Bab 56

Action Series 24641

     Berpusu-pusu penumpang lain mengambil tempat dalam sebuah kapal terbang. Bunyi bising yang datangnya dari perbualan beberapa orang lelaki di ruang itu memasuki rongga telinga.

     Lengan isterinya ditarik menuju ke tempat mereka. Mereka berdua menaiki penerbangan biasa kerana private jet miliknya mempunyai masalah sejak beberapa hari yang lalu. Hezrick sendiri tidak tahu apa yang telah dilakukan Enrique sehingga ketiga-tiga kapal terbang miliknya tidak dapat berfungsi.

     Tangan kanannya memberi isyarat kepada seorang pramugari yang sedang memeriksa. Secara perlahan dia mengarahkan pramugari itu mendiamkan penumpang yang bising.

     Jenis manusia begini sememangnya tidak mengambil peduli tentang orang sekeliling. Buktinya lelaki-lelaki tua itu masih bergelak-tawa walaupun sudah ditegur.

     "Fuck," carut Hezrick bengang. Belakang tubuhnya disandarkan pada penyandar kerusi.

     "Mulut tu." Mikayla menegur suaminya.

    "Sumpah aku rasa macam nak pergi tumbuk muka orang tua tu," kata Hezrick yang masih memejamkan matanya. Dia cuba menahan geram.

     "Sabar okey? Penat nanti dia diamlah."

     Tapak tangan mereka bersatu. Dia menggengam erat tangan kecil itu bagi menenangkan dirinya yang terasa panas dek bunyi tersebut.

*****

     Pandangan diliarkan ke sekeliling bagi mencari kelibat seseorang. Tubuh kecil Mikayla ditolak perlahan merapati dinding oleh kerana terdapat ramai manusia sedang berjalan di lapangan terbang itu. Telefon bimbit dikeluarkan sebelum jarinya menaip nombor seseorang.

     "Where?" soal Hezrick sepatah sebaik sahaja talian mereka bersambung.

     Terasa belakang bahu dicuit seseorang membuatkan Hezrick terus memalingkan tubuhnya ke belakang.

     "Bah!" sergah si gerangan itu bersama mata yang membulat besar.

     Lelaki itu melepaskan tawa melihat Mikayla yang terkejut dengan sergahannya.

     "Fuck you." Hezrick menjeling Ad.

     Ad mencebik sebelum wajahnya bertukar manis memandang Mikayla.

     "Jom sayang. Kita tinggalkan je lelaki tua ni. Kita yang masih muda kena jalan depan, risau sesat pulak nanti." Ad terus menarik lengan Mikayla.

     Hezrick diam. Tangannya menolak troli barangan mereka. Kaki melangkah membontoti Ad dan Mikayla.

     "Lepaskan tangan isteri aku, budak bodoh." Troli ditolak semakin laju ke hadapan sehingga terlanggar punggung Ad. Ad berhenti lalu memandang riak biasa Hezrick.

     "Kalau teringin nak sentuh punggung aku jujurlah awal-awal. Aku okey je nak tadah untuk kau." Ad mengecilkan mata memandang Hezrick.

     "Aku nak bagi amaran pada kau, jangan sesuka hati sentuh bini aku. Tolak troli ni sebelum aku patahkan hidung kau." Hezrick terus menarik lengan Mikayla.

     "Itu pun nak marah, dasar si cemburu buta..." omel Ad sambil menolak troli tersebut.

     "Abang merajuk lagi?" Mikayla mendongak sedikit memandang wajah Hezrick di sisinya.

     "Entah," jawab Hezrick sepatah tanpa memandang isterinya.

     "Saya mintak maaf..." Lengan suaminya dipeluk erat.

     "Masuk cepat." Hezrick membuka pintu kereta untuk isterinya.

      Dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga setelah terlihat dua orang anak buah musuhnya berada berhampiran mereka.

     Disebabkan hal inilah dia tidak mahu membawa isterinya ke sini. Musuh mereka berada di mana-mana sahaja. Lebih merisaukan apabila negara ini adalah negara yang bebas menggunakan senjata.

     Senjata berada di merata tempat. Tembakan juga akan berlaku pada bila-bila masa tanpa sempat untuk bersiap-sedia.

     Mikayla yang duduk di belakang kerusi pemandu membetulkan cara duduknya. Tangan kirinya dihulur ke hadapan menyusup masuk ke dalam baju Hezrick.

     Hezrick mengerling isterinya melalui cemin tengah. Dah kenapa main raba-raba aku ni? Mikayla hanya menayangkan riak biasa.

     Ad yang duduk di sebelah penumpang memandang ke hadapan melihat jalan raya yang sesak pada petang itu membuatkan Mikayla semakin galak mengusap perut Hezrick.

     Hezrick menunduk memandang perutnya sekilas sebelum dia melemparkan pandangannya ke jalan hadapan.

     Mikayla geram kerana tidak dilayan, tangannya mula mencubit-cubit kulit perut lelaki itu.

     "Sakitlah," ujar Hezrick sepatah.

     Ad menoleh ke arah Hezrick yang sedang memandu. Mimik wajah hairan dipamerkan. Mengapa lelaki ini tiba-tiba mengucapkan perkataan sakit? Tiba-tiba dia terpandangkan baju Hezrick yang bergerak-gerak.

     "Tikus ke dalam baju kau tu?" soal Ad. Tangannya terus menepuk-nepuk benda yang bergerak itu.

     Mikayla cepat-cepat menarik tangannya. Bagaimana dia boleh tidak perasan akan soalan Ad pada suaminya sebentar tadi? Dia termalu sendiri. Ad menoleh ke belakang bersama mata yang membulat besar.

     "You raba Ricky? Seriously?!" Ad menekup mulutnya yang ternganga.

     "Sa... Saya bukan raba tapi... tapi sentuh, ha sentuh!" Tergagap-gagap Mikayla cuba membela diri.

     "You fikir I ni budak tadika ke? I ni dah matang tahu tak? Dah banyak perkara I lihat dengan mata kepala I sendiri," bebel Ad yang mula memalingkan wajahnya ke hadapan.

     "Orang barat, memang terbuka dalam semua perkara, kau layan porn kan?" soal Hezrick sinis.

     Mikayla hanya diam mendengar perbualan lelaki itu. Ad pantas menggeleng sebelum dia berkata.

     "Yeah barat. Tapi kau original barat, macam mana boleh fasih nak mampus cakap bahasa melayu mengalahkan aku ni?"

     Hezrick adalah orang barat tanpa kacukan. Dia berasal dari Sepanyol tetapi hairan, mengapa telah bertahun lamanya lelaki itu meninggalkan negara asal?

     "Tanya Kayla, bomoh apa yang dia guna sampai aku tak boleh langsung berpisah dengan dia." Sekali lagi Hezrick memandang cermin tengah yang terus memantulkan wajah isterinya.

     "Vietnam." Nama negara dipilih secara rawak disebut gadis itu.

     "What the fuck? I perhatikan you dari you kecil sampai ke besar dan tua bangka macam mak nenek sekarang ni, tak ada pun you pergi Vietnam?" Ad mengerutkan dahi memandang Mikayla.

     "Lama lagi ke? Saya nak ke tandas ni..." Mikayla menukar topik perbualan mereka. Tetapi memang benar dia hendak terkucil.

     "Eh bukannya you baru lepas kencing ke?" Ad masih memandang gadis itu.

     "Huh?" Kini giliran Mikayla pula mengerutkan dahi. Pelik betul Si Ad ini.

     "Tadi you kencing I dengan Ricky, you jangan nak buat-buat lupa ya," ujar Ad bersahaja.

     "Saya serious ni, betul-betul tak tahan dah sekarang..." ujar Mikayla lagi. Pahanya dikepit.

     "Kencing je kat situ, nanti suami you akan bayarkan ganti rugi car seat yang basah dan berbau, don't worrylah," kata Ad bersahaja. Dia mula menoleh ke depan.

     Hezrick merengus. Berani lelaki ini bercakap tentang sesuatu yang tidak senonoh pada isterinya?

     Kaki Mikayla semakin mengepit. Matanya pula dipejamkan, terasa sudah sampai di hujung.

     "Ricky!" jerit gadis itu.

     "Iye nak sampai dah ni, tadi lalu depan pam minyak tak ada pulak nak kencing ke apa..." bebel Hezrick.

     Seatbelt dibuka dan dia terus melangkah keluar. Dahinya berkerut melihat isterinya yang masih berada di dalam. Bukankah tadi gadis itu sudah tidak tahan?

     Pintu belakang itu dibuka. Kelihatan Mikayla yang sedang kelam-kabut membuka seatbelt bersama wajah yang sudah kemerah-merahan.

     "Jangan gelepar sayang, kejap aku tolong..." Hezrick cuba membuka seatbelt yang sudah terbelit.

     "Cepatlah abang!" Mikayla memarahi suaminya yang masih terkial-kial hendak mencabut tali pinggang yang tersangkut itu.

     "Apa yang kau buat sampai terbelit macam ni? Huru-hara betul."

     Mikayla terus melangkah keluar lalu berlari masuk ke dalam sebuah rumah besar sebaik sahaja tali pinggang keledar itu berjaya dilepaskan.

     "Mesti dah hujung-hujung tu." Ad menggeleng kecil.

     "Kau angkat semua beg dan letak dalam bilik." Hezrick berlari anak masuk ke dalam rumah. Tahukah gadis itu di mana keberadaan tandas?

     Kelibat Mikayla dicari. Dia terus berjalan di lorong menuju ke dapur. Matanya terus menangkap kelibat isterinya yang sedang berlari anak menolak sebuah pintu, pintu tersebut bukan tandas. Gadis itu beralih pula ke arah sebuah lagi pintu sebelum pintu itu juga ditolak, juga bukan tandas. Akhirnya dia berhenti setelah melihat kelibat Hezrick.

     "Abang... Kayla dah tak tahan..." Wajahnya memerah seperti hendak menangis.

     Hezrick terus menarik lengan isterinya ke tandas berhadapan kolam.

     Beberapa minit kemudian dia mula hairan. Lama sungguh isterinya di dalam tandas. Jam tangan dilihat.

     Kepalanya terus berpaling ke arah pintu tandas yang dibuka. Sepasang mata yang merah dan berair itu dipandang dengan dahi berkerut. Menangiskah?

     "Dah kenapa? Dapat masuk tandas pun nak menangis?"

     Kedua-dua belah bahu gadis itu dipegang. Air mata Mikayla diseka lembut.

     "Kenapa? Ada apa dalam tandas tu?"

     "Saya malu..." Tersedu-sedan Mikayla melepaskan tangisannya.

     Jawapan dari Mikayla membuatkan Hezrick ketawa besar. Tangisan Mikayla menjadi semakin kuat setelah melihat reaksi suaminya.

     "Hahaha apa masalah kau? Nampak ni? Nak kena ke?" Hezrick menunjukkan penumbuknya pada Mikayla. Gadis itu mencebik.

     "Gurau je sayang. Muka tu janganlah serious sangat." Hezrick mengusap kepala isterinya yang berlapikkan tudung sebelum dahi gadis itu dikucup lembut.

     "Oi! Nak bermanja-manja bukan di situ tempatnya! Sila masuk bilik, hormat sikit yang single ni!" laung Ad yang berdiri di balkoni tingkat dua rumah agam itu.

     "Kau nak ikut tak?" soal Hezrick pada Ad menggunakan nada tinggi. Ad mengangkat sebelah keningnya. Nak ke mana?

     "Makan, perut Kayla gemuk ni tiba-tiba rasa lapar," ujar Hezrick bersama senyuman nakal memandang isterinya.

     "Nak!" Ad belari masuk ke dalam untuk turun ke bawah.

     Telefon bimbit Hezrick berdering. Skrin itu dilekapkan pada telinga. Suara Freddy yang terjerit-jerit membuatkan telefon bimbitnya dijauhkan sedikit dari telinga.

     "Kenapa kau tinggal dua ekor babi hutan yang suka bergaduh ni sial?!"

     Belum sempat Hezrick menjawab, lelaki itu masih melontarkan amarahnya. Jelaslah di situ yang Freddy sedang berada dalam situasi yang tertekan.

     "Kau tahu tak tadi dua orang tu main baling pinggan kat dapur. Dah banyak pinggan pecah lepas tu tak nak kemas. Sumpah aku rasa nak mati sekarang ni..." adu Freddy lagi. Dia geram kerana dia telah menjadi mangsa untuk membersihkan ruang dapur itu.

     "Ferliy dengan Firaz pun dah lama blah sebab bising sangat, rumah ni dah macam kandang kambing liar!"

     Prang!

     Kedengaran bunyi gelak tawa dua orang manusia nakal itu menjadi suara latar.

     "Mungkin aku tidur hotel malam ni..." ujar Freddy dengan nada yang mula mengendur.

     "Siapkan kerja cepat-cepat, kau tinggal jelah dua orang tu dan datang ni." Hezrick memberi cadangan yang bernas kepada lelaki itu.

     "Flight aku esok."

     "Amboi awalnya." Hezrick tersenyum kecil.

     "Sebelum ada yang mati, lebih baik aku cau dulu bro."

     Hezrick menggeleng kecil. Telefon bimbit terus disimpan ke dalam kocek seluar sebelum isterinya di sisi dipandang. Senyuman nakal ditayangkan melihat bibir muncung gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience