Bab 65

Action Series 24641

     Bunyi azan Subuh menyedarkan Mikayla dari lena yang panjang. Mata dicelik kecil, dia bergerak mengiring ke kiri menghadap suaminya yang masih lena. Kenapa terasa lain?

     Suis lampu sisi katil dicarinya, namun tiada. Meja kecil di tepi katil itu diraba-raba mencari telefon bimbit yang sepatutnya berada di situ setiap malam, tetapi kosong.

     "Abang..." Mikayla menggoncang perlahan tubuh Hezrick.

     "Diamlah abang nak rehat ni, penat berperang semalam," kata Hezrick perlahan tanpa mencelik mahupun bergerak.

     "Mana abang letak handphone saya? Lain kali lepas main game, letaklah balik kat tempat asal. Senang saya nak cari. Mana pula suis lampu ni?" bebel Mikayla sendiri, tangannya masih meraba-raba dinding mencari suis lampu.

     "Abang, bangunlah dah subuh ni. Gelapnya rumah, abang tutup lampu kat luar rumah ke semalam? Lampu tandas pun abang tak buka, macam mana saya nak pergi tandas ni? Langsung tak nampak apa-apa." Mikayla masih lagi membebel. Matanya diliarkan ke sekeliling, gelap-gelita.

     "Bebel apanya sayang? Suis lampu kat sinilah." Hezrick terus bangun meluru ke arah dinding di tepi pintu.

     Suis lampu siling ditekan. Cahaya malap menerangi ruang bilik itu membuatkan Mikayla tergamam. Tangan diangkat menggosok-gosok matanya. Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.

     "Kita kat mana ni?" soal Mikayla kepada suaminya yang kembali merebahkan diri di atas katil untuk menyambung tidur.

     Bilik kayu itu benar-benar membuat Mikayla hairan. Langsung tidak perasan akan kipas yang terpasang di salah satu sudut dinding malah dia berasa sejuk seperti duduk di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin seperti biasa.

     "Rumah moyang Zack. Rumah ni dah tak ada orang. Kita akan tinggal dekat sini untuk beberapa hari."

     "Tapi kenapa kampung Zack?"soal Mikayla lagi. 

     "Saja nak rasa suasana kampung pulak sayang," jawab Hezrick tenang. Padahal mereka ingin mengelakkan diri dari musuh sementara perlu menyiasat sesuatu di sini. 

     "Haish abang ni peliklah. Langsung tak berbincang dulu dengan saya. Sekarang ni tandas mana tandas? Dekat dapur?" Mikayla menjongketkan kedua-dua belah keningnya.

     "Jom abang teman." Hezrick terus bangun lalu melangkah keluar.

     Pintu kayu ditolak. Suasana sekeliling rumah yang gelap membuatkan Mikayla rasa seram sejuk. Bunyi cengkerik begitu kuat kedengaran.

     Hezrick menarik lengan isterinya yang masih memandang kawasan sekeliling rumah. Tandas yang berada di tepi sebelah luar rumah membuatkan Hezrick perlu menemani isterinya setiap kali gadis itu hendak ke tandas..

     "Kampung saya, tandas kat dalam..." ujar Mikayla perlahan.

     "Moyang Zack dah lama meninggal so rumah ni tak ada siapalah nak renovate, Zack je yang upah orang datang kemas." Hezrick membuka air paip.

     "Sejuknya..." Tangan dicuci. Mikayla juga membasuh tangannya. 

     "Sejuk sangat ni. Macam mana nak mandi?" soal Mikayla sendiri. Sudah bertahun-tahun dia tidak merasai suasana kampung di subuh hari seperti ini. Kedinginan yang semula jadi. 

     "Nak abang mandikan ke?" Hezrick tersenyum nakal.

     "Tak perlu. Saya boleh mandi sendiri. Ab..." 

     "Kalau nak berbual, berbual dekat luar buka meja kopi sekali. Dah 6:15 pagi ni. Terlepas subuh aku nanti. Nak berangan, mandi, gosok gigi lagi dalam tandas tu..." Kedengaran suara Herith membebel di luar memotong kata-kata Mikayla.

     "Tunggu jelah dekat luar tu. Banyak bunyi pulak." Hezrick menjawab bagi pihak mereka berdua. Herith diam tanpa sebarang tindak balas. Mungkin sudah tertidur sambil bercangkung di tepi tandas? 

*****

     Matahari terbit memancarkan sinar cahaya memasuki ruang tingkap yang terbuka luas. Rumah yang sepatutnya sunyi sepi itu sudah bertukar menjadi riuh-rendah.

     "Kayla mana? Suruh dia tolong masak air untuk aku kejap. Aku nak mandi tapi air sejuk gila. Nak basuh tangan sikit pun tak boleh." Enrique melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi di meja makan.

     "Kau yang nak mandi, pergilah masak sendiri." Hezrick yang sedang membasuh salad di singki itu menjawab bagi pihak Mikayla.

     "Ibu-ibu mengandung kat sini boleh je menoreh getah lepas tu berjalan pergi mana-mana. Kenapa kau tak kasi dia tolong aku? Bukannya mati pun kalau dia masak air," bebel Enrique.

     "Itu orang lain. Kayla isteri aku. Aku tak nak dia buat kerja-kerja berat. Lagipun kau boleh buat sendiri." Hezrick menoleh ke arah lelaki itu sekilas. 

     "Aku tak nak buat sendiri."

     "Habis tu tak payah mandilah senang cerita. Bukan ada orang nak cium kau pun," sampuk Zack yang sedang memecahkan telur ke dalam mangkuk. 

     "Ada," kata Enrique sepatah.

     "Siapa?" Zack mengerutkan dahinya.

     "Herith." Enrique menayangkan riak biasa.

     "Tak payah nak bagi alasan." Hezrick kini memasukkan salad-salad yang telah dipotong ke dalam mangkuk. 

     "Tak apa. Biar aku panggil dia," ujar Enrique sebelum dia beredar dari ruang dapur itu.

     "Tak payah nak mengada! Masak sendirilah!" marah Hezrick. Apa masalah lelaki itu? Pagi-pagi sudah menyusahkan orang!

     "Puan Ricky, tolong masakkan air untuk aku. Aku nak mandi tapi air sejuk sangatlah." Enrique tidak menyedari yang dia sudah terlepas menyebut nama Ricky di hadapan Amira.

     "Ricky?" Soalan dari Amira membuatkan air muka Mikayla berubah. Nampaknya, dia sudah terlupa untuk menjelaskan sesuatu yang penting kepada gadis ini.

     "Yes Ricky, why dear? Opps!" Enrique menekup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan setelah baru tersedar akan perkara itu.

     "Amira, sa... saya boleh jelaskan." Mikayla mula tergagap-gagap. Pasti Amira kecewa dengan sikapnya yang masih sering merahsiakan sesuatu dalam persahabatan mereka berdua.

     "Ricky yang dah rosakkan hidup awak dulu tu??" soal Amira menginginkan kepastian. 

     Perlahan-lahan Mikayla mengangguk. 

     "Wah wah drama di pagi hari. Ricky! Bini kau nak jadi pelakon ni." Enrique cepat-cepat mengambil tempat di sofa untuk melihat pergaduhan itu berlansung.

     "Apa?? Jadi selama ni awak tipu saya? Oh kononnya hidup awak terseksa disebabkan lelaki tu. Masa depan awak musnahlah apalah!" Amira mula berdiri menghadap Mikayla.

     "Saya minta maaf Amira. Langsung tak ada niat untuk tipu awak. Saya... Saya cuma terlupa tentang hal ni." Mikayla juga berdiri. Tangan Amira diraih lembut. 

     "Senang awak cakap kan? Benda ni penting tahu tak? Awak memang kawan yang tak berguna!" tengking Amira, tangan Mikayla ditolak kuat membuatkan gadis itu tersentak hebat. Belum pernah lagi dia mendengar tengkingan sahabat baiknya sepanjang perkenalan mereka.

     "Mulanya saya takut nak bagitahu awak. Risau awak tak boleh terima Ricky... Awak je yang faham penderitaan saya dulu..." Mikayla menutup wajah menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. 

     Dia kesal dengan apa yang telah terjadi ketika ini. Silapnya juga kerana tidak memberitahu Amira tentang hal ini dengan lebih awal. Terlalu cuai sehingga dia terlupa. Tiba-tiba terasa tubuhnya dirangkul.

     "Saya minta maaf. Tolonglah maafkan saya... Saya tak nak persahabatan kita rosak hanya disebabkan hal ni..." Mikayla mengetatkan pelukan mereka.

     "It's a prank!" Amira tiba-tiba tersenyum lebar. Mikayla meleraikan pelukan mereka. Wajah ceria Amira dipandang hairan.

     "Saya dah tahu lama tentang hal ni. Sudah-sudah, jangan menangis lagi. Saja je nak kenakan awak." Amira mengusap lembut sisi lengan Mikayla. 

     "Tak kelakarlah perempuan. Kakak ipar aku tengah mengandung. Kalau jadi apa-apa pada dia sebab terkejut tadi macam mana? Suara kau tu bingit, kau sedar tak?" Enrique mula bersuara.

     "Eh kau suruh bini aku masak air tu tak apa pulak?" sampuk Hezrick.

     "Ek eleh jantan ni! Aku mintak tolong sikit je pun nak bising-bising macam aku mintak dia layan aku atas katil pulak, kecohlah Ricky ni!" Enrique kembali ke dapur bersama rasa tidak puas hati itu. Hezrick hanya diam menahan sabar. Kurang ajar betul lelaki itu. 

     "Tapi awak tahu dari siapa?" soal Mikayla.

     "Zack. Mula-mula saya tak dapat terima tapi bila dapat tahu cik abang sayang awak tu jaga awak dari jauh, saya terus jatuh hati pada dia, soooooooo sweet!" Amira yang beriak beria menyatukan ketua-dua belah tapak tangannya.

     "Sorry, hati aku hanya untuk Mikayla," celah Hezrick perlahan membuatkan mata Amira menjadi semakin bersinar-sinar memandang wajah Mikayla.

     "Awak dengar tak? Kasar-kasar pun sweet! Untungnya awak!" jerit Amira lagi dan lagi.

     Tiba-tiba sebilah pisau kecil terbang ke arah Amira dan melintasi perut gadis itu. Nasib baik pisau itu hanya melintas dan mendarat di atas lantai, jika tidak, pasti sudah tertikam perutnya. 

     Amira, Mikayla, Hezrick menoleh ke arah Enrique yang hanya menayangkan riak biasa. Ini dah melampau.

     "Kau nak bunuh aku ke?!" soal Amira dengan nada tinggi.

     "Bisinglah perempuan. Aku tembak-tembak jugak muka kau ni karang mesti Zack dah tak nak kawan dengan aku nanti," ugut Enrique kegeraman. Matanya melihat ke arah Zack yang baru mengambil tempat di sofa bertentangan dengannya.

     "You! Tengok kawan you ni nak bunuh I!" adu Amira pada Zack.

     Zack hanya mengerutkan dahi memandang Enrique.

     "Bunuh je Amira tu. Aku pun dah bosan bertunang dengan dia," kata Zack bernada biasa.

     "How dare you!" Amira bertindak menarik rambut Zack dengan kuat.

     "Eh tak tak! It's a prank! Lepas sayang, sakitlah!" Zack memegang tangan Amira yang masih melekat pada rambutnya.

     "Dia prank orang boleh pulak, perempuan gila." Enrique melepaskan keluhannya.

     "Herith bangunlah! Jom mandi dengan aku! Aku tengah masak air tu!" sambungnya sambil kembali melangkah ke dapur. Beberapa saat kemudian, dia kembali ke ruang tamu.

     "Macam mana nak tahu air tu dah masak ke belum?" soal Enrique kepada mereka.

     "Bodoh! Tengoklah air tu mendidih ke tak," jawab Hezrick.

     "Itulah soalan aku! Mendidih tu macam mana?!" Enrique mula menoleh ke arah Hezrick. Bertanya pun kena maki.

     "Perlahankan sikit suara tu. Jiran-jiran dengar nanti..." Zack mengingatkan mereka tentang hal itu.

     "Tunggu air tu kering, dah dikira masak ke?" soal Enrique lagi.

     "Bangangnya soalan." Hezrick mengurut dahi. Anak buah siapa yang sial sangat ni? Bukan anak buah aku, tolonglah kutip. Aku tertekan!

     "Dengar tak bunyi tu? Dah masak, pergilah tutup api," jawab Mikayla setelah terdengar bunyi nyaring cerek di dapur.

     "Alright, thank you kakak ipar. Herith! Kau hidup lagi ke tak? Memang tak nak bangun terus ke?" laung Enrique sambil melangkah ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience