Bab 53

Action Series 24670

     Kehadiran tiga orang lelaki yang dinanti-nantikan tiba di bilik mesyuarat. Mereka melangkah masuk dengan mulut yang sibuk bersembang antara satu sama lain sebelum punggung dilabuhkan di tempat masing-masing.

     Mulut mereka masih tidak berhenti bercerita seiringan tawa yang kuat. Langsung tidak kisah akan mata-mata yang sedang memandang ke arah mereka.

     Secara tiba-tiba Freddy bangun dari kerusi. Dia melangkah meluru ke arah Ejad bersama riak biasa. Dia berhenti betul-betul belakang kerusi Ejad. Yang lain hanya jadi pemerhati Freddy. Ejad masih sibuk bersembang.

     Pak!

     Kepala Ejad dilepuk kuat. Ejad mengerang kesakitan sambil menggosok kepalanya. Wajah Freddy direnung bersama dahi yang berkerut menahan sakit.

     "Apahal kau ni? Kepala aku tak pernah cari masalah dengan kau pun." Ejad mula berdiri sambil merenung tajam wajah Freddy.

     "Siapa suruh cari pasal dengan aku pagi tadi," ujar Freddy bersahaja.

     Belum sempat Ejad menjawab. Matanya terus terpandangkan pintu yang dibuka dari luar. Mikayla dan Ferliy melangkah masuk ke dalam bersama dulang air di tangan.

     Kedua-dua dulang itu diletakkan ke atas meja hadapan mereka. Mikayla menayangkan senyuman manis buat Hezrick yang memandangnya hairan.

     "Kenapa? Nak ni?" Hezrick mengangkat penumbuk kanannya ditunjukkan kepada Mikayla.

     "Saja hantar air. Buat kerja amal sikit." Mikayla tersenyum kecil. Dia terus menarik lengan Ferliy untuk keluar namun gadis itu tidak mahu.

     "Eh kita kena keluar. Suami awak tengah bekerjalah..." ujar Mikayla. Lengan kecil gadis itu tidak dilepaskan.

     "Saya nak dengar apa yang mereka ni bincangkan..." ujar Ferliy. Tanpa segan silu punggungnya dilabuhkan ke atas riba Firaz.

     "Abang dah pesan tadi jangan ganggu abang nak meeting." Firaz mengusap lembut sisi pinggang Ferliy.

     "Okey. Kejap lagi kita keluar nak?" Ferliy berdiri di sisi Firaz. Firaz mengangguk kecil seraya membuat isyarat tangan menyuruh Ferliy keluar. Memalukan saja.

     Ferliy dan Mikayla melangkah keluar tanpa kata.

     "Lepas ni siapa pulak nak jadi pengganggu?" soal Hezrick berbaur perlian kepada Herith dan Enrique yang hanya diam sejak tadi.

     Mereka memandang satu sama lain. Hezrick berdiri dan terus mengambil sebatang kayu rotan yang agak panjang. Muncung kayu itu menunjuk tepat pada skrin besar televisyen.

     "Kenal tak siapa ni?" soal Hezrick kepada mereka semua. Ada yang mengangguk dan ada juga yang menggeleng.

     "Siapa?" soal salah seorang team Cobra yang bernama Imran.

     "Entah, aku pun tak tahu." Hezrick mengangkat kedua-dua belah bahunya. Tangannya menekan satu butang yang berada di sebelah skrin besar itu.

     "Alahai bodohnya bos kau tu." Herith bersuara sambil memandang Imran yang duduk di sebelahnya.

     "Bos aku abang kau, memang keturunan bodoh pun." Imran membalas kata-kata Herith.

     Herith meletakkan jari telunjuk di bibirnya tanpa menoleh ke arah lelaki itu.

     "Tapi aku kenal dia ni, kau orang kenal tak?" soal Hezrick sambil menunjuk satu lagi gambar.

     Skrin televisyen itu memaparkan gambar seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an sedang makan bersama beberapa orang lelaki di dalam bilik makan sebuah hotel mewah.

     Seperti tadi juga, ada yang menggeleng dan ada juga yang mengangguk. Gelengan kepala dari Freddy membuatkan dahi Hezrick berkerut teruk.

     "Seriously Fred? Aku dah cerita pasal lelaki ni kat kau pagi tadi." Riak wajah Hezrick kelihatan bengang.

     "Ada ek?" Freddy mengangkat sebelah keningnya.

     Hezrick melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Dahi yang terasa sakit diurut-urut. Penat betul berkerja dengan manusia yang suka bermain seperti ini. Setiap hari hampir mati kerana tertekan.

     Kocek seluar diseluk. Nombor anak buahnya dicari. Telefon dilekapkan pada telinga.

     "Bawak dia masuk," arah Hezrick ringkas sebelum talian diputuskan.

     Semua mata-mata di situ memandang pintu yang dibuka. Muncullah Adam yang kelihatan lemah dan tidak bermaya. Wajah lelaki itu dipenuhi lebam serta luka-luka kecil. Tangannya pula digari.

     Enrique mula bangun dan terus meluru ke arah Adam yang duduk di kerusi. Dia berdiri di sisi Adam. Wajah Adam direnung dengan riak biasa.

     Yang lain diam melihat karenah Enrique.

     "I'm watching you." Enrique menunjuk tepat wajah Adam menggunakan jari telunjuk dan jari tengahnya. Sebelum dia melangkah ke kerusi.

     "Itu je? Sial betul," ujar Herith perlahan tanpa memandang Enrique.

     "Chill bro, awal lagi untuk aku membahan orang. Kau sabar jap." Enrique memandang Herith yang duduk bertentangan dengannya. Herith mengangguk beberapa kali tanda mengerti.

     "Kerja Team Cobra adalah bunuh seorang demi seorang anak buah Mabruce Lee. Jangan sampai tertangkap. Ahli si bapak syaitan ni bergabung dengan kumpulan A.H, betul tak Adam?" Hezrick menoleh ke arah Adam.

     Sudah masuk kali yang ketiga dia bertanya tentang ini namun Adam langsung tidak mambuka mulut. Hari ini, dia akan paksa lelaki itu. Wajah Adam direnung tajam. Tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan menjawab membuat Hezrick merengus.

     "Jawab!" tengking Hezrick. Suaranya bergema di seluruh ruang bilik mesyuarat itu.

     Hezrick bertindak menarik bahu Adam supaya berdiri menghadapnya.

     "Simpan cinta jijik kau tu dalam neraka nanti. Aku tahu bini aku tak sama macam perempuan-perempuan lain yang kau pernah kenal. Kau cintakan dia tapi dalam pada masa yang sama, kau nak gunakan dia untuk kepentingan kau!"

     Buk!

     Wajah Adam ditumbuk. Lelaki itu terjatuh di atas lantai. Yang lain melihat tanpa ada rasa untuk menolong mahupun mencelah. Apabila Hezrick sudah mula meninggikan suara, anak-anak buahnya yang lain dilarang keras untuk masuk campur.

     "Bangun!" Hezrick mengangkat kedua-dua belah bahu lelaki itu dengan kasar lalu ditolaknya ke atas kerusi.

     "Bini aku bukan perempuan murahan!"

     Buk! Satu lagi tumbukan dilayang mengenai tulang pipi lelaki itu.

     "Bini aku tak patut rasa sakit ditembak!"

    Buk!

     "Mikayla milik aku!"

     Buk!

     Wajah Adam mengeluarkan darah yang banyak sehingga penumbuk Hezrick juga terpalit darah pekat itu. Rasa geram dan benci terhadap Adam semakin membara.

     Lebih-lebih lagi setelah dia mendapat tahu bahawa Mikayla akan dijual kepada salah sebuah pusat pelacuran mewah di Amerika Syarikat.

     Terlalu banyak kumpulan kongsi gelap yang mencari Mikayla, gadis itu bernasib baik kerana berada di bawah penjagaannya selama ini.

     "Guna ni bro." Herith melambung sebatang pen ke arah Hezrick. Lelaki itu menangkap tepat.

     "Nak buat apa tu?" soal Imran seraya menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     "Tamatkan riwayat dialah, apa lagi?" Enrique bersandar tenang.

     "Kau tak nak buka mulut, aku pun tak perlukan jawapan kau." Belum sempat Hezrick menikam perut lelaki itu, ada satu suara menghalangnya.

     "Stop! Jijik tahu tak? Pergi bunuh dalam tandaslah. Sekarang ni pun dah bau hanyir!" Freddy mengepit hidungnya menggunakan jari.

     "Easy." Enrique berdiri.

     Tubuh Adam diheretnya ke tandas. Hezrick hanya mengekor. Mereka berdua menamatkan riwayat lelaki yang bernama Adam itu dengan mudah.

     "Settle," kata Enrique sambil berjalan keluar dari tandas.

     Hezrick mencucuk satu pendrive pada laptop miliknya. Skrin televisyen memaparkan maklumat tentang lelaki yang bernama Mabruce Lee.

     "Aku bagi seminit untuk baca dan faham." Hezrick duduk di kerusinya tadi.

     "Seminit je? Tak cukup. Otak budak-budak ni tak pickup macam otak aku, bagi 13 minitlah," minta Enrique bersama riak yang masih serious sejak tadi.

     "13?" Hezrick mengerutkan dahinya. Mengapa 13?

     Dia baru tersedar yang dia cuma akan memanjangkan lagi perbualan bersama Enrique.

     "Okey tak perlu jawab." Hezrick menggeleng kecil.

     "Seminit masa berfikir dan 12 minit tu masa untuk berehat serta bersembang. Siapa setuju angkat tangan." Enrique memandang mereka semua bersilih ganti. Hanya Freddy dan Hezrick sahaja yang tidak mengangkat tangan.

     "See? Semua dalam bilik mesyuarat ni tak suka dengar suara sumbang kau yang macam sial tu." Enrique tersenyum sinis.

     "Aku tak angkat tangan pun," kata Freddy tenang.

     "Kau memanglah! Dahlah pekak! Lepas tu bengap pulak!" Enrique menjeling Freddy.

     "Okey lepas ni Enrique yang bersuara merdu akan terangkan semua." Freddy tersenyum sinis memandang Enrique.

     "No hal lah." Enrique terus bangun dari kerusinya diikuti Herith.

     "Bila aku terang, pandang anak mata aku. Jangan buat benda lain. Kalau dengan Ricky, kau bolehlah nak tidur, berbual, bergurau, tapi kalau dengan aku, jangan." Enrique mula memberi pesanan kepada mereka.

     "Betul." Herith berdiri di sebelah Enrique bersama kedua-dua belah tangan berada di belakang. Dia mengangguk kecil.

     "Ricky tu terlalu berlemah-lembut tapi aku tak." Enrique memandang mereka semua bersilih ganti.

     "Setuju." Herith mengangguk lagi.

     "Ricky tu..." Belum sempat kata-kata Enrique dihabiskan, Hezrick pantas memotong.

     "Diam bodoh! Mulakan sekarang," tegas Hezrick.

     "Yeah Ricky, tegas macam nilah yang kita nak!" Herith mengangkat kedua-dua belah tangannya menunjuk thumbs up kepada mereka.

     "Siapa gelak aku tembak." Hezrick meletakkan sepucuk pistol ke atas meja.

     "Pfft, hahahahahahahahahahahah!" Enrique ketawa sambil menekan-nekan perutnya yang terasa senak sebelum dia duduk bercangkung setelah melihat Hezrick menghalakan muncung pistol ke arahnya.

     Bang! Bang!

     Dua das tembakan dilepaskan ke arah Enrique. Enrique yang masih ketawa bersembunyi di bawah meja.

     Freddy menggeleng beberapa kali manakala yang lain hanya tertawa kecil melihat wajah merah padam bos mereka menahan marah.

     "Kenapa awak?" soal Mikayla yang berada di muka pintu. Risau dia mendengar bunyi tembakan dari dalam bilik mesyuarat ini.

     "Entah bodoh ni, suruh terangkan pun nak main-main lagi." Hezrick terus melangkah ke pintu.

     Lengan Mikayla ditarik keluar sebelum pintu bilik mesyuarat itu dihempas kasar.

     "Dia dah pergi ke?" soal Enrique yang mula berdiri.

     "Yok yok tata yok, bos dah merajuk. Aaa mampus kau kali ni," kata Ejad.

     "Diam. Aku saja nak dia blah sebab kalau dia ada kat sini, susah untuk aku putar belit jalan cerita aksi I'm Yours ni," ujar Enrique bernada biasa. Dia mula menerangkan satu-persatu tentang apa yang harus mereka semua lakukan.

*****

     Kanak-kanak yang bermain di sebuah taman permainan itu direnung sebelum bebola matanya diputarkan ke arah perut Mikayla. Perut kempis itu dipegang lama.

     Sudah lama dia ingin mempunyai anak sendiri. Mikayla menoleh ke arah suaminya. Tangan lelaki itu dipegang.

     "Sorry," ucap Mikayla perlahan.

     Sisi kepalanya disandarkan pada bahu Hezrick. Dia sedang datang bulan ketika ini membuktikan bahawa dia tidak mengandung. Hezrick menggenggam tangan isterinya.

     "Tak perlu minta maaf dengan aku. Baru je sentuh kau sekali. Inn Sya' Allah ada rezeki nanti..." ujar Hezrick tenang bersama senyuman nipis.

     Sedang mereka berdua berbual, seseorang menyentuh belakang bahu Hezrick membuatkan lelaki itu berpaling ke belakang.

     "Mataste a mi jefe?" (Kau dah bunuh bos aku?) soal Ad bersama riak teruja.

     "Bukan aku, tapi Enrique," jawab Hezrick tenang.

     Ad melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan mereka. Tangannya mencapai buah mangga yang berada di dalam cawan plastik. Buah itu disumbatkan ke dalam mulut. Mikayla hanya melihat hairan ke arah Ad.

     "Bagus Enrique ni, mana dia? Nak kena bagi kucupan terima kasihlah," ujar Ad sambil mengunyah buah. Hezrick menayangkan riak menyampah.

     "Awak ni tak ada rasa malu ke?" soal Mikayla secara tiba-tiba. Buahnya habis dimakan lelaki itu. Sudahlah tidak meminta izin pula tu.

     "Kemaluan? Ada, nak tengok?" soal Ad bersahaja.

     "Eee apa yang awak cakapkan ni?" Mikayla menarik mimik jijik.

     "Eh takkanlah Ricky tak pernah tunjuk dia punya ke... Aduh! Sakitlah!" Dahi Ad berkerut merasakan kakinya disepak Hezrick.

     "Jangan ajar bini aku cakap benda bukan-bukan..." Hezrick menjeling Ad yang masih di dalam kesakitan. Mikayla hanya tertawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience