Bab 27

Action Series 24670

     Gadis di hadapannya direnung dengan dahi yang berkerut. Mengapa gadis ini tidak mahu makan? Tadi bukan main lagi lapar dan sekarang makanan sudah terhidang hadapan mata, tak mahu jamah pula. Tangan gadis yang terletak elok di atas meja itu disentuh lembut.

     "Kenapa ni sayang? Nak aku suap ke?" Soal Hezrick ingin tahu. Gadis itu menarik kembali tangannya.

     "Saya tak puas hatilah..." Kata Mikayla. Pandangannya dilemparkan ke luar cafe. Hezrick menjongketkan sebelah kening.

     "Ish awak ni. Dengan perempuan tu awak tak boleh kawal nafsu tapi dengan saya awak boleh pulak. Awak ni memang sengaja, kan?" Mata bundar itu menikam tajam sepasang mata oren kekuningan yang berada di hadapannya.

     Hezrick menepuk dahinya sendiri, tidak habis lagikah tentang hal semalam? Anak mata Mikayla direnung dalam-dalam, senyuman nakal terukir di bibir nipisnya.

     "Kalau macam tu, cancellah flight kejap lagi,"

     "Mana boleh macam tu, esok saya ada kelaslah..." Mikayla sedikit tidak berpuas hati. Apa masalah lelaki ini tiba-tiba sahaja membuat keputusan sebegitu?

     "Kalau rasa tak nak anak dalam masa yang terdekat ni, jangan cakap tentang tu lagi okay sayang?" Jelingan Mikayla membuatkan Hezrick ketawa besar.

     "Saya lapar..."

     "Sinilah aku suap, rindu nak manja-manja dengan aku ya?" Hezrick berpindah ke kerusi di sebelah Mikayla.

     Mikayla tersenyum manis melihat Hezrick yang begitu baik dengannya walaupun cara yang digunakan agak kasar. Adakah lelaki ini memang ditakdirkan untuknya?

     Rasa sakit yang ditanggungnya selama ini juga sudah beransur pulih dan rasa itu digantikan pula dengan satu rasa yang lain iaitu rasa cinta terhadap lelaki ini semakin utuh.

     Kaki dihayunkan ke depan dan ke belakang. Kepala ditunduk. Keluhan kecil dilepaskan. Kerusi yang tinggi ini mengapungkan kakinya untuk bebas berhayun. Memikirkan tentang sesuatu yang penting ini benar-benar menyakitkan kepala otak!

     Wajah pucat Enrique yang tidak sedarkan diri di atas katil hospital terletak tidak jauh dari tempat duduknya direnung dengan renungan redup, apa sebenarnya jenis penyakit yang dihidapi lelaki ini? Mengapa hanya dia seorang sahaja seperti tidak tahu apa-apa mengenai hal ini?

     Sudah dua hari dia mencari keberadaan Enrique tetapi tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan balik ke rumah dalam masa yang terdekat. Terima sahaja panggilan dari Firaz yang mengatakan Enrique berada di hospital, dia terus datang ke sini.

     Dia bangun dari kerusi sebelum kakinya diaturkan meluru ke arah Enrique. Wajah pucat milik Enrique direnung dalam-dalam, cuba mencari punca penyakit yang dihidapi lelaki itu.

     "Kau sakit apa huh setan?" Soal Herith kepada Enrique yang masih lena.

     "Hey setan, bangunlah! Aku tanya ni kau sakit apa? Kenapa Firaz, Fred, Ricky semua susah nak jawab soalan aku ni?" Herith menolak-nolak tubuh Enrique bagi menyedarkan lelaki itu.

     Enrique mencelik matanya secara perlahan-lahan setelah merasakan tubuhnya digoncang hebat oleh Herith, menganggu saja kerja si anjing ini.

     Mata Herith membulat besar sebaik sahaja renungan mereka bersambung tepat.

     "Tak mati lagi rupanya!" Jerit Herith kuat.

     "Aku tidur pun nak kacau ke? Aku tengah rehat ni," kata Enrique lemah sebelum tubuhnya diiringkan ke tepi membelakangi Herith.

     "Kejaplah! Aku nak tahu kau sakit apa?" Bahu Enrique ditarik supaya lelaki itu baring menghadapnya.

     "Antibodi aku tak kuat. Virus penyakit yang jahat tu mudah melekat. Aku kena berehat sampai virus baik menang," terang Enrique dengan mata yang terpejam.

     "Dia orang nak berlawan macam dalam One Championship tu ke?"

     "Bukan. Aku punya virus main tembak-tembak guna laser, sampai masa nanti meletuplah organ-organ dalaman aku ni..." Enrique tersenyum nipis melihat wajah berkerut Herith, blur betul mamat ni.

     "Tapi kenapa?" Soal Herith ingin tahu.

     "Sebab sekarang ni virus baik tengah perangkap virus jahat. Nanti bila dah berkumpul banyak-banyak boleh pasang bom jelah, lagi senang." Terang Enrique bersama senyuman kacaknya yang nampak begitu lemah. Dah nak mati pun banyak mengarut lagi.

     "Habis tu kau sakit apa sebenarnya?" Herith mengajukan soalan yang sama pada Enrique membuatkan lelaki itu memegang dahinya sendiri.

     Pintu ditolak, muncullah Freddy yang memasuki kamar itu bersama satu plastik makanan.

     "Doktor cakap dia sakit H.I.V, kan?" Sampuk Freddy secara tiba-tiba.

     "Huh?! Tapi macam mana boleh dapat penyakit tu?" Soal Herith bersama wajah yang cukup cuak.

     Enrique mengangkat jari tengahnya lalu ditunjukkan ke arah Freddy yang sedang ketawa tidak ingat dunia.

     "Binatang Firaz tu memang kurang ajar. Tunggu aku sihat nanti, aku korek-korek otak dia sampai terkeluar dari kepala," Enrique mula rasa geram terhadap doktornya sendiri.

     "Tapi kalau virus baik kalah?" Soal Herith yang masih ingin tahu seperti budak-budak.

     "Dia akan pergi mampus melayang-layang di udara. Ajak convert tak nak. Banyak aje alasan yang dia beri," ujar Freddy berbaur sindiran.

     "Eleh kau nak convert pun ikut orang! Bila aku dah sedia nanti aku buatlah. Benda ni tak boleh nak paksa-paksa nanti lain jadinya. Aku minat dengan Islam tapi belum bersedia sepenuhnya..." Enrique merenung siling yang bewarna biru muda.

     "Iman tak kuat," kata Herith perlahan.

     "Apa kau cakap? Siapa Iman?" Soal Enrique ingin tahu. Freddy melepaskan tawa besarnya, minat apa iman pun tak tahu.

     "Tak ada apa lah! Cepat sihat bro, aku tak larat nak perhati cctv malam-malam. Itu sepatutnya kerja kau dan bukannya bidang aku," Herith menarik mimik muka menyampah.

     Enrique dan Freddy diam melayani perasaan masing-masing tanpa ada rasa untuk membalas kata-kata Herith. Herith membuka permainan video di dalam handphone miliknya.

     Beberapa minit kemudian, Enrique menoleh ke arah Freddy setelah teringatkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan lelaki itu.

     "Perempuan tu hari-hari datang sini," kata Enrique secara tiba-tiba.

     Freddy dan Herith menoleh ke arah Enrique menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki itu. Enrique tersenyum nipis, mungkin dia patut membuka cerita tentang kegiatan gadis yang ingin membunuh Freddy tempoh hari.

     "Perempuan mana?" Soal Freddy ingin tahu manakala Herith hanya diam menunggu jawapan Enrique.

     "Kau kenal sangat dengan perempuan ni. Jam lima petang kejap lagi kau pergi tunggu dekat kerusi depan bilik F110," ujar Enrique.

     Dia malas untuk membuka aib orang. Biarlah Freddy lihat dengan mata kepalanya sendiri.

     "Bilik F110? Firaz? Tapi kenapa bilik dia?" Freddy mula mengerutkan dahinya. 

     "Pergi tengok sendiri. Nak dekat pukul lima dah tu. Elok kau jangan tunjuk lagi muka kau depan dia. Nanti dia lari pulak," pesan Enrique pada Freddy.

     Sampai bila dia mahu menyembunyikan sesuatu hal yang penting seperti ini daripada pengetahuan Freddy? Lelaki itu berhak tahu perkara sebenar. Freddy terus melangkah keluar dari bilik Enrique.

     "Herith, kau jangan ikutlah, itu hal dia..." Kata Enrique setelah dia melihat Herith juga berdiri dan ingin membontoti Freddy. Herith mengangguk kecil sebelum punggungnya dilabuhkan kembali ke atas kerusi.

     Panas hatinya melihat sepasang kekasih yang sedang bermesra di hadapan bilik yang dikatakan Enrique sebentar tadi.

     Mengapa gadis itu sanggup mengkhianatinya?

     Apa salah yang telah dia lakukan sehingga gadis itu langsung tidak memikirkan tentang dirinya?

     Setiap bulan dia memasukkan duit ke dalam akaun gadis itu. Walaupun dia tidak menjenguk tetapi dalam dirinya tetap mempunyai rasa rindu dan sayang terhadap gadis itu tidak pernah kurang sama sekali.

     Firaz dan gadis itu melangkah masuk ke dalam bilik pejabat F110. Freddy melepaskan keluhan besar melihat tangan Firaz melekat elok pada pinggang ramping gadis itu.

     Sakit? Semestinya sakit, terlampau sakit melihat adegan mesra percuma di hadapan mata itu.

     Kata-kata Enrique yang mengatakan setiap hari gadis itu datang ke sini membuatkan Freddy terus membuka langkah meluru ke arah bilik kerja Firaz. Dia ingin tahu apa yang gadis itu buat di sini? Pintu bilik itu ditolak kasar. Kosong.

     Sebuah pintu yang bewarna hijau direnung tajam, pasti mereka berdua berada di dalam bilik ini. Tombol pintu dipulas perlahan, tidak berkunci. Pintu itu ditolak, kelihatan seorang gadis sedang berdiri sambil menanggalkan anting-anting di cermin meja solek.

     Jika tadi, gadis itu memakai cardigan bewarna merah dan sekarang cardigan itu sudah tidak lagi tersarung pada tubuhnya, yang tinggal hanyalah sehelai baju nipis bewarna putih yang menampakkan baju dalamnya bersama seluar ketat paras lutut bewarna hitam, cukup seksi.

     Dia seperti dapat mengagak aktiviti gadis itu di dalam bilik ini. Kakinya diatur meluru ke arah gadis itu, tubuh gadis yang sangat dikenalinya itu dibalikkan menghadapnya sebelum...

     Pang!

     Satu tamparan yang kuat hinggap pada pipi gadis itu, gadis itu terandas ke belakang. Pipi yang perit dipegang, sepasang matanya berkaca-kaca merenung tajam wajah lelaki yang telah meninggalkannya selama bertahun-tahun seorang diri!

     "Apa yang kau buat? Kau tak fikir dekat aku ke?!" Jerkah Freddy kuat, perempuan ini perlu diajar, semakin dibiarkan, semakin melampau pula.

     Gadis itu diam bersama mata yang terpejam, wajahnya dipalingkan ke sisi mendengar jerkahan kuat itu. Dia takut, takut akan rahsianya yang akan terbongkar tidak lama lagi.

     Kesabaran Freddy kian menipis setelah melihat leher jinjang milik gadis itu mempunyai kesan love bite, tangannya diangkat untuk menampar gadis itu buat kedua kalinya namun ditahan seseorang.

     "Pahal kau nak pukul awek aku bro?" Soal Firaz ingin tahu, tangan Freddy dilepas secara kasar.

     "Awek kau? Kau kenal tak dia ni siapa?" Soal Freddy sinis.

     "Ferliy girlfriend aku! Apahal kau tampar dia sial?!" Firaz mencekak kolar leher Freddy kerana geram melihat senyuman sinis lelaki itu.

     "Dia cuma girlfriend kau, bukan bini lagi!" Freddy menolak kasar tangan Firaz yang melekat di kolar lehernya sebelum wajah lelaki itu ditumbuk kuat.

     Buk!

     Firaz terjatuh di lantai, Freddy melutut lalu terus menumbuk bertubi-tubi wajah lelaki itu dengan perasaan yang cukup marah. Lelaki ini sudah salah memilih mangsa! Ferliy cuba untuk menghentikan Freddy tetapi tangannya yang memegang bahu lelaki itu ditepis kasar.

     "Jangan pukul Firaz! Dia tak salah! Berhenti Fred!" Ferliy terus-menerus berusaha untuk menarik tubuh Freddy.

     "Puas kau sekarang?!" Freddy bangun dan berdiri betul-betul di hadapan gadis itu.

     Firaz mengerang kesakitan di lantai, kepalanya terasa berpusing-pusing. Kuat sungguh tumbukan Freddy mengenai wajahnya sehingga dia langsung tidak sempat untuk membalas kembali gerakan pantas itu.

     Freddy bertindak mencengkam kasar pipi Ferliy, matanya menikam tajam wajah yang berair dan merah milik gadis itu. Bibir mungil yang masih mengeluarkan cecair merah pekat itu tidak dipedulinya, rasa sakit di hati telah menghilangkan segala belas kasihan terhadap gadis ini.

     "Bro, aku tak tahu apa hubungan kau de... dengan dia tapi tolong jangan buat dia ma... macam tu..." Ujar Firaz lemah, perlahan-lahan dia berdiri.

     Kata-kata Firaz diendahkan. Freddy terus mencengkam dengan kuat sehingga bekas kukunya melekat pada pipi mulus gadis itu. Ferliy menolak-nolak tangan Freddy tetapi semakin kuat pula lelaki itu mencengkam pipinya.

     Firaz merentap kuat tangan Freddy sebelum tubuh gadis itu ditolak ke belakang tubuhnya. Freddy tersenyum sinis melihat Firaz yang cuba menghalang dirinya dari terus menyakiti gadis itu.

     "Apa masalah kau ni?! Dia tengah pregnant sekarang so tolong jangan bagi tekanan pada dia!" Kata-kata Firaz membuatkan Ferliy membulatkan matanya, lelaki ini memberitahu Freddy?!

     "What?!" Lebih terkejut Freddy mendengar perkataan 'pregnant' keluar dari mulut Firaz.

     "Baguslah! Aku tinggal kau dan pergi cari duit untuk sara kau sekolah dekat sana, tapi ini yang kau balas dekat aku?" Freddy tersenyum sendiri mengurut-ngurut dahinya yang terasa sakit memikirkan masalah gadis ini.

     Esakan kecil bertukar menjadi kuat. Freddy yang tidak memahami keadaannya. Dia hanyalah seorang budak perempuan yang menginginkan perhatian dari seorang lelaki lebih-lebih lagi daripada seseorang yang dia sayang dan selesa.

     Tetapi sejak Freddy meninggalkannya, lelaki itu tidak pernah balik ke rumah. Hanya Aunty Ara yang datang menjenguknya sekali-sekala. Mampukah dia yang baru berumur 14 tahun hidup sendiri? Duit dan tempat tinggal semua lelaki itu sediakan, tetapi perhatian dan kasih sayang, bagaimana pula?

     Sejak dia mengenali Firaz, dia tahu lelaki itu adalah doktor peribadi keluarga kawan abangnya. Oleh kerana itu juga dia menyembunyikan Freddy daripada pengetahuan Firaz.

     Firaz mengenali dirinya adalah anak yatim piatu dan tidak mempunyai keluarga lain. Hanya lelaki itu yang beri perhatian dan kasih sayang yang cukup kepadanya, dia berpindah ke sini juga disebabkan lelaki itu.

     Dia terlalu sayangkan Firaz dan dia tidak mahu lelaki itu rasa terancam apabila mengetahui bahawa Freddy adalah abangnya. Sekarang? Dia termati kata, dia cuma berharap agar Firaz tidak memarahinya lalu meninggalkannya disebabkan hal ini.

     "Sara sekolah apa ni, dear?" Firaz memegang kedua-dua belah bahu gadis itu menunggu jawapan.

     "Dia adik aku," kata Freddy perlahan, punggungnya dihempas kasar ke atas birai katil.

     "Huh? Tapi Ferliy tak ada keluarga kan?" Firaz ingin mendengar jawapan dari mulut gadis itu sendiri.

     "I'm sorry abang," Ferliy mendongak ke atas membalas renungan lelaki yang sungguh dicintainya itu, dia tidak sanggup untuk kehilangan lelaki ini.

     Tubuh lelaki itu dipeluk, dia menangis teresak-esak memikirkan silapnya terhadap lelaki ini. Penipuannya selama tiga tahun perkenalan mereka sudah terbongkar dan sekarang dia rasa menyesal, terlalu menyesal.

     "Jangan tinggal Ferliy abang, Ferliy tak nak hidup seorang lagi. Ferliy nak hidup dengan abang dan anak kita..." Nada suara Ferliy kedengaran bergetar dek kerana kesedihan bercampur ketakutan.

     Firaz hanya mampu merenung dinding dengan renungan yang kosong. Pelukan gadis itu langsung tidak dibalasnya.

     Gadis ini telah menipunya tentang sesuatu perkara yang amat penting bagi hubungan mereka, sanggup gadis ini mengatakan bahawa keluarganya sudah lama meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya?

     Dia tidak tahu hendak memberi reaksi seperti apa, dia rasa bodoh selama tiga tahun ini, dia ditipu hidup-hidup oleh seorang gadis yang dia cinta.

     Dia terlanjur tidur bersama Ferliy juga oleh kerana gadis ini yang mula menggodanya, dan hubungan itu kekal sehingga kini.

     Disebabkan ini jugakah Ferliy tidak bersedia untuk bernikah? Sudah lebih dari 10 kali dia melamar gadis ini tetapi alasan yang dia sering dengar adalah...

     "Maaf abang, Ferliy masih budak dan Ferliy masih tak bersedia untuk pikul tanggungjawab tu..."

     Tidak sangka dia telah mengadakan hubungan bersama adik kepada seorang mafia yang digeruni ramai.

     Hatinya sakit memikirkan penipuan besar gadis ini terhadapnya. Freddy merengus kasar sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan mereka berdua dengan perasaan yang bercampur-baur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience