Bab 62

Action Series 24641

     Beberapa hari selepas itu, mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka tidak lagi diserang atau diganggu namun Hezrick tahu bila-bila masa saja semua itu boleh berlaku. Jadi, setiap ahli The Demonio Dentro perlu peka akan keadaan sekeliling.

     Kereta dipakir di hadapan kolej. Tangannya dihulurkan pada Mikayla. Mikayla tersenyum sebelum dia menyambut dan mencium belakang tapak tangan Hezrick.

     "Hari ni saya ada aktiviti tau, abang datang lewat sikit ya?" Mikayla merenung wajah kacak suaminya.

     "Tak payah pergilah aktiviti tu, abang risaukan keselamatan sayang. Hari ni tak ada siapa boleh teman kecuali Amira. Duduk kat office sambil layan abang lagi banyak manfaat," kata Hezrick lembut. Kepala isterinya yang berlapikkan tudung diusap sayang.

     "Saya nak join juga. Bolehlah please." Mikayla menyatukan tapak tangannya seperti sedang merayu.

     Mikayla melepaskan keluhan kecil setelah melihat gelengan Hezrick. Aktiviti petang di kolej juga dia tidak dibenarkan untuk turut serta. Apa gunanya dia sambung belajar jika begini sekali larangan lelaki itu?

     "Kalau saya nak join sekali ni je, bolehkan?" Mikayla masih mencuba nasib.

     "Balik nanti abang tunggu kat sini."

     Mikayla mengangguk pasrah. Mungkin juga bahaya untuk dia sertai mana-mana aktiviti. Dia melangkah keluar dari perut kereta dan terus menuju ke arah Amira yang sedang berdiri di sebelah tiang lampu menunggunya sejak tadi.

     Tubuh isterinya yang semakin menjauh dipandang lama. Bunyi ketukan tingkap menarik perhatiannya. Tingkap diturunkan.

     "Semalam cakap ada hal." Hezrick menjeling lelaki yang tersenyum itu.

     "Saja nak cari jodoh, manalah tahu ada yang sepadan kat sini. Lagipun kerja aku dah siap pukul empat pagi tadi."

     Ad terus memberi isyarat tangan menandakan yang dia perlu mengekori Mikayla. Kaca mata hitam dipakainya sebelum dia beredar tanpa sempat Hezrick menitipkan pesanan.

     Keluhan kecil dilepaskan. Kocek seluar diseluk sebelum skrin telefon bimbitnya ditekan-tekan. Pesanan dihantar kepada Ad, dia mengarahkan lelaki itu menemani Mikayla sehingga tamat aktiviti petang.

*****

     Matanya melihat Enrique dan Freddy yang sedang berdiri di kaunter pertanyaan office mereka. Hairan, apa dua orang lelaki itu tidak tahu sehingga perlu bertanya?

     "Kenapa?" Hezrick dapat menghidu ketegangan mereka berdua.

     "Ada pencuri yang nak mati dalam syarikat kita ni. Aku dengan Fred tengah bincang untuk singkirkan si keparat tu." Enrique menjawab dengan tenang.

     "Pencuri? Apa yang dia curi?" Hezrick mengerutkan dahi.

     "Dia curi hati aku dengan Fred yeah hahahahahaha." Jawapan bangang Enrique membuatkan Hezrick tidak dapat menahan tangannya dari melayang.

     Pak!

     "Aduh! Sakitnya. You, tengok dia ni main pukul kepala I pula," adu Enrique pada gadis yang duduk di kaunter pertanyaan itu. Gadis itu hanya tertawa kecil melihat Enrique.

     "Eh suka ya tengok orang lain sakit? Tunggulah waktu kau sakit nanti, aku gelak sampai rasa nak terberak." Enrique merenung tajam ke arah gadis yang terdiam dan terus menyambung kerja itu.

     "Tahu takut." Enrique tersenyum sumbing.

     "Jom." Freddy mengajak mereka berdua.

     Hezrick hanya menganguk kecil kepada pekerja yang menegurnya setiap kali berselisihan bahu. Sebuah pintu yang terletak di bahagian hujung aras satu itu ditolak sebelum mereka bertiga masuk ke dalam.

     "Profile lelaki tu." Freddy menolak sebuah file kepada Hezrick.

     "Cari, jumpa dan bunuh. Beri kerja ni pada Herith," arah Hezrick tanpa nada.

     "Dia tengah tidur dekat rumah. Dia cakap tak nak ambil tahu pasal ni." Freddy menjawab tenang.

     "Okey biar aku pergi cari pengkhianat ni." Hezrick berura-ura ingin melangkah pergi namun ditahan Enrique.

     "Eh jangan. Biar aku je yang buat," kata Enrique sambil memegang lengan Hezrick.

     "Kau tunggu sini biar aku yang pergi." Hezrick menolak tangan Enrique.

     "Tak apa. Biar aku pergi. Aku dah biasa bunuh orang." Enrique mula melangkah dan kali ini giliran Hezrick pula yang yang menarik lengannya.

     "Kau jangan degil boleh tak? Aku boleh buat kerja ni. Bukan susah pun." Hezrick mula menggunakan nada tegas.

     Freddy mengurut dahinya yang terasa sakit. Hal seperti ini juga hendak dijadikan masalah?

     "Aku nak pe..." kata-kata Enrique dipotong Freddy yang bengang.

     "Pergi jelah babi! Dua-dua pergi mati sekali." Freddy melepaskan geramnya sebelum dia melangkah keluar.

     "Dia tu tiba-tiba je bendera merah." Enrique memandang Hezrick.

     Kereta yang dipandu Enrique dipakir dengan jarak tidak jauh dari sebuah rumah yang agak besar.

     "Olololo ada awek rupanya dia tu. Muka macam jamban tak sudah pun ada orang nak. Mesti hari-hari dia hulur duit pada perempuan tu." Enrique mula membebel melihat pasangan itu keluar dari rumah.

     "Muka kau lagi teruk daripada dia. Kau pun kaya tapi kenapa tak ada perempuan nak?"

     "Perempuan rimas nanti sebab aku tak matang lagi." Enrique merenung sisi wajah Hezrick.

     "Berhentikan kereta dia sebelah kita," arah Hezrick tanpa nada.

     "Kau tahu tak dalam tu ada Herith?" Enrique menjongketkan kedua-dua belah keningnya bersama senyuman lebar.

     "What?" Hezrick mengerutkan dahi. Dia terus melangkah keluar.

     "Apa yang kau buat dalam kereta dia?" Hezrick memandang adiknya yang duduk di tempat penumpang belakang.

     "Bukannya kau orang suruh aku bunuh lelaki ni? Aku nak bunuh dah dalam rumah tadi tapi tak sampai hati sebab bini dia baru beritahu ada baby dalam perut. Aku cuma nak teman dia orang ni pergi hospital. Nak ikut ke?"

     "Tapi aku tak ada arah apa-apa pun lagi." Hezrick menggeleng kecil.

     "Entah. Mungkin arahan tu aku dapat dari dalam mimpi tadi." Herith memegang dagunya bersama anggukan kecil.

     "Nak ikut." Enrique terus membuka pintu penumpang depan lalu masuk ke dalam.

     "Bye Ricky. Balik office terus tau," kata Herith, pedal minyak ditekan.

     Hezrick yang masih berdiri di situ hanya merenung belakang kereta yang bergerak laju. Orang suruh bunuh bukannya bawa ke hospital, sial.

     "Kita tak patut bertukar jadi baik macam ni. Hati kena kering bro." Enrique menoleh sekilas ke arah Herith yang memandu.

     "Aku memang baik dari dulu lagi. Tak pernah bunuh orang. Kau je perangai mengalahkan setan. Sebab tu perempuan pun lari bila nampak kau," jawab Herith.

     "Selama ni kau main bom tu kau fikir musuh yang kena tak mati ke?"

     "Luka-luka je. Bukan sampai mati pun. Kau tu yang selalu tembak kepala orang, fikir tak berdosa ke?" Herith menjeling lelaki itu

     "Tak tahu." Enrique menayangkan riak biasa sambil memandang hadapan.

     "Hey, ceritalah pada Enrique perkara sebenar. Aku risau kau tak sempat buka mulut je kat hospital nanti." Herith memandang cermin tengah yang memantulkan wajah bekas pekerjanya.

     "Macam tahu-tahu je aku dah bersiap sedia dengan ni." Enrique menunjuk botol kaca bersaiz jari kelingking kepada mereka bertiga.

     "Apa tu?" soal isteri pekerjanya.

     "Lepas kau telan ni, comfirm arwah." Enrique tersenyum jahat. Perempuan itu menelan air liur.

     "Aku tak buat apa yang kau fikir. Aku hantar surat berhenti sebab ada seorang lelaki cina ugut aku. Aku tak fikir apa dah selain keselamatan isteri aku," terang bekas pekerjanya.

     "Oh. Dah tahu lama dah," ujar Enrique bersahaja.

     "Habis tu kenapa kau tetap nak bunuh dia?" Herith mengerutkan dahi.

     "Saja, hobi." Enrique menjongketkan keningnya.

     Herith menghela nafas. Malang betul berkawan dengan si hati kering itu.

*****

     Ferliy menyusun botol air ke dalam peti ais yang terletak di hadapan bilik kerja suaminya. Tinggal sebotol lagi air yang berada di atas meja itu. Botol itu diambil lalu dimasukkan ke dalam peti ais.

     Apabila dia menoleh kembali ke arah meja tersebut, dahinya terus berkerut melihat lima botol air yang masih tersusun elok di situ. Bukankah tadi sudah habis?

     "Mana abang ni? Ferliy dah penatlah," kata Ferliy sendiri.

     Dua botol air tetap diambilnya lalu dibawa ke peti ais. Dia melangkah kembali ke arah meja itu sebelum tiga botol tersebut pula diangkat sekaligus.

     Pak!

     Botol yang berada di tangan kiri terjatuh ke lantai. Cepat-cepat dia berjalan ke arah peti lalu memasukkan lagi dua botol itu. Dia kembali meluru ke arah botol yang jatuh di lantai. Apabila dia menunduk untuk mengambil botol tersebut tiba-tiba lampu terpadam dan terbuka kembali.

     Ferliy terus berdiri kaku dengan mata yang membulat besar kerana terkejut. Botol itu pantas diambil. Matanya ditolehkan kembali ke arah meja, masih ada tiga botol air di situ.

     Jantungnya berkerja dengan laju. Peluh mula merenik di dahi. Terasa seram sejuk melihat lorong sunyi itu. Teringat pula akan cerita-cerita hantu yang telah ditonton terjadi di hospital. Benar-benar menyeramkan!

     "Tapi siang hari pun ada hantu ke?" soal Ferliy sendiri. Tiba-tiba lampu di lorong itu kembali tertutup membuatkan dia menjerit.

    "Abang!" Ferliy meninggalkan botol-botol itu dan berlari ke bilik pejabat Firaz. Dia akan menunggu sehingga suaminya tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience