Bab 39

Action Series 24641

     Pintu kereta dibuka untuk Mikayla. Dia bersyukur kerana proses akad nikah mereka sebentar tadi berjalan lancar.

     Mereka akan terus ke syarikat Hezrick kerana lelaki itu perlu menghadiri satu mesyuarat penting.

     Sudah dua hari mereka berada di bumi Thailand ini dan sepatutnya mereka bernikah semalam agar masa yang digunakan tidak terlalu padat. Tetapi disebabkan Ferliy, Freddy dan Enrique ingin menjalani proses pertukaran agama di sini, Hezrick harus menunggu sehingga semuanya selesai.

     Mereka bernasib baik kerana Firaz mempunyai rakan-rakan yang kuat agama di negara ini membuatkan segala urusan mereka menjadi mudah.

     Mikayla merenung sisi wajah Hezrick yang duduk di sebelahnya. Mereka berdua menjadi penumpang kepada Freddy yang memandu.

     Hezrick menoleh ke arah isterinya. Mata mereka bersambung tepat sebelum dahi Hezrick berkerut. Mikayla memutarkan bebola matanya ke bawah bagi melihat tangan mereka yang bertaut tanpa sedar.

     "Kenapa awak pegang tangan saya? Pergi main jauh-jauhlah." Mikayla meleraikan tautan tangan mereka sebelum dia bergerak menjauhi Hezrick.

    "Itu pun nak kecoh perempuan ni."

     "Ish jangan duduk tepi sayalah! Awak pergi duduk sebelah Fred tu." Mikayla merapatkan tubuhnya ke sisi kereta. Sengaja dia ingin melihat reaksi lelaki itu.

     "Fred, kau berhenti tepi. Aku nak tukar tempat. Semak bodoh duduk kat sebelah minah ni." Hezrick menjeling tajam wajah Mikayla.

     Tanpa banyak kata, Freddy terus membelokkan kereta ke bahu jalan. Hezrick menukar tempat duduknya ke sebelah Freddy.

     Mikayla melihat kelakukan Hezrick tanpa kata. Hairan juga dengan lelaki itu, tahu hendak melenting sahaja.

     "Awak sihat ke tak ni?" Mikayla yang berada di belakang seat Hezrick menghulurkan tangan kanannya ke depan sebelum wajah lelaki itu diraba kasar.

     "Sakitlah Kayla! Aku tak ada mood nak main-main." Tangan Mikayla ingin ditahan namun gadis itu lebih pantas menarik kembali tangannya dan terus meraba kocek seluar Hezrick.

     "Kau nak apa pulak ni?" soal Hezrick. Tangan gadis itu dipegang kemas.

     "Sebelum pergi office, boleh belikan saya buah campur tepi jalan tak?"

     "Ricky tak buat apa-apa lagi dah mengidam? Seriously?" celah Freddy.

     "Saya minta kat dia, bukan awak! Jadi jangan nak bising." Dengan beraninya Mikayla menjawab.

     "Chill lah, aku tanya je." Freddy berkata tenang.

     "Balik nantilah. Aku betul-betul dah lewat sekarang ni." Hezrick mengucup sekilas belakang tangan Mikayla.

     "Tapi saya nak makan buah sekarang. Balik nanti mesti rasa nak makan benda lain pula. Bolehlah Ricky!" Mikayla masih lagi memujuk Hezrick.

     "Biar aku pergi beli," celah Freddy secara tiba-tiba membuatkan Hezrick terus menoleh ke arahnya.

     "Masalah sekarang ni kita dah lambat, faham tak dah lambat??"

     "Bekalan sebelum masuk meeting bro. Jangan gelabah sangat, bukannya start terus pun meeting kau tu," jawab Freddy bersahaja.

     Kebetulan mereka sedang melalui kawasan jualan. Terus kereta dibelok.

     Tiba-tiba satu suara garau keluar melalui speaker radio.

     "Beli untuk aku dengan Herith sekali. Kita orang dah sampai kat office ni. Bos je yang lembab macam kura-kura tenat," sampuk Enrique.

     Mulut Mikayla terlopong. Hairan suara Enrique boleh keluar melalui radio. Macam mana dia buat tu? Wow!

     "Lembab tapi bijak tak apa. Jangan cepat tapi bodoh macam sial!" Freddy mencapai dompetnya.

     "Ustaz ajar tadi kita tak boleh mencarut. Berdosa." Enrique menjawab dengan nada insafnya.

     Freddy terus melangkah keluar. Malas hendak melayan si pembawa bala itu.

     Mikayla hanya diam menunggu Freddy menutup pintu. Sisi wajah suaminya direnung. Dari sisi pun suaminya nampak begitu kacak bersama style rambut messy.

     Tangan Hezrick yang berada di atas riba lelaki itu disentuh lembut membuatkan lelaki itu mula menoleh ke arahnya.

     "Ricky, malam ni ki..." Kata-kata Mikayla tidak dapat dihabiskan kerana lelaki itu pantas menekup mulutnya.

     "Shh... Jangan cakap sekarang. Tak malu ke kalau Enrique dengar?" bisik Hezrick agar suaranya tidak dapat dikesan sistem Enrique yang berada di dalam kereta itu. Mikayla menolak tangan Hezrick.

     "Saya cuma nak cakap, malam ni kita tidur asing tau."

     "What? No way!" Hezrick menayangkan riak tidak berpuas hati.

     "Hahahahahahahahahahahahahah..." Bunyi tawa dua suara sumbang kedengaran di radio itu diendahkan. Perangai anak-anak syaitan memang macam tu.

     "Hm..." Mikayla bersandar pada penyandar seat. Sudah agak, pasti suaminya tidak bersetuju.

     Hezrick melepaskan keluhan. Mengapa pula Mikayla meminta sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu?

     Beberapa hari yang lepas Mikayla inginkan anak sehingga sanggup melakukannya dengan cara yang haram. Dan apabila sudah halal begini? Gadis itu tidak mahu pula.

     Sungguh dia tidak mengerti tentang apa yang gadis itu fikirkan. Freddy melangkah masuk bersama plastik yang terisi cawan-cawan buah potong. Plastik itu dihulurkan kepada Mikayla. Mikayla menyambut dan terus meletakkan plastik itu di sebelahnya.

     Freddy merenung sisi wajah Hezrick. Lelaki itu beriak biasa tetapi dia masih boleh membaca sesuatu yang aneh pada mimik biasa itu. Wajah muram Mikayla juga dikerling sekilas melalui cermin belakang sebelum dia menurunkan handbreak. Malas cara.

     Ubun-ubun Mikayla dikucup lembut sebelum kepala gadis itu diusap sayang. Sejak dari dalam kereta tadi Mikayla tidur sehinggalah dia selesai bermesyuarat. Masa yang tinggal lagi dua hari mereka berada di sini akan dipenuhi dengan sebaik mungkin.

     Tetapi otaknya masih tidak boleh menerima permintaan Mikayla yang benar-benar tidak masuk akal. Mengapa pula gadis ini ingin mengasingkan tempat tidur mereka?

     Tubuh Mikayla digoncang perlahan.

     "Bangun sayang, kita nak pergi makan ni..."

     "Saya dah kenyang dengan cinta awak," ujar Mikayla perlahan yang masih dalam tidurnya.

     "Seriouslah Kayla? Kau mengigau ke apa ni?" Hezrick tergelak kecil mendengar kata-kata gadis itu. Mikayla tidak menunjukkan sebarang reaksi. Masih lena.

     "Kayla bangunlah, bangun bangun bangun sayang..." Tubuh gadis itu digoncang sedikit kuat.

     "Apa awak ni? Saya tak tidur punlah..." Mikayla mencelik kecil matanya.

     "Air liur basi meleleh dah sampai ke sofa ni tak nak mengaku lagi?"

     "Lapar..." Mikayla mengusap perutnya.

     "Eh? Tadi cakap dah kenyang dengan cinta aku."

     "Mana ada! Awak jangan nak buat cerita pulak ya..." Jari telunjuknya menunjuk wajah Hezrick.

     "Tak baik tau buat suami macam ni." Tangan Mikayla dipegang.

     "Masa bila saya kahwin dengan awak?!" Mikayla menarik kembali tangannya.

     "Mulut ni tahu nak menjawab je kan? Nak kena cium ke?"

     Mikayla mengangguk bersama senyuman sebelum kepala lelaki itu ditarik. Bibir lelaki itu dikucup sekilas.

     Wajahnya yang kemerahan ditekup dengan tapak tangan. Rasa berbahang pipinya. Hezrick tersenyum. Semakin nakal pula Mikayla ini.

     "Nak lagi..." Hezrick mendekatkan dirinya pada Mikayla. Dadanya ditahan gadis itu.

     "Dari tengahari lagi saya tak makan, jom?" Mikayla cuba mengubah topik perbualan mereka.

     Hezrick menggeleng kecil. Tangannya menekan kedua-dua belah bahu gadis itu ke sofa. Wajah Mikayla berubah pucat apabila Hezrick mula menindih tubuhnya.

     "Apa awak ni? Tepilah! Saya tak nak!" Tangannya menepis tangan Hezrick yang memegang kedua-dua belah pipinya. Hezrick memicit-micit pipi tembam gadis itu.

     "Ehem." Bunyi deheman dari seseorang menghentikan pergerakan Hezrick. Mereka berdua menoleh ke arah bunyi itu.

     "I nak ajak Kayla pergi makan dan shopping. Nantilah you bermanja-manja dengan dia ya?" Amira berdiri di muka pintu sambil memeluk tubuh.

     "Aku pun ikut." Hezrick bangun dari terus menindih tubuh Mikayla.

     "Suka hati youlah. Jom Kayla." Amira terus menarik lengan Mikayla.

     Hezrick mencapai wallet miliknya dan juga telefon bimbit Mikayla di atas meja sebelum dia juga melangkah keluar dari pejabat.

     Mata tertancap pada Enrique yang duduk bersama Zack di kerusi lobi.

     "Tak nak solat dulu ke?" soal Hezrick kepada lelaki-lelaki itu.

     "Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..." kata Enrique dengan nada yang menakutkan.

     "Ya jomlah cari masjid." Hezrick menoleh ke arah Herith yang sedang melangkah ke arah mereka.

     "Mana Fred?" soal Herith ingin tahu.

     "Dia pergi tandas dengan kau tadi. Kau tak tolong cebok untuk dia ke?" Enrique berdiri.

     "Ee! Geli aku! Setan pun tak buat kerja macam tu!" Herith menayangkan riak jijik.

     "Baru aku perasan yang kita ni sama tinggi," kata Enrique. Tangannya diletakkan ke atas kepala Herith bagi mengukur ketinggian mereka berdua.

     "Kisah pulak aku." Herith menjulingkan bebola matanya ke atas.

     Enrique bertindak memukul kepala Herith.

     Pak!

     "Derhaka ek kau!" kata Enrique kasar.

     "Okey jangan bercakap dengan aku dah lepas ni." Herith memalingkan wajah ke sisi. Enrique tersenyum nakal, merajuk macam budak-budak!

     "Fred ada dengan Firaz. Jomlah gerak nanti lambat pulak." Zack berjalan ke hadapan meninggalkan mereka yang masih berdiri di situ.

     Selesai makan malam bersama, mereka terus berjalan-jalan di dalam mall tersebut. Mikayla dan Amira berjalan di hadapan. Mulut mereka berdua tidak berhenti berbicara tentang topik yang berbeza. Hezrick hanya diam memerhati isterinya dari belakang.

     Sudah empat kali dia menarik lengan Mikayla supaya berjalan dengannya bagi memudahkan mereka mencari barang keperluan masing-masing tetapi gadis itu tetap menolak.

     Dia mula berhenti berjalan sebelum punggungnya dilabuhkan ke atas sebuah bangku di hadapan sebuah butik baju yang dimasuki Amira dan Mikayla. Lebih baik dia berehat di situ sementara menunggu Amira dan isterinya.

     Enrique, Herith dan Zack telah hilang entah ke mana. Hanya dia yang masih menemani dua orang gadis itu berjalan.

     Tidak lama kemudian, seorang lelaki mengambil tempat kosong di sebelahnya.

     Hezrick mengendahkan lelaki itu. Dia sedikit terperanjat melihat tangan lelaki itu menyentuh pahanya yang berlapikan seluar slack hitam.

     Matanya diputarkan ke arah lelaki itu. Wajah lelaki Thailand yang berkulit putih bersih dan berambut panjang seperti seorang pondan itu direnung tajam.

     Hezrick menepis tangan lelaki yang berada di pahanya sebelum dia bangun untuk beredar namun lengannya dipaut lelaki pondan tadi. Hezrick menarik lengan lelaki itu lalu dikilasnya ke belakang membuatkan si lelaki pondan mengerang kesakitan.

     "Don't disturb me motherfucker." Hezrick berkata dingin sebelum dia beredar.

     Kelibat dua orang gadis bersama seorang lelaki sedang berbual sambil memilih baju dilihat dengan pandangan aneh. Adakah lelaki itu sengaja mengekori mereka ke sini?

     Belum sempat kakinya melangkah, bahu disentuh seseorang dari arah belakang. Wajah dipalingkan ke belakang bagi melihat si gerangan tersebut.

     "Siapa tu bro?" soal Herith ingin tahu bersama bibir yang dijuihkan ke hadapan menunjuk lelaki yang berdiri bersama Mikayla dan Amira.

     "Takkan tak kenal? Aku dapat rasa yang dia follow kita," jawab Hezrick sebelum dia melangkah meluru ke arah isterinya.

     "Lama lagi ke? Aku dah penat ni. Balik nanti nak bermanja dengan kau pulak..." kata Hezrick tanpa berlapik. Mata Mikayla membuntang.

     "Awak jangan macam-macam ya." Mikayla menunding jari telunjuknya pada wajah Hezrick. Hezrick menggigit jari itu.

     "Auuw! Berani awak!" Mikayla bertindak mencubit-cubit perut Hezrick.

     "Aduh duh! Ish kau tunggulah balik nanti..." Hezrick mula mengugut. Mikayla menjeling tajam wajah suaminya.

     "Kenapa dengan balik nanti?" soal Ad yang hanya diam memerhati pasangan itu dari tadi.

     "Kau buat apa kat sini? Nak makan bekas biskut coklat lagi ke?" soal Herith sinis.

     "Aku jalan-jalan je. Tak tahu pulak kau orang ada kat sini jugak." Ad menayangkan riak biasa.

     "Jawab jujur, kau tipu lagi aku tembak kau," bisik Enrique yang sudah lama berada di belakang Ad.

     Muncung pistol semakin ditekan pada belakang tubuh Ad. Ad mula mengangkat kedua-dua belah tangan tanda berserah. Peluh mula merenik di dahi.

     "Aku... Aku intip Kayla... Tapi sumpah aku tak ada niat jahat pun," jujur Ad. Matanya dipejam rapat. Mungkinkah dia akan mati di sini?

     "Tahan dia," arah Hezrick pada Herith sebelum matanya diputarkan ke arah Mikayla.

     "Dengan rela hatinya hamba menurut perintah." Herith menunduk separa sebelum dia memeluk leher Ad.

     "Jom Enrique, kita pergi sumbat kepala jantan ni dalam lubang jamban," ujar Herith.

     Enrique tersenyum nakal. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek hoodie. Langkahnya dibuka membontoti Herith dan Ad.

     Mikayla menoleh ke arah suaminya bersama dahi yang berkerut. Sejak dari tadi lagi dia perasan mata lelaki itu merenungnya dengan renungan yang sukar untuk ditafsir.

     "Awak okey? Kenapa Ad intip saya? Dia bukan anak buah awak ke?" soal Mikayla.

     Hezrick hanya diam. Lengan gadis itu ditarik lembut. Dia sudah malas ingin mendengar alasan isterinya yang masih tidak mahu balik ke rumah.

     Amira dan Zack terpinga-pinga melihat semua sudah meninggalkan mereka berdua. Mata mereka bersambung tepat.

     "Jom dating dua?" Zack menjongketkan kedua-dua belah keningnya. Amira tersenyum manis sebelum lengan lelaki itu dipeluk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience