Kedengaran bunyi jam loceng telah mengganggu lena seorang gadis muda yang sedang enak beradu di atas katil empuk. Gadis itu menutup jam tanpa melihat angka pada jam itu. Dia kembali tidur kerana hari ini adalah hari cutinya.
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi telefon bimbitnya pula menjerit minta diangkat. Dia menekan punat hijau tanpa melihat si gerangan yang telah menganggu paginya ini.
"Hello..." Sapanya dengan suara yang serak, matanya kembali dipejam.
"Assalammualaikum Cik Kayla, buat kilang tahi mata lagi? Dah tengahari ni Cik Kayla oi awak tak boleh bangun lewat macam ni, tak elok la," sembur si pemanggil.
Mata Mikayla membulat besar setelah mendengar suara sahabatnya itu. Dia bangun secara mengejut. Bagaimana boleh terlupa ni?
"Awak lupa plan kita nak keluar hari ni?"
"Wa... walaikummussalam, sorry saya terbangun lewat..."
"Semalam tengok movie lagi?" Soal Amira ingin tahu. Sudah masak sangat dengan perangai sahabat baiknya yang seorang ini.
"Ya, lepas subuh tadi saya tertidur," jawab Mikayla perlahan.
"Okay 15 minit untuk awak bersiap, cepat! Saya on the way ni!" Jerit Amira di dalam talian.
"Tapi sa...."
Belum sempat Mikayla berkata-kata, talian mereka diputuskan Amira. Alamak!Mana cukup masa 15 minit untuk bersiap! Dia bergegas bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan badan.
Pin! Pin! Pin!
Kedengaran bunyi hon kereta beberapa kali membuatkan Mikayla mencapai sikat rambut dan handbag dengan pantas sebelum gadis itu berlari keluar daripada bilik.
"Aip nak pergi mana laju-laju ni?" Soal ibunya, Puan Qamaria.
"Nak keluar dengan Mira bu, Kayla pergi dulu ya..." Pamit Mikayla dengan sopan seraya menyalami tangan Puan Qamaria. Puan Qamaria tersenyum melihat anak perempuannya yang nampak tergesa-gesa.
Mikayla pantas memasuki perut kereta milik Amira. Risau juga sekiranya sahabat baiknya itu membuka mulut berleter seperti mak nenek.
"Ish ish ish, rambut basah dengan tak bersikatnya. Anak dara siapalah ni?" Amira menggeleng-gelengkan kecil melihat keadaan Mikayla yang nampak berserabut.
"Ish salah awaklah, lambat kejut saya." Marah Mikayla bersama mimik wajah yang masam mencuka.
"Aik, salahkan saya pulak? Awak ada jam kan, suruhlah jam awak kejut..." Kata Amira bernada tenang sambil menurunkan handbreak lalu kakinya menekan pedal minyak secara perlahan-lahan, kereta mula bergerak.
"Kita nak ke mana dulu?" Soal Mikayla setelah sekian lama mereka berdiam di dalam kereta.
"Butik mama..."
Mikayla mengangguk, sangat mengerti mengapa gadis itu mahu ke butik milik mamanya terlebih dahulu.
Tiba di destinasi mereka iaitu butik kepunyaan mama Amira. Tanpa membuang masa, mereka pantas melangkah masuk melalui pintu utama butik yang tampak elegant itu kerana panggung wayang akan bermula dalam masa beberapa minit sahaja lagi.
"Assalammualaikum mama..." Amira memberi salam kepada mamanya yang sedang menyusun baju-baju pengantin.
"Waalaikummussalam, tadi call cakap nak keluar tapi kenapa datang ke sini?" Soal Puan Sri Sahara bersama senyuman manis.
"Ala mama ni, buat tak tahu pulak," Amira memainkan jari telunjuknya pada permukaan meja berdekatan.
Tujuan Amira datang ke sini adalah untuk minta credit card miliknya. Kata mama, dia tidak boleh pegang credit card sendiri selagi dia belum pergi melanjutkan pelajarannya.
Puan Sri Sahara menggeleng kecil melihat bibir anaknya yang dibuat-buat jebek. Anaknya ini selalu minta kad kredit dan suka berfoya-foya. Suaminya lebih memanjakan anak bongsu mereka ini kerana Amira adalah satu-satunya anak perempuan mereka. Abang-abang Amira pula berada jauh di negara barat.
Puan Sri Sahara mengambil handbag berjenama Gucci miliknya, kad kredit milik anaknya dicapai lalu dihulurkan pada anaknya itu tetapi ditarik kembali apabila Amira ingin menyambut hulurannya itu.
"Ingat pesan mama, jangan beli benda bukan-bukan ya," pesan Puan Sri Sahara lembut.
"Iyelah mama..." Jawab Amira pendek. Dia mengambil kad kredit sebelum pipi mamanya dicium sebanyak tiga kali.
Semakin lama dia di situ, semakin panjanglah pesanan mama terhadapnya dan semakin lambatlah mereka untuk ke destinasi seterusnya. Mikayla hanya mengekor tanpa membantah.
Selesai menonton wayang yang bertajuk Mistery Of Doctor, mereka berdua berjalan tanpa arah mencari restoran atau kafe untuk makan tengahari di dalam mall yang agak besar itu.
"Semua yang terjadi tadi salah awak, beli tiket tak berbincang dulu dengan saya..." Mikayla mencebik tanda tidak berpuas hati.
Amira tersenyum nakal teringatkan situasi memalukan di dalam panggung wayang sebentar tadi yang membuatkan dirinya tergelak besar.
Teman baiknya itu telah menumpahkan satu kotak popcorn di atas penonton yang duduk di kerusi hadapan mereka kerana terperanjat dengan hantu yang tiba-tiba muncul di skrin besar itu.
"Hahaha dah takut pun janganlah sampai baling popcorn dekat orang lain, nasib baik gelap, kalau tak...." Amira tidak boleh menghabiskan ayatnya kerana perkara itu terlalu lucu. Tangan menekan-nekan perutnya yang senak kerana terlalu banyak ketawa.
"Dah-dah tadi bunyi lapar sangatkan? Sekarang jom pergi favourite cafe awak," Mikayla menukar topik mereka. Malas mahu teringat akan kejadian tadi.
"Eh-eh tak nak, saya rasa nak makan KFC hari ni," jawab Amira sebelum dia mengubah haluan mereka.
Mikayla hanya mengekor tanpa membantah, orang belanja tak akan kita nak banyak songeh pula, kan?
Sedang enak menjamu selera sambil berbual-bual kecil tentang apa yang terjadi selama dua hari tidak bertemu, mereka berdua disapa satu suara garau.
"Excuse me, boleh I duduk kat sini? Kawan I dah lapar tahap apa dah, semua meja penuh..." Tegur suara itu.
Amira mengangkat wajah untuk memandang manusia-manusia yang telah menganggu mereka makan tengahari. Mata Amira bersinar secara tiba-tiba bersama bibir yang mengukir senyuman lebar. Dia kenal lelaki kacak bermata biru ini!
"Freddy?" Teka Amira dengan wajah yang masih bersinar seperti tadi.
Mikayla hanya meneruskan makan tanpa menghiraukan lelaki-lelaki yang berada di hadapan mereka. Dia malu untuk mengangkat muka.
"Eh kenal kat mana?" Soal Freddy ingin tahu. Bila dia mengecam wajah gadis ini, barulah teringat mereka pernah bertemu di sebuah bengkel kereta.
"Bengkel kereta papa I. Duduklah, I dengan Kayla aje kat sini..." Jawab Amira yang masih teruja.
"Weh, macam mana kalau terserempak dengan lelaki yang terkena popcorn tadi?" Soal Amira dengan nada yang berbisik tetapi masih boleh didengari oleh Freddy dan Hezrick.
Hezrick mengerutkan dahi mendengar perkataan 'popcorn' kerana dia juga terkena balingan popcorn yang entah datang dari mana tiba-tiba saja jatuh di atas ribanya tadi. Disangkanya, mak cik yang duduk di sebelah Mikayla yang lakukan namun sangkaannya meleset sama sekali.
Freddy yang beriak biasa menoleh ke arah Hezrick sekilas. Mungkin hal ini boleh dijadikan bahan untuk berbual dengan Amira dan Mikayla.
"Popcorn?" Soal Freddy yang sengaja ingin memanjangkan perbualan.
"Yes, dalam wayang tadi, si Mikayla ni terkejut sangat dengan hantu. Itu yang terbaling kotak popcorn terkena orang depan, nasib baik orang tu tak kecoh dan tak pandang belakang..." Terang Amira panjang lebar tanpa sedar lelaki yang berada di hadapannya itu adalah lelaki yang terkena balingan popcorn tersebut.
"Cerita apa?" Soal Freddy lagi.
"Mistery Of Doctor," jawab Amira pendek.
Freddy menoleh ke arah Hezrick sekilas, dia sudah tidak dapat menahan tawa. Amira dan Mikayla mengerutkan dahi melihat Freddy yang ketawa terkekeh-kekeh tanpa menghiraukan orang sekeliling.
"You nak tahu? Kawan I nilah yang terkena popcorn tu..." Ujar Freddy yang masih dengan sisa tawanya.
Mata Mikayla membulat besar melihat sepasang mata bewarna oren dan bercorak kekuningan itu merenung tajam ke arahnya.
"Ma... maaf..."Ucap Mikayla perlahan. Wajahnya ditunduk memandang meja.
Freddy melihat wajah kemerahan Mikayla yang nampak seperti hendak menangis itu terus menyiku lengan Hezrick supaya lelaki itu berhenti merenung Mikayla sebegitu.
Hezrick menghela nafas panjang. Nak marah pun benda dah jadi. Nasib baik sayang!
"Okay," jawab Hezrick sepatah.
Gadis yang menunduk ini sememangnya cantik semula jadi. Dari dahulu sehinggalah sekarang sama saja perangai, manja terlebih, sikit-sikit nak menangis. Tetapi gadis ini langsung tidak mengecamnya? Oh damn it!
Dia agak terasa hati, sampai hati gadis kesayangannya ini tidak mengecam rupa parasnya yang dari dulu kekal kacak sehinggalah sekarang.
"Bro, boleh dah ni, jangan kayu sangat..." Bisik Freddy betul-betul pada cuping telinga Hezrick.
Jantung Hezrick mula berdegup dengan lebih kencang dari sebelum ini. Peluh mula merenik di dahi walaupun kawasan itu mempunyai penghawa dingin. Gementar kali ini terasa lain macam.
"Can I get your phone number?" Soal Hezrick tanpa nada. Matanya masih merenung Mikayla yang menunduk sejak dari tadi.
Mikayla mengangkat wajah bersama mata yang membulat. Lelaki ini minta nombornya kerana ingin memarahinya, kah? Hatinya mula rasa risau.
"Err sa... saya... sa..." Kata-katanya dipintas Amira.
"I sebutkan, you salinlah," ujar Amira bersama senyuman manis memandang lelaki itu.
Tanpa menghiraukan isyarat mata Mikayla, Amira terus menyebut satu persatu angka nombor telefon Mikayla. Dia sengaja buat begitu, dia juga tidak ingin Mikayla terus-menerus memikirkan kisah silam yang hanya akan memudaratkan masa hadapan gadis itu saja.
Hezrick menyalin nombor itu sebelum dia membuat missed call, telefon jenis Iphone 6 milik Mikayla berdering menandakan ada panggilan masuk.
"And that's mine..." Kata Hezrick bersama senyuman nipis.
Dia berdehem beberapa kali seraya membetulkan kedudukannya. Dia menatap wajah Mikayla yang masih menunduk menyedut air. Nampak comel dan menawan, rasa tidak sabar pula hendak menyunting gadis kesayangannya ini dijadikan sebagai permaisuri hidupnya.
Apa reaksi gadis ini jika dia membuka soal 'perkara' itu ya? Tetapi dia perlu jujur, dia tidak mahu gadis ini mengenalinya sebagai orang lain. Dia perlu berani, lagipun dia pergi meninggalkan gadis ini bersebab. Sebabnya juga munasabah, bukan saja-saja.
"Lambat lagi ke? Jangan bazirkan masa aku boleh tak?" Soal Freddy bernada bisik. Berapa lama lagi lelaki itu ingin menatap wajah Mikayla?
Hezrick nampak seperti batang kayu yang tidak berguna. Lidah lelaki itu terkelu apabila berjumpa gadis cantik ini? Atau sel-sel otaknya sudah terputus dan mula menghilang sedikit demi sedikit?
"Hey girl," Hezrick memanggil Mikayla lembut.
Mikayla mengangkat muka membalas renungan lelaki kacak itu. Sepasang warna anak mata oren kekuningan itu mengingatkan dirinya kepada seseorang, seseorang yang dia cintai, seseorang yang buat dirinya sakit untuk tidur malam dan seseorang yang telah pergi meninggalkannya bersama satu pesanan.
"Ingat, nama aku Ricky..."
Renungan redup ini pernah dia alami empat tahun yang lalu. Wajah ini juga persis Ricky yang pernah dia kenal. Dia memejamkan mata lalu menggeleng-geleng kecil, cuba membuang setiap bait kata-kata indah yang menusuk di kalbunya. Lelaki itu telah meninggalkannya sendirian terkapai-kapai mencari nafas baru.
Kini, lelaki itu sudah tiada. Menghilang entah ke mana, dia cuba mencari nama lelaki itu di dalam laman-laman sosial tetapi tiada. Lelaki itu seakan tidak pernah wujud di atas muka bumi ini.
"Do you remember... Ricky?" Soal Hezrick tenang, berharap agar gadis ini tidak cepat melenting sebelum mendengar penjelasannya.
Sebenarnya dia tidak yakin untuk bertanyakan tentang itu. Dia sangat bersyukur kerana dapat mendekati gadis kesayangannya ini, tetapi adakah gadis ini akan menerimanya?
Tersentak Mikayla mendengar nama Ricky yang keluar dari mulut lelaki itu. Jadi, wajah dan warna anak mata ini adalah benar? Pandangannya mula kabur, dia menunduk, lidahnya kelu tidak mampu untuk menjawab soalan sensitive yang diajukan kepadanya.
Amira merenung tajam wajah Hezrick, apa masalah lelaki ini menyebut nama lelaki tak guna yang telah menghancurkan hidup Mikayla itu?
Share this novel