Bab 63

Action Series 24641

     Punggungnya diesot menghampiri sofa. Mata dipejam rapat. Bibirnya terketar membaca surah yang berada di dalam fikiran ketika ini.

     Tidak lama kemudian, wajahnya berubah cuak melihat komputer Firaz terpasang sendiri. Terus mata dipejam.

     "Dear?" Suara Firaz kedengaran semakin hampir dengannya.

     Matanya dicelik luas.

     "Abang!" Tubuh lelaki itu dirangkul.

     "Kenapa menangis ni dear? Awak okey?" Firaz mengusap lembut belakang tubuh Ferliy sebelum tubuh itu ditarik lalu dibawa ke sofa.

     "Ada hantu de... dekat sini tadi..."

     "Hantu? Abang duduk seorang dalam bilik ni dah bertahun-tahun, tak pernah pun nampak hantu." Firaz menggeleng kecil. Penakut betul budak ini.

     "Tapi hantu tadi kacau Ferliy. Ferliy lari masuk sini, dia nak bunuh Ferliy dengan baby... Betul..." Ferliy menyeka air matanya yang mengalir di pipi.

     "Ya Allah, sayang... Awak berlari? Awak fikir yang bukan-bukan sangat. Lepas ni abang tak nak bagi awak tengok cerita hantu lagi. Nasib baiklah abang ada tertinggal barang."

     Ferliy hanya diam. Mungkinkah kejadian tadi hanya halusinasi sahaja?

     "Ambil telefon abang ni dan buka surah. Awak rehat okey? Jangan fikirkan sangat. Abang ada pesakit lagi ni."

     "Lepas abang siap nanti datang sini terus tau." Ferliy pasrah melepaskan Firaz pergi.

     Firaz mengangguk bersama senyuman kecil. Belum sempat tombol pintu dipulas, pintu itu dibuka dari luar membuatkan kakinya berundur beberapa langkah.

     Dahinya berkerut melihat Azlan bersama seorang perempuan asing, Herith dan Enrique melangkah masuk tanpa dipelawa. Apahal budak-budak ni?

     "Kau nak tahu tak? Tadi ada hantu bodoh ganggu bini kau sampai menangis-nangis berlari masuk bilik. Dah macam budak-budak aku tengok." Herith memulakan penceritaannya seraya mengambil tempat di sebelah Ferliy.

     "Kau tak ada kerja lain ke nak buat? Bini aku tu tengah mengandung, kalau dia terjatuh masa berlari tadi macam mana?" Firaz mencekak pinggang.

     "Tengah buat kerjalah ni. Kalau bini kau jatuh, itu yang dinamakan takdir," jawab Enrique bersahaja.

     Firaz meraup wajahnya, kurang didikan betul si gila ini. Sesuka hati menjawab.

     "Kau fikir senang ke nak buat anak?" Herith memandang Enrique.

     "Tak tahu dan tak nak tahu. Aku tak kahwin lagi." Enrique menggeleng beberapa kali.

     "Aku ada kerja sikit lagi ni, kenapa datang? Punyalah banyak hospital kat Malaysia, sini juga kau nak buat semak." Firaz membebel kecil sambil menyingsing lengan bajunya.

     "Bukan semak yang biasa-biasa. Aku nak suruh kau check perut perempuan ni untuk tengok ada hidupan lain ke tak." Enrique menunding jari tepat pada perut isteri Azlan.

     "Pergi ambil nombor kat kaunter depanlah. Apahal kau masuk sampai dalam bilik aku ni?" soal Firaz.

     "Saja, datang sebab nak tengok perut Ferliy. Sakit tak mengandung?" soal Herith pada Ferliy yang duduk di sebelahnya. Ferliy menggeleng kecil.

     "Cubalah mengandung dulu baru tahu. Kau ada rahim tak?" Enrique menyoal dengan penuh kebodohan.

     "Err kejap nak check..." Herith memegang zip seluarnya.

     "Woi woi! Melampau betul kau orang dua ni. Sudahlah. Aku tengah bekerja lagi. Lan, kau tolong tengok-tengokkan dua ekor monyet ni. Kalau dia orang kacau bini aku, kau sepak je muka dia." Firaz bergegas keluar.

     Azlan mengangguk faham. Baru sahaja dipesan, Enrique terus mengambil tempat di sebelah kiri Ferliy. Azlan mengurut dahinya, pening betul hendak melayan.

     "Rasa angin tak dalam perut?" soal Herith sambil memandang perut buncit Ferliy dengan penuh minat.

     "Huh? Angin apa?" soal Ferliy.

     "Angin anak kau bernafaslah." Enrique menutup wajahnya yang sudah berona merah menahan tawa.

     "Saya tak..." Ayat Ferliy dipotong Herith.

     "Okey okey kali ni serius. Rasa geli-geli tak dalam perut?" soal Herith bersama wajah serius ditayangkan.

     "Saya tak fahamlah, apa yang awak merepek ni ni??" Ferliy mula tertekan mendengar soalan-soalan aneh itu.

     "Geli sebab baby geletek ke?" Otak Enrique kelihatan seperti kurang masuk dengan soalan Herith.

     Herith menggeleng laju.

     "Geli sebab rambut baby kena kulit dalam perut tu..." jawab Herith bersahaja.

     "Ya Allah kelakarnya!" Enrique menganjing bersama riak yang dibuat-buat teruja.

     Herith mencebik. Tanya pun salah. Perut Ferliy kembali direnung.

     "Soalan terakhir, macam mana perempuan boleh mengandung?" soal Herith bernada biasa.

     "Err sa... saya..." Tergagap-gagap Ferliy ingin menjawab soalan itu.

     "Shh jangan jawab. Biar aku bawa dia daftar bilik untuk pesakit mental. Bye mama Ferliy Muri." Enrique menarik kasar lengan bahu Herith mendorong lelaki itu berdiri. Tangan kirinya dilambai-lambai ke arah Ferliy.

     "Eh nama dia Ferliy Mouri lah." Herith membetulkan sebutan Enrique.

     "Otak kau tak betul sangat-sangat dah ni. Sabar ya budak." Enrique mengusap kepala Herith. Isyarat tangan ditunjukkan kepada Azlan supaya mengekorinya.

*****

   Beg miliknya yang dipenuhi gumpalan kertas direnung hairan. Siapa yang lakukan semua ini? Mata diliarkan ke sekeliling bagi mencari pelajar lain di situ. Tiada. Kawasan almari penyimpanan barang itu lengang saja.

     Setahunya, dia tidak mempunyai musuh di kolej. Adakah semua ini mempunyai kaitan dengan musuh Hezrick? Seram juga menjadi isteri kepada mafia, sehingga di dalam kolej dia diperhatikan.

     Mikayla tersentak merasakan bahunya dicuit. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada siapa pula di situ. Dahi berkerut hairan. Wajahnya kembali dipalingkan ke depan. Hampir gugur jantungnya melihat lelaki yang tiba-tiba saja berdiri di situ.

     "Haish awak ni. Terkejut saya..." Mikayla memegang dadanya yang berdebar.

     "Ada nampak hati I yang hilang tak?" soal Zack bersama senyuman ceria.

     "Kat stor belakang. Awak tak ada kerja ke?"

     "Kerja hari ni dah habis. Tunggu esok pulaklah. I nak pergi kat Amira. Eh kejap, Ad buat apa dekat kafe depan sana tu?" Dahi Zack berkerut.

     Sewaktu dia berjalan untuk ke sini, dia ternampak Ad sedang membuat kerja mengutip pinggan di kafe kolej ini. Hairan, sudah jatuh miskinkah lelaki itu sehingga mengambil upah melakukan tugas di kafe pula?

     "Kalau saya beritahu ni, awak jangan cakap pada sesiapa tau," ujar Mikayla perlahan.

     Matanya diliarkan ke sekeliling sebagai langkah berjaga-jaga. Zack mengangguk, macam serius saja. Mikayla mula membisik pada lelaki itu membuatkan sepasang mata Zack membuntangkan.

     "Habislah rosak, ada 'dadah' rupanya kat situ..." Zack menggeleng-geleng kecil.

     Zack meminta diri untuk berjumpa dengan kekasih hatinya. Mikayla mengambil barang di dalam locker kemudian beredar.

*****

     Mikayla memandang Ad yang sedang mengelap meja makan. Gigih sungguh lelaki itu bekerja.

     "Suami saya dah sampai ke?"

     "Hye Mrs. Xixel, jemput duduk. Nak makan apa? Mungkin suami you on the way." Ad menarik kerusi untuk gadis itu.

     Tanpa banyak bunyi, Mikayla terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Buku menu dibelek sebelum dia menoleh ke arah Ad yang berdiri di sisi meja.

     "Awak tulis ya, saya nak semua jenis kek yang ada kat sini."

     "Siapa nak makan banyak-banyak tu?" soal Ad kehairanan. Gadis ini ingin menelan kesemua 15 jenis kek?

     "Saya nak suap suami saya kejap lagi."

     "What?? Tapi Ricky tak makan kek. Dia tak pernah makan kek." Ad menggeleng laju.

     "Saya akan paksa dia. Dia masih tak tahu betapa nikmatnya makan kek yang dipenuhi cream..." Mikayla memejamkan mata membayangkan sesudu kek disuap ke dalam mulutnya. Manis berlemak!

     "Jangan harap aku akan makan kek," celah satu suara yang berdiri di belakang kerusi Mikayla.

     "Saya tetap akan paksa abang. Bawakan kek-kek tu sekarang Ad." Dengan beraninya Mikayla menjawab. Ad berura-ura untuk pergi.

     "Jangan Ad." Larangan Hezrick membuatkan langkah Ad terhenti.

     "Kalau awak sayang saya, awak pergi ambil kek-kek tu." Mikayla masih tidak mahu mengalah.

     Ad terus sambil menutup lubang telinga dan beredar.

     "Kau jangan cuba nak paksa. Aku memang tak suka bau kek dan aku takkan sesekali telan makanan pelik tu," tegas Hezrick seraya mengambil tempat di sebelah Mikayla.

     45 minit kemudian.

     Mikayla masih menyuap lebihan kek ke dalam mulut Hezrick. Dahi Hezrick berkerut-kerut mengunyah kek-kek di dalam mulut. Sudah nampak seperti lelaki itu sedang makan sesuatu yang memualkan.

     "Sudahlah sayang. Abang dah tak larat... Uwerk!" Loya tekak dibuatnya.

     Beberapa orang pelajar perempuan yang sedang berbual dalam kafe itu tersenyum-senyum melihat wajah kemerahan Hezrick menahan mual. Hot bebeh.

     "Sedap sangat ya kek-kek ni sampai comot abang makan." Mikayla tersenyum manis. Bibir lelaki itu dilap menggunakan tisu.

     "Abang okey?" Risau pula melihat Hezrick yang mendiamkan diri.

     "Abang?" Bahu suaminya dipegang.

   "Abang nak mun..." Hezrick bergegas ke tandas sambil menutup mulut. Sudah tidak dapat ditahan lagi.

     Mikayla menunggu di hadapan pintu tandas. Risau pula mendengar lelaki itu memuntahkan kek-kek tadi. Mungkinkah akan menjadi sesuatu yang serius? Dia sendiri tidak tahu mengapa terasa ingin melihat suaminya makan kek.

     "Saya minta maaf abang..." Mikayla mengusap pipi Hezrick sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar.

     "Seronok dapat kenakan abang?" Hezrick menjongket sebelah kening. Lengan isterinya dipegang.

     "Seronok tu dah hilang bila Kayla perasan abang terseksa sangat..." Wajah Mikayla berubah mendung.

     "Abang sanggup buat macam-macam untuk tengok sayang bahagia." Hezrick tersenyum kecil.

     "Terima kasih abang..." Mikayla memeluk tubuh suaminya.

     "Woi sakit matalah." Ad yang sedang menolak troli pinggan untuk dicuci itu menegur Mikayla dan Hezrick.

     "Sejak bila kau bekerja dekat sini?" soal Hezrick yang baru sedar akan hal itu.

     "Pemilik kafe ni ada anak perempuan yang baik dan solehah, sepadan dengan taste aku. Aku tengah cuba masuk jarumlah ni." Ad berkata perlahan sebelum dia tersenyum nakal.

     "Perangai kau macam sial. Ada hati nak yang alim, baik semua tu." Hezrick menjeling Ad.

     "Tapi aku baik juga, kan?" Ad menunjuk dirinya sendiri.

     Belum sempat Hezrick menjawab, dia sempat menyambut tubuh Mikayla yang tiba-tiba tidak sedarkan diri. Mata Ad membulat besar melihat Mikayla pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience