Bab 32

Action Series 25243

     Mata merenung siling, memikirkan tentang alasan yang harus diberikan kepada Encik Anuar untuk tidak bernikah dengan lelaki yang menyimpan dendam terhadapnya.

     Bagaimana dia tahu tentang itu? Kali ini sudah masuk tiga hari lelaki itu mengganggunya dengan cara menelefon.

     Dia mula duduk. Perasaan apakah ini? Sakit atau kecewa? Adakah kedua-dua rasa itu sama sahaja? Sampai hati ayahnya sanggup memutuskan keputusan yang begini tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

     Dia perlu mencari jalan untuk menjauhkan diri daripada sesuatu perkara yang amat klise ini. Gilakah untuk dia terima? Lelaki itu menakutkan.

     Lelaki itu pernah memukul seorang gadis di hadapan matanya sehingga koma dua bulan. Dia tidak tahu-menahu tentang masalah mereka tetapi mengapa perlu sampai pukul?

     Pandangan mata beralih pula pada telefon bimbit miliknya. Kepala mula terfikirkan tentang Hezrick. Apa yang lelaki itu sedang lakukan ketika ini?

     Rasa rindu pula selepas tiga hari tidak bertemu. Tangan mencapai telefon bimbit tersebut, nak call ke tak ya? Dan akhirnya dia memutuskan untuk menelefon lelaki itu.

     Tut tut...tut tut...tut tut

     Tidak berjawab.

     Tut tut...tut tut...tut tut...tut tut

     Masih tidak berjawab. Keluhan kecil dilepaskan. Ke mana lelaki itu? Tiga hari ini diam sahaja. Hezrick langsung tidak menelefon atau menghantar mesej kepadanya. Marah sangatkah lelaki itu tentang perkara yang terjadi beberapa hari yang lalu?

     Sehari selepas dia pengsan, dia mengalami demam. Walaupun sesuatu yang dia nampak itu hanyalah sebuah guni yang lama, tubuhnya berasa begitu terkejut. Tidak sangka Herith dan Freddy akan meninggalkannya bersendirian di tempat gelap seperti itu.

     Paling rasa dirinya dihargai apabila dia terjaga daripada pengsan, telinganya menangkap bunyi lelaki-lelaki sedang bergaduh di dalam bilik hospital yang menempatkannya.

     Hezrick memarahi kawan-kawannya kerana telah mengenakan Mikayla sehingga tidak sedarkan diri. Sifat lelaki itu membuatkan dirinya telah jatuh cinta, untuk kali yang ke berapa itu dia sendiri tidak pasti.

     Dia kembali meletakkan telefon itu ke atas tilam. Tubuh direbahkan. Dia termenung memikirkan masalah. Masalah yang tidak akan pernah habis. Selama ini dia menolak lamaran Hezrick. Tetapi kini, Encik Anuar ingin menjodohkan dirinya dengan seorang lelaki yang terkenal dengan jolokan kasanova.

     Hairan, dari mana Encik Anuar mengenali Adam Haiqal? Ayahnya hanya pemandu teksi, apa kaitan pula dengan lelaki itu? Bukankah Adam Haiqal masih belajar?

     Kepalanya mula berserabut. Soalan-soalan yang semakin aneh dan berantai mula menyerang pemikirannya. Bilakah dia akan memperolehi jawapan kepada segala persoalan itu?

     Matanya dipejam rapat sebelum dicelik kembali. Tidak senang duduk memikirkan punca ayahnya memutuskan keputusan sebegitu.

     Mikayla melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke ruang tamu. Puan Qamaria disapa, sisi tubuh ibunya dipeluk. Adakah ibunya tahu tentang perkara sebenar?

     "Ya Kayla? Mesti ada sesuatu ni" Teka Puan Qamaria, matanya melirik wajah ayu Mikayla.

     "Kayla nak tanya tentang ayah..." Mikayla merenung kedua-dua belah mata Puan Qamaria. Puan Qamaria mengukir senyuman.

     "Kayla, sebenarnya ibu pun tak tahu tentang bakal tunang kamu tu tapi ayah cakap lelaki tu dah lama kenal Kayla, sejak sekolah dulu lagi,"

     "Ibu tak boleh ke cakap dengan ayah yang Kayla belum bersedia untuk bernikah atau tunang? Kayla nak habiskan belajar dululah ibu..." Mulutnya dibuat-buat jebek. 

     "Kayla berbincang sendiri dengan ay..." Kata-kata Puan Qamaria pantas dipotong Encik Anuar.

     "Kamu perlu bernikah dengan dia kalau nak hidup kamu selamat." Encik Anuar melabuhkan punggungnya ke atas sofa berdekatan.

     "Tapi Kayla dah ada rancangan sendiri. Kayla tak nak kahwin selagi tak habis belajar." Kata Mikayla dengan rasa yang tidak berpuas hati.

    "Bertunang dulu. Habis je belajar, bernikahlah. Lelaki tu mampu tanggung kita sekeluarga."

    "Tapi dia orang jahat ayah, Kayla nam..." Belum sempat dia menceritakan hal yang membuatkan dia takut pada Adam Haiqal, kata-katanya dipotong tegas oleh Encik Anuar.

     "Alasan kamu aje tu. Kamu di bawah penjagaan dia sekarang. Kat Kuala Lumpur tu ramai orang jahat yang kamu tak boleh percaya, jadi kamu perlukan dia."

    "Kayla tetap dengan keputusan Kayla, Kayla tak nak bernikah atau bertunang dengan dia walaupun Kayla dah habis belajar nanti. Ini soal masa depan Kayla, Kayla tak nak jadi anak derhaka sebab tak dengar cakap ayah tapi Kayla ada hak untuk buat pilihan." Kata Mikayla panjang lebar sebelum dia beredar dari situ.

     "Jangan degil Kayla. Kamu satu-satunya anak perempuan ayah. Ayah terhutang budi pada Adam, dia dah banyak berjasa pada keluarga kita."

     Mikayla mengendahkan kata-kata Encik Anuar yang langsung tidak memberi makna itu.

     Bukan dia tidak mahu mempercayai kata-kata Encik Anuar, tetapi Adam Haiqal adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri. Sepasang mata milik lelaki itu dipenuhi aura kejahatan yang hanya akan membuatkan Mikayla rasa tidak selesa. Dia tidak sanggup mengambil risiko.

     Pintu bilik bewarna biru gelap ditolak perlahan. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut sebelum pintu kembali ditutup. Mata tertancap pada seorang lelaki tua yang duduk dalam keadaan kaki bersilang di atas meja. Senyuman sinis ditayangkan pada lelaki tua itu.

"Aku bawak barang kau." Enrique menghempas kasar sebuah beg yang dibawanya ke atas kaki lelaki tua itu. 

     Lelaki tua tersebut menurunkan kakinya sebelum beg itu dibuka. Senyuman lebar terukir di bibir. Matanya pula bersinar-sinar melihat barang di dalam beg tersebut.

     "Harga boleh runding?" Soal lelaki tua yang bernama Encik Osman itu.

     "Tch, tak boleh rundinglah pak cik. Sebab barang ni aku proses sendiri dan aku jugak yang hantar dekat kau, pergerakan aku ni mahal tahu tak?" Kata Enrique cukup biadap.

     "Tapi berkualiti ke barang kau ni?"

     "Aku ada bawak lebih, cubalah." Enrique tersenyum nakal. Tangannya menghulurkan satu plastik kecil pada si lelaki tua.

     Lelaki itu tidak menyambut. Matanya hanya merenung plastik kecil dengan renungan kosong. Enrique menjulingkan bebola matanya ke atas. Lembabnya sial!

     "Kau nak ke tak nak ni?" Soal Enrique berterus-terang, dia malas untuk menunggu lama.

     "Kena bayar jugak?"

     "Mestilah! Kau fikir barang sekarang murah ke? Ambiklah jelah sial!" Tengking Enrique, tidak boleh bersabar lagi dengan lelaki tua itu.

     Encik Osman masih tidak menyambut hulurannya membuatkan perasaan geram Enrique semakin berapi. Kakinya diaturkan menghampiri Encik Osman sebelum pipi lelaki itu dicengkam kasar. Encik Osman terkejut dengan tindakan drastik Enrique.

     Plastik yang berada di tangannya disumbatkan ke dalam mulut lelaki tua itu tanpa rasa belas kasihan. Dia tahu niat sebenar lelaki ini terhadapnya kerana dia boleh  melihat kamera litar tertutup yang menunjukkan beberapa orang lelaki memegang sepucuk pistol sedang melangkah ke arah bilik itu.

     "Orang tua tak guna macam kau ni tak layak hiduplah!" Wajah lelaki itu ditumbuk sehingga kepala terteleng ke tepi. Dia tidak mampu untuk melawan tenaga muda itu.

     "Haktuih!" Enrique meludah wajah lelaki itu sebelum kakinya melayangkan sepakan kuat pada wajah tua yang sudah tidak sedarkan diri itu.

     "Bagus buat kerja kantoi! Otak sempit! Orang tua bodoh! Pergi jahanamlah kau!" Beg dicapai. Pistol di belakang seluar juga dicapai sebelum pintu ditolak kasar.

     "Siapa datang dekat sumpah aku tembak!" Pistol itu diacukan ke arah beberapa orang lelaki yang telah diupah untuk membunuhnya. Seorang lelaki meluru ke arahnya tanpa rasa takut.

     Bang!

     Satu das tembakan dilepaskan mengenai kaki kiri lelaki berani mati itu. Muncung pistol diacukan pada beberapa orang yang lain.

     "Aku dah pesan tadi! Telinga kau orang tak ada lubang ke?!" Tengkingan Enrique membuatkan lelaki-lelaki di situ memberi laluan kepadanya.

     Enrique berjalan dengan megahnya meluru ke arah kaunter kelab malam itu. Dia tahu mereka semua takut terhadap dirinya, cuma ada segelintir makhluk di situ yang tidak mengenali identitinya yang sebenar.

     "Bro, boss kau dalam bilik 445 dah nazak tu. Tadi aku sumbat racun lipas level 120 dalam mulut dia, racun paling power. Lebih baik kau suruh pekerja lain pergi tengok." Enrique memulakan ceritanya dengan riak yang cukup bersahaja.

     Pekerja lelaki itu menekan walkie-talkie untuk memaklumkan kepada pekerja lain. Sepasang matanya merenung wajah sinis Enrique dengan renungan yang takut-takut.

     "Kau takut dengan aku ke?" Soal Enrique ingin tahu. Pekerja itu tidak menjawab malah air mukanya kelihatan semakin pucat.

     "Kau sakit ke? Nak ubat tak? Aku ada jual ubat ni." Kata Enrique lagi, beg diletakkan ke atas kaunter tersebut. Sempat lagi menjual ubat di situ.

     Pekerja itu mengerutkan dahinya kerana hairan dengan lelaki berwajah mat salleh ini tidak habis-habis ingin berbual dengannya. Apa sebenarnya masalah lelaki ini? Tetapi di dalam hatinya begitu teruja kerana dapat bertemu seorang mafia terkenal.

     "Tengok-tengoklah dulu. Harga sebiji RM2500. Kalau nak kurang aku bagi RM2499. Bawah daripada jumlah tu tak ada dahlah. Elok kau pergi mati aje dengan penyakit kau tu." Kata Enrique yang masih berdiri di situ. Kekecohan yang berlaku langsung tidak diendahkannya.

     Mendengarkan harga ubat itu membuatkan pekerja lelaki menelan air liur, mahalnya! Matanya tertancap pada sekujur tubuh yang diusung beberapa orang lelaki keluar dari lif. Enrique juga menoleh ke arah lelaki yang tidak sedarkan diri itu.

     "Tu bos kau yang bodoh dan tak guna. Lemah pulak tu. Macam manalah kau boleh jadi anak buah dia." Enrique menayangkan senyuman sinis.

     "Kau tak nak ke racun ni? Aku nak baliklah, bye." Enrique melambai-lambai tangannya beberapa kali bersama senyuman kacak sebelum dia beredar dari situ.

     Si pekerja lelaki tersebut tercengang melihat lelaki yang kian menjauh itu. Tidak sangka dia akan berjumpa Enrique Scilert di sini sehingga lidahnya terkelu. Lebih bernasib baik, dia dapat melihat senyuman kacak seorang penjenayah berbahaya.

     Seorang gadis mengenyitkan mata ke arahnya, Enrique mengangkat jari tengahnya dan ditunjukkan pada gadis itu. Gadis itu tersenyum miang sambil berjalan dengan lenggoknya mengekori langkah Enrique.

     "Eh apahal kau ikut-ikut aku ni? Pergi matilah anjing!" Marah Enrique sebelum dia melajukan langkahnya tanpa menoleh ke arah gadis gatal itu.

     Enrique memasuki kereta. Kelihatan Herith sedang tidur lena di tempat pemandu. Paha lelaki itu ditepuk kuat. Herith tidak memberi sebarang tindak balas. Lena betul lelaki itu tidur. Enrique bertindak menarik rambut lelaki itu.

     "Janganlah! Aku pantang betul dengan manusia macam kau nilah!" Jerit Herith geram sambil menepis kasar tangan Enrique.

     "Tahu pun nak bangun! Kau tak kunci pintu, bahaya tahu tak??" Enrique menjeling wajah Herith.

     "Bukannya aku tidur. Lagipun siapalah yang sial sangat nak culik seorang lelaki kacak macam aku ni." Jawab Herith bersahaja. Matanya yang kelihatan kabur digosok-gosok.

     "Habis tu kau buat apa? Ek eleh lelaki hodoh macam kau ni patut jadi anak ikan emas datin-datin Mak Jemah tu je." Enrique mengeluarkan telefon bimbit miliknya.

     "Aku berangan tentang masa depan dan aku manusia bukannya ikan," tangannya menurunkan handbreak kemudian dia memulakan pemanduannya.

     "Masa depan pun gelap, nak berangan apanya?" Kata Enrique sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. Herith menghela nafas kecil mendengar kata-kata lelaki itu.

     "Awal Ricky tidur, tengok ni..." Enrique menghalakan skrin itu pada Herith. Kelihatan Hezrick sedang lena tidur di dalam biliknya diselubungi selimut tebal.

     "Awal kepala otak kaulah! Dah pukul tiga pagi ni, kau je bodoh tak tidur malam."

     "Aku rasa nak tidurlah ni, dah sampai nanti kau dukung aku tau. Badan aku ni ringan macam kapas je." Enrique menyimpan telefon bimbit sebelum matanya dipejam rapat.

     "Aku heret je badan kau." Kata Herith. Enrique diam, mungkin sudah tidur.

     Kereta dipakir dalam garaj. Wajah Enrique ditenung sekejap sebelum tubuh lelaki itu digoncang-goncang beberapa kali.

     "Dah sampai bro," kata Herith sambil menolak tubuh lelaki itu beberapa kali.

     Herith menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, mengapalah lelaki ini susah untuk terjaga daripada tidur?

     Puas dia menolak tubuh Enrique namun langsung tidak bergerak. Otaknya memberikan satu idea yang bernas. Bibir terus menguntum senyuman.

     "Kita tidur dalam keretalah malam ni. Kejap tau. Aku nak pergi ambik selimut dengan bantal peluk kau." Kata Herith sebelum dia melangkah keluar dari kereta selepas mematikan enjin.

     Sedang dia berjalan ke arah lif, dia terdengar bunyi gelak tawa seseorang. Kedengaran seperti suara seorang gadis. Herith mengerutkan dahinya, perempuan mana pula yang berada di dalam rumah mereka ini? Hezrick membawa balik perempuan ke rumahkah? Oh shit!

     Kakinya mengikut arah bunyi yang datang dari dapur. Dadanya berdebar kencang, siapa ya? Rasa ingin tahu yang terlalu kuat membuatkan langkahnya semakin laju. Sampai sahaja di dapur, apa yang dilihat sungguh memeranjatkan dirinya. Matanya membutang luas. What the fuck?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience