Special II

Action Series 24641

     Selesai membaca do'a berbuka puasa, mereka semua terus menjamah makanan yang sedia terhidang di atas meja. Masing-masing kebulur kerana baru sehari berpuasa, pertukaran waktu makan membuatkan perut mereka berkeroncong hebat.

     Kuih karipap ayam terakhir dipegang oleh Enrique dan Herith secara serentak membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri.

     "Aku nak yang ni. Kau dah makan banyakkan?" soal Enrique pada Herith. Wajah lelaki itu direnung tajam.

     "Grrr aku pun nak..." Herith mengeram seperti anjing yang sedang marah.

     "Ingat aku takut dengan bunyi tu? Muka macam babi tapi buat bunyi anjing, tak padan tak padan..." Enrique menggeleng kecil, karipap itu masih tidak dilepaskan.

     "Potong dua jelah, apa yang susah sangat? Masing-masing dah besar, bukannya kecik macam dulu. Makanan pun nak berebut?" sampuk Freddy bersahaja.

     "Aku dengan dia tak boleh berdamai kalau berkaitan makanan," Enrique menggeleng kecil.

     "Aku dapat!" Herith mengambil karipap tersebut sebelum dia berlari ke ruang tamu.

     "Tak guna punya syaitan! Kenapa kau tak kena ikat huh sial?!" Enrique mengejar lelaki itu. 

     Freddy melepaskan keluhan kecil sebelum bebola matanya diputarkan ke arah Hezrick yang masih mengunyah makanan.

     "Bro," panggil Freddy sepatah. Hezrick mengangkat wajah membalas renungan Freddy.

     "Pergi terawih pukul berapa? Aku terlupa, risau lambat pulak kejap lagi." Freddy bangun, langkah diaturkan ke arah singki bersama pinggan di tangan.

     "Siap kemas ni kita geraklah. Dua ekor tu ada cakap nak ikut tak?"

     "Entah, tapi takkan Enrique tak nak? Aku punyalah excited nak pergi buat kali pertama ni." Selesai membasuh pinggan, dia terus beredar dari ruang itu.

     Enrique melanggar bahu Freddy dengan kuat.

     "Kau nak mati ke main langgar-langgar aku ni?" soal Enrique, sudahlah bengang dengan perangai Herith yang sungguh kebudak-budakan ingin berkejaran dengannya.

     "Nak pergi terawih tak? Baik kau pergi siap sekarang." Freddy terus membuka langkah, malas mahu bergaduh dengan lelaki yang tidak makan saman itu.

     "Nak!" Enrique berlari ke arah Freddy sebelum belakang bahu lelaki itu dilanggar kasar secara sengaja.

*****

     "Aku pandu kereta!" Enrique pantas melangkah ke kereta.

     "Anak-anak buah kau memang perangai celaka macam tu ek?" soal Freddy pada Hezrick.

     "Tak, spesis aku dengan dia berbeza. Dia anjing dan aku manusia, jadinya dia tu haiwan peliharaan yang aku selalu beri makan untuk jaga kawasan rumah."

     Isterinya tiada di ruang itu kerana menemani Hezrif yang kurang sihat di dalam bilik. Anaknya sering menangis sejak akhir-akhir ini.

     "Bermakna dia haiwan peliharaan aku jugaklah." Freddy mengangkat kedua-dua belah keningnya beberapa kali bersama senyuman lebar.

     "Taraf dia dengan anjing tu sama jadi kita tak perlu pelik."

     Hezrick menepuk belakang bahu Freddy. Tanpa membalas, Freddy melangkah pergi.

     Selesai bersalam dengan jemaah berdekatan, mereka melangkah keluar. Enrique melihat seorang lelaki tua duduk di sebuah bangku di hadapan masjid. Macam kenal saja orang tua itu.

     Dia melangkah ke arah pak cik itu sebelum tangan kanannya dihulurkan untuk bersalam, pak cik itu menyambut tetapi belum sempat Enrique mencium, pak cik itu menarik kembali tangannya. Tak guna betul!

     "Pak cik yang buang angin tadikan? Bunyi dia kuat masuk dalam telinga saya, bau apatah lagi, bau telur! Lepas tu pak cik tak berhenti? Ya Allah sah ke tak solat pak cik tadi? Nanti pak cik jawab sendiri kat akhirat." Sengaja dia mengambil tempat di sebelah pak cik itu untuk 'berbual panjang'.

     "Dosa aku, aku sendiri yang tanggung. Kau tak ada kena mengena dengan aku, budak. Pergi sana, aku nak berzikir ni," kata pak cik itu dengan gerakan tangan menghalau.

     "Eh kurang ajarnya pak cik ni main halau-halau pulak. Pak cik, saya tegur je tadi. Kenapa muka pak cik serius sangat? Bukan ke, kita saudara sesama Islam perlu bertegur sapa? Pak cik tak belajar ke semua tu?"

     "Penyibuk betullah kau ni. Kau tak belajar adab bercakap dengan orang tua ke? Aku ni dah tua, cuba hormat sikit. Kecik-kecik tak nak mati, bila besar menyusahkan orang." Mata lelaki tua itu merenung tajam wajah kacak Enrique.

     "Eh tak sedar diri! Kau yang mula-mula kurang ajar dengan ak..." Mulut Enrique pantas ditekup Hezrick yang berdiri di belakangnya sejak tadi.

     "Hmmmph! Pergi matilah orang tua tak guna! Hmmph!" Mulutnya terlepas seketika dek kerana rontaannya tetapi ditekup kembali oleh Hezrick. Freddy memegang kedua-dua belah tangan Enrique yang ingin dilayangkan ke arah wajah lelaki tua itu.

     Buk!

     Enrique menerajang tepat mengenai bahu kanan pak cik tersebut sehingga lelaki tua itu terandas ke belakang. Herith membulatkan mata kerana terkejut dengan tindakan drastik Enrique yang begitu tidak disangka.

     "Kau jangan buat hal, kita kat depan rumah Allah lagi ni." Herith cuba menenangkan Enrique yang nampak begitu panas dan ganas.

     "Sedap mulut kau mengata aku ya, budak? Rambut berkarat sana sini, nak jadi samseng taik kucing ke?" Pak cik itu mula berdiri menghadap mereka.

     "Lepaslah! Aku nak bunuh anjing ni. Memang orang yang tegur kau semuanya berdosa ke? Muka nampak alim tapi perangai macam binatang!" jerit Enrique kuat. Dia masih meronta-ronta meminta Hezrick melepaskannya.

     "Ya Allah, sabarlah sikit. Bulan puasa ni kan? Sudahlah!" Hezrick bertindak menolak kasar tubuh Enrique yang masih meronta menjauhi lelaki tua itu. Terdapat beberapa orang pak cik melihat pergaduhan mereka.

     "Sorry pak cik, iman dia tak kuat lagi tapi rambut dia original tau. Pak cik jealous kan sebab tak ada rambut macam tu? Jangan risau, isteri pak cik mesti setia walaupun muka suami dia hodoh macam pak cik ni. Lain kali kalau nak rasa kena tumbuk, bercakaplah lebih kurang ya. Jangan lupa!" Herith menarik Enrique yang masih merenung tajam wajah lelaki tua itu.

     "Bodohnyalah perangai. Aku tegur baik-baik tadi lepas tu dia jawab lebih kurang. Muka kerek nak mampus, elok tolak muka dia jatuh atas taik babi." Enrique hanya membebel geram sepanjang perjalanan mereka ke kereta.

     Tiba di sebuah kereta, Enrique berhenti melangkah sambil merenung belakang kereta tersebut. Kereta itu adalah milik lelaki tua tadi, hatinya masih panas memikirkan hal yang berlaku beberapa saat yang lepas.

     Cepat-cepat dia melangkah ke arah kereta mewah miliknya. Tangan mencapai sepucuk pistol sebelum kakinya dilangkah ke arah kereta tadi.

     Supp!

     Puff!

     Tayar kereta itu ditembak, bunyinya tidak terlalu kuat kerana muncung pistol telah dilekatkan silent mode. Herith hanya tersenyum sumbing melihat Enrique yang sedang berjalan ke arahnya bersama riak tidak bersalah.

     "Dia bernasib baik aku tak tembak empat tayar terus. Iman aku nipis tapi masih adalah sikit-sikit tu." Enrique terus masuk ke dalam perut kereta.

     "Masalah-masalah." Herith menggeleng kecil.

*****

     Hezrick melangkah masuk ke dalam bilik tidur, mata terus tertancap pada isterinya yang masih menepuk punggung kecil Hezrif walaupun dia nampak bayi lelaki itu sudah lena. Isterinya tidak perasankah?

     "Buat apa sayang?" Sudah lihat tapi masih mahu bertanya.

     "Goreng ikan."

     "Ikan? Ikan apa?" Hezrick melabuhkan punggungnya di birai katil.

     "Ikan Hez, tak nampak ke? Perempuan lain nampak pulak tapi anak sendiri tak nampak," kata Mikayla tanpa memandang suaminya.

     "Sayang nak bermadu ke?" Hezrick mula mencari masalah baru.

     Mikayla tidak membalas malah terus bangun dan berdiri di sisi katil menghadap Hezrick sebelum tubuh lelaki itu ditolak kuat sehingga terbaring.

     "Jaga mulut! Jaga hati! Jaga mata dan telinga semua! Jaga anak awak sendiri!" Mikayla menolak tubuh Hezrick supaya memberi ruang untuknya baring tetapi Hezrick langsung tidak berganjak.

     "Ke tepi sebelum saya buat sesuatu pada awak, Ricky."

     "Okay do it, now." Hezrick tersenyum manis, dia sudah dapat membaca apa yang akan Mikayla lakukan terhadapnya

     "Eee geramnya!"

     Mikayla menindih tubuh lelaki itu sebelum wajah Hezrick dikucup bertalu-talu dan Hezrick hanya tersenyum menadah wajah. Memang hal ini yang sering dilakukan Mikayla sekiranya gadis itu marah terhadapnya.

     Tiba-tiba Mikayla berhenti dari terus mencium wajah Hezrick membuatkan lelaki itu berasa hairan. Mikayla terus baring di ruang kecil membelakangi suaminya.

     "Sayang?" Bahu isterinya disentuh.

     "Hm..." Mikayla mula memejamkan mata.

     "Kenapa ni? Ada masalah, cerita pada abang."

     "Saya penat dan mengantuk. Esok saya tak payah ikut abang pergi office boleh tak? Nak duduk rumah, saya boleh jaga diri." Mikayla memalingkan tubuh menghadap suaminya. Mata mereka bersambung tepat.

     "Okey esok abang ambik cuti. Abang tak boleh tinggal sayang seorang kat rumah ni, bahaya."

     "Tapi macam mana dengan yang lain?" Mikayla mula memikirkan Enrique, Herith dan Freddy.

     "Yang lain kena kerjalah, abang je ambik cuti. Boleh spend time berdua kat rumah ni, betul tak?" Hezrick menyatukan tapak tangan mereka.

     "Abang pasti ke kita akan berdua je?"

     "Pretty sure," jawab Hezrick begitu yakin. Mikayla terus memeluk tubuh suaminya.

*****

     Herith menghela nafas panjang, dia sudah selesai memakai kasut tetapi baru teringat akan file bewarna biru yang dibawa balik semalam masih berada di dalam bilik. File itu penting untuknya menyiapkan tugas pada hari ini.

     "Bro, tolong ambilkan file biru atas katil bilik aku." Herith meminta tolong Freddy yang sedang memakai stoking di muka pintu.

     "Ambiklah sendiri. Kalau dah malas sangat nak tanggal kasut tu, kau redah je. Rumah Ricky ni memang kandang kambing pun," kata Freddy yang sudah berdiri sebelum dia melangkah ke kereta.

     "Betul jugak tu..." Herith mengangguk kecil sebelum dia melangkah masuk ke dalam tanpa menanggalkan kasut.

     Kakinya menuruni anak tangga dan berselisihan bahu dengan Hezrick yang sedang meniti anak tangga. Hezrick memegang lengan Herith, mata merenung lama kasut hitam dan berkilat pada kaki adiknya.

     "Kau pakai kasut dalam rumah? Kau fikir ni kawasan taman permainan binatang macam kau ke?" soal Hezrick tegas.

     "Bukan aku yang binatang, tapi kau! Babi!" Herith terus berlari menuruni anak tangga bersama senyuman lebar. Pagi-pagi lagi dah menyakitkan hati.

     "Gila." Hezrick terus meniti anak tangga. Tiba-tiba saja kena maki.

*****

     Kain tuala yang tersidai dicapainya sebelum punggung dilabuhkan ke atas katil menunggu suaminya siap memandikan Hezrif. Lama sungguh suaminya di dalam tandas.

     "Sayang!"

     Tiba-tiba terdengar bunyi suaminya memanggil. Apahal pula?

     "Ya, kenapa abang?" sahut Mikayla. Dia sudah berdiri di hadapan pintu tandas.

     "Sayang abang tak?" Tiba-tiba saja Hezrick bertanya tentang hal itu. Tidak kena dengan topik yang sepatutnya mereka bincangkan.

     "Abang cepatlah, anak tu tak boleh lama sangat mandinya."

     Hezrick hanya diam, sunyi saja tandas tanpa sebarang bunyi air mengalir. Buat apalah suaminya di dalam sana.

     "Sayang! Bukak pintu ni!" Hezrick berbunyi lagi.

     Mikayla terus membuka pintu tandas, terpampanglah Hezrick yang hanya berseluar pendek tanpa baju mendukung Hezrif. Hezrick menayangkan senyuman manis buat isterinya.

     "Kenapa lama sangat mandikan Hez?" Mikayla membaluti tubuh Hezrif menggunakan kain tuala.

     "Sebelum mandikan tadi abang main dulu dengan dia sebab tu kut jadi lama. Hari ni semua kerja rumah abang buat tau tau..." ujar Hezrick sambil memasang butang baju anaknya.

     "Eh saya yang tak puasa, abang pulak nak buat kerja. Tak apa saya boleh..."

     "Abang nak cari pahala lebih, duduk diam-diam jaga Hez, okey?" Hezrick memotong kata-kata isterinya. Teragak-agak Mikayla mengangguk.

     Beberapa jam kemudian...

     "Bro!" Herith mengoncang-goncang bahu Hezrick yang sedang tidur di sofa.

     "Hm..." sahut Hezrick tanpa mencelik mata.

     "Mana Kayla?!" jerit Herith lagi, sengaja ingin menganggu abangnya.

     "Tidur." Hezrick mengiring membelakangi Herith yang berdiri di sisi sofa.

     "Pintu bilik kau terbuka tadi, aku masuk jelah tapi Kayla tak ada. Aku dah cari satu rumah pun tak ada, kena culik kut. Kau tak risau ke? Tch tch tch... Malang betul nasib Kayla ada suami lembab macam kau ni." Herith menggeleng kecil.

     "Apa?!" Hezrick terkejut lalu bangun dan berdiri bersama mata yang membuntang.

     "Betul Ricky, aku dah check setiap sudut rumah, dalam lubang jamban pun aku tengok tadi, tak ada!" Dengan penuh keberiaan dia bercerita sehingga bulat-bulat matanya ingin menyakinkan lelaki itu.

     Dengan riak cuak, Hezrick melangkah meluru ke arah biliknya. Memang tiada kelibat Mikayla dan anaknya di dalam bilik itu. Ke mana pula mereka pergi? Telefon bimbitnya dicapai sebelum nombor telefon Enrique didail.

     Tutt tutt...

     "Bini aku mana?" Terus Hezrick bertanyakan tentang hal itu sebaik sahaja talian bersambung.

     "Huh? Apa lu bilang? Ini bukan wa punya telefon mah!" jawab seseorang sebelum talian mereka putus. Yang pastinya itu bukan suara Enrique.

     "What the hell, man? Kau sedekahkan handphone kau kat siapa pulak ni? Oh mentang-mentanglah baru dapat gaji pagi tadi! Sial punya jantan!" Bila dilihat nombor yang didailnya tadi, memang benar itu adalah nombor milik Enrique.

     Hatinya resah memikirkan Mikayla dan Hezrif, entah siapa yang telah menculik mereka? Dia pasti akan bunuh musuhnya itu, berani lelaki itu mencari masalah dengannya!

     "Bulan puasa ni, niat dalam hati tu dah salah. Mencarut kat orang berganda-ganda dosa. Sedih betul hidup kau ni, Ricky." Ustaz Herith mula berbicara. Seperti dia tahu apa yang bermain-main di fikiran abangnya.

     "Baik kau bagitahu, mana bini dan anak aku?!" Hezrick mula tidak terkawal. Firasatnya kuat mengatakan bahawa ini adalah helah si anjing-anjing comel yang ingin mengenakannya.

     "Huh? Sekarang kau nak salahkan aku?! Hey sedar sikit, aku yang kejut kau bangun tidur tadi. Apa guna kau ambik cuti duduk kat rumah kalau seekor Kayla dan anaknya pun kau tak pandai jaga?!"

     Mata Hezrick menikam tajam wajah adiknya yang masih berdiri di sisi sofa. Dia rasa, telinganya tidak tersalah dengar, kurang ajar betul adiknya yang seorang ini. Nasib baiklah tiada jiran berdekatan mereka. Bergegar rumah besar ini dek jeritan Herith. Entah puasa ke tidak budak seorang ini.

     "Eh silap, serumpun... eh sebiji atau seketul? Serumpun Kayla, sebiji Kayla, seketul Kayla... eh?" Herith berperang dengan akal fikirannya yang tiba-tiba berhenti berpusing. Mungkin kerana perutnya terlalu lapar.

     "Pergi minum air sana, biar oksigen masuk dalam otak kau yang lembab tu! Duduk sangat dalam aircond lama-lama, otak pun dah jadi beku," bebel Hezrick sambil menekan-nekan telefon bimbitnya mencari rakaman kamera litar tertutup.

     Tiada apa yang mencurigakan selain isterinya yang sedang membancuh susu untuk anak mereka. Tiba-tiba isterinya hilang sekelip mata membuatkan dahi Hezrick berkerut.

     "Benda apa yang jadi sampai bini aku hilang tiba-tiba ni?!"

     "Entah tapi sumpah bukan aku yang buat. Aku baru je balik dari office, kau tahu tak anak Kak Esah tu comel gila-gila tapi perangai memang gila. Dia makan aiskrim depan aku, sial! Aku dahlah tengah puasa tiba-tiba aku rasa nak mati kat office tadi. Berair air mata aku fikir pasal aiskrim tadi tu hurm... kau tak kesian ke? Aku lapar sa..." Terkejut beruk dia melihat Hezrick menghulur sepucuk pistol kepadanya.

     "Huh? Kau nak aku buat apa ni?" soal Herith cuak.

     "Tembak kepala sendiri. Jom" Hezrick terus melangkah meluru ke arah pintu utama.

     "Eh berdosa! Nak pergi mana? Mana Fred dengan Enrique? Tak nak ajak dia orang sekali ke? Kenapa naik kereta kau? Tapi kenapa nak tinggal kereta aku? Ricky! Aku cakap dengan kau ni, kenapa tak nak jawab? Kenapa tengok aku macam tu? Kenapa dan kenapa?" Suaranya semakin perlahan setelah melihat anak mata bewarna oren bercorak kuning itu menikam tajam wajahnya.

     "Dah habis?" soal Hezrick pendek.

     "Tttak lagi, tapi... Aku takut nak sambung. Hurm tak nak cakap dah lepas ni..." Herith menunduk memandang lantai. Tahu erti takut rupanya lelaki ini.

     "Bercakaplah selagi kau ada mulut. Jangan takut, okey?" Kepala adiknya diusap lembut beberapa kali. Tidak guna dia berkasar dengan anak anjing yang jinak seperti Herith.

     "Okey! Lepas tu, tadi aku lalu depan bazar, bau makanan fuh. Otak aku masa tu stop terus sampai bunyi hon kereta kat belakang buat aku sedar, gilalah masa tu aku lupa nak tekan minyak!" Herith masih lagi membebel tentang apa yang terjadi terhadapnya pada hari ini dan Hezrick pula hanya memekakkan telinga.

     Location kereta Enrique berada di sebuah kawasan tempat letak kereta di pasar, yang menghairankan, apa yang lelaki itu buat di situ?

     Matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki sedang mendukung bayi. Dia terus melangkah keluar dari perut kereta tanpa menghiraukan Herith yang masih membebel sejak dari mula perjalanan mereka. Entah apa lagi kejadian malang yang menimpa adiknya itu. 

     "Ricky? Kau buat apa kat sini?" Freddy menegur Hezrick yang tiba-tiba mengambil Hezrif daripadanya.

     "Sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu. Kau culik bini dan anak aku lepas tu bawak pergi tempat macam ni, kau dah gila ke?" soal Hezrick tegas.

     "Dosa besar ke bawak Kayla pergi bazar? Lagipun dia dah beritahu tadi, kau yang tak sedar. Tak elok bulan puasa macam ni tidur lama-lama bro, risau nanti kau punya roh pergi jilat air dalam lubang jamban tanpa kau sedar, kan dah batal puasa tu." Freddy mengukir senyuman nipis.

     "Jauh sangat kau fikir. Sekarang ni mana bini aku? Bahayalah bawak dia pergi tempat yang ramai orang macam ni." Mata Hezrick diliarkan ke kawasan sekeliling yang mempunyai ramai manusia sedang mencari makanan untuk berbuka.

     "Kalau betul dia jodoh kau, nampaklah. Tapi kalau kau tak nampak dia, bermakna kau kena lepaskan dia untuk orang lain," jawab Freddy bersahaja. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

     "Okey dah nampak." Tubuh Mikayla yang berdiri di sisi Enrique sedang menghulurkan duit pada seorang mak cik berada tidak jauh dari mereka. Kakinya terus diaturkan ke arah gadis itu.

     "Amboi kuatnya jodoh," celah Herith yang sudah berdiri di sebelah Freddy beberapa saat yang lepas.

     "Biasalah tu, sayang bini. Kau je yang buta untuk pandang aku depan mata..." kata Freddy bernada biasa sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Herith yang masih terpinga-pinga.

     "Wait... what?" Dahi Herith berkerut teruk memikirkan ayat Freddy. Apa yang lelaki itu merepek?

     "Eh aku sayang kaulah Fred!" Herith mengejar langkah lelaki itu.

     "Hm." Freddy hanya melangkah tanpa menoleh ke arah Herith.

     "Buka puasa kat luarlah kalau macam ni. Ya atau tak?" Mikayla meminta jawapan daripada suaminya.

     "Jangan jadi lembab. Aku tahu kau tengah lapar. Jawab je ya, macam best buka puasa ramai-ramai macam ni. Kalau kau tetap tak nak, tak apa tapi macam biasalah, aku nak jadi suami Kayla untuk sehari." Si bermulut puaka mula bersuara.

     "Tak sedar diri," ujar Hezrick perlahan.

     "Eh pak cik! Handphone aku tadi mana?" Tiba-tiba Enrique memanggil seorang lelaki tua berbangsa cina yang berjalan melintasi mereka.

     Lelaki cina itu tidak menjawab malah terus menghulurkan telefon bimbit milik Enrique.

     "Thank you ah." Enrique menyambut huluran itu.

     "Sekarang ni, kenapa kau bagi dia pegang handphone?" soal Hezrick yang berasa hairan.

     "Aku malas nak dengar anjing menyalak kuat-kuat bulan puasa macam ni risau nanti mood aku terbang dan habis Kayla, anak kau, Fred semua ikut sekali terbang," jawab Enrique bersahaja.

     Mikayla dan Herith tergelak kecil manakala Freddy dan Hezrick hanya diam tanpa ada niat untuk membalas. Biarlah, lelaki itu hanya menginginkan kebahagiaan.

*****

     Beberapa minggu kemudian...

     "Esok raya!" jerit Enrique dan Herith serentak setelah mendengar ucapan panjang lebar di kaca televisyen.

     "Bisinglah! Raya je pun." Freddy bersuara sambil menutup kedua-dua belah telinganya.

     "Kau memanglah! Bodoh tak ada hati dan perasaan gembira semua tu! Jangan banyak cakap. Kawan-kawan kau dah terlepas malam ni, pergi berbual dengan binatang-binatang tu semua!" Enrique masih lagi terjerit-jerit seperti orang gila.

     "Patutlah." Hezrick yang berdiri di sisi sofa mengangguk kecil.

     "Kenapa? Hez nak join main bom jugak ke kejap lagi?" soal Herith.

     "Bukan. Syaitan yang melekat pada Enrique pun dah terlepas, kau tengok dia tu. Otak letak kat mana entah." Hezrick menjuihkan bibirnya ke arah Enrique yang masih terlompat-lompat di atas sofa seperti monyet kelaparan.

    "Esok raya bro! Esok raya! Esok raya!" jerit Enrique dengan nada yang lebih kuat dari tadi.

     "Serabutnyalah babi ni!" Freddy memejamkan matanya mendengar bunyi jeritan nyaring yang begitu hampir dengannya.

     "Biasalah, first time bro! Lepas sebulan aku berjaya puasa penuh dan sekarang, aku dapat nikmati suasana hari raya yang sebenar. Sebelum ni tumpang sambut raya dengan Ricky, tapi esok..." Enrique memegang kedua-dua belah pipinya bersama senyuman keriangan dan mata yang bersinar-sinar teringatkan hari esok.

     "Esok aku raya!" sambungnya lagi sebelum dia menggoncang kedua-dua belah bahu Freddy.

     "Iye aku tahu tu, tapi janganlah sampai macam ni. Ada yang tak sempat raya esok karang," kata Freddy.

     "Kenapa tak boleh raya? Esokkan raya? Apa yang akan jadi pada hari raya? Kenapa kau macam tak suka raya? Mana mercun malam raya? Kau tak nak main bunga api raya ke? Oh jangan cakap tentang raya." Sengaja Enrique menekankan perkataan raya untuk menyemakkan lagi otak Freddy. Siapa suruh layan Enrique, dia kan gila.

     "Tak sempat raya sebab mati kena bunuh dengan aku. Kau ni serabutlah! Pergi masuk bilik sana!" Freddy sudah seperti bapak-bapak memberi arahan pada anaknya.

     "Tak nak masuk bilik tapi nak pergi main mercun. Jom Herith, kita hancurkan rumah ni pulak," ujar Enrique sebelum dia melangkah pergi.

     "Habislah rumah aku, bini aku dan anak aku." Hezrick mengekori langkah mereka berdua tanpa dia tahu sebabnya.

     Boom! Boom! Boom! Boom!

     "Baling sikit-sikit sudahlah! Kau ganggu keluarga babi nak tidur dalam hutan!" marah Hezrick yang duduk di bangku tepi kolam.

     "Kaukan babi, rasa terganggu tak?" soal Enrique pada Hezrick bernada menganjing.

     "Nak buat dosa, buat seorang. Jangan ajak aku sebab aku dah malas nak masuk campur dengan manusia bermulut celaka macam kau ni." Hezrick menghela nafas.

     "Sini aku tunjuk manusia celaka yang sebenar." Enrique terus membaling sebutir bom tangan ke arah Hezrick. Herith membuntangkan mata, adakah abangnya akan mati pada malam raya ini?

     "Babi!!" Menggelabah Hezrick bangun lalu menyepak sebutir bom itu seperti dia sedang bermain sepak takraw, mengena dengan tepat sekali! Bom itu terbang melayang ke arah Herith dan Enrique.

     "Kau nak mati ke sial!" Herith menarik lengan Enrique yang nampak teruja melihat sebutir bom terbang ke arahnya sebelum mereka berdua terjatuh di atas rumput.

     Boom!

     "Argh! Telinga aku!" Herith mengerang kesakitan. Bunyi bom tadi begitu kuat memasuki gegendang telinganya.

     "Ya Allah!" Enrique menyentuh darah pada telinga Herith. Hezrick membuntangkan matanya.

     "Kenapa ni? Saya baru nak join main bom," ujar Mikayla yang sudah berdiri di sebelah suaminya. Hezrick terus berlari ke arah Herith tanpa menjawab pertanyaan Mikayla. Biarlah, dia ada mata, tengok sendiri bala apa pula yang terjadi.

     "Teruk ni. Kau dengar suara aku tak?" Enrique memegang kedua-dua belah pipi Herith. Herith hanya diam bersama mata yang terkelip-kelip membalas renungan Enrique.

     "Oh shit! Dia dah pekak! Habislah, lepas ni siapa nak ikut aku buat kerja celaka macam baling bom kat anak Ricky pulak?!" jerit Enrique bengang. Dia menayangkan riak tertekan sambil meramas rambutnya yang sudah kelihatan seperti bulu beruang.

     "Memang aku sengaja nak buat macam tu tapi aku tak expect akan jadi sampai macam ni." Mahu mengenakan Enrique tetapi terkena adiknya pula.

     "Semua salah kau Rikcy! Semua sekali! Kau punca segalanya, kau memang abang tak guna!" pekik Enrique. Jari telunjuknya menunjuk-nunjuk wajah Hezrick.

     "Eh bukannya kau ke yang mula-mula main bom then campak kat Ricky?" sampuk Freddy tenang. Herith dibangunkannya dan mereka terus melangkah ke arah kereta.

     "Hm bermakna, aku pun bersalah jugak. Herith! Jangan mati lagi, kau dah janji nak raya sama-sama esok!" Enrique mengejar langkah Freddy dan Herith.

*****

     Hari raya menggembirakan sesiapa saja yang menyambutnya tetapi ada juga yang sedih kerana teringatkan orang tersayang sudah pergi menghadap Ilahi. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

     Hezrick dan Mikayla terbangun lewat pada hari ini, padah tidur selepas subuh. Menggelabah mereka menyiapkan diri masing-masing.

     "Eh kejap! Butang baju abang ada kat saya ni." Mikayla berlari anak mendapatkan suaminya yang sudah melangkah keluar dari bilik.

     "Abang!"

     Hezrick berhenti menuruni anak tangga sebelum tubuhnya berpaling ke belakang.

     "Sayang panggil abang? Dah lewat sangat-sangat ni, mesti sesak kat masjid nanti."

     "Tak handsomelah tanpa butang baju." Mikayla terus memasang butang-butang itu pada baju melayu Hezrick.

     "Kena ada butang dulu baru nampak handsome ek?" celah satu suara yang berada di belakang mereka berdua.

     "Merepek lepas solat nanti ya. Pergi cepat!" Mikayla mengarah lelaki-lelaki itu dengan nada tegas.

     "Yeah thanks sayang." Hezrick meneruskan langkah.

     "Kayla..." Enrique masih lagi tidak berganjak. Mikayla mengangkat sebelah keningnya.

     "Jaga rumah okey? Aku dah cakap yang Ricky tu tak peduli pun tentang kau. Boleh tengok tadikan? Dia tak pesan macam yang aku pesan pada kau," kata Enrique bersahaja.

     "Hari raya pertama pun dah buat dosa ya?"

     "Kejap lagilah aku mintak maaf dengan dia. Bye!" Enrique menuruni anak tangga sepantas kilat mengejar langkah Hezrick.

     Tiba di masjid, mereka berdua menyapa Herith dan Freddy yang sudah duduk di saf belakang.

     "Kau tinggal aku dengan Ricky!" Enrique menepuk-nepuk kasar belakang bahu Herith dan Freddy.

     "Kau ya..." Kata-kata Herith pantas dipotong Freddy.

     "Diam," kata Freddy perlahan namun kedengaran cukup tegas. Enrique dan Herith terdiam.

*****

     Mikayla tersenyum kecil melihat anaknya yang sudah mula menyebut Mimi (Mummy) beberapa kali. Anaknya sering membebel kecil, entah apa perkataan lain yang disebutnya.

     "Pandai anak mummy." Hidung Hezrif yang berumur tujuh bulan itu dicuit lembut.

     "Anak daddy pun pandai." Giliran Hezrick pula mencuit hidung anaknya.

     "Saya dah mintak maaf, kawan-kawan abang dah?" soal Mikayla.

     "Sayang ingat dia orang jenis makan saman ke nak mintak-mintak maaf bagai?"

     "Erm memang dari dulu buat perangai macam tu, teruknya..." kata Mikayla yang seperti tidak percaya.

     "Bukan teruk yang biasa-biasa, tak dididik dari kecik macam tulah jadinya."

     "Ha ah memang kau salah didik pun. Nama je ketua, tapi otak sempit. Mesti dari lahir mama susah nak jaga anjing liar macam kau ni," sampuk Enrique yang sudah mengambil tempat di salah sebuah sofa ruang tamu.

     "Betul betul betul. Kesian mama..." celah Herith pula.

     "Aku okey lagi ingat mama, kau? Langsung tak call tanya khabar semua tu. Kalau macam tu manusia jenis apa pulak? Iblis?" soal Hezrick bernada sinis.

     "Kecohnya! Nak call lah ni." Herith menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     Tut tut..

     "Mama!" Tiba-tiba Herith menjerit setelah talian mereka bersambung.

     "Kau video call?" soal Hezrick ingin tahu. Herith mengangguk laju lalu menghalakan skrin telefon bimbit itu ke arah Hezrick, terpampanglah wajah Puan Mary Sophie memenuhi ruang skrin.

     Hezrick mengukir senyuman sambil melambai-lambai ke arah Puan Mary, kemudian dia mengangkat pula Hezrif untuk ditunjukkan pada wanita tua itu.

     "Nak banggalah tu ada anak comel. Tunggulah anak aku pulak nanti." Herith terus menghalakan skrin itu pada wajahnya.

    "Selamat hari raya mama. Herith nak mintak maaf sebab banyak susahkan mama sejak dari Herith dalam perut lagi. Masa tu Herith tak sengaja nak tendang-tendang perut mama. Mesti sakit kan mama? Herith tak boleh dah nak tendang dalam perut mama tapi Herith masih boleh tendang depan-depan... eh tak... Herith mintak maaf sebab curi kereta papa masa Herith lari ikut abang dulu. Okey tu je, giliran mama pulak mintak maaf kat Herith." Herith menayangkan senyuman lebar sehingga menampakkan sebaris gigi putihnya.

     "Kau sial apa? Kenapa mama nak kena mintak maaf dengan kau sedangkan kau yang banyak buat dosa dengan dia?" soal Freddy yang sedikit tidak berpuas hati mendengar kata-kata Herith.

     "Sedar tapi... Yang tua dan muda semua kena mintak maaf, kan? Cepat mama, Herith tunggu ni. Biarkan Fred yang macam lalat tu, tahu nak menganggu kita je," kata Herith.

    "Fuck," carut Freddy perlahan.

     "Mama! Tengok Fred mencarut ni! Hari raya pertama pun dah buat dosa. Mama ceramah banyak-banyak kat dia ni." Skrin telefon itu dihalakan pula ke arah Freddy yang duduk di sebelahnya.

     "Selamat hari raya mama. Fred mintak maaf kalau ada terkasar bahasa. Fred... rindu mama." Freddy mengukir senyuman manis merenung wajah Puan Mary.

     "Selamat hari raya juga Fred. Mama tak ambik hati pun. Jaga diri kat sana tu ya, ada masa datang tengok mama kat sini..." ujar Puan Mary bersama pelat melayunya. Freddy mengangguk beberapa kali. Enrique merampas telefon bimbit Herith.

     "Mama! Selamat hari raya! Mama jangan risaukan anak-anak mama kat sini sebab Enrique dah jaga semua dengan baik. Enrique bedal je kalau anak-anak mama degil sangat, tapi yang seorang ni Enrique tak boleh buat apalah mama, dia terlampau degil." Enrique tersenyum jahat.

     "Siapa yang degil sangat tu? Biar mama pulas-pulas telinga dia nanti," jawab Puan Mary.

     "Anak sulung mama yang dah kahwin tulah. Perangai tak sudah, kalau kacak tak apa jugak. Ni muka macam biawak komodo. Mama tolong Enrique didik anak mama tu ya? Tahun depan kami datang rumah mama, tunggu..." Telefon bimbit itu kembali dirampas Herith tanpa sempat Enrique menghabiskan kata-katanya.

     "Lebih-lebih pulak! Aku tak puas lagi cakap dengan mama." Herith terus beredar dari ruang itu bersama telefon bimbitnya.

     "Kau nak mati ke?" soal Hezrick bernada tegas bersama mata yang merenung tajam wajah Enrique.

     "Kau tanya aku ke tanya Fred?" Enrique menjawabnya dengan soalan.

     "Kau," jawab Hezrick sepatah.

     "Kalau aku nak mati pun, bukan kau nak bunuh. Mulut dah lebih kurang macam burung murai tapi kosong. Semua yang keluar dari mulut kau adalah kosong, Ricky." Enrique menayangkan senyuman sinis. Dia menekankan perkataan kosong.

     "Err saya dah siap. Jom gerak sekarang?" celah Mikayla yang ingin menamatkan ketegangan itu. Hezrick menoleh ke arah isterinya lalu dia bangun bersama Hezrif yang berada dalam gendongan.

     "Dia malas nak bergaduh. Lebih baik diam, kalau tak boleh nak diam sangat, elok kau jahit je mulut tu biar bisu terus. Jangan jadi anjing," kata Freddy bersahaja.

     "Tapi kenapa anjing? Banyak lagi haiwan lain contohnya unta, kerbau, gorila dan kura-kura. Pilih jelah mana-mana. Bosan dah aku dengar anjing, anjing, anjing." Enrique membontoti langkah Freddy.

     "Tengok cermin tu." Freddy berhenti betul-betul di hadapan cermin panjang yang terlekat pada dinding bersebelahan dengan pintu utama.

     "Kacaknya! Hye, can I get your phone number?" soal Enrique bersama riak yang disangkakan kacak. Rambutnya digosok-gosok beberapa kali menjadi berserabut.

     "Muka kau macam anjing," kata Freddy bernada biasa sebelum dia melangkah keluar.

     "Kat mana yang anjingnya?" Enrique mengerutkan dahi bersama mata yang merenung dirinya melalui pantulan cermin.

     "Bulu tak ada, hidung pun mancung, bibir nipis macam ni kira menawanlah, telinga pulak biasa je." Enrique mencucuk-cucuk pipinya sendiri.

     "Rambut kau macam bulu anjing sebab selalu tukar-tukar warna. Hijau, putih, biru, unggu, kau fikir kacak ke?" soal Herith yang berada di belakangnya.

     "Rambut ori akulah ni!" Enrique menarik-narik rambutnya yang bewarna putih susu bercampur coklat gelap.

     "Dah ni benda? Ni lagi, lepas tu ni." Herith menunjuk kesan-kesan warna asing pada rambut Enrique seperti hijau dan unggu.

     "Sikit je. Baru nampak jahat bro!"

     "Patutlah selama ni bila aku berjalan dengan kau dalam mall, pergi makan, orang pandang pelik kat aku." Herith menghela nafas kecil.

     "Biarlah itu dia orang punya hal. Biarkan mereka berkata-kata, nanti bila dah bosan tu diamlah. Tapi kalau dapat kat aku, memang aku tembak dia kat situ jugak. Aku tak kira, mati tetap mati." Enrique mula tersenyum jahat.

     "Sebenarnya orang pelik tengok aku berjalan dengan anjing dalam mall. Kau kena faham yang tu bro, tabahlah." Herith meninggalkan Enrique yang masih terpinga-pinga di situ.

*****

     Mereka menyalami Encik Anuar dan Puan Qamaria sebelum mengambil tempat di kerusi meja makan. Masing-masing teruja ingin menikmati masakan rendang ayam yang dimasak Puan Qamaria.

     "Apa yang jadi semalam memang bodoh! Ricky bodoh! Fred bodoh! Kayla bodoh! Herith pulak ketua segala bodoh!" Enrique hanya tahu maki saja apabila teringat tentang kejadian malang semalam.

     Pak!

     Kepala Enrique dipukul Encik Anuar menggunakan sudu yang sudah dicelup kuah rendang membuatkan lelaki itu membulatkan mata kerana terkejut. Habislah rambutnya! Wajah tenang Encik Anuar direnung lama, nak saja dia tumbuk-tumbuk wajah lelaki ini. Dia terus bangun dan meluru ke arah tandas tanpa berkata-kata.

     "Padan muka!" Herith menganjing Enrique tetapi lelaki itu hanya mengendahkannya. Semua di situ meneruskan sesi makan seperti biasa.

     "Apa yang terjadi semalam?" Soal Puan Qamaria ingin tahu.

     "Semalam budak-budak ni main mercun, lepas tu entah macam mana boleh terbaling dekat sangat. Berdarah telinga Herith ni tapi..." kata-kata Hezrick pantas dipotong Herith.

     "Tapi sebenarnya darah palsu. Semua tertipu dengan aku hahahaha!" Herith melepaskan tawa jahatnya sehingga bersembur-sembur makanan.

     "Eeeyek, aku tak terkena pun. Aku saja nak tengok reaksi kau bila aku nak bawak kau pergi hospital. Jangan perasan, okey? Aku susah nak percaya muka penipu besar macam kau ni," ujar Freddy panjang lebar sebelum ketupat disuap masuk ke dalam mulut.

     "Bazir masa aku ikut pergi hospital. Padahal tak serious mana pun! Kau bayar balik titisan air mata aku semalam!" Tiba-tiba Enrique membebel sambil mengambil tempat di meja makan itu lalu dia menyambung makan.

    "Kawan abang, semuanya pelik-pelik." Mikayla merenung sisi wajah suaminya lama.

     "Sayang pun dah terikut sekali jadi pelik," kata Hezrick pula.

     "Pelik-pelik pun saya bahagia ada keluarga macam ni."

     "Iye sayang. Tak rugi terima lamaran abang dulu." Hezrick tergelak kecil. Mikayla melabuhkan sebelah pipinya pada bahu lelaki itu bersama senyuman manis.

     Masalah yang berlaku tidak kira masa sehingga menyebabkan pergaduhan kecil telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Seteruk mana pun perangai dan mulut mereka semua, penilaian dari keikhlasan hati adalah segala-galanya.

Tamatlah sudah special chapter I'm yours!

Jika berminat boleh follow instagram MrHazreyz untuk mendapatkan perkembangan atau cerita baru.

Instagram: Mrhazreyz

Siri kedua bertajuk THE MAFIA dah keluar!

Terima kasih sangat-sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience