Special I

Action Series 24670

     Bunyi jeritan nyaring yang datangnya dari tingkat atas membuatkan Freddy mengerut dahi. Tidak lama kemudian, dia dapat merasakan angin seperti seseorang berlari melintasi belakang sofa yang menjadi tempat duduknya di ruang tamu itu.

     "Penganggu utama, menyampah aku." Freddy mula bersuara, matanya masih melekat pada kaca televisyen.

     "Fred.."

     Tiba-tiba dia terdengar bunyi namanya diseru seseorang tetapi dia endahkan saja kerana sudah terbiasa diganggu sahabat-sahabatnya di rumah itu. Setiap kali dia berehat, ada saja makhluk-makhluk halus yang menyibuk.

     "Fred..."

     Kali ini kepalanya pantas ditolehkan ke belakang, tiada pula penampakan sesuatu yang aneh. Nafas dihela panjang. Walaupun luaran seperti tidak takut, dalamannya hanya dia yang tahu.

     "Sialnya budak-budak ni." Meremang bulu romanya mendengar bunyi cakaran pada pintu bilik penyimpanan barang.

     Freddy mencuba sedaya upaya untuk mengendahkan bunyi cakaran itu namun tidak boleh, rasa ingin tahunya begitu kuat. Dia berdiri, seiringan dengan itu elektrik terputus, rumah menjadi gelap-gelita dan sunyi.

     Flashlight dari telefon bimbit dipasang dan dihalakan pada seluruh ruang itu. Dalam fikirannya hanya satu iaitu musuh. Langkah diaturkan ke arah dapur untuk membuka kembali suis utama elektrik.

     "Jangan Fred."

     Bunyi suara seorang gadis menghentikan langkahnya, wajah dipalingkan ke belakang. Suara siapa pula? Setakat ini, semua musuh mereka adalah lelaki. Hantukah?

     "Kenapa?" Freddy cuba untuk berbual dengan si hantu tersebut.

     "Awak tak ada rasa nak bunuh saya ke Fred?"

     Suara lembut seorang gadis itu kedengaran sangat hampir dengannya. Freddy menghalakan flashlight ke kiri dan ke kanan bagi melihat si gerangan yang sedang bercakap dengannya namun tiada. Adakah hantu itu cuba mempermainkan dirinya?

     "Tak." Freddy meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan larangan dari suara gadis itu.

     "Jangan Fred..."

     Freddy melihat tali berbentuk bulatan yang berada di bawah muka pintu dapur dengan dahi berkerut. Permainan apa pula ni? Dia bercangkung di hadapan tali lalu ditariknya tali itu.

     Kop!

     Baldi yang terisi beberapa kilo tepung gandum terjatuh tepat di atas kepalanya. Freddy terduduk dan meraup wajah, akhirnya dia terkena.

      "Surprise!"

     Jeritan itu seiringan dengan lampu yang menyala menyinari ruang dapur. Mereka semua berada di ruang itu bersama makanan-makanan yang sudah sedia terhidang di atas meja.

     "Happy birthday bro. Sedap mandi tepung?" Hezrick menarik bahu Freddy untuk bangun.

     Pang!

     Herith yang berada di hadapan Freddy bertindak menampar wajah lelaki itu dengan kuat. Tepung berterbangan di ruang dapur itu. Freddy menggosok-gosok pipinya yang terasa perit.

     "Pakai lagi bedak tebal-tebal. Tampar sekali berjerebu terus ruang dapur ni," kata Firaz yang berdiri di sebelah Ferliy sambil mendukung Yalina Maira iaitu anak perempuan mereka.

     "Abang tak suka Ferliy pakai bedak?" Ferliy memandang wajah suaminya.

     "Dear pakai okey je. Kalau Fred pakai abang tak sukalah tengok. Nanti kalau terjatuh hati macam mana? Muka dia tak pakai bedak pun nampak jambu," Firaz membalas renungan isterinya.

     "Eee tak straight rupanya jantan ni." Herith menayangkan mimik jijik.

     "Kalau tak straight, tak lahirlah Yalina atas dunia ni." Ferliy mencubit pipi tembam anaknya, bayi yang berumur lapan bulan itu sedang membebel kecil bersama tangan yang ingin menyentuh wajah Firaz.

     "Bagi aku budak ni. Biar aku sumbat makanan banyak-banyak sampai obesiti lepas tu kena tahan kat hospital. Kerja Doktor Firaz pulak yang tahan anak sendiri." Herith mendukung anak kecil itu lalu dibawanya ke arah meja makan.

     "Siapa belakang aku tadi? Aku dengar suara perempuan." Freddy menepuk-nepuk baju dan seluarnya yang sudah bertukar menjadi putih sepenuhnya.

     "Aku dengan yang lain-lain, semua ada kat sini tunggu kau datang." Hezrick menjawab bagi pihak mereka semua.

     "Enrique mana? Dah buang halkum ke sampai boleh buat suara perempuan?" Lehernya dipanjangkan bagi mencari Enrique.

     "Kau gila ke? Dari tadi dia duduk kat situ." Zack menunding ke arah Enrique yang sedang duduk di atas lantai bersandar pada peti sambil bemain telefon bimbit miliknya.

     "Sumpah aku dengar suara perempuan tadi." Freddy mula mengangkat sebelah tapak tangannya.

     "Asyik nak merepek je you ni!" Amira pula menyampuk, tangannya mengisi makanan ke dalam pinggan.

     "Happy birthday bro! Besar dah kesayangan aku ni. Ingat lagi tak masa kecik-kecik dulu, kau yang paling pendek dan gemuk. Nasib baik bila besar ni masih hodoh macam dulu." Enrique memeluk leher Freddy. Yang lain melepaskan tawa melihat wajah cemberut yang ditayangkan Freddy.

     "Betul apa yang kau cakap. Aku dapat detect seorang hacker masuk dalam sistem aku tadi. Lokasi dia aku tak cari lagi sebab perut aku tengah lapar gila, otak pun tak boleh berfungsi lebih-lebih," sambung Enrique lagi. Bersama senyuman jahat, tangan mengambil kek yang masih belum dipotong lalu disumbatnya ke dalam mulut Freddy.

     "Hmph! Setan betul kau ni!" Freddy menepis tangan Enrique. Lebihan kek yang tidak termasuk dalam mulutnya terjatuh ke atas lantai.

     "Kemas sebelum aku sepak bontot kau." Hezrick melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

     "Hari ni memang hari birthday boy kena buli. Kau kemas sekarang sebelum Ricky sepak, cepat!" Enrique menolak kuat belakang leher Freddy tetapi lelaki itu langsung tidak terkesan dengan tolakannya.

     "Hey, jangan buli dialah. Habiskan semua makanan ni." Mikayla yang berdiri di sebelah suaminya mula mencelah.

     "Mari birthday boy. Kita tinggalkan jelah segala kekotoran yang telah kita buat sebab bibik berbaju merah jambu tu akan kemaskan semua ni untuk kita." Enrique terus menarik lengan Freddy meluru ke arah meja makan.

     Kata-katanya ditujukan tepat pada Mikayla yang sedang membancuh susu untuk Hezrif. Gadis itu mengendahkannya.

     Tet! Tet! Tet!

     Telefon bimbit milik Enrique berbunyi amaran seseorang telah mencerobohi sistemnya. Skrin telefon itu dilihat dengan dahi yang berkerut teruk.

     "Apa benda ni? Semaklah! Tak ada benda lain ke selain kacau hidup aku?" Enrique bangun dan beredar dari situ.

     "Apa lagilah masalah yang budak tu dah buat kali ni?" Zack menggeleng kecil.

     "Biarkan dia. Dia dah besar macam lembu dewasa dan boleh handle sendiri semua masalah baru." Herith yang sedari tadi diam memerhati mereka mula bersuara.

     "Kalau dia lembu, kau apa?" Zack tersenyum kecil melihat riak serius Herith.

     "Aku nak jadi kucing sebab kucing comel. Takkan nak jadi kau pulak? Muka macam lubang jamban. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa Amira lebih pilih kau berbanding aku padahal aku lagi kacak dan baik semua tu..." Herith menyuap makanan ke dalam mulut sebaik sahaja kata-katanya dihabiskan.

     "Muka kacak tapi perangai? Syaitan pun kalah," ujar Freddy sinis.

     "Nanti aku berubahlah. Ek eleh jantan ni, tak padan dengan baru lahir, asyik nak pangkah orang je kerja. Cubalah ada azam untuk jadi baik sikit, tak adalah selalu menyusahkan orang." Herith menjeling tajam wajah Freddy.

     Semua menoleh ke arah Enrique yang sedang melabuhkan punggung di tempatnya tadi. Wajah yang ditayangkan lelaki itu kelihatan biasa sahaja.

     "Apa yang kau dah buat pada penceroboh tadi?" soal Hezrick tanpa memandang lelaki itu.

     "Aku letupkan terus komputer dia. Tak tahulah tu hidup lagi ke dah mati. Tak penting untuk aku tahu." Jawapan dari Enrique membuatkan Freddy tersedak.

     "Dah nak mati ke? Take a deep breath bro, kau baru je lahir sejam yang lepas." Firaz menepuk belakang Freddy yang duduk di sebelahnya beberapa kali.

     "Mati tak kira usia atau waktu kita dilahirkan, harap maklum." Herith mencelah dengan nada yang bersahaja.

     "Makin pandai otak adik kesayangan aku ni. Dah tahu tu, berubahlah. Bukan buat bodoh je macam biasa." Hezrick mengangkat tangan kirinya lalu menggosok kepala Herith. Herith menayangkan senyuman lebar kerana dipuji dan dinasihat sebegitu.

*****

       Perut bayi yang berusia enam bulan itu diusap dan ditepuk lembut. Bunyi yang terhasil menandakan perut bayi lelaki itu kembung. Enrique memandang Hezrick yang berada di meja kerja ruang itu.

      "Anak kau kembung ni. Nak aku tiup mulut dia ke?" soal Enrique.

     "Huh? Kau gila apa nak tiup mulut budak tu?"

     "Tiup bagi lagi kembunglah, boleh main layang-layang anak kau dalam bilik ni." Enrique tersenyum-senyum membayangkan Hezrif terapung-apung di udara.

     "Tak kelakar bodoh. Jangan buat hal, Kayla marah nanti susah pulak aku." Hezrick meluru ke arah Enrique.

     Tubuh kecil Hezrif diletakkan ke atas meja, tangan mengurut dagunya sendiri. Apa yang perlu dia lakukan ya? Terlupa pula akan kata-kata Mikayla beberapa hari lepas.

     "Sekarang ni kita tenung dia sampai perut kempis macam biasa." Enrique yang sudah mula bosan melihat Hezrick mengelamun dengan begitu lama mula bersuara.

     Hezrif menggigit jari-jemarinya sendiri sambil melihat dua orang lelaki yang berdiri di sisi meja. Jika angin budak lelaki itu baik, tinggal berapa lama pun tetap diam saja tanpa banyak bunyi dan bergerak.

     "Tapi kenapa tak menangis pun? Pelik anak kau ni hey budak, menangislah..." Enrique bertindak menepuk lembut pipi bayi lelaki itu.

     "Janganlah!"

     "Kayla mana? Suruh dia ambik anak dia ni. Suami nak buat kerja pun tak senang. Apa jenis isterilah dia tu," bebel Enrique.

     "Abang? Ada orang nak jumpa." Mikayla meluru ke arah Hezrif lalu didukungnya bayi lelaki itu. Hezrick terus melangkah keluar.

     "Perut anak kau kembung. Nasib baik tak terapung je tadi." Enrique mencubit pipi Hezrif sehingga meninggalkan kesan merah. Tangannya ditepis Mikayla.

     "Mulut tu tak boleh ke kalau tak merepek sehari? Saya cili-cili mulut tu nanti baru tahu"

     "Cililah kalau berani. I cium-cium pipi you nanti baru tahu" ugut Enrique pula. Senyuman nakal terukir di bibir nipisnya.

     "Abang! Tengok orang gila ni!" Mikayla terus melangkah keluar dari bilik kerja Hezrick.

     "Sikit-sikit nak mengadu. Fikir aku takut ke? Setakat Ricky tu, aku boleh pijak-pijak aje muka dia sampai jadi hodoh" Enrique mengomel kecil sambil melangkah keluar dari bilik itu.

*****

     Hezrif diletakkan ke atas carseat, walaupun mulut budak itu tidak berhenti membebel tanpa ada sesiapa yang memahaminya, Mikayla bersyukur kerana anaknya tidak selalu menangis. Segala tali pinggang bayi itu dipasang oleh Mikayla. Hezrif mengukir senyuman sehingga menampakkan gusi setelah merasakan tubuhnya digeletek Mikayla.

     "Bebel apa ni sayang? Sampai bersembur-sembur air liur tu..." Mikayla mencapai kain lalu dilapnya mulut kecil Hezrif. Perlakuannya diperhatikan seseorang dari belakang.

     "Kenapa kau tak beri Hez naik satu kereta dengan aku dan Enrique? Aku boleh jaga dia. Kau tak perlu risaulah, sini budak tu." Herith menghulurkan tangannya.

     "No no and no. Enrique pandu kereta macam orang gila tak ada lesen, bahaya!" Mikayla mencekak pinggangnya, mata pula membulat besar memandang Herith yang lebih tinggi daripadanya.

     "Nanti aku suruhlah dia pandu 60km je. Aku cuma nak main dengan anak buah aku, lagipun Ricky tak bagi aku naik kereta sekali dengan dia."

     "Kenapa pulak dia tak bagi?"

     "Dia cakap nanti aku bising dalam kereta dan selalu nak pergi tandas. Aku boleh je kawal mulut ni tapi dia tak percaya dan aku tak tahu macam mana nak yakinkan dia. Pasal selalu nak pergi tandas tu, takkan aku nak sekat pundi kencing aku pulak? Ricky tu bodoh jugak, benda ni pun jadi masalah pada dia..." Cerita Herith panjang lebar. Ingin gadis itu berasa sedikit simpati terhadap cerita sedihnya ini.

     "Sekat jelah, apa yang susahnya?" sampuk satu suara garau yang datangnya dari arah belakang mereka berdua.

     "Tak pandai." Herith menggeleng beberapa kali memandang Zack yang berdiri di belakang kereta.

     "Meh sini, biar aku yang sekatkan pundi kencing kau." Bersama senyuman nakal, dengan pantas Zack mengatur langkah meluru ke arah Herith. Herith berundur menjauhi Zack.

     "Tak nak! Ricky! Kau tengok kawan kesayangan kau ni nak buli aku lagi!" Herith berlari masuk ke dalam rumah sambil menjerit memanggil abangnya.

     Zack berhenti melangkah, bebola matanya diputarkan ke arah Mikayla yang masih melihat pintu utama rumah agam itu. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar, kakinya melangkah arah gadis itu bersama riak biasa.

     "Zack, awak tolong tengok-tengokkan Hez ni. Saya nak angkat barang-barang kejap. Tolong tau..." Mikayla terus mengatur langkahnya menuju ke arah pintu utama.

     "Haih nasib baiklah kau ni tak banyak songeh." Zack berdiri di hadapan muka pintu kereta sambil merenung wajah comel Hezrif.

     Hairan dia melihat wajah anak Hezrick, mengapa tiada langsung iras Mikayla? Bibir, anak mata, kening dan bentuk wajah bayi itu seiras Hezrick, atau matanya yang tersalah tafsir?

     "Kesian Kayla..." Tangannya mengusap dagu beberapa kali, matanya masih tidak lepas dari merenung wajah Hezrif.

     "Apahal pulak nak kesiankan bini aku? Aku tak pernah curang pun." Hezrick mencelah, tangannya mengangkat dua buah bagasi.

     "Masalah sekarang ni, dia penat-penat kandung baby tapi keluar je muka kau. Kau tak kesian ke? Bosan dia hari-hari tengok muka sama je..." kata Zack pada Hezrick yang sudah berdiri di hadapannya sambil melihat Hezrif membebel kecil di atas carseat.

     "Entah, Kayla tak ada cakap apa-apa pun pada aku. Habis sekarang ni nak aku buat apa? Suruh Firaz buat pembedahan plastik?"

     "Terima jelah apa yang ada depan mata. Nasib baik je Ricky junior tu comel sikit daripada Ricky yang dah tua bangka sekarang ni. Kalau keluar tiba-tiba muka aku? Tak ke pelik tu?" sampuk satu suara garau yang datangnya dari arah sebelah kereta mereka. Tidak perlu untuk mereka melihat si gerangan itu kerana dari awal lagi sudah terhidu bau perfume yang amat dikenali.

     "Entahlah you ni. Itu pun nak jadi masalah ke? Kalau I jadi Kayla pun I tak kisah tentang wajah anak I..." sampuk Amira pula.

     "Yeah ada backup. High five?" Enrique mengangkat sebelah tapak tangannya.

     "Masa bila pulak saya backup awak? Jangan nak perasan ya. Tak ingin langsung nak buat macam tu." Amira melangkah masuk ke dalam perut kereta milik Zack tanpa menunggu balasan dari Enrique.

     "Ek eleh kereknya minah ni. Kau tunggulah balasan dari aku nanti. Aku akan pastikan kau menangis teresak-esak menjerit mintak tolong aku. Masa tu aku akan gelak bersungguh-sungguh." Enrique membebel sambil membuka pintu kereta miliknya.

     "Jangan lupa ajak aku." Zack mengukir senyuman jahat mendengar kata-kata Enrique. Enrique hanya mengangkat thumbs up.

     Sebenarnya, hanya Hezrick dan Freddy sahaja yang perlu bertolak ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu mesyuarat tetapi Enrique dan Herith juga mahu ikut. Jadi, mereka membuat keputusan untuk membawa semua sekali bercuti selama beberapa hari di sana. 

*****

     Pen dicampak ke arah Freddy, sejak dari mula dia bercerita, lelaki itu langsung tidak mahu melayannya. Dia sendiri tidak pasti sama ada Freddy mendengar ceritanya atau tidak kerana lelaki itu hanya diam menaip sesuatu di laptop. Bagaimana mahu menarik perhatian lelaki itu ya?

"Kau ingat lagi tak tentang perempuan yang ganggu kau hari tu?" Soal Herith bersama riak wajah serious. Freddy mula menoleh ke arahnya lalu mengangguk kecil.

"Ramalan Enrique mengatakan perempuan tu memang dah lama tak puas hati dengan kau. Aku rasa kau patut pakai baju kalis peluru setiap harilah kalau macam ni" Tangannya mengurut dagu beberapa kali.

"Berani dia nak tembak aku" Jawab Freddy yang sudah menutup laptop miliknya membuatkan Herith mengukir senyuman. Nampaknya Freddy mahu berbual dengannya tentang hal ini.

"Mestilah dia berani. Setakat lelaki jambu macam kau ni, dia petik jari aje kau dah jatuh pengsan. Sedarlah yang kau tu senang jatuh disebabkan perempuan buktinya sekarang, kau tinggal kerja semata-mata untuk bercakap tentang seorang perempuan. Serious lah?" Terang Herith panjang lebar bersama mimik wajah hairan melihat Freddy.

"Eh perasannya dia ni. Aku bangun sebab nak pindah tempat, rasa semak duduk satu bilik kerja dengan kau. Tak ada kerja lain ke selain ganggu aku? Lebih baik kau pergi jadi babysitter untuk Ricky dan Firaz, barulah ada manfaat sikit. Pahala pun dapat, itu kalau kau ikhlaslah" Freddy terus melangkah keluar dari bilik itu sebaik sahaja dia menghabiskan leterannya.

"Betul jugak. Tapi Ricky dengan Firaz bagi ke aku jaga? Belum cuba belum tahu" Herith bangun lalu melangkah keluar.

     Kad yang dicurinya dari beg kerja milik Hezrick diletakkan pada alat kunci keselamatan di bawah tombol pintu bilik yang menempatkan Mikayla. Dia menutup kembali pintu bilik tersebut, tubuhnya dipalingkan ke belakang. Mata membulat besar melihat Mikayla yang berdiri di belakangnya.

"Eh kakak! Buat terkejutkan I aje kakak ni" Herith menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal bersama senyuman kekok.

"Awak buat apa kat sini? Nak kena penampar dengan Ricky?" Soal Mikayla bernada biasa.

"Erm Ricky...eh dia suruh jemput you lah, Ha! Jemput you, betul-betul" Herith mengangguk beberapa kali.

"Iye ke ni? Kenapa nampak macam menipu? Tapi tak apa, pergilah dukung Hez. Saya nak kemas barang dia kejap" Mikayla terus melangkah ke arah beg milik Hezrif.

"Alright boss! Awalnya you siap, macam tahu-tahu aje I nak jemput" Herith mengatur langkah meluru ke arah Hezrif.

"Tergerak hati untuk siap awal. Ricky lambat lagi ke?" Soal Mikayla tanpa menoleh ke arah Herith. Beg anaknya dizip.

"Lambat lagi, dia suruh I ajak you berjalan-jalan dulu sebab risau you bosan duduk rumah dengan budak ni aje" Herith masih lagi tidak berhenti dari menipu kakak iparnya.

"Okay jom" Mikayla menggalas beg kecil milik anaknya lalu membuka langkah meluru ke arah pintu utama. Herith tersenyum nakal.

"Eh you nak buat apa ni?" Herith cuba menghalang Mikayla daripada menekan loceng bilik Amira.

"Kenapa? Saya nak ajak Amira sekalilah" Mikayla mengerutkan dahinya.

"Err Amira dah keluar dengan Zack awal tadi lagi. Kita pergi dululah ya?"

     Dengan rasa ragu-ragu, Mikayla hanya mengekori langkah Herith dari belakang. Tangannya mencapai telefon bimbit lalu menghantar pesanan ringkas pada Hezrick.

  Love:

Abang, Herith dah jemput saya ni. Saya pergi dulu, nanti jumpa kat mana-mana ya. Take care abang.

     Mikayla meneruskan langkah membontoti Herith yang mendukung Hezrif. Tangan kasar lelaki itu mengusap belakang tubuh Hezrif, bayi lelaki itu masih tidur di bahu kiri Herith.

"Fred, Enrique mana?" Soal Hezrick pada Freddy yang berada di sebelahnya.

"Tadi ada aje buat kerja dalam bilik"

"Herith ada cakap apa-apa tak?" Soal Hezrick lagi.

"Tak ada"

     Jawapan dari Freddy membuatkan dahi Hezrick berkerut. Ke mana pula Herith ingin membawa isterinya? Lelaki itu langsung tidak memaklumkan apa-apa tentang hal ini.

     Dalam pada masa yang sama, Enrique mencuri kereta Freddy kerana kereta miliknya telah dipandu Herith.

     "Balik jalan kaki ajelah kau dua orang muahahahaha" Enrique ketawa jahat sambil memandu kereta itu keluar dari kawasan parkir.

     "Tak guna punya Herith bodoh. Sanggup dia tinggal aku seorang dalam office? Kau tunggulah Herith, aku akan buat muka kau pucat teruk hari ni" Enrique masih tidak berpuas hati dengan Herith yang memandu keretanya tanpa meminta izin. 

     Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, skrin telefon terus dilekapkan pada telinga tanpa melihat nama si pemanggil.

     "Kau bawak lari kereta aku?" soal Freddy di dalam talian.

     "Iye sayang. Kejap lagi aku jemput kau dengan Ricky. Aku ada hal kejap, 30 minit dari sekarang aku sampai, bye!" Enrique terus mencampak telefon bimbit miliknya ke seat sebelah.

     Selesai menukar pampers Hezrif, Mikayla melangkah keluar dari tandas. Matanya membulat besar melihat seorang lelaki memakai mask bewarna hitam menutupi hidung dan mulut, berdiri betul-betul di hadapan pintu.

     "Nak aku guna cara kasar atau halus?" soal lelaki itu bernada biasa.

     Mikayla tidak mengecam si gerangan itu kerana keluarga mereka tiada yang memiliki anak mata bewarna hitam pekat.

     "Tolong jangan apa-apakan saya dan anak saya. Sa... Saya ada duit, awak boleh ambik semua." Terketar-ketar tangannya membelek beg tangan.

     "Simpan duit kau tu sayang. Memandangkan aku bukan manusia biasa, aku memerlukan darah yang banyak untuk terus hidup. Ikut aku kalau kau sayang nyawa kau, sini budak tu. Nampak ni? Kau jerit aku shoot kepala dia." Lelaki itu mengacukan sepucuk pistol ke arah Hezrif membuatkan Mikayla mula menangis ketakutan.

     "Saya ikut awak. Tolonglah jangan apa-apakan anak saya." Mikayla membontoti langkah lelaki itu.

     Hairan dia melihat kereta yang sangat dikenalinya. Apa yang sudah terjadi pada Freddy dan suaminya? Masuk saja ke dalam kereta, tiba-tiba lelaki yang menculiknya melepaskan tawa besar.

     "Yeah mission completed! Menjadikan? Aku dapat tengok muka cuak kau hari ni, buruk sangat!" Enrique terus menekan pedal minyak beredar dari kawasan itu dengan kelajuan yang tinggi.

     "Awak memang tak guna!" Mikayla bertindak menarik kuat rambut Enrique.

     "Arghh! Kayla, nak mati ke? Kereta tengah laju ni!" Dia tidak sempat menukar pemanduan biasa kepada automatic, kakinya menekan break dengan kuat sehingga kereta itu berhenti secara mengejut di tengah-tengah jalan raya.

     Bam! Bam!

     Belakang kereta Freddy dilanggar secara tiba-tiba. Enrique mendengus.

     "Nak mati pemandu kereta belakang ni. Bodoh tak ada otak ke? Yang pergi langgar kereta Fred ni kenapa? Menyusahkan aku betullah!" Enrique terus keluar dari perut kereta.

     Mikayla mendukung Hezrif yang menangis kerana terkejut, tangan kanannya pula mendail nombor Hezrick untuk memaklumkan pada suaminya tentang hal ini sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

     "Eh lu tak ada otak ka huh?! Lu bawak kereta macam olang gila berhenti tiba-tiba tengah jalan! Lu tengok kereta wa!" Lelaki tua berbangsa cina itu menengking Enrique.

     "Lu lu kepala otak kau! Kau tak nampak lampu break ke orang tua? Dah buta?! Lampu break tu kat sini, sini!" Enrique menepuk-nepuk line lampu merah yang terhasil apabila break ditekan.

     "Sini wa bawak lu pergi balai." Lelaki cina itu menarik lengan Enrique.

     "Jangan sentuh akulah tak guna! Jijik! Najis! Babi!!" Enrique menepis kasar tangan lelaki cina itu.

     "Lu jangan nak kulang ajar mah!" Lelaki cina itu melayangkan tumbukannya ke arah wajah Enrique namun tumbukan itu disambut tepat oleh genggaman tangan kanan Enrique.

     "Kau yang jangan nak kurang ajar dengan aku!" Enrique memulas tangan lelaki tua itu ke belakang.

    Prak!

     Mata Enrique membulat besar mendengar tulang patah, tangannya terus menolak tubuh lelaki cina itu sehingga jatuh tersungkur di atas jalan raya sebelum dia melangkah memasuki kereta tanpa menghiraukan mata-mata yang memandangnya.

     Dia dapat melihat beberapa buah telefon bimbit menghala ke arahnya dan dia tahu itu adalah rakaman!

     "Masalah betul, nak duit mintak jelah. Ni sibuk tengking-tengking aku kenapa?! Kalau suara merdu macam anjing menyalak tak apa, ni suara macam katak puru, bodoh punya najis!" Enrique menghentak stereng kereta.

     Jarinya menekan-nekan telefon bimbit bagi menyekat segala bukti 'keterlanjurannya' sebentar tadi dari mana-mana laman sosial. Mikayla hanya diam, tidak mahu menganggu Enrique yang sedang marah. Risau kadang-kadang.

     Di kafe, Herith masih lagi mencari keberadaan Mikayla. Telefon pula tiada padanya ketika ini.

     "Jangan-jangan dia dah kena culik...Oh my god!" Mata Herith membulat besar, tangannya meraup wajah. Habislah dia kali ini, bagaimana hendak memaklumkan hal ini kepada Hezrick?

     Selesai menghantar kereta Freddy di bengkel, dia meluru ke arah Mikayla yang sedang duduk di bangku bersama Hezrif di dalam dukungan gadis itu.

     "Erm tunggu kejap. Aku nak ambik kereta lain," ujar Enrique sebelum dia membuka langkah untuk beredar namun langkahnya terhenti dek kata-kata Mikayla.

     "Please jangan pergi mencuri atau bergaduh lagi. Tunggu yang lain datang ya? Saya dah hantar location pada Ricky. Dia mesti sampai kejap lagi." Mikayla tidak mahu Enrique menimbulkan masalah baru kerana dia tahu Enrique tidak akan duduk diam, ada saja perkara baru yang akan lelaki itu lakukan.

     "Haih aku dah penat tapi aku tahu kau pun mesti lebih penat dari aku. Meh Hez tu..." Enrique menghulurkan kedua-dua belah tangannya.

     Hezrif bertukar tangan. Baik juga lelaki ini memikirkan tentang keselesaannya. Enrique mengambil bayi lelaki yang sudah ketiduran itu lalu diletaknya ke atas kerusi tanpa sebarang alas!

     "Dia budak lagi, kotorlah nanti! Entah apa yang ada kat kerusi ni awak tak nampak, suka-suka hati je letak anak saya. Hmph!" Mikayla terus mendukung Hezrif lalu melangkah keluar dari kawasan bengkel kereta itu.

     "Tolong salah, tak tolong salah. Apalah nasib aku hari ni. Mungkin sebab aku tak solat zuhur lagi kut. Baik aku solat dulu..." Enrique terus bangun dan meluru ke arah beberapa orang lelaki yang sedang membuat kerja bagi menanyakan keberadaan surau terdekat.

     "Enrique kat dalam lagi. Abang dah habis meeting?" Mikayla menghulurkan Hezrif pada suaminya.

     "Iye, dah settle dan boleh pergi jalan-jalan kejap lagi," jawab Hezrick bernada biasa. Mikayla mengangguk tanda mengerti.

     "Aku masuk dalam kejap." Zack meminta diri.

          Buk!

     Tiba-tiba tubuhnya dilanggar seseorang dengan kasar dari arah yang bertentangan.

     "Ya Allah, kau luaskanlah otak manusia yang telah melanggar aku tadi. Sesungguhnya dia juga manusia yang teraniaya seperti aku ya Allah..." Lelaki tadi berdo'a tanpa menoleh ke arah si gerangan yang telah dia langgar.

     "Aaminn..." Tiba-tiba kedengaran suara tiga orang lelaki yang berada di sekitar situ mengaminkan do'anya serentak.

     "Alhamdulillah." Enrique memejamkan mata, tapak tangan dilekapkan pada dada sebelum dia beredar. Zack hanya mengendahkannya kerana dia tahu yang lelaki itu adalah Enrique.

     Hezrick menekan butang hijau dan juga butang loudspeaker setelah mendapat panggilan dari Herith.

     "Ricky! Tadi aku curi kad bilik kau lepas tu culik bini dan anak kau, aku bawak dia pergi kafe untuk makan tapi bini kau diculik orang lain! Dah sejam aku cari dia! Aku betul-betul mintak maaf Ricky! Aku tak sengaja dan aku tak sempat pun nak belanja bini kau makan kek coklat, aku menyesal sebab tak tunggu kau. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat se..." Herith yang bercerita dengan tahap kelajuannya seperti berdas-das peluru rifle dilepaskan terhenti di situ setelah perasan talian mereka diputuskan Hezrick.

     "Kau putuskan macam tu je?! Aku tahulah aku salah!" Herith meneruskan pemanduannya dengan perasaan bengang.

     Hezrick menoleh ke arah Freddy, Mikayla dan Amira yang sudah tertawa kecil mendengar cerita jujur dari Herith. Suara lelaki itu jelas kedengaran yang dia sedang menggelabah.

     "Padan muka dia! Curi lagi kereta aku! Semua terkena hari ni, betapa puasnya hati aku!" Tiba-tiba suara Enrique kedengaran dari arah belakang mereka.

     "Betullah tu, kau pun terkenakan? Bayar semua kos kereta Freddy." Hezrick menarik lengan Mikayla memasuki kereta company miliknya.

     "Aku tahulah! Itu pun nak kecoh, bukannya mati pun kalau belakang kereta rabak," bebel Enrique.

    "Mati," sampuk Zack yang berdiri di belakangnya.

     "Jantung kau duduk kat enjin kereta memanglah mati!  Cepat alien gila, ikut kereta Ricky tu. Kita kena suruh dia belanja makan, duit aku dah habis bayar kereta Fred tadi. Kos mahal macam sial, padahal kemik sikit je." Dengan rasa yang tidak malu, dia melangkah masuk ke dalam kereta milik Zack.

     "Dia akan jadi orang ketiga dalam hubungan kita." Amira merenung lama wajah Zack.

     "Woi perempuan! Memang selama ni ada syaitan asyik ikut kau dengan Zack. Masuk cepat, aku tinggal dua-dua nanti dapat lagi satu masalah." Enrique menaikkan tingkap kereta sebaik sahaja kata-katanya dihabiskan.

*****

     Cahaya unggun api direnung lama, senyuman kecil terukir di bibir setelah terdengar bunyi ketawa terbahak-bahak yang datangnya dari kawan-kawan Hezrick.

     Ketawa bagaikan tiada sebarang masalah tanpa menghiraukan pengunjung lain di pantai itu. Bau perfume suaminya kuat menusuk masuk ke rongga hidung menandakan lelaki itu semakin hampir dengannya. Kedua-dua belah telinganya yang berlapikkan tudung ditarik Hezrick dari belakang.

     "Sakitlah abang!" Mikayla memegang tangan suaminya.

     Hezrick melabuhkan punggung di sebelah Mikayla, sisi kepalanya diletakkan ke atas bahu gadis itu. Lengan pula melingkari pinggang isterinya dari tepi.

     "Saya harap anak kita tak ikut perangai abang." Mikayla mula berbicara setelah sekian lama mereka diam melayani perasaan masing-masing.

     "Okey aku akan pastikan dia ikut perangai aku yang terlebih baik ni." Enrique melabuhkan punggungnya di atas sebatang kayu bertentangan Mikayla dan Hezrick.

     "Kau jangan berani nak ajar anak aku buat benda bukan-bukan. Aku siat-siat kulit kau nanti." Hezrick cuba memberi amaran pada lelaki yang perasan bagus itu.

     "Siatlah, aku pun rasa nak buat pembedahan plastik lepas ni. Nak buat hidung mancung lepas tu cucuk dagu ni sikit. Baru boleh daftar kelab ahli sihir." Enrique menyentuh hidung mancungnya kemudian beralih pula pada dagu.

     "Jangan lupa buang otak tu sekali," sampuk Freddy yang mengambil tempat di sebelah Enrique.

     "Huh? Tak mungkinlah. Kalau aku buang otak ni, siapa nak jadi manusia terbijak atas dunia? Takkan kau pulak? Hancurlah keturunan Sepanyol yang baru nak meluas di tanah melayu ni!" jerit Enrique.

     "Memang kau seorang je baik dan bijak, yang lain semua jahat dan bodoh. Ambiklah Enrique, ambik menang!" Herith yang masih merajuk dengan Enrique mula bersuara. Tidak sangka lelaki itu benar-benar membuatkan dia hampir hilang separuh daripada nyawanya dek kerana kes petang tadi.

     "Yeah itulah yang aku nak dengar. Bersorak untuk aku cepat." Enrique mengangkat kedua-dua belah tangannya.

     "Eee aku takkan bersorak untuk binatang macam kau ni. Binatang lain semua comel-comel termasuk babi yang bewarna pink tu, tapi kau? Celah mana yang comelnya? Katak puru lagi kacak tau," sampuk Firaz yang diam sejak tadi.

     "Walaupun saya suka berkawan dengan awak sebab awak selalu tolong saya, saya tetap tak akan sokong awak punya mulut puaka tu." Amira menjeling Enrique.

     "Betul tu sayang! High five?" Zack mengangkat sebelah tapak tangannya dan Amira menepuknya dengan kuat.

     "Tapi Ferliy sokong abang Enrique," celah Ferliy yang duduk di sebelah Firaz.

     "Yeah I love you!" Enrique menunjuk-nunjuk wajah Ferliy bersama senyuman kebahagiaan.

     "Kau jangan nak cinta-cinta bini aku pulak." Firaz menjeling tajam wajah Enrique dan Ferliy.

     "Tak pun, aku cintakan dia jelah." Enrique menunding jari telunjuknya tepat ke arah Mikayla.

     "Jangan nak merepek. Aku tumbuk kejap lagi." Hezrick mengangkat genggaman penumbuknya.

     Enrique menjelir lidah ke arah Hezrick. 

     Hezrick yang ingin bangun untuk menumbuk Enrique ditahan Mikayla. Yang lain melepaskan tawa masing-masing.

Kalau nak teruskan jemput baca special chapter II. Sedikit tentang mereka menyambut bulan puasa dan hari raya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience