Bab 25

Action Series 24670

     Mereka berempat berada di dalam butik pakaian, Zack sibuk melayan Amira yang sedang memilih baju manakala Mikayla dan Freddy hanya duduk sambil berbual di sofa bewarna merah darah yang terletak di tengah-tengah butik itu.

     "You tak nak tanya tentang Ricky?" Soal Freddy ingin tahu.

     "Tak nak. Biarkan dia nak tidur dengan perempuan lain, itu hak dia," jawab Mikayla tanpa menoleh ke arah Freddy.

     "Dia bergurau ajelah. Tak mungkin dia akan buat benda macam tu, I kenal dia." Kata Freddy diiringi tawa kecil. Mikayla hanya menjeling wajah lelaki itu.

     "Boleh I tanya?" Soal Freddy lagi.

     "Apa sebenarnya yang terjadi pada you dengan Ricky dua tahun lepas?" Soalan itu tiba-tiba sahaja meluncur laju keluar dari mulutnya

     Mikayla diam, tidak tahu harus memberikan jawapan yang seperti apa kerana dia tidak minta semua itu berlaku terhadap dirinya.

     "Kayla, sebenarnya I tahu apa yang berlaku pada you. I cuma nak tahu you tak pregnant?" Soal Freddy lagi. Jika benar gadis ini mempunyai anak bersama Hezrick, di manakah budak itu sekarang?

     "Ricky suruh awak tanya tentang ni?"

     "I yang nak tahu, sebab I tengok Ricky tak peduli tentang hal ni dan dia tak pernah bagitahu I tentang anak," terang Freddy habis jujur.

     "Sejak Ricky muncul kembali depan mata saya, saya tak tahu nak tunjuk reaksi yang macam mana. Apa yang dia dah buat, saya tak boleh nak salahkan dia seratus-peratus sebab itu juga silap saya,"

     "Sehari selepas perkenalan kami, saya betul-betul dah jatuh cinta pada dia walaupun dia seorang lelaki yang nakal," Mikayla tersenyum sendiri teringatkan usikan lelaki itu terhadapnya dua tahun lalu. Masih jelas kenangan manis itu tersemat di dalam benak fikirannya.

     "Malam ketiga saya kenal dia, kata terakhir dia yang saya ingat..."

     "Nama aku Ricky. Percayalah, aku akan bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat."

     "Lepas dari tu saya dah tak ingat apa-apa. Tiga hari saya kenal dia dan saya langsung tak terfikir untuk tanya nama sebenar dia," Mikayla membalas renungan Freddy, mengapa ya lelaki ini ingin tahu tentang hal itu?

     "Dia sampai aje kat rumah terus cerita pasal seorang gadis yang dia kenal sedangkan sebelum ni dia tak pernah cakap tentang mana-mana perempuan. Bertuah betul you ni," Freddy tergelak kecil teringatkan wajah beria Hezrick semasa lelaki itu menceritakan tentang seorang gadis kepada mereka, sungguh kelakar.

     "Tak cukup bertuah. Saya bangun pagi tu, hanya duit yang menemani kesedihan saya. Dia pergi tinggalkan saya,"

     "Sebulan berlalu, tak ada tanda-tanda yang saya akan mengandung. Saya bersyukur sebab tak perlu tambah dosa dengan cara buang baby pulak..." Mikayla tersenyum merenung jari jemarinya yang runcing.

     "Kalau you dengan dia ada anak, mesti anak you berdua comel. Masa Ricky kecik-kecik dulu nakal tau, tiga tahun dah pandai panjat almari, meja makan, atap kereta, motor dan semua yang ada dalam pintu pagar rumahlah dia panjat." Freddy membuka cerita tentang kenakalan teruk Hezrick semasa kecil.

     Mikayla tersenyum nipis mendengar cerita Freddy, namanya dipanggil Amira. Gadis itu berjalan meluru ke arah mereka berdua bersama mimik wajah yang muram. Freddy dan Mikayla menoleh ke arah Amira.

     "You! Tengok kawan you ni cakap I gemuk!" Adu Amira pada Freddy.

     "You memang gemuk macam gajah. Zack jujur pun you marah, jangan cuba nak ajar dia jadi penipu macam you pulak lepas ni." Jawab Freddy bersahaja.

     "Ish stresslah macam ni!" Jerit Amira kuat, benar-benar rimas dengan mulut lelaki-lelaki itu.

     Disebabkan hal inilah dia tidak suka lelaki-lelaki itu mengekorinya pergi shopping, mulut tidak pandai jaga. Banyak cakap tetapi hanya menyakitkan hati sahaja! Zack meluru ke arah mereka bersama riak wajah yang biasa seperti tidak melakukan sebarang kesalahan.

     "I nak pergi merajuk." Ujar Amira sebelum dia melangkah meninggalkan mereka bertiga.

     "Merajuklah kau. Aku kena pergi bengkel, kau tolong jagakan perempuan gila tu untuk aku. Aku risau dia tak jumpa jalan balik rumah nanti." Pesan Zack pada Freddy.

     "Habis tu aku nak balik dengan siapa?"

     "Kau bawak aje kereta Amira tu. Dia tak ada kelas esok." Zack menepuk belakang bahu Freddy beberapa kali sebelum dia membuka langkah meninggalkan Mikayla dan Freddy di situ.

     Mikayla dan Freddy berpandangan sesama sendiri, Freddy menghadiahkan senyuman nakal manakala Mikayla mengerutkan dahinya.

     "Jom dating?" Soal Freddy bersama senyuman nakalnya.

     "Huh? Sekarang ni kita tengah buat apa?" Mikayla menayangkan mimik muka yang dipenuhi dengan tanda tanya.

     "I nak macam yang Ricky dapat, so can we?" Freddy mula ketawa melihat wajah merah Mikayla.

     "Awak dengan Ricky, dua-dua tak guna." Ujar Mikayla sebelum dia juga melangkah pergi.

     "Hey kejaplah. I nak ajar you cara-cara buat surprise untuk Ricky ni. Esok dia balik sini..." Freddy mengejar langkah Mikayla.

     "Esok dia balik?" Langkah Mikayla terhenti. Matanya merenung wajah Freddy menunggu jawapan dari lelaki itu.

     Anggukan Freddy membuatkan Mikayla tersenyum lebar. Tidak sabar ingin berjumpa lelaki itu esok.

     Hezrick menutup pintu kereta dengan kasar. Kakinya terus diaturkan meluru ke arah pintu di sebelah penumpang sebelum pintu itu dibuka. Rasa geram terhadap lelaki ini sudah tiada batasnya lagi. Tidak sangka orang kepercayaannya di sini sanggup menyonglap duit syarikat.

     Jika sedikit sahaja hasil yang diambil lelaki itu, Hezrick masih boleh berkira-kira tetapi semakin lama dia biarkan, semakin bertambah pula hasil yang diambil.

     "Kau keluar sekarang!" Hezrick menarik kasar bahu lelaki yang bernama Amirul itu.

     Amirul berdiri mengikut bahunya yang ditarik kasar. Dia hanya mampu berserah. Tidak sangka, bos besar sudah lama tahu tentang hal ini. Dia fikir, lelaki itu tidak mengambil peduli tentang kemasukan dan pengeluaran wang syarikat kerana bos mereka mempunyai syarikat di serata dunia.

     "Aku benci betullah dengan manusia macam kau ni! Aku hantar kau dekat sini untuk kau jaga syarikat! Bukan guna duit syarikat dan beli macam-macam! Kau fikir aku bodoh macam kau ke huh?!" Tengking Hezrick, dia sudah tidak peduli akan orang awam yang memandang mereka berdua.

     "Kalau kau lepas aku, aku janji takkan ulang lagi silap aku kali ni," kata Amirul lancar.

     "Lepaskan kau? Seriouslah? Dah buat taik berkali-kali dengan aku, senang-senang kau nak mintak macam tu?" Hezrick tersenyum sinis.

      "Ta... tapi aku janji..." Tubuhnya ditolak rapat pada kereta.

     "Aku akan pertimbangkan janji kau tapi sebelum tu kau ikut aku balik Malaysia. Pergi berterima kasih pada Enrique yang selalu bela kau selama ni,"

     "Bos Enrique?" Mata Amirul membulat besar mendengar nama itu, nama yang sering meniti dari bibir ke bibir warga syarikat di sini.

     "Kenapa? Takut?"

     "Tak... ttak tapi kenapa dia back up aku?" Hairan pula Enrique yang terkenal dengan mulut puaka itu sanggup membela dirinya.

     "Ada sebab kenapa dia buat macam tu, nanti kau tahulah sendiri." Kata Hezrick sebelum dia menumbuk wajah Amirul.

     Buk! Buk!

     "Itu untuk rasa geram aku yang tak hilang lagi. Malam ni kau dilarang tidur. Bersihkan semua tandas yang ada kat tingkat pejabat kau." Arah Hezrick sebelum dia membuka langkah memasuki perut kereta. Amirul jatuh di atas jalan tar.

     "Baik bos. Tapi aku nak balik dengan apa?" Soal Amirul ingin tahu, tangannya memegang bibir yang berdarah dan terasa kebas.

     Tingkap kereta diturunkan, mata helang Hezrick menikam tajam wajah Amirul.

     "Balik sendiri." Kata Hezrick tanpa nada sebelum kakinya menekan pedal minyak, kereta bergerak laju beredar dari situ meninggalkan Amirul.

     "Tak guna punya bos!" Ujar Amirul sebelum dia melangkah menuju ke arah bus stop terdekat.

     Kocek seluar diraba bagi mencari telefon bimbit namun tiada! Beg duit miliknya juga tiada, keluhan kasar dilepaskan. Kenderaan awam jenis apalah yang masih bergerak pada waktu malam begini. Mengapa dia langsung tidak sedar akan telefon bimbit dan juga beg duitnya diambil Hezrick? Licik betul lelaki itu.

     Kereta dibelok memasuki kotak tempat letak kereta di kondominium miliknya, skrin telefon bimbitnya bernyala. Telefon itu dicapai, nombor gadis kesayangannya didail. Marah lagikah gadis itu terhadapnya?

      Sudah dua hari dia tinggal di sini atas urusan kerja, baru hari ini dia dapat menyelesaikan masalah syarikat. Pagi esok dia akan balik ke Malaysia dengan tenang.

     Tiba-tiba kedengaran bunyi tingkap keretanya diketuk dari arah luar, kelihatan seorang gadis yang nampak seperti dalam ketakutan mengetuk tingkap keretanya dengan kuat. Hezrick melangkah keluar dari perut kereta, gadis itu terus memegang lengannya sambil menangis.

     Nampak seperti orang Arab tetapi dari mana pula gadis ini muncul? Sesatkah? Pakaian gadis itu dilihat dari atas sehinggalah ke bawah, seksi, mungkin pelacur? Lengannya ditarik dari terus dipegang gadis yang tidak dikenalinya itu.

     "Ricky! You kena tolong I!" Panggilan gadis itu terhadapnya membuatkan Hezrick berdiri kaku di situ. Cakap melayu? Oh shit!

     Dari mana gadis ini mengenali dirinya? Apa sebenarnya yang berlaku? Wajah yang kemerahan itu diteliti sebaik mungkin, otaknya berfikir seraut wajah ini namun kosong! Wajah ini seperti tidak pernah muncul di hadapannya.

     "Orang melayu? Kau buat apa malam-malam kat sini? Mana kau tahu nama aku?" Soal Hezrick pada gadis itu.

     "I Dharni, please help me! Kita perlu sembunyikan diri!" Dharni menggoyang-goyangkan lengan Hezrick.

     "Don't touch me, bitch!" Genggaman tangan Dharni dilepaskan secara kasar. Rasa geram pula, minta tolong tetapi seperti mahu memaksa-maksa.

     "Okay I tak sentuh you tapi tolonglah. Kita perlu bersembunyi then I'll tell you,"

     Hezrick menghela nafas kecil. Anak syaitan manalah yang tiba-tiba meminta tolongnya ini? Tangannya mengisyaratkan supaya gadis itu mengekorinya dari belakang. Jelas kelihatan senyuman yang sukar ditafsir terukir di bibir merah gadis itu.

     "Lantak kaulah perempuan." Kata Hezrick perlahan. Nampaknya gadis itu sememangnya mempunyai agenda lain.

     Langkahnya terhenti di hadapan pintu kondominium miliknya. Tubuhnya dipalingkan ke belakang menghadap Dharni yang menayangkan senyuman menggoda.

     "Kau kenapa? Terencat ke?" Dahi Hezrick berkerut. Dia langsung tidak tertarik melihat wajah gadis itu.

     Bauan wangi menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Hairan, dari mana pula bau ini datang? Gadis itu menghampirinya dengan gerakan yang cukup menggoda.

     Kepalanya mula hanyut melayani setiap gerak-geri jari jemari gadis itu menari pada dada bidangnya, mata dipejam rapat.

     "Apa yang kau cuba buat ni?" Soal Hezrick. Tangannya langsung tidak menghalang gadis itu dari terus menyentuh dada bidangnya.

     "I teman you malam ni, nak? Sebab I tahu you mesti rasa sunyi tinggal seorang kat sini..." Jari Hezrick dihalakan pada mesin imbasan cap jari yang terlekat pada dinding di sebelah pintu kondominium itu.

     Hezrick hanya mengekor tanpa membantah seperti lembu dicucuk hidung. Mungkin bauan itu menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal rasa yang satu ini.

     Tubuhnya ditolak ke atas sofa, sungguh lemah tubuhnya ketika ini. Lemah melihat seorang gadis yang penuh dengan gerak-geri menggoda. Lemah dek bauan wangi yang menusuk masuk ke dalam rongga hidung, juga lemah akan sentuhan manja yang diberikan padanya.

     Rasa yang tidak pernah dia rasai daripada mana-mana gadis termasuklah gadis kesayangannya, Mikayla. Seraut wajah yang dirinduinya itu hilang sekelip mata. Pemikirannnya sudah melayang jauh membayangkan tindakan mereka yang seterusnya.

     Dharni mula menindih tubuh tegap Hezrick. Sudah lama dia menanti saat-saat ini, peluang yang dia punyai ketika ini tidak akan disia-siakan sama sekali. Rasa bangga di dalam diri akan membuak-buak sekiranya dia dapat meniduri seorang jutawan termuda dunia yang cukup dikenali dengan sifat sombong dan angkuh itu.

     Wajah gadis itu direnung dengan renungan yang redup, dia akan menikmati pelayaran ini. Berharap agar Mikayla tidak akan tahu tentang perbuatan salahnya ini. I'm sorry sayang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience