Bab 30

Action Series 24641

     Lelaki itu memberi isyarat mengarahkan Mikayla keluar. Kaca mata hitam ditanggalkan lalu diselitkan pada kolar baju.

     Mikayla menelan air liur, dia tidak tahu ingin keluar ataupun tidak, pandangannya diputarkan ke arah Amira.

     "No way! Apa lagi yang lelaki itu nak daripada awak? Macam mana dia boleh tahu awak ada kat sini?" Dahi Amira berkerut memandang Mikayla.

     "Sebenarnya saya ada jumpa dia waktu kita kat birthday party Qaisara..." Mikayla mula menceritakan tentang perkara yang berlaku beberapa hari yang lepas.

     "Huh?! Habis tu dia ada buat apa-apa pada awak tak??"

     "Tak ada lah. Masa tu saya dengan Hezrick," jawapan ringkas Mikayla membuatkan Amira menghela nafas lega dan berterima kasih pada si hero tersebut.

     Bunyi ketukan tingkap kedengaran semakin kuat. Nampaknya lelaki yang berada di luar itu mula menayangkan riak tidak puas hati.

     "Keluarlah!" Jeritnya kuat.

     "Tak apa. Kan siang ni, mungkin dia ada masalah?" Mikayla melepaskan seatbelt.

     "Saya pun nak ikut!" Amira cepat-cepat melangkah keluar dari perut kereta.

     "Hey cutie..." Sapa lelaki itu bersama senyuman kacaknya.

     "Apa yang awak nak? Amira tak ada pun halang jalan awak," kata Mikayla dengan penuh berani.

     "I cuma nak you aje," lelaki itu mencuit dagu Mikayla. Mikayla berundur beberapa langkah ke belakang menandakan yang dia tidak selesa.

     "Hei! Kau jangan cuba-cuba nak sentuh dia!" Amira menunding jari telunjuknya tepat di hadapan wajah lelaki itu.

     "Aku tak bercakap dengan kaulah perempuan murah." Lelaki itu tersenyum sinis.

     "Jaga mulut kau Adam Haiqal." Nada yang digunakan Amira kedengaran cukup tegas.

     "Aku cakap benda yang betul. Kau murah kan? Kaki kikis," Adam tersenyum menganjing melihat wajah Amira yang berona merah menahan marah.

     "Tolong jangan timbulkan masalah, saya tak ada kaitan dengan awak... Lagipun saya dengan Amira nak cepat." Kata Mikayla lembut. Dia cuba untuk bercakap secara baik dengan lelaki yang berdiri di hadapannya ini.

     "So jom ikut I jalan-jalan pusing bandar KL ni?" Adam menjongketkan keningnya beberapa kali.

     "Tak boleh. Nanti boyfriend dia marah," laju saja Amira menjawab bagi pihak Mikayla.

     "Boyfriend? Orang kaya gila kuasa tu ya? Tinggi jugak taste you ni. Dia takkan tahu kalau tak ada sesiapa yang beritahu, so jom..." Lengan Mikayla diraih lembut dan apabila gadis itu bertindak menarik kembali tangannya, Adam Haiqal mula mencengkam lengan kecil itu dengan kuat.

     "Sa... Sakitlah!"

     "Hei lepaskan dia!" Amira merentap lengan Mikayla sehingga terlepas.

     "Ehem... hem hem .. uhuk uhuk ..." Bunyi deheman dan batuk yang dibuat-buat kedengaran dari arah belakang mereka bertiga.

     Mikayla dan Amira mengerutkan dahi mereka melihat Enrique tiba-tiba berdiri di situ. Dari mana lelaki itu datang? Nak kata menaiki kereta, tiada pula nampak kereta mewah milik lelaki itu terpakir di tepi jalan.

     "Berjumpa lagi kita, Adam Haiqal? Nama aku Horseh Aqana," Enrique menghulurkan tangannya untuk menyalam lelaki itu.

     "Horseh Aqana? Buruknya nama you." Amira menayangkan riak jijik.

     "Otak mama papa aku kreatif, tak macam mak bapak kau, otak sempit dasar tolol." Enrique memandang ke arah Amira sekilas.

     "Eee kurang ajar!" Jerit Amira kuat. Enrique beriak tenang meletakkan jari telunjuknya di bibir.

     "Kau jangan nak sibuk hal aku dengan perempuan ni." Adam membalas renungan tajam Enrique, jari ditunding ke arah Mikayla.

     "Amira dan Kayla pergi masuk kereta. Balik rumah, kunci pintu dan tingkap semua tu rapat-rapat okey? Biar I settle si makhluk berbulu tebal ni," pesan Enrique dengan mata yang masih tidak lepas merenung Adam.

     Tanpa membuang masa, Amira menolak Mikayla memasuki perut kereta sebelum kakinya diaturkan meluru ke arah pintu sebelah pemandu. Mereka berdua beredar dari situ seperti yang diarahkan Enrique.

     "Gadis-gadis cantik tu dah pergi. So sekarang jom jalan-jalan dengan aku nak?" Soal Enrique yang tiba-tiba tersenyum lebar.

     Adam menjeling wajah Enrique sebelum dia membuka langkah meluru ke arah kereta mewah miliknya.

     Enrique membulatkan mata tanda tidak berpuas hati dengan perbuatan kurang ajar lelaki itu yang hanya mengendahkan pelawaannya.

     "Hey bro, don't mess with fire!" Jerit Enrique sebelum dia tersenyum sinis.

     Tangan diangkat sebelum kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali. Bagaimana dia hendak pulang? Bukankah tadi dia datang ke sini bersama Herith? Ke mana lelaki itu membawa keretanya? Keluhan kecil dilepaskan sebelum telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor Herith didail.

     Tut tut... tut tut...

     "Herith speaking," sapa Herith di dalam talian.

     "Ambik aku kat tempat tadi. Aku seorang ni, kalau kena culik macam mana? Dahlah tak ada air-cond." Lorong jalan berturap itu kelihatan lengang saja, seram sejuk pula dibuatnya.

     "Api neraka lagi panas. Tunggulah sejam kat situ baru aku datang," kata Herith sebelum talian mereka diputuskan.

     "Shit lah dia ni! Panas gila sekarang. Tengoklah aku balas dendam nanti, kau tunggulah Herith!" Enrique mula kesan lokasi kereta miliknya, kereta itu berada di salah sebuah restoran terkenal di Kuala Lumpur.

     Senyuman jahat terukir di bibir nipis itu. Otaknya telah memikirkan pelbagai cara untuk mengenakan lelaki yang bernama Herith.

     Freddy melangkah masuk ke dalam rumah milik Firaz. Matanya tertancap pada Ferliy yang sedang tidur di sofa. Kakinya diaturkan meluru ke arah gadis itu. Wajah Ferliy direnung lama. Kepala gadis itu pula diusap sayang.

     "Aku mintak maaf... Disebabkan aku, diri kau terabai..." Satu kucupan sekilas singgah pada dahi gadis itu. Perut kempis adiknya diusap lembut.

     Anak yang dikandung adiknya ini tidak bersalah sama sekali. Nasib baik adiknya tidak memilih jalan gelap untuk menjadi seorang pelacur kerana di sana begitu ramai remaja muda seperti ini sudah menjadi pelacur kelas atasan.

     Dalam marahnya terhadap Firaz, dia tetap berterima kasih pada lelaki itu kerana telah menjaga makan minum adiknya dan lelaki itu juga telah memberikan kasih sayang yang cukup kepada Ferliy. Buktinya sinar kebahagiaan jelas terpancar pada wajah gadis yang sedang lena ini.

     Pintu utama rumah itu dibuka dari luar, Freddy menoleh ke arah si gerangan yang sedang melangkah masuk ke dalam rumah bersama beberapa plastik barang. Lelaki itu juga menoleh ke arah Freddy bersama dahi yang berkerut-kerut.

     "Kereta kau tak ada pun dekat luar, datang dengan siapa?"

     "Aku terbang tadi."

     "Hambar." Kata Firaz sepatah sebelum dia melangkah ke dapur.

     "Aku tak ada buat lawak pun." Freddy mula berdiri, punggungnya dilabuhkan ke atas sofa panjang sebelum tubuh direbahkan ke atas sofa itu.

     "Aku nak cakap sikit ni. Kalau Ferliy tinggal dengan kau, aku nak tinggal dengan Ricky sekalilah," kata Firaz bersama senyuman yang penuh makna.

     "Tak payah. Nanti rumah tu jadi tempat maksiat pulak." Freddy mula menyilangkan tangan ke belakang kepala seraya memejamkan matanya.

     "Tapi aku nak jaga anak aku..."

     "Aku ada untuk jaga. Kau jangan risaulah pasal keselamatan dia." Kata Freddy tanpa nada.

     "Bro, Ferliy takkan terima kalau kau mintak dia tinggal dengan kau tanpa aku. Trust me." Matanya merenung wajah lena Ferliy.

     "Jangan mintak aku guna cara kasar sudahlah."

     Firaz melihat Ferliy yang bergerak-gerak, gadis itu mula mencelik mata secara perlahan-lahan. Senyuman manis dihadiahkan kepada Ferliy dan gadis itu juga membalas senyumannya. Kehadiran Freddy masih tidak disedari.

     "Abang beli tak kek yang Ferliy mintak tu?" Soal Ferliy ingin tahu, dia terus bangun dan duduk, pandangannya tertancap pada Freddy yang sedang baring di sofa.

     "Apa yang dia buat kat sini??" Bisik Ferliy pada Firaz.

     "Kek ada dekat dapur. Dia datang untuk tengok awaklah."

     "Masa bila pulak aku nak lawat dia? Aku datang sini untuk jemput dia balik." Celah Freddy.

     "Apa yang dia merepek ni abang? Ferliy ikut dia balik? Balik dekat mana?" Ferliy memandang wajah Firaz dengan riak wajah yang begitu hairan.

     "Dia tak beritahu kau? Kau kena tinggal dengan aku. Pergi kemas baju-baju kau." Freddy mula bangun. Ferliy menoleh ke arah Freddy sekilas sebelum matanya kembali melekat pada wajah Firaz.

     "Betul ke ni abang?" Nada suaranya bergetar.

     Firaz hanya diam membalas renungan Ferliy. Dia sendiri tidak mahu berjauhan dengan gadis ini. Keadaan gadis itu yang sedang mengandung lebih membimbangkan dirinya jika berlaku sesuatu.

     "Abang senang-senang suruh Ferliy ikut lelaki ni? Abang nak Ferliy mati ke? Ferliy sedar selama ni Ferliy cuma menyusahkan abang, tapi sampai hati abang buat Ferliy macam ni..." Ferliy berdiri kemudian terus melangkah ke arah tangga.

     "Hey abang tak habis cakap lagi, kenapa nak marah-marah pulak ni?" Firaz menggunakan nada yang tinggi bagi memastikan Ferliy mendengar katanya. Gadis itu menghempas kuat pintu bilik mereka.

     "Aku rasa kita kena guna cara lain," ujar Freddy setelah lama dia berfikir. Firaz menjongketkan sebelah keningnya menandakan 'apa?'

     "Ubat tidur."

     "What? No way! Ubat tidur bahaya untuk kandungan dia,"

     "Kita kena gu..." Kata-kata Freddy tergantung setelah melihat Ferliy bersama sebuah beg bagasi sedang menuruni anak tangga.

     "Nak pergi mana pulak ni, dear?" Soal Firaz, kakinya diatur menuju ke arah Ferliy.

     "Ferliy boleh bekerja, hidup sendiri dan jaga anak Ferliy tanpa bantuan abang. Lepas ni abang tak perlu risau pasal Ferliy. Abang fikir Ferliy tak sedar perubahan abang? Ferliy paksa baru abang nak tidur dengan Ferliy, kenapa? Sebab abang dah bosan dengan Ferliy, kan?" Air matanya dikesat kasar. Firaz menepuk dahi.

     "Jangan merepek boleh tak?" Firaz memegang kedua-dua belah bahu gadis itu, air mata yang mengalir di pipi gadis itu diseka lembut.

     Ferliy menolak tangan Firaz sebelum dia terus menuruni anak tangga. Firaz menghela nafas panjang. Mengapalah gadis ini begitu keras kepala?

     Hampir tergugur jantungnya melihat kaki Ferliy tergelincir dari anak tangga dan hampir terjatuh, Firaz pantas menahan tubuh genit gadis itu.

     "Awak tengok! Kalau jadi apa-apa tadi macam mana?! Awak tak fikir ke huh?!" Tengking Firaz kuat. Marahnya tidak dapat dikawal lagi, keputusan gadis ini hanya akan membahayakan dirinya sendiri.

     "Abang yang nak halau Ferliy keluar dari rumah ni, Ferliy cuma nak tunaikan permintaan abang... isk abang jahat marah-marah Ferliy macam ni!" Dada Firaz dipukul beberapa kali.

     Freddy mengurut-ngurut dahinya yang terasa sakit. Tertekan dia mendengar pertengkaran yang tidak perlu untuk dia masuk campur itu.

     "Dengar dulu penjelasan abang. Fred nak awak tinggal dengan dia sebab kita belum bernikah, faham ke tak ni?" Firaz menyeka air mata yang masih setia mengalir di sisi wajah gadis itu.

     "Tapi semalam kita..." Mulut Ferliy ditekup. 

     "Shh, nanti Fred dengar dia marah tau. Awak ikut Fred balik dulu. Esok abang datang jenguk awak kat sana." Firaz mengukir senyuman manis merenung wajah basah gadis kesayangannya.

     "Ferliy tak nak tinggal dengan lelaki jahat, nanti Ferliy mati sebab terabai..." Ferliy menggenggam erat tangan Firaz.

     "Kau ni gila ke apa? Mana ada orang mati sebab terabai." Mahu tidak mahu, Freddy terpaksa mencelah selepas mendengar kata-kata tidak logic gadis itu.

     "Tengoklah abang, dia kurang membaca sampai benda tu pun tak tahu," Ferliy menjeling tajam wajah Freddy.

     "Habis tu mana kau tahu benda yang kau cakap tadi betul??" Freddy kelihatan masih tidak berpuas hati.

     Ferliy diam memandang Firaz. Dia menggeleng kecil membuatkan dahi Firaz berkerut. Apa benda pula?

     "Ferliy malas layan Fred. Abang tolonglah jawab soalan dia tu." Kata Ferliy perlahan. Firaz tersengih.

     "Nak atau tak, kau tetap kena ikut aku balik. Kau tak boleh tinggal dengan Firaz." Mata Freddy tidak lepas daripada merenung adiknya.

     "Ferliy tak nak ikut Fred! Tak faham ke?!" Jerit Ferliy kuat.

     "Hey abang tak pernah ajar awak tinggi suara macam ni." Firaz memegang kedua-dua belah bahu Ferliy.

     "Kalau kau tak ikut aku, aku bunuh dia." Freddy mengacukan sepucuk pistol miliknya tepat ke arah Firaz.

     "Ferliy tak percaya yang Fred akan bunuh kawan baik sendiri." Ferliy menggeleng perlahan. Firaz diam bukan kerana dia takut pada Freddy, dia sudah menerima isyarat mata lelaki itu sebentar tadi.

     Bang!

     Satu das tembakan dilepaskan. Ferliy yang tersentak terus memeluk tubuh tegap Firaz. Kedengaran esakan kecil gadis itu membuatkan Firaz dihurung rasa serba salah.

     "Kenapa kau menangis? Lelaki yang betul-betul sayangkan kau takkan rosakkan kaulah Ferliy."

     "Enough. Aku ikut Ferliy tinggal dengan kau." Putus Firaz. Freddy diam tanpa menunjukkan sebarang riak. Lantak kaulah!

     Mikayla mengintai di lubang tengah pintu utamanya. Sebentar tadi dia seperti terdengar bunyi loceng namun tiada kelibat sesiapa pun di hadapan pintu.

     Dadanya terasa berdebar-debar memikirkan perkara yang terjadi petang tadi. Lelaki itu benar-benar datang ke rumahnya?

     Bunyi ketukan pintu yang kuat membuatkan Mikayla tersentak lalu terus bersandar pada dinding. Dia seorang berada di dalam kondominium itu ketika ini oleh kerana Amira telah keluar bersama Zack.

     Dia berlari ke arah bilik setelah mendengar bunyi ketukan pintu itu semakin kuat. Telefon dicapai, nombor Amira didail, tetapi telefon gadis itu tidak aktif. Dia begitu panik, bunyi pintu utama yang berjaya dikopak membuatkan tubuh Mikayla mula menggigil.

     Nombor Hezrick pula didail, beberapa saat kemudian talian mereka bersambung.

     "Awak, rumah saya masuk penjahat... Tolong saya takut... isk sa... saya tak tahu nak buat apa..." Mikayla mula teresak-esak menangis ketakutan.

     "Sayang, relaks. Kau kat mana sekarang ni?"

     "Dalam bilik, tolong datang sini cepat." Sesekali dia melihat ke arah pintu biliknya.

     "Kunci pintu bilik. Cari tempat yang kau boleh sorok, jangan end call, aku datang sekarang." Hezrick yang baru keluar dari kedai berlari ke arah kereta mewah miliknya, nasib baik dia berada berdekatan dengan kawasan kondominium gadis itu.

     Mikayla pantas mencari tempat untuk menyembunyikan dirinya. Bunyi lagu yang kuat terpasang di ruang tamu membuatkan Mikayla mengucap panjang.

     "Are you there?" Soal Hezrick setelah beberapa minit mereka diam.

     Prang!

     "Saya terdengar bunyi pinggan pecah, cepat awak..." Ujar Mikayla di dalam esak tangisnya, dia semakin berundur masuk ke bawah katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience