Bab 69

Action Series 24641

     Security yang menggunakan empat angka passcode direnung dengan dahi berkerut. Tidak tahu pula tentang passcode ini kerana Enrique tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu dan ketika ini, dia tidak tahu sama ada dia atau Enrique yang lembab. Mungkin mereka berdua patut 'bercakaran' oleh kerana hal kecil yang menyusahkan ini.

     Setelah beberapa minit merenung alat yang terlekat pada sisi pintu itu, otaknya telah berjaya mengeluarkan satu peristiwa di mana kereta milik Hezrick meletup akibat disabotaj musuh di Thailand beberapa bulan lepas.

     Waktu itu, mereka terjumpa satu kotak besi yang ditinggal musuh di belakang kereta yang sudah meletup. Dia masih ingat akan lapisan kepingan logam yang terukir nombor tetapi dia lupa akan angka tersebut. Mungkin angka itu boleh digunakan untuk alat security ini.

     Matanya dipejam rapat untuk mengingat kembali dua angka tersebut tetapi otaknya langsung tidak memberikan kerjasama.

     "Fikirlah wahai otak Herith, jangan malukan keturunan Xizel." Berpeluh-peluh dia memikirkannya namun tetap kosong.

     "Kenapalah otak aku lembab sangat. Terpaksa mintak tolong Fred." Nafas kecil dihela, tangannya menekan button hitam pada walkie-talkie.

     "Masuk-masuk, berapa nombor security ni?" soal Herith pada Freddy.

     Freddy langsung tidak menjawab walaupun dia sudah dengar soalan itu. Pintu di hadapannya dibuka, terpampanglah Herith yang menunduk sambil menekan-nekan skrin telefon bimbit. Lelaki itu mengangkat wajah, matanya membulat besar melihat Freddy yang sudah berada di muka pintu. Aik? Macam mana lelaki itu masuk?

     "Kau buat apa?" soal Freddy.

     "Tunggu jawapanlah. Macam mana kau boleh ada kat dalam? Kau buat magic ke?"

     "Ricky dah bagi passcode security kat dalam kereta tadi. Birthday kau empat haribulan lima dan birthday dia lapan haribulan lapan, lembab!" Freddy menunjal dahi Herith yang masih kehairanan.

     "Sekarang ni, aku cuma nak tahu passcode aje, bukan nak dengar kau berleter."

     Pak!

     Kepala Herith dipukul Freddy, walaupun tidak terlalu kuat tetapi kesakitan yang dirasa sama sahaja seperti pukulan kuat lelaki itu, tiada beza. Otaknya bergegar.

     "4588 lah. Kau jangan nak buat hal hari ni, kita perlu serious. Misi kali ni bahaya. Silap langkah kita terkorban." Freddy terus memalingkan tubuhnya tanpa menunggu balasan dari Herith.

     "Okey okey aku serius... Pfft... Relaks Herith, jangan gelak. Relaks..." Herith menarik nafas lalu dihembus perlahan. Inilah masalahnya, dia tidak mampu untuk terlalu serius. Jika dia buat begitu, rasa geli di dalam perut semakin menjadi-jadi.

     Bang!

     Bunyi satu das tembakan kedengaran. Herith dapat melihat Freddy yang terperanjat sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah. Nampak berani tetapi penakut. Yang ini kelakar juga.

     "Hahaha! Padan muka. Beleber lagi banyak-banyak. Tak pandan dengan jantan. Kan dah kena." Herith menekan perutnya yang terasa senak.

     Freddy dapat melihat jelas laser bewarna merah terpancar di dahi Herith. Dia bergegas lari mendapatkan Herith sebelum tubuh lelaki itu ditolak.

     Bang!

     Tubuhnya terjatuh tepat di atas tubuh Herith yang terbaring di lantai. Nasib baik dia nampak laser itu, jika tidak, tamatlah riwayat Herith pada malam ini. Herith tertawa kecil setelah merasakan siku kiri milik lelaki itu seperti menggeletek tulang rusuknya.

     "Gelilah hahahaha..."

     Freddy memalingkan wajah ke belakang, tangannya bertindak menekup mulut Herith yang berbunyi. Mereka berdua berada di dalam bahaya namun lelaki yang ditindihnya itu buat tidak endah saja!

     "Hmmph! Hmph!" Herith meronta-ronta minta mulutnya dilepaskan. Bahu Freddy ditolak-tolak dari terus menindih tubuhnya.

     Pang!

     Freddy bertindak menampar wajah Herith yang tidak reti duduk diam itu sebelum dia bangun secara perlahan-lahan. Herith terdiam dan masih berbaring memandang siling yang disinari cahaya malap. Apalah yang malang sangat nasibnya hari ini dipukul oleh Freddy.

     Bayangan seorang lelaki dapat dilihat oleh Freddy, sepucuk pistol yang berada di belakang seluarnya dicapai lalu diacukan pada bayangan lelaki yang berdiri di sebalik besi penghadang tangga di tingkat atas.

     "Bangun dan bersedia," arah Freddy tegas.

     "Tak nak. Sumpah aku mengadu kat abang aku kejap lagi. Biar dia marah kau yang tak guna tu sebab tampar aku." Herith menyilangkan lengannya di dahi tanpa ada rasa untuk bangun dari lantai itu.

     Belum sempat Freddy melepaskan tembakan pada bayangan itu, dia terdengar bunyi tembakan lain yang datangnya dari arah sisi kanan tingkat atas. Tembakan itu tepat mengenai musuh mereka yang duduk di sebalik besi penghadang tangga.

     Teng! Teng! Teng! Teng!

     Bunyi penggera bangunan itu kedengaran kuat mengejutkan Herith yang masih baring di lantai, dia bangun lalu bersembunyi di belakang Freddy. Bunyi apa tu? Apa pula yang nak meletup?

     "Ricky yang cover kita. Jom." Freddy berlari anak mendapatkan Hezrick yang sedang melihat sesuatu pada alat imbasan.

     "Hm..." Dengan malasnya Herith membuka langkah mengekori Freddy. Bunyi yang membingitkan tadi sudah hilang, mungkin telah dipadamkan Enrique.

     "Dia ada dekat dalam ni." Hezrick melekapkan alat pengimbas berbentuk telefon bimbit tepat pada pintu besi itu.

     Kelihatan Encik Anuar sedang baring dalam keadaan lemah di atas lantai dengan tangan dan kaki yang terikat kemas. Lelaki tua itu nampak pucat dan tidak berdaya.

     "Kau tunggu apa lagi kat sini? Masuklah." Herith yang baru tiba di situ terus menekan passcode security, 4588.

     Kunci pintu besi tersebut terbuka. Herith menayangkan senyuman bangga. Bangga kerana dia terasa berguna pada kali ini.

     "Masuk dan bersembunyi. Dia orang dah tahu ada penceroboh dalam bangunan ni." Kedengaran suara Enrique di earpiece masing-masing.

     Hezrick menekan button pada earpiece itu untuk bercakap.

     "Berapa ramai? Serius ke kita tak boleh lawan?" soal Hezrick. 

     "Ramai, ramai sangat. Dengar je arahan aku. Banyak cakap pulak, siapa bos sekarang ni?"

     "Fuck you," carut Freddy perlahan. 

     Mereka tetap akur. Herith dan Freddy bersembunyi di belakang pintu. Hanya Hezrick yang meluru ke arah Encik Anuar, nadi di leher lelaki itu disentuh, masih berdenyut namun cukup lemah.

     Dia pasti, lelaki tua ini telah dipukul dan diseksa dengan cara tidak diberi makan. Hezrick berdiri setelah terdengar bunyi security pintu besi yang ditekan seseorang. Tiada rasa takut di dalam dirinya kerana teringat akan sesuatu tentang lelaki yang bernama Enrique. Di mana lelaki itu?

     Seorang lelaki memakai hoodie bewarna putih bersih bersama beberapa orang pengikutnya melangkah masuk ke dalam bilik besi itu. Lelaki berhoodie putih itu berhenti di hadapan Hezrick.

     "Macam kenal je bau ni." Herith mengerutkan dahi. Udara di ruang itu disedut dalam-dalam.

     "Ricky, bawaklah balik ayah mentua kau tu. Kau memang patut berterima kasih pada aku. Kalau tak ada anak-anak buah aku kat sini, dah lama ayah mentua kau 'jalan'. Budak-budak aku yang jaga dia selama lapan hari kat sini," kata lelaki berbaju putih itu panjang lebar.

     "Celaka betul kau ni. Kenapa tak cakap awal-awal? Kau betul-betul dah menyusahkan aku." Hezrick memberi isyarat pada pengikut lelaki di hadapannya itu supaya membawa Encik Anuar keluar.

     "Celaka sikit tak apa kan? Lagipun aku bosanlah duduk rumah tanpa jalankan misi. Kalau gemuk nanti macam mana? Dahlah masa kurus ni pun tak ada perempuan nak. Aku tahulah aku ni tak kacak, muka macam jamban tak sudah, hidung terlebih panjang..." bebel Enrique perlahan sambil memegang hujung hidungnya.

     "Aku dah agak! Aku kenal sangat dengan bau busuk badan kau!" Herith meluru ke arah lelaki itu sebelum dicekiknya leher lelaki itu dengan kuat.

     "Hahahaha... Arkkk sakitlah sayang!" Enrique memegang kedua-dua belah lengan Herith.

     "Sayang? Dah terdesak sangat ke nak orang sayang kau?" soal Freddy sinis.

     "Shh aku sayang semua orang dan aku pun tahu orang mesti sayang aku jugak," jawab Enrique bernada perlahan kepada mereka semua yang berada di dalam bilik itu. 

     "Kenapa kau tak cakap awal-awal yang anak buah Mabruce dalam bangunan ni kawan kau? Kalau beritahu awal tak adalah aku nak kena buang masa datang kat tempat bodoh ni." Hezrick menarik riak menyampah.

     "Kau tak ada tanya pun, aku buat tak tahu jelah," jawab Enrique bersahaja.

     "Habis tu siapa yang aku dah tembak tadi?" soal Hezrick.

     "Oh tu pembelot. Orang kanan Mabruce Lee yang terlalu setia dengan dia. Sedih bila dengar luahan perasaan budak-budak ni dilayan macam sampah tapi bila dia orang semua jadi anak buah aku, aku layan macam membe sendiri. Baguskan ada orang macam aku atas dunia yang kejam ni? Semuanya akan menjadi indah." Enrique menjongket keningnya beberapa kali bersama senyuman lebar.

     Hezrick menarik riak jijik. Bebola matanya diputarkan ke arah plastik burger yang berada di atas meja.

     "Kau bagi ayah mentua aku makan burger?" Hezrick mengangkah sebelah keningnya.

     "Aku dah suruh budak-budak ni suap Anuar tapi orang tua tu tak nak bukak mulut. Mungkin dia lagi rela mati daripada hidup bermenantukan seorang manusia yang kejam dan hodoh macam kau. Mesti dia takut keturunan dia rosak," jawab Enrique bersahaja. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek hoodie.

     "Gosok gigi cuci-cuci lepas tu kumur dengan clorox dan telan. Biar bau longkang dengan bakteria yang ada dalam mulut kau tu hilang terus, busuk sangat," kata Hezrick sebelum kakinya melangkah keluar. 

     "Kau kau dengan kau, hantar orang tua ni pergi hospital. Pandai culik pandai-pandailah tanggung. Aku nak balik. Apa-apa roger." Enrique membontoti langkah Hezrick.

     Kuli-kuli barunya mengangguk faham.

     "Tapi matilah nanti kalau dia telan clorox," kata Herith setelah beberapa minit dia memikirkan tentang hal itu.

     "Iye, kau pun patut join dia sekali." Freddy menepuk belakang bahu Herith beberapa kali sebelum dia melangkah pergi. Herith menggangguk perlahan, tapi itu dah dikira membunuh diri kan?

*****

     Tubuh Encik Anuar yang terlantar di katil hospital dipeluk Puan Qamaria. Dia bersyukur setelah mendapat panggilan daripada Hezrick yang mengarahkan mereka bersiap untuk ke hospital.

     Encik Anuar yang masih tidak sedarkan diri direnung sayu. Begitu besar rasa bersalahnya terhadap Encik Anuar sehingga air mata tidak berhenti mengalir di pipi sejak melihat wajah pucat lelaki tua itu. Pengorbanan ayahnya benar-benar menyentuh hati. 

     "Ayah dah selamat. Tak ada sesiapa yang boleh sentuh dia lepas ni. Jangan menangis lagi sayang... Sekarang kita tunggu dia sedar." Hezrick mengusap tangan Mikayla.

     Wajah gadis itu sudah kelihatan sembab dan kemerah-merahan. Mikayla mendongak memandang suaminya.

     "Terima kasih abang." Mikayla memeluk erat tubuh Hezrick. Tiba-tiba satu suara mencelah dari belakang.

     "Kayla, kau tukar jelah Ricky dengan aku. Aku yang selamatkan ayah kau, Ricky langsung tak membantu. Eh aku rasa watak hero dalam cerita ni kena tukar teruslah. Watak Ricky ternggelam disebabkan aku je selama ni." Enrique berkata sambil merapikan rambutnya menggunakan jari-jemari.

     Mikayla melepas rangkulan pada tubuh Hezrick. Dia bingkas bangun dan terus melangkah ke arah Enrique yang berdiri di muka pintu. Air muka Enrique terus berubah, cara diriannya dibetulkan. Rasa berdebar pula melihat Mikayla yang menuju ke arahnya.

     "Saya memang patut tukar Ricky dengan awak. Awak dah banyak tolong saya dari dulu sampai sekarang. Walaupun perangai awak macam ketua iblis tapi saya berterima kasih sangat sebab awak dah selamatkan ayah," ujar Mikayla dengan nada lembut.

     Sebelah matanya dikenyitkan pada Enrique supaya lelaki itu dapat membaca permainannya yang ingin mengenakan Hezrick.

     "Apa yang kau merepek ni? Dah tak sayangkan aku ke? Kau lagi rela hidup bersama lelaki penipu yang jijik tu?" Pelbagai jenis persoalan diajukan oleh Hezrick buat isterinya.

     "Mungkin kau patut ceraikan Kayla lepas dia bersalin nanti. Aku akan bina hidup baru dengan dia. Sorry Ricky, aku dah lama pendam perasaan pada bini kau. Dan kami pernah terlanjur beberapa kali masa kau tak ada pfft..." Tawanya hampir terletus, nasib baik bibirnya sempat dikepit. Riak wajah dikawal.

     Mikayla membulatkan mata. Wah wah ini dah melampau!

     Hezrick jatuh melutut di atas lantai. Dia kesal dengan Mikayla dan Enrique iaitu lelaki yang dianggapnya sebagai sahabat dunia akhirat. Di mana silapnya sebagai suami? Salahkah dia ingin merasai kebahagiaan hidup bersama keluarga sendiri?

     "Kau tipu! Muka penipu! Dua-dua penipu! Penipu yang patut mampus!" tengking Hezrick. Kedua-dua tangannya naik meraup wajah.

     Seketul hatinya dirasakan seperti sedang digilis lori kayu balak. Hancur dan musnah segala-galanya. Enrique si bodoh itu patut mati! Matanya menikam tajam wajah tenang Enrique.

     Dia bangun dan terus meluru ke arah Enrique sebelum tubuh lelaki itu ditolak tanpa sempat lelaki itu bertahan. Kedua-dua mereka terjatuh di atas lantai di luar hadapan bilik yang menempatkan Encik Anuar. Hezrick duduk di atas perut lelaki itu.

     Dia tidak menghiraukan pekerja dan pesakit yang menunggu di atas kerusi menunggu melihat pergaduhan mereka.

     Buk!

     Tumbukan Hezrick tepat mengenai tulang pipi Enrique yang berada di bawahnya. Dia ingin melayangkan satu lagi tumbukan namun ditahan Freddy yang baru tiba di situ. Bahu Hezrick ditarik kasar sehingga lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai.

     "Kau patut mati, setan! Bini aku pun kau nak kebas ke?! Kalau dah terdesak sangat nak bini, pergi cari perempuan lainlah!!" Hezrick berdiri dan terus meluru ke arah Enrique untuk memukul lelaki itu.

     "Abang, Kayla main-main jelah!" jerit Mikayla yang sudah berada di hadapan pintu bersama Puan Qamaria. Tidak sangka gurauannya menjadi sebegini.

     "Apa sebenarnya masalah kau orang ni? Tak malu ke bergaduh kat hospital?" Sekali lagi Freddy menarik tubuh Hezrick.

     Mata-mata yang memandang pergaduhan itu langsung tidak dihiraukan Hezrick mahupun Enrique.

     Herith dan Firaz membulatkan mata melihat Enrique masih terbaring di lantai, sebelah tangannya memegang pipi yang terasa kebas.

     "Hahahaha macam ni rupanya rasa ditumbuk." Tiba-tiba Enrique melepaskan tawa besar seraya berdiri. Dia tidak

     "Hahahaha best tak?" soal Hezrick.

     "Hospital ni ayah aku punya, bukan kau. Jaga kelakukan tu. Sudah sudah pergi masuk dalam. Buat malu je orang tengok," arah Firaz bernada biasa. Terkejut dia melihat pergaduhan tadi, benar-benar menjadi lakonan mereka berdua.

*****

     Pantulan wajahnya dilihat melalui cermin tandas hospital itu. Senyuman terukir di bibir teringatkan kejadian tadi. Encik Anuar sudah tersedar dari pengsan dan lelaki itu juga telah makan bubur ayam yang disuapnya walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

     Dia berharap agar keluarganya kekal bahagia seperti ini tanpa halangan lagi. Rasa tenang di dalam dada kerana segala persoalan sudah terjawab. Benar sangkaannya, Encik Anuar lakukan semua itu demi keselamatan isteri dan anaknya.

     Encik Anuar buntu. Adam menjanjikan keselamatan Puan Qamaria akan lebih terjamin jika dia bernikah dengan Mikayla dan lelaki itu juga berjanji akan menjaga Mikayla dengan baik setelah segalanya selesai.

     Encik Anuar juga tidak sangka semuanya akan jadi sebegini, dia hanyalah seorang lelaki tua yang lemah menginginkan isteri dan anaknya bahagia.

     Bunyi siulan kecil menyentakkan lamunan Mikayla. Matanya membulat besar melihat seorang lelaki melalui pantulan cermin, mulutnya ditekup menggunakan kain yang telah diletakkan cecair klorofom. Sempat dia melihat wajah lelaki itu sebelum dia jatuh pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience