Bab 18

Action Series 24670

      Hezrick menarik tali lehernya ke atas bagi menampakkan kekemasan dan kekacakan seperti selalu. Dia tersenyum sendiri di hadapan cermin kerana mulai pada hari ini dia akan terus berada di samping Mikayla. Tidak sabar pula untuk memberikan kejutan ini kepada si buah hatinya itu.

     Apa reaksi Mikayla ya? Dia benar-benar mengharapkan agar gadis itu gembira akan berita ini. Kakinya diatur keluar daripada bilik itu.

     "Cepatlah! Dah lambat ni, kau buat apa lagi?!" Hezrick merenung sisi kanan tubuh Herith, lelaki itu sedang elok duduk di atas lantai sambil mengunyah makanan.

     "Buta ke? Mestilah tengah makan," jawab Herith tanpa menoleh ke arah abangnya.

     "Makan dalam keretalah," cadang Hezrick, kunci kereta dicapai.

     "Sekarang ni kau nak guna kereta aku lepas tu kau nak tikus ni makan dalam kereta? Kotorlah nanti, bodoh!" Celah Enrique yang baru turun dari tangga.

     Dia dapat membayangkan wajah Herith yang comot dan dipenuhi dengan habuk biskut pada bibir, seat keretanya juga akan bersepah dengan cebisan makanan. Oh shit!

     "Okay, lambat tinggal." Hezrick membuka langkah meluru ke arah pintu utama.

     "Kejaplah! Aku lapar lagi ni!" Herith mula berdiri.

     "Bla bla bla..." Enrique menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah dengan sikap Herith yang mengada-ngada, kakinya melangkah pergi.

     "Tak kiralah, aku tetap nak makan dalam kereta." Omel Herith perlahan.

     Bekas yang dipegangnya itu disorokkan ke dalam baju, nasib baik bersaiz sederhana, mudah untuk dia menyeludup masuk ke dalam kereta. Freddy hanya menggeleng kecil melihat gelagat Herith, kelihatan seperti orang jahat yang langsung tidak pandai untuk membuat jahat.

     "Nak aku tolong tak?" Soal Freddy bernada serious.

     "Tak payah, biar aku settle sendiri." Jawab Herith sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Freddy.

     Freddy merenung lama belakang tubuh Herith yang kian menjauh. Pandangannya dilarikan ke arah jam dinding, keluhan kecil dilepaskan setelah melihat jam baru sahaja menunjukkan angka tujuh. Nampaknya Hezrick benar-benar tidak boleh dibawa bincang apabila berkaitan dengan Mikayla.

     "Pergi awal-awal buat apa sial?" Soal Freddy sendiri.

     Dia tidak ikut mereka bertiga ke kolej oleh kerana dia dan Hezrick bergilir-gilir memantau syarikat. Enrique dan Herith pula sejenis yang tidak boleh diharap. Dahlah pemalas lepas tu bodoh pula. 

     "Bukannya kolej belah sana ke?" Soal Herith setelah perasan akan jalan yang dillaui abangnya adalah bukan jalan untuk ke kolej. Tangannya menyuap sekeping biskut coklat ke dalam mulut.

     "Kejaplah, aku nak pergi ambik barang dulu," jawab Hezrick, matanya masih tertumpu pada jalan.

     "Tapi kenapa tak ambik semalam? Kenapa mesti pagi-pagi buta ni? Kenapa Enrique tidur? Lama lagi ke perjalanan kita?" Herith mengajukan pelbagai jenis persoalan yang bermain-main dalam ruang fikirannya.

     "Setengah jam aje," jawab Hezrick tenang. Dia hanya menjawab soalan yang dirasakan agak penting sahaja.

     "Huh? Kau gila ke Ricky? Aku tanya banyak benda tadi, jawablah!" Jerit Herith kuat.

     "Diam bodoh, sakit telinga aku," kata Hezrick tenang.

     "Kau makan apa ya setan?" Soal Enrique secara tiba-tiba tanpa mencelik mata.

     Dia bukan tidur pun, cuma matanya terasa berat untuk dibuka. Bunyi kunyahan yang datang dari arah belakang itu membuatkan hatinya terasa panas.

      "Biskut," jawab Herith sepatah, perlahan saja nada suaranya.

     "Kau buang biskut tu sebelum aku campak kau keluar," arah Enrique, dia mula memalingkan wajahnya ke belakang bagi melihat keadaan seat itu.

     "Eh celaka! Kotorlah celaka! Binatang ni memang nak kena dengan aku!" Jerit Enrique kuat. Seperti yang disangkakan, seat itu sudah kotor lebih teruk dari sarang tikus.

     "Bising sial." Kata Hezrick pendek. Dia malas masuk campur dengan urusan bodoh seperti itu.

     "Relaxlah," Herith menurunkan tingkap sebelum dia mencampak bekas biskut itu keluar dari kereta.

     Kelajuan kereta yang dipandu Hezrick menyebabkan bekas kosong itu melayang ke belakang dan akhirnya mengenai cermin hadapan kereta yang berada di belakang belakang mereka.

     Kereta itu membunyikan hon yang kuat sebagai isyarat menyuruh Hezrick memberhentikan kereta di bahu jalan. Mata Herith membulat besar, wajahnya berubah cuak setelah melihat Hezrick menurut tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.  

     Enrique mengerutkan dahinya melihat si gerangan yang sedang mengetuk tingkap di sebelahnya. Senyuman sinis terukir di bibir setelah dia berjaya membuat pengecaman identiti. Tingkap kereta diturunkan, wajah biasa ditayangkan.

     "Welcome to the hell," ujar Enrique sinis.

     "Kau orang tak ada adab ke huh?!" Soal lelaki itu dengan kasar tanpa mengendahkan kata-kata Enrique.

     "Assalammualaikum," Herith yang berada di belakang mula memberi salam.

     "Buang sampah merata-rata, langsung tak tengok kiri, kanan, depan dan belakang. Manusia zaman sekarang ni memang kurang ajar," bebel lelaki itu lagi.

     "Salam pun tak jawab, siapa yang tak beradab sekarang?" Soal Enrique sinis.

     Lelaki itu hanya merenung wajah Enrique menggunakan renungan yang tajam. Siapa tidak kenal dengan Enrique? Jika dia menjawab pasti dia akan dibidas kembali.

     "Kau nak apa sebenarnya ni?" Soal Hezrick berterus-terang, mereka sudah lambat tetapi masalah lain pula yang datang.

     "Mintak maaf dengan aku sekarang," ujar lelaki itu.

     "Kita orang tak dididik untuk mintak maaf dengan anjing," ujar Enrique bersahaja.

     "Sebab kita orang tak bela anjing," celah Herith pula, kepalanya digeleng beberapa kali.

     "Lagi-lagi anjing liar macam dia ni, kan Herith?" Enrique menoleh ke arah Herith di belakang.

     "Betul tu! Nanti kita pun terikut jadi anjing dan ada kurap macam dia, eee gelilah!" Herith menarik riak jijik.

     "Apa kau cakap?!" Lelaki itu mula berang mendengar kata-kata sial keluar dari mulut Herith dan Enrique.

     "Aku cakap kau anjing, habis jujur dah ni. Kau apahal? Nak gaduh?" Enrique masih lagi beriak tenang.

     "Kau..." Ayat lelaki itu pantas dipotong oleh Hezrick.

     "Kejap, kita settle dua." Ujar Hezrick seraya membuka pintu kereta.

     Jika dia membiarkan Enrique dan Herith menyelesaikan masalah ini, risau ada yang mati di tepi jalan pula nanti.

     Hezrick melihat hadapan kereta milik lelaki itu, tiada sebarang kesan pun. Lelaki yang berdiri di hadapannya ini memang sengaja hendak mencari masalah. Kecoh sial!

     "Berapa kau nak?"

     "Berapa kau boleh bagi? Cash," jawab lelaki itu.

     Dompet dikeluarkan dari kocek seluar, beberapa keping not RM100 dikeluarkan sebelum duit itu dihulurkan pada lelaki tersebut. Lelaki itu menyambut huluran Hezrick bersama senyuman sinis.

     "Miskinnya kau ni. Kereta tak rosak pun, bodoh je lebih." Perli Herith, kepalanya sudah berada di luar tingkap bagi menjenguk dua orang lelaki itu.

     "Kau baling tadi kena kereta ke kepala dia?" Soal Enrique yang juga menurunkan tingkap.

     "Masuk setan," arah Hezrick tegas.

     "Tak nak. Hey bro kau bernasib baik aje aku baling bekas biskut coklat, kalau aku baling bekas yang penuh dengan bom tadi macam mana? Mesti dah bersepai badan kau sekarang ni," ujar Herith yang sengaja hendak mencari masalah.

     "Oh kau yang baling bekas tadi? Kau nak bergaduh ke?" Soal lelaki itu kasar.

     "Kau dah bersedia nak mati ke ajak aku bergaduh ni?" Soalan dibalas dengan soalan. Masing-masing tidak mahu mengalah.

     "Aku rasa aku patut gerak dulu, sebelum tu apa nama kau?" Soal Hezrick ingin tahu, sesekali dia melihat jam tangan miliknya.

     Lelaki di hadapannya ini adalah lelaki yang berada di dalam rakaman kamera litar tertutup yang mereka lihat semalam. Dia tahu lelaki ini tidak merbahaya.

     "Panggil Ad,"

     "Tahu dah, aku kena pergi." Pamit Hezrick sebelum dia melangkah ke arah kepala Herith yang masih berada di luar tingkap kereta kereta.

     "Yang kau bodoh sangat tanya lagi kenapa?"

     "Nanti sembang bro," kata Hezrick tenang tanpa memandang Ad.

     "Aku tolak kepala dia, kau tutup tingkap ni lepas tu kunci, okay?" Hezrick memandang Enrique.

     "Ah! Tak payah! Aku boleh masuk sendiri. Kau! Kau tunggu aku baling bom dalam pagar rumah kau nanti." Herith melayang-layangkan jari telunjuknya pada wajah Ad.

     "Kau tunggu aku join Herith pecahkan semua kaca yang ada dalam rumah kau." Kata Enrique pula sebelum dia menjelir lidahnya lalu terus menaikkan tingkap.

     "Kenapa aku kena hadap dua orang lelaki gila ni eak?" Soal Ad sendiri sebelum dia merengus kasar.

     Kereta dipakir tepat di hadapan Mikayla dan Amira yang sedang duduk di bangku tepi jalan menunggu kehadirannya.

     "Sayang jangan duduk sebelah Herith tau, biar Amira duduk sebelah lelaki tu," ujar Hezrick menggunakan nada perlahan. Malas ingin mengejut Enrique yang sudah nyenyak dibuai mimpi.

     "Bukan aku nak raba dia pun," ujar Herith bersahaja, badannya tetap diesot ke tepi bagi memberi ruang untuk Amira dan Mikayla duduk.

     "Kau bukannya boleh kira," kata Hezrick bernada perlahan, kereta mula bergerak.

     "Kalau aku nak, dah lama aku buat." Herith melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

     "Try me," Hezrick mengetap gigi.

     "Kayla, sini sikit." Herith menghulurkan tangan kanannya pada Mikayla membuatkan dahi gadis itu berkerut teruk, mengapa pula?

     Pak!

     Hezrick bertindak memukul tangan nakal Herith membuatkan lelaki itu melepaskan tawa besar. Suka benar dapat mengusik abangnya itu.

     "Eh kenapa awak keluar sekali ni?" Soal Mikayla ingin tahu. Hairan juga melihat semua yang berada di dalam kereta itu keluar, kecuali Enrique, lelaki itu masih tidur lena.

     "Mulai sekarang, aku akan jadi student kat sini," Hezrick menayangkan senyuman nipis.

     "Student? Awak ambik course apa?"

     "Course apa tu tak penting, yang penting sekarang kau akan buat semua benda dengan aku." Hezrick mencapai tangan Mikayla.

     "Ish suka hatilah. Saya nak masuk kelas," Mikayla menarik kembali tangannya namun genggaman Hezrick begitu kemas seperti tidak mahu lepas.

     Pak!

     Tangan Hezrick dipukul Herith sehingga terlepas pegangan tangannya pada tangan Mikayla.

     "Dia babi, jangan sesuka hati nak sentuh. Haram." Kata Herith bersahaja sebelum dia melangkah pergi bersama riak wajah yang tidak bersalah.

     "Dia cakap saya babi ke tadi?" Dahi Mikayla berkerut.

     "Abaikan lelaki sewel tu." Kata Hezrick tanpa nada, matanya merenung belakang tubuh Herith yang sedang berbual bersama Amira. Sehingga kini dia masih tidak mengerti mengapa adiknya begitu menyakitkan hati. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience