Pada petang keesokkan harinya, mereka mula berkemas untuk pulang ke Malaysia. Kelibat Enrique dan Herith masih tidak muncul sejak semalam.
Kedudukan dua orang manusia itu tidak dapat dikesan Hezrick oleh kerana Enrique telah mematikan alat pengesannya.
"Kita balik dululah kan?" soal Freddy memecah kesunyian.
Bebola mata Freddy diputarkan ke arah Hezrick yang sedang memeriksa sesuatu di bahagian bawah pesawat.
"Pandai-pandailah dua orang tu nak hidup. Pergi mana entah langsung tak bagitahu..." jawab Hezrick tenang.
Freddy mengangguk kecil. Matanya melekat pada barang yang dihulur Ferliy.
"Ambillah Fred, tolong letak kat sana. Benda ni beratlah," ujar Ferliy.
Barang yang kelihatan seperti tabung itu terus diambil. Tubuhnya berpaling ke belakang sebelum dia terlanggar seseorang. Nafas dihela kasar.
"Apahal muka kau masam je ni? Demam ke?" Zack melekapkan belakang tapak tangannya pada dahi Freddy. Panas.
"Aku sihat. Cuma tak cukup tidur semalam." Freddy menjawab malas sebelum dia melangkah pergi.
*****
Amira, Ferliy dan Mikayla duduk di sebuah meja makan. Perut masing-masing sudah mula berkeroncong minta diisi.
"Ferliy nak nasi goreng jugak," bisik Ferliy pada suaminya.
"Mintak sendiri." Firaz juga berbisik pada Ferliy.
Ferliy menarik mimik geram. Bebola matanya diputarkan ke arah pelayan yang sejak dari tadi tersenyum-senyum ke arahnya.
"Nasi goreng biasa tapi nak ayam lebih," minta Ferliy bernada biasa.
Pelayan lelaki itu tersenyum seraya mengangguk beberapa kali. Tidak pernah dia bertemu dengan gadis mat salleh yang begitu fasih berbahasa melayu seperti ini.
Firaz merenung lama senyuman si pelayan sebelum dia mengalihkan pandangan. Lelaki itu nampak pelik.
Selesai makan, mereka menuju ke kereta namun Ferliy terus ke tandas.
Sedang dia mencuci tangan menggunakan sabun. Terasa seperti diperhatikan seseorang. Wajahnya dipalingkan ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa selain dirinya di dalam tandas itu.
Kedengaran bunyi tapak kaki membuatkan dia meluru keluar dari tandas. Bulu romanya naik menegak. Langkah dipercepatkan. Sesekali dia menoleh ke belakang. Terasa seperti ada seseorang yang sedang mengekorinya.
Tubuhnya terlanggar seseorang. Dia menjerit sambil menekup wajah menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. Apabila dia merasakan tubuhnya dipeluk, matanya dicelik luas.
"Abang..." Dia membalas pelukan lelaki kesayangannya itu. Matanya mula berkaca-kaca. Entah apa yang dia fikirkan sebentar tadi.
"Abang tad... tadi..." Wajah suaminya direnung, empangan air mata mula pecah.
"Shhh... Senja-senja macam ni nak pergi tandas tak bagitahu. Abang risau tahu tak?"
"Sorry abang..." Ferliy kembali memeluk tubuh lelaki itu.
Belakang tubuh Ferliy diusap lembut. Matanya terpandangkan satu susuk tubuh yang berdiri di sebalik dinding. Dia tidak tahu apa akan terjadi pada gadis ini sekiranya dia lambat tadi.
*****
Pintu rumah dibuka, hairan dengan suhu di bahagian ruang tamu itu. Semua elektrik di rumah ini telah dimatikan sebelum mereka keluar pada tempoh hari. Siapa pula yang telah menghidupkan penghawa dingin?
Wajahnya dipalingkan ke belakang bagi melihat Firaz. Isyarat mata diberikan kepada lelaki itu. Firaz mengangkat thumbs up sebelum dia melangkah keluar. Kawasan sekeliling rumah itu perlu diperiksa.
"Duduk sini dululah. Aku nak pergi tengok-tengok kejap." Hezrick memandang ke arah gadis-gadis yang sedang merehatkan diri di sofa.
"Okey. Be careful..." Sempat Mikayla menitipkan pesan buat suaminya.
Setelah diperiksa, tanda-tanda orang memecah masuk rumahnya langsung tidak kelihatan. Sebarang bayangan mahupun pergerakan juga tidak dikesan kamera litar tertutup.
Hezrick menghela nafas. Tentu musuh-musuhnya sudah tahu tentang pernikahannya bersama Mikayla. Kini isterinya benar-benar di dalam bahaya.
Botol air mineral yang berada di atas meja sisi katil dicapai sebelum airnya diteguk rakus sehingga ke titisan terakhir.
"Pergilah mandi. Aku ada hal sikit." Hezrick memandang ke arah Mikayla yang sedang menghampirinya.
"Nak keluar ke?"
Hezrick menggeleng sebelum dia melangkah pergi. Dahi Mikayla berkerut, mengapa wajah suaminya semakin memerah? Dia berfikiran positif, mungkin kerana pantulan cahaya lampu.
Kelibat Firaz di luar rumah dicari. Mata tertancap pada satu susuk tubuh lelaki yang berdiri membelakanginya. Lelaki itu sedang memandang ke langit.
"Tengok apa, bro?" Hezrick menyapa Firaz.
"Kira bintang yang bersinar malam ni." Firaz mengerling Hezrick.
"Ada ke bintang yang tak bersinar?"
"Ada."
"Mana?"
"Kau," jawab Firaz pantas sebelum dia tertawa kecil.
"Kelakar." Hezrick menayangkan riak menyampah.
"Aku fikirkan Ferliy. Tak sangka boleh bernikah dengan dia secepat ni." Firaz tersenyum kecil.
Apa yang dia impikan telah menjadi kenyataan. Rasa cinta terhadap gadis itu semakin besar. Pernah juga terfikir, bagaimana hidup gadis itu jika dia tiada nanti?
"Kau dapat dia sebelum bernikah lagi," Hezrick menyinis.
"Buatlah anak cepat, nanti boleh sekolah sama-sama..."
"Dia tak ready." Hezrick menggeleng kecil.
"Jangan cakap yang kau..." Kata-kata Firaz mati di situ.
"Belum lagi."
"Seriously? Sedih betul hidup kau." Firaz tergelak kecil.
Hezrick tersenyum nipis. Dia tidak kisah malah sanggup menunggu sehingga gadis itu benar-benar bersedia.
Matanya dihala ke depan melihat hutan di sebalik tembok rumahnya. Ada sesuatu bergerak-gerak di situ. Mungkinkah ada binatang luas?
Dingin pada malam itu tidak mampu mengurangkan rasa panas di dalam tubuhnya. Peluh yang mula merenik di dahi dilap menggunakan lengan. Sisi wajah Firaz dipandang.
"Aku masuk dululah," pamit Hezrick sebelum dia beredar dari situ.
Pintu bilik ditolak. Berderau darahnya melihat Mikayla yang sedang melutut mencari sesuatu di dalam bagasi. Keadaan gadis itu yang hanya berkemban membuatkan Hezrick merasakan sesuatu yang aneh.
"Bahaya tak kunci pintu. Kawan-kawan aku jenis suka terjah pintu bilik orang. Lain kali jangan buat macam ni lagi..." Pintu ditutup seterusnya dikunci.
"Kenapa awak masuk?!" Mikayla membuntangkan mata sambil menutup kedua-dua belah bahunya menggunakan kain baju yang dipegang.
Hezrick tidak membalas. Punggungnya dilabuhkan ke atas birai katil. Otaknya berfikir, mengapa dia rasa lain macam pada malam ini?
Matanya dipejam rapat dengan harapan agar tiada sebarang perkara buruk yang akan berlaku. Pintu tandas ditutup membuatkan dia berpaling ke arah bunyi itu.
"Kayla..." serunya perlahan.
Kepalanya terasa seperti terpusing-pusing di awangan. Ada sesuatu yang dia inginkan pada malam ini. Suhu tubuhnya meningkat secara mendadak dalam masa tidak sampai lima minit.
Matanya kembali dipejam. Dada pula terasa sesak. Dia harus mengawal diri yang tiba-tiba membuatkan nafsunya bergoncang hebat. Apa yang tidak kena?
Bunyi pintu tandas dibuka. Dia perlu menjauhkan dirinya daripada Mikayla.
"Awak tak nak mandi ke? Tapi kalau awak tak mandi pun saya peluk je malam ni. Awak kan dah jadi bantal peluk saya..." Mikayla tersenyum menghampiri suaminya.
Urat yang timbul pada lengan suaminya disentuh lembut. Sukanya dia melihat urat seperti ini. Senyumannya mati setelah melihat tangan lelaki itu seperti terketar.
"Awak okay? Nak air ke?" soal Mikayla ingin tahu.
Belakang tubuh Hezrick diusap lembut. Panas sangatkah sehingga berpeluh begini?
"Ricky, sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak. Sebelum mandi tadi ayah ada call. Dia... Ricky? Awak sakit ke?" Mikayla tidak jadi bercerita setelah melihat kelakuan aneh Hezrick.
Dia hairan melihat lelaki itu tiba-tiba memandangnya dengan mata yang merah.
"Are you okey? Kalau awak tak ada mood malam ni, saya boleh cerita esok..." kata Mikayla perlahan. Seram pula melihat suaminya seperti ini.
Pang!
Wajahnya ditampar kuat. Dia terandas ke belakang sehingga terbaring di atas tilam. Kepala rasa berpinar-pinar. Pipi kirinya disentuh dengan mata yang membulat dan berair. Dengan berani wajah lelaki itu dipandang.
"Apa masalah awak?! Kenapa awak pukul saya?!"
Wajah bengis dan kemerah-merahan Hezrick menjadi tanda tanya. Adakah lelaki ini marah dia membuka cerita tentang Encik Anuar?
Kedua-dua belah kaki Mikayla pantas ditarik. Mikayla bertindak menolak Hezrick namun kudratnya tidak setanding lelaki itu.
Kakinya dilayang-layangkan ke udara untuk menerajang Hezrick yang sudah tidak kelihatan seperti suaminya.
Pang!
Satu lagi tamparan hinggap pada pipi kirinya. Bibir mula mengeluarkan cecair merah. Dia menangis. Dalam pada masa yang sama, dia masih berusaha. Dia perlu keluar dari bilik ini!
"Jangan... Argh!" Kedua-dua belah lengannya dicengkam kuat oleh lelaki itu. Cengkaman itu mungkin mampu meninggalkan kesan luka yang dalam.
"Ricky... Please don't..." Mikayla merayu bersama gelengan. Namun Hezrick hanya merenungnya dengan renungan bernafsu.
"Ricky yang saya kenal... Bukan macam ni..." sambung Mikayla. Wajahnya basah dek air mata.
Perlahan-lahan cengkaman pada lengannya terlerai. Mikayla mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri ke arah pintu.
"Kau nak lari?" soal Hezrick sinis.
Hezrick bertindak memegang pergelangan tangan Mikayla sebelum diikatnya pada besi kepala katil menggunakan tali leher.
"Jangan... Saya merayu... isk... isk..." Teresak-esak Mikayla menangis. Dia tidak tahu mengapa suaminya tiba-tiba bertindak kasar seperti ini.
"Diam!"
Pang!
Pang!
Kedua-dua belah pipinya ditampar tanpa belas kasihan. Dia sudah tidak mampu untuk melawan. Tubuhnya lemah dipukul.
Bebola mata dilarikan ke sisi. Tidak ingin bertentangan mata dengan lelaki yang telah mengecewakannya ini.
Baju tidur Mikayla ditarik kuat sehingga tertanggal semua butang yang melekat. Dia sungguh bernafsu untuk menyentuh isterinya pada malam ini.
Tubuh Mikayla ditindih. Bibir gadis itu dikucup rakus.
"Sssakit..." Mikayla mendesis kesakitan setelah tautan bibir mereka telepas.
Hezrick langsung tidak peduli akan kesakitan Mikayla. Bajunya ditanggalkan sebelum dia kembali menindih tubuh gadis itu.
*****
Mata dicelik perlahan-lahan. Keadaan bilik hanya diterangi cahaya malap lampu di luar rumah. Kepalanya dipalingkan ke kanan, kosong.
Telefon bimbit di atas meja sisi katil dicapai. Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi.
Mikayla bangun secara perlahan-lahan bersama selimut nipis yang membaluti tubuhnya.
Perkara yang berlaku pada malam tadi tidak akan dilupakan. Pelbagai persoalan bermain dalam mindanya. Apa yang menyebabkan suaminya bertukar ganas seperti itu?
Dia melangkah keluar dari tandas. Pintu tandas ditutup kembali. Berderau darahnya merasakan pinggang dirangkul dari arah belakang.
"Aku dah cuba buang rasa yang satu ni tapi tak boleh..." bisik Hezrick.
Bau asap rokok memasuki rongga hidung Mikayla.
"Sa... Saya penat..." Mikayla menolak lembut agar lelaki itu memahami keadaannya yang sedang menanggung sakit.
Tubuh Mikayla terus dicempung kemudian dilemparkan ke atas katil tanpa sedikit pun rasa kasihan.
Share this novel