Bunyi deruman kereta yang kuat kedengaran membuatkan beberapa pasang mata menoleh ke arah bunyi tersebut, kelihatan dua buah kereta sport dipakirkan tepat di hadapan kereta mewah milik Hezrick dan Freddy.
Dua orang lelaki keluar dari perut kereta masing-masing dengan penuh bergaya. Hezrick dan Freddy memandang satu sama lain, nampaknya inilah tetamu istimewa yang gadis-gadis di dalam kelab tadi tidak sabar untuk berjumpa.
"What's up?" Sapa salah seorang daripada mereka. Freddy mengangkat sebelah tangan kanannya sebagai tanda sahutannya kepada sapaan itu.
Bebola mata lelaki itu diputarkan ke arah Hezrick yang sedang bersandar di sisi kereta, kepalanya dianggukkan tanda mengerti sebelum dia membuka langkah menuju ke arah pintu utama kelab.
"Kenal?" Soal Freddy ingin tahu.
"A.H? Kenapa lens kita tak dapat detect identiti dia yang sebenar? Semuanya no info." Hezrick merenung belakang tubuh A.H yang kian menjauh.
"Lelaki sebelah dia tadi pun A.H group," sambung Hezrick lagi.
"Tinggi jugak dia punya level teknologi. Lebih baik kau suruh Enrique tukar otak dia sebelum apa-apa terjadi," ujar Freddy diiringi tawa kecil.
"Lepas ni, Enrique akan jadi mangsa keadaan. Biar dia mati terus sebab terlampau penat." Hezrick melepaskan tawa besar. Freddy mengangkat thumbs up bersama senyuman jahat terukir di bibir.
"Jom masuk."
Risau pula akan keadaan Mikayla di dalam walaupun Enrique dan Herith bersama gadis itu. Kakinya dilangkah maju ke hadapan manakala Freddy mengekor tanpa sebarang kata.
Mikayla melihat susuk tubuh Hezrick melangkah masuk ke dalam ruang itu tanpa menoleh ke arahnya, pasti lelaki ini datang bersama gadis yang dimaksudkan Mikhail petang tadi.
Dia menyusup masuk ke celahan orang ramai bagi mengekori langkah Hezrick, tetapi bila difikirkan balik, mengapa pula dia ingin tahu lelaki itu bersama siapa? Dia cemburukah? Semua itu sudah tidak dipedulikan, yang penting ketika ini, siapakah si gerangan yang dimaksudkan?
Dia melangkah ke hadapan tanpa sedar seorang lelaki bertopeng hantu sedang mengekorinya dari arah belakang, lelaki itu juga bergerak secara perlahan-lahan seperti sedang bermain sembunyi-sembunyi.
"Perempuan ni nak pergi mana ya?" Soal lelaki itu sendiri, kakinya tetap dilangkah ke hadapan.
Mikayla berhenti kemudian bersembunyi di sebalik tiang yang besar. Kelihatan Hezrick sedang duduk bersama Freddy di salah sebuah meja yang terletak di hujung sudut.
"Mana perempuan tu? Tak mungkinlah kalau dia tak ada dekat sini..." Kata Mikayla sendiri.
"Perempuan yang mana?" Soal lelaki yang sudah berdiri di belakangnya.
Mikayla tersentak mendengar suara garau yang kedengaran kuat memasuki lubang telinganya itu. Dan apabila dia berpaling ke belakang...
"Bah!" Herith menyergah Mikayla membuatkan gadis itu menjerit dengan begitu nyaring.
Herith membulatkan matanya setelah mendengar jeritan itu sebelum dia menekup mulut Mikayla menggunakan tangan kanan manakala tangan kirinya menolak tubuh gadis itu rapat ke dinding agar Hezrick tidak perasan akan kedudukan mereka.
"Hmmph... hmmph!" Mikayla tetap menjerit ketakutan melihat lelaki bertopeng hantu di hadapannya itu.
"Diamlah, ni aku!" Marah Herith seraya menanggalkan topeng hantu di wajahnya.
Mata Mikayla sudah mula berair, dari mana Herith datang? Tiba-tiba sahaja berada di sebelahnya, topeng muka hantu itu kelihatan begitu menyeramkan.
"Ehem."
Bunyi deheman seseorang membuatkan mata Herith membulat besar melihat susuk tubuh tegap Hezrick berada di hadapan mereka. Mikayla membuka langkah untuk beredar namun lengannya lebih pantas ditarik Hezrick.
"Kenapa ni?" Soal Hezrick berbaur kerisauan.
"Kenapa apa? Awak pergilah dekat perempuan tu!" Dengan beraninya sepasang mata Mikayla menentang pandangan Hezrick.
"Perempuan? Perempuan mana?" Hezrick mengerutkan dahinya.
"Perempuan tu Freddy kut..." Ujar Herith bersahaja, risau sekiranya Mikayla membuka topik petang tadi.
"Awak dah berasmara dengan dia dan sekarang awak buat-buat tak ingat?" Kata Mikayla sinis.
"Aku berasmara dengan Freddy? Kau gila ke?" Hezrick menggengam erat pergelangan tangan Mikayla.
"Awaklah gila!" Mikayla menepis genggaman tangan Hezrick yang melekat di lengannya namun tepisannya itu langsung tidak memberikan sebarang kesan terhadap Hezrick.
Tanpa banyak kata, Hezrick menunduk, lengan kanannya merangkul pinggang Mikayla kemudian tubuh gadis itu diletakkan ke atas bahunya. Posisi yang amat mudah untuk dia membawa Mikayla ke tempat yang tidak terlalu sesak.
Mikayla menjerit kecil. Tangannya memukul-mukul belakang tubuh lelaki itu. Sungguh tidak disangka Hezrick akan mendukungnya di hadapan orang ramai seperti ini.
"Eh dosalah buat macam tu..." Ujar Herith sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hezrick endahkan adiknya itu.
"Turunkan saya!" Mikayla mula mencakar belakang tubuh Hezrick.
"Saya nak turun!"
"Saya tak nak bercakap dengan awak!"
"Saya tak nak pandang muka awak!"
"Diam sayang, orang dah pandang lain dekat aku ni..." Kata Hezrick perlahan.
"Orang pandang awak, bukan saya!"
"Perut saya rasa geli..."
"Saya rasa nak muntah..."
"Saya dah penat..." Akhirnya Mikayla berhenti dari mencakar atau memukul belakang lelaki itu, terima sahaja tubuhnya digendong.
Hezrick tersenyum nakal melihat satu lorong gelap yang tiada pengunjung. Dia menuju ke arah lorong tersebut sebelum tubuh genit Mikayla diturunkan.
"Uwerk!" Mikayla menekup mulut. Dahinya berkerut, terasa ingin keluar saja isi perut.
Mana tidaknya, dia baru sahaja selesai makan. Perutnya masih penuh dan lelaki ini telah menggendongnya begitu. Perutnya terasa seperti ditekan-tekan pada bahu tajam Hezrick.
"Eh? Aku tak buat apa-apa lagi, dah mengandung?"
"Saya rasa nak mun... uwerk!" Bunyinya kedengaran semakin kuat, matanya sudah berair menahan rasa mual itu.
Dengan pantas Hezrick menarik lengan Mikayla menuju ke arah tandas berdekatan. Mengapa pula Mikayla rasa hendak muntah?
"Uwerk! Uwerk!" Akhirnya Mikayla memuntahkan segala makanan yang berada di dalam perutnya ke singki.
Hezrick mengusap-ngusap belakang tubuh gadis itu, rasa bersalah mula hadir di dalam diri. Salahnyakah?
"Dah okay?" Hezrick menyelitkan rambut hadapan gadis itu ke belakang telinga.
"Semua salah awak! Perut saya terlampau penuh tapi awak dukung saya macam tu!" Mikayla memukul-mukul geram dada bidang lelaki itu.
"Manalah aku tahu. Kejap lagi pergi makan nak?" Soal Hezrick, cuba memujuk gadis itu.
"Tak nak. Saya nak balik dengan Amira." Jawab Mikayla tanpa memandang wajah kacak Hezrick.
"Amira dengan Zack."
"Zack kerja." Kata Mikayla dengan pantas.
"Taklah sayang. Zack ada dekat sini untuk pujuk buah hati dia tu..."
Mikayla terdiam setelah teringatkan Hezrick adalah buaya darat yang hanya tahu hendak mempermainkan perasaan perempuan. Hezrick mengerutkan dahinya melihat Mikayla memalingkan wajah ke arah bertentangan, marah tentang perkara tadi, kah?
"Kenapa Kayla? Aku betul-betul tak faham,"
"Mana perempuan tu?" Soal Mikayla tanpa menoleh ke arah Hezrick.
Kecewa? Itulah perkara yang dirasakannya ketika ini. Dia sendiri tidak faham akan perasaannya terhadap Hezrick. Sama ada sayang atau benci, mungkin juga rasa dendam? Dia masih tiada jawapan untuk itu.
"Dari tadi lagi kau asyik cakap pasal perempuan, perempuan mana ni?"
Gadis itu mula menunduk, cahaya lampu dari tandas menampakkan air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Hezrick menghela nafas kecil.
"Mikhail cakap awak dengan perempuan lain... dalam bilik... isk... isk..." Nada suaranya kedengaran bergetar, kedua-dua belah tapak tangan menekup wajah yang kelihatan merah.
"Nama sebenar dia Enrique. Aku tak pernah masuk bilik dengan perempuan selain kau Kayla," Hezrick menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Tapi dia cakap awak selalu buat macam tu..." Ujar Mikayla dengan nada yang masih bergetar.
"Siapa cakap?"
"Mikhail." Jawab Mikayla sepatah.
"Nama dia Enriquelah. Lepas ni jangan panggil dia Mikhail, Mikhail tu untuk orang-orang yang baik aje, orang jahat macam dia tak layak ada nama macam tu," tangan kecil Mikayla ditarik, air mata gadis itu diseka.
"Tolong jangan dengar bisikan syaitan yang bernama Herith dan Enrique, dua ekor tu tak pernah betul bila bercakap." Kata Hezrick bernada lembut. Sangat lembut.
"Macam mana dengan Fred?"
"Lelaki tu boleh, tapi seeloknya kau jangan percaya sesiapa termasuk kawan kau sendiri..." Hezrick cuba untuk membuat Mikayla faham akan realiti kehidupan sekarang.
"Tapi Amira kawan saya sejak kecik."
"Maksud aku, kawan kau yang lain..." Hezrick tersenyum nipis.
Kedua-dua belah tangannya memegang pipi mulus Mikayla. Anak mata gadis itu direnung dalam-dalam. Satu kucupan sekilas singgah pada batang hidung Mikayla.
"Daripada aku ajak perempuan lain masuk bilik, lebih baik aku ajak kau, jom?"
"Saya nak balik,"
Sepasang mata Mikayla membalas renungan redup Hezrick, rindu terhadap lelaki ini tidak pernah berkurang.
"Balik rumah aku, nak?" Hezrick mula mengeluarkan suara menggoda berbisik di cuping telinga Mikayla.
Jelingan mata gadis itu membuatkan bibirnya menarik senyuman nakal. Adakah gadis ini masih ingat tentang apa yang terjadi pada mereka berdua beberapa tahun lepas?
Tangan Mikayla ditarik keluar dari lorong gelap itu setelah teringatkan pesanan ustaz. Nasib baik dia masih boleh mengawal nafsu ketika itu. Mikayla hanya mengekor tanpa membantah.
Bahu Hezrick dilanggar seseorang menyebabkan air dalam gelas tertumpah mengenai baju bewarna cream susu milik Mikayla.
"Sorry miss, are you okay?" Soal lelaki tersebut bersama mimik muka yang dibuat-buat bersalah, tangannya mencapai tisu yang terletak di atas meja berdekatan.
Tubuh Mikayla tiba-tiba menjadi kaku melihat si gerangan yang telah menumpahkan air terhadapnya. Sebelum tisu itu mendarat pada bahagian baju yang terkena tumpahan air, Hezrick menepis tangan lelaki tersebut.
"Biar aku buat, kau boleh pergi." Kata Hezrick tanpa nada, renungan lelaki ini mempunyai maksud yang tersirat.
"Kayla, right?" Soal lelaki itu ingin tahu. Masih ingin memanjangkan perbualan mereka.
Mikayla mengangguk perlahan sebelum matanya diputarkan ke arah Hezrick, melihat mimik wajah lelaki itu seperti dapat membaca fikirannya membuatkan Mikayla rasa takut, terlampau takut. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.
"Lama tak jumpa. Tak sangka you ada kat Kuala Lumpur ni, dah pindah ke?" Soal lelaki tersebut, perkataan 'pindah' sengaja ditekankan.
"Saya sambung belajar..." Jawab Mikayla tenang.
"Oh, I pun baru je pindah sini untuk sambung belajar. Sebelum ni I tinggal kat Pulau Pinang." Lelaki itu menayangkan senyuman manis.
"Tak nak kenalkan lelaki ni? Macam mesra aje you dengan dia..." Pandangannya dialihkan ke arah Hezrick yang sedang merenung tajam wajahnya.
"Oh ni..." Kata-kata Mikayla pantas dipotong Hezrick.
"Ricky, her future husband." Hezrick menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Sudah terbukti, lelaki di hadapan mereka berdua ini mempunyai niat yang lain setelah merasakan huluran tangannya disambut dengan sentuhan yang lain macam.
"Wow, I dah melepas." Lelaki yang menggunakan identiti A.H itu cuba untuk bergurau tetapi Hezrick dan Mikayla hanya diam tanpa menayangkan sebarang riak wajah.
"We have to go..." Hezrick menarik lengan Mikayla. Mereka berdua terus beredar dari situ.
Senyuman sinis yang terukir di bibir lelaki itu membuatkan Hezrick menghadiahkan jelingan tajam.
Belakang tubuh Mikayla dan Hezrick direnung dengan renungan yang sukar untuk ditafsirkan. Selama ini dia mungkin kurang keyakinan untuk menunjukkan diri di hadapan Hezrick, tetapi kali ini jangan harap.
"Kau tunggu, suatu hari nanti akan terbongkar jugak semua benda." Kata lelaki itu sendiri, gigi diketap geram.
"Terbongkar apa?"
Lelaki yang bernama A.H itu cuak memegang dada kerana terperanjat melihat Enrique tiba-tiba sahaja berdiri di sebelahnya. Bukankah tadi lelaki itu masih makan di ruang sebelah?
"Sorry bro, aku bukan doktor untuk rawat kau kalau terkena serangan jantung dekat sini. Aku cuma malaikat kecik yang tak bersalah." Kata Enrique sinis.
"Kau buat apa kat sebelah aku ni?" Soal lelaki itu.
"Cari kawan. Kawan-kawan yang lama semua dah tinggal aku, waktu senang aje ada nampak batang hidung. Babi betul dapat kawan macam tu." Jawab Enrique setelah dia membelek jam tangan miliknya.
"Bukan masalah aku." Kata lelaki itu sebelum dia melangkah pergi.
"Bukan masalah kau tapi yang kau tanya tadi kenapa?! Tak guna punya iblis!" Jerit Enrique kuat sehingga pengunjung lain menoleh ke arahnya.
"Kau pandang-pandang apa? Jenis manusia tak guna ada kat mana-mana jelah!" Jerit Enrique kuat sebelum dia beredar bersama riak yang tidak bersalah.
Share this novel