

     "Nak jadi pemuas nafsu aku ke? Kalau sekali aku buat macam tu, esok, lusa, minggu depan, bulan depan aku tuntut lagi," bisik Hezrick menggunakan suara yang menggoda, kenyitan mata dihadiahkan pada gadis itu.

     "Sa... saya nak tidur." Mikayla pantas merebahkan tubuhnya membelakangi lelaki itu lalu memejamkan mata.

     Hezrick menggeleng kecil. Benar-benar tidak faham rupanya, patutlah! Rugi dia tanya tadi. Jika ikutkan rasa hati, mahu saja dia menerkam gadis itu ketika ini.

     Putung rokok dibuang ke dalam bekas besi. Kakinya diaturkan memasuki kembali kamar itu. Pipi Mikayla diusap lembut, tak mahu bangun lagikah?

     Lena sungguh Mikayla tidur di dalam dakapannya semalam. Tiga kali dia menolak Mikayla menjauhinya tetapi akhirnya gadis ini tetap mahu memeluk tubuh tegapnya, jadi dia biarkan sahaja.

     Hidung mancung Mikayla ditutup rapat bagi menyekat pernafasan gadis itu. Berkerut-kerut dahi gadis itu mencari nafas, Hezrick melepaskan hidung Mikayla seterusnya menggigit cuping telinga gadis itu.

     "Saya tak naklah... Jangan nak paksa-paksa saya..." Omel Mikayla perlahan.

     Hezrick tergelak kecil mendengar kata-kata itu, ayat yang sama gadis itu berikan kepadanya semalam. Mungkin perkara yang terjadi semalam terlalu indah sehingga terbawa-bawa di dalam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience