Bab 43

Action Series 24641

     Wajah suaminya yang sedang lena ditatap. Rambut lelaki itu diusap sayang sebelum satu kucupan dilabuhkan pada dahi.

     "Saya maafkan awak..." Setitik air mata meluncur ke bawah membelahi pipi.

     Sekasar mana pun Hezrick, lelaki itu tetap suaminya dan dia tidak akan menyimpan dendam walaupun hatinya sedang sakit dan kecewa.

     Dengan berat hati dia melangkah keluar dari bilik itu. Semasa menuruni anak tangga, kakinya tergelincir di tangga terakhir, nasib baik seseorang telah menahan bahunya.

     Lelaki yang telah siap dan kemas berpakaian untuk ke office itu dipandang sekilas sebelum dia menunduk memandang lantai. Dia malu Freddy melihat keadaannya sebegini.

     "Are you okay? Kenapa turun anak tangga pun nampak macam orang cacat?" soal Freddy. Dahinya berkerut melihat wajah Mikayla.

     "Apa yang jadi? Kenapa muka kau lebam-lebam ni?" soalnya lagi.

     "Sa... Saya..."

     "Aku tak tahu apa masalah kau orang berdua tapi Ricky tak patut buat macam ni. Biar aku ajar jantan tu untuk kau." Freddy yang ingin meniti anak tangga ditahan Mikayla.

     "Jangan... Ricky tengah tidur. Saya tak sedia untuk jumpa dia," kata Mikayla perlahan bersama gelengan kecil.

     "Tapi dia dah melampau! Dia boleh pilih untuk pukul dinding daripada isteri sendiri!"

     "Please... Jangan keruhkan keadaan..."

     Freddy menghela nafas mendengar rayuan gadis itu.

     "Saya nak balik rumah ayah," sambung Mikayla.

     "Tapi aku tak boleh cancel meeting kejap lagi." Freddy melihat jam tangannya.

     "Tak apa, saya boleh naik teksi."

     "No. Tunggu sampai aku balik. Rehatlah dulu dalam bilik belakang. Dalam almari bilik tu ada first aid box, ambillah lepas tu cuci luka kau..." Freddy mengeluarkan telefon bimbitnya yang sedang berbunyi dari kocek seluar.

     Freddy memberi isyarat tangan menandakan dia harus pergi sekarang.

*****

     Kepala yang terasa pening dipegang. Perlahan-lahan matanya dicelik. Ruang di sebelahnya diraba, kosong.

     "Sayang..." Isterinya dipanggil.

     Kaki diatur meluru ke tandas. Pintu ditolak, kosong. Tilam yang mempunyai kesan darah kering direnung dengan renungan yang aneh. Punggung dilabuh lemah ke atas birai katil. Rambutnya diramas. Apa yang telah dia lakukan semalam?

     Siap membersihkan diri, langkahnya diatur menuju ke bawah.

     "Kayla..."

     Matanya mencari kelibat Mikayla di dapur namun tiada. Keadaan rumah agam pada tengahari itu seperti tiada penghuni lain.

     Dia mula rasa tidak sedap hati. Laptop miliknya dicapai. Rakaman kamera litar tertutup dipasang.

     Nafas lega dihela melihat isterinya sedang beradu di dalam sebuah bilik. Dia fikir gadis ini telah pergi meninggalkannya.

     "Kayla?"

     Terketar-ketar tangannya menyentuh wajah gadis itu. Inikah perbuatannya semalam? Lebam dan luka dalam jelas kelihatan pada kulit putih mulus Mikayla. Sayu hatinya melihat keadaan gadis itu.

     Tubuh isterinya dipeluk dari belakang. Sungguh dia tidak sengaja melakukan perkara sebegitu. Dia tidak tahu mengapa marah dan nafsunya benar-benar tidak dapat dikawal semalam. Kasihan gadis ini menjadi mangsa.

     "I'm sorry..." ucap Hezrick perlahan. Matanya dipejam rapat. Sungguh dia rasa bersalah.

     Matanya dicelik setelah merasakan dadanya ditolak kuat. Renungan redup Mikayla dibalas.

     "Ak... Aku mintak maaf. Aku betul-betul tak sengaja semalam... Aku... Aku..." Tergagap-gagap dia hendak menjelaskan perkara sebenar.

     "Saya tak ada mood sekarang. Bila saya dah bersedia nanti, kita bincang pasal ni..." Mikayla memalingkan wajahnya ke sisi.

     "Aku tak tenang selagi perkara ni tak selesai, pandang aku Kayla..." Lengan gadis itu dicapai. Satu kucupan sayang dilabuhkan pada luka akibat cengkamannya semalam.

     "Tolong pergi... Saya tak nak bergaduh dengan awak..." Matanya berkaca-kaca membalas renungan Hezrick.

     "Aku boleh jelaskan semua. Please sayang... Semalam badan aku panas lepas tu..."

     "Saya tak nak dengar. Lebih baik awak keluar..." Mikayla pantas memotong. 

     "No! Dengar dulu penjelasan aku!"

     Dia ingin membuat Mikayla memahami keadaannya pada malam semalam. Semuanya berlaku di luar kawalan dan kehendak sebenar. Dirinya seperti dikawal sesuatu.

     Mikayla menggeleng bersama mata yang terpejam. Mungkin dia akan mendengar penjelasan Hezrick tetapi bukan pada hari ini. Dia perlukan masa bersendirian.

     "Dengar apa yang aku nak cakap! Kau jangan cabar aku untuk guna cara kasar Kayla!" Kedua-dua belah bahu Mikayla dicengkam kasar.

     "Sakit..."

     Wajah basah Mikayla direnung tajam. Gadis itu menggeleng bersama tangisan yang kedengaran semakin kuat. Cukup sayu kedengaran di cuping telinganya.

     Secara tiba-tiba tubuhnya dirangkul Mikayla. Rasa marah yang membara di dalam diri sebentar tadi mula berkurang. Terasa seperti aliran elektrik mengalir di dalam tubuh.

     Mikayla menyembamkan wajah pada dada bidang Hezrick.

     "Kenapa awak tipu saya Ricky?" soal Mikayla di dalam sedu tangisnya.

     "Sebab aku sayang kau..." jawab Hezrick perlahan.

     "Awak tipu saya dari awal perkenalan kita... Apa salah saya pada awak?!"

     "Sekarang kau dah jadi tanggungjawab aku. Kau hak aku! Tak perlu nak pertikaikan benda lama Kayla." Hezrick menggeleng kecil.

     "Benda lama yang buatkan saya trauma nak dekat dengan lelaki lain! Awak tak sedar ke yang selama ni awak dah mempergunakan saya?!" Mikayla menolak tubuh Hezrick menjauhinya.

     "Jujur dengan saya apa sebenarnya yang terjadi malam tu Ricky..." Mikayla memperlahankan nada suaranya.

     "Memang aku yang tanggalkan semua pakaian kau tapi sebab aku sayang kau, aku tak sentuh."

     "Habis tu apa yang awak buat?" Mata mereka bertentangan.

     "Aku peluk sikit je Kayla... Takkan tu pun nak marah?"

     Air mata yang mengalir di pipinya dibiarkan. Ayat sama yang diucapkan Hezrick pada malam pertama mereka. Selimut ditarik sehingga menutupi kepalanya. Hezrick tersenyum kecil melihat tingkah gadis kesayangannya yang kelihatan seperti budak kecil itu.

     "Hari ni biar aku masak." Kepala yang berlapikkan kain selimut itu diusap lembut.

     "Awak nak masak apa?" Nada yang digunakan Mikayla kedengaran begitu perlahan.

     "Masak dengan perangai kau," kata Hezrick sebelum dia bangun dan berdiri di sisi katil.

     "Awak memang sengaja kan?!"

     Mikayla terus menolak selimut itu sebelum dia bangun dan berdiri di atas katil. Hezrick memalingkan tubuh untuk melarikan diri namun Mikayla sempat melompat ke atas belakangnya.

     Kedua-dua belah kaki Mikayla ditahan supaya tak terjatuh. Lehernya rasa tercekik dek pautan lengan isterinya itu.

     "Auuww!" Mikayla mengerang kesakitan membuatkan Hezrick panik.

     "Kau kenapa?"

     Hezrick terus menunduk seraya meletakkan Mikayla ke birai katil. Dia mula melutut di lantai menghadap Mikayla yang masih mengerutkan dahi.

     "Sakit kat mana?" soal Hezrick ingin tahu. Tangannya gatal menyingkap baju gadis itu ke atas sebelum Mikayla menepis kasar.

     "Saya nak rehat," pinta Mikayla seraya memalingkan wajahnya ke sisi. Hatinya benar-benar terusik dengan sikap Hezrick terhadapnya.

     "Aku mintak maaf atas semua yang dah jadi antara kita." Hezrick mengusap lembut pipi gadis itu menggunakan ibu jarinya.

     Mikayla mengangguk perlahan sebelum tubuhnya direbahkan. Selimut ditarik menutupi keseluruhan tubuh.

     Esakan kecil mula kedengaran sebaik sahaja terdengar pintu bilik ditutup. Rasa sayang dan cinta berperang dengan rasa sakit yang dialaminya. Matanya dipejam, dia perlu menenangkan fikiran.

*****

     Batuk yang dibuat-buat Herith telah menganggu Enrique di sebelahnya. Sejak tadi lelaki itu diam membuat kerja.

     Enrique menoleh ke arah Herith sekilas sebelum matanya kembali melekat pada skrin komputer.

     Successfull!

     Bunyi yang datang dari komputer tersebut membuatkan sepasang mata Enrique membuntang. Dia menjerit kegirangan kerana telah berjaya menganalisis bahagian dalam peti besi yang berada di belakang kereta Hezrick tempoh hari.

     "Gila!" Herith menayangkan riak menyampah.

     "Bro! Dah sehari suntuk kita tunggu benda ni loading 100 peratus bro! Penantian kita tak sia-sia bro!" jerit Enrique begitu teruja.

     "Tak boleh sebut kuat lagi ke bro kau tu?"

     "Boleh, bro!!" Enrique menjerit tepat di telinga Herith.

     Tidak semena-mena wajah Enrique dilempang.

     Pang!

     "Apahal kau lempang aku sial?!" Enrique memegang kulit pipinya yang terasa perit.

     "Kau memekak kat tepi telinga aku. Bila aku bising tahu pulak nak marah."

     "Aku tengah buat kerja memanglah aku marah! Kau bukannya buat apa pun!" Enrique merenung tajam wajah Herith.

     "Aku panggil kau tadi tapi kau busy dengan kerja-kerja ni, aku buatlah bunyi bising!"

     "Buang masa aku layan kau. Ni aku nak tanya, mana plastik lebihan ubat serbuk semalam?"

     "Ubat apa?" Herith mengerutkan dahinya. Dada mula terasa berdebar-debar.

     "Dadah peransang yang aku bagi tu, jangan cakap yang kau letak semua dalam air dia!"

     "Aku... Aku fikir kau suruh letak semua. Mana aku tahu..." Herith menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.

     "What the fuck, dude? Serious ke kau letak semua?!" Enrique membulatkan matanya memandang Herith. Herith hanya membalas dengan anggukan.

     "Matilah Kayla!" jerit Enrique kuat seraya meraup kasar wajahnya.

     Bagaimana keadaan dua orang itu ketika ini? Mikayla dan Hezrick perlu tinggal berasingan buat sementara waktu.

     "Why bro?" soal Herith ingin tahu, wajah Enrique kelihatan pucat.

     "Effect ubat tu kejap ada kejap tak. Apa yang bodoh sangat kau ni? Aku suruh letak satu sudu teh je yang kau pergi letak 80 gram terus kenapa? Habislah Kayla!"

     "Kau pergi balik halang Ricky. Kejap lagi aku sampai, suruh Kayla duduk dalam kereta dulu..." arah Enrique, tangannya pantas mencapai beberapa helai kertas yang keluar dari mesin cetak.

     Tanpa membalas, Herith terus melangkah keluar. Dia langsung tidak ingat akan kata-kata lelaki itu yang menyuruhnya letak satu sudu teh sahaja. Habislah! Pasti Hezrick akan marah teruk terhadap mereka berdua.

*****

     Pintu utama rumah agam ditolak. Matanya mencari-cari kelibat orang rumah itu dan dia hanya ternampak kelibat belakang tubuh Zack yang sedang meniti anak tangga.

     "Bro! Ada nampak Ricky?" soal Herith ingin tahu.

     Zack berhenti melangkah sebelum wajahnya dipalingkan ke arah Herith.

     "Hidup lagi rupanya kau. Aku ingatkan dah mati. Tu ada orang kat dapur. Mungkin Kayla, kau tanyalah dia..." jawab Zack sebelum dia berlalu pergi.

     Hezrick yang sedang menggaul sesuatu di dalam kuali disapa.

     "Kayla mana?"

     Hezrick menoleh ke arah wajah pucat Herith, seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan wajah itu.

     "Ada dalam bilik bawah, kenapa?" Hezrick menjongketkan sebelah keningnya.

     "Kayla kena jauhkan diri daripada kau."

     "Huh? Apahal pulak?"

     "Aku... Aku tak tahu nak terang macam mana tapi Kayla kena pergi sekarang..."

     "Apa sebenarnya yang kau dah buat?" Hezrick meletakkan mangkuk yang dipegangnya ke atas meja sebelum dia melangkah menghampiri adiknya. Dia sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku.

     "Aku tak sengaja bro!" jerit Herith sebaik sahaja kolar lehernya dicekak Herith.

     "Tak sengaja kepala otak kau! Kau tak tahu betapa teruknya dia kena pukul dengan aku semalam! Aku sendiri pun dah rasa macam nak bunuh diri sebab buat dia macam binatang!" Satu tumbukan dilayang tepat pada pipi Herith.

     Buk! Herith terandas ke dinding.

     "Kayla akan sakit. Effect ubat tu tiga hari baru hilang. Kau kena jauhkan diri daripada dia atau dari mana-mana perempuan," jelas Enrique yang baru melangkah masuk ke dapur.

     Hezrick menoleh ke arah Enrique. Lelaki itu hanya menayangkan wajah tegang menandakan yang dia benar-benar tidak bergurau pada kali ini.

     "Kau fikir kelakar ke buat aku dengan Kayla macam ni?" Hezrick meraup wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience