Bab 10

Action Series 24670

     Gambar yang ditunjukkan Enrique dilihat dengan dahi yang berkerut-kerut. Siapa gadis ini? Tiba-tiba saja Enrique menunjukkan padanya tanpa sebarang kata. Dia merenung Enrique dengan wajah yang penuh tanda tanya.

     Tangannya dinaikkan sebelum rambut messy Enrique ditarik kuat setelah melihat lelaki itu hanya mengendahkan mimik wajahnya yang menginginkan jawapan. Enrique mengerang kesakitan.

     "Aku tanya siapa perempuan ni?!" Soal Herith bernada kasar. Tangannya melepaskan rambut Enrique sebelum kepala lelaki itu ditolak kuat.

     "Aku tak faham isyarat muka hodoh macam tu!" Tengking Enrique. Berani lelaki ini menolak kepalanya.

     "Suka hatilah nak jadi hodoh ke kacak ke, tak susahkan hidup kau pun sial! Siapa perempuan tu?" Herith masih lagi soalannya.

     "Bakal awek aku. Lawa tak?" Enrique menarik mimik muka bangga, kedua-dua belah keningnya dijongketkan beberapa kali.

     "Pergh! Bagi aku jelah. Lelaki tak guna macam kau mana layak ada awek." Herith menggeleng-geleng kecil bersama senyuman kacaknya.

     "Nampak ni? Kaki aku ni lebih berguna kalau nak dibandingkan dengan otak kau!" Enrique mengangkat sebelah kakinya ditunjukkan kepada Herith.

      "Aku curiouslah. Ada ke perempuan nak dekat muka yang seiras anjing ni?" Herith mencucuk-cucuk pipi Enrique. Enrique menepis kasar tangan Herith bersama senyuman sinis.

     "Okaylah seiras anjing, daripada kau! Seiras babi, kroh! Kroh!" Enrique tergelak kecil menganjing Herith.

     "Kau la babi!"

     "Kau kawan babi." Jawab Enrique bernada sinis dan tenang.

     "Babi babi babi!" Jerit Herith kuat. Masih tidak mahu mengalah.

     "Diamlah, dua-dua babi." Sampuk Freddy dengan nada bersahaja. Matanya masih dihalakan pada kaca televisyen.

     "Dia sepatutnya sedar yang dia pun babi jugak..." Herith menunjuk-nunjuk ke arah Freddy yang duduk di sofa.

     "Senang je nak sedarkan dia, woi babi!" Enrique memandang Freddy. Freddy menoleh sekilas ke arah mereka berdua yang tidak siuman itu.

     "Kan aku dah cakap, senang je. Tu babi sebenar dah pandang." Kata Enrique bersahaja. Herith melepaskan tawa kecil, seronok juga dapat mengenakan Freddy.

     "Ricky! Aku laparlah jom keluar makan!" Jerit Herith kuat.

     Enrique memejamkan mata dan menutup telinga menggunakan kedua-dua belah jari telunjuknya mendengar jeritan nyaring itu. Hezrick hanya diam melangkah memasuki perut lif.

     "Jomlah," ajak Freddy, tangannya menekan button merah pada remote televisyen. Perutnya juga sudah mula berkeroncong. Nak masak malas pula, lebih baik beli saja.

     "Ricky? Enrique?" Herith menoleh ke arah Enrique yang masih tidak mencelik mata.

     Freddy menarik tangan Enrique bagi menyedarkan lelaki itu. Lelaki itu merenung kosong ke dalam sepasang anak mata bewarna biru milik Freddy. Freddy mengusap perutnya beberapa kali menandakan yang dia sedang lapar.

     Enrique mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan jari telunjuk seperti sedang berfikir lalu dia tersenyum seraya menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda bersetuju untuk pergi makan. Mulut Herith terlopong melihat Freddy dan Enrique bercakap dengan hanya menggunakan bahasa isyarat.

     "Lalat masuk nanti." Enrique memukul bawah dagu Herith sehingga mengeluarkan bunyi gigi lelaki itu terkacip dengan kuat.

     "Sstt! Aku tergigit lidah!" Jeritanya kuat dan menggunakan bahasa pelat.

     "Padan muka!" Enrique terus berlari keluar daripada mansion itu bersama tawa yang mengekek-ngekek.

     "Ricky?" Herith memandang Freddy, tidak habis lagi dengan abangnya.

     "Dia tengah stress tu. Tak payah kacaulah, dia cari makan sendiri nanti..." Jawab Freddy sambil mencapai kunci kereta miliknya yang terletak di dalam laci.

     Herith tercengang mendengar tuturan Freddy. Abangnya sedang stress? Tidak pernah pula dia melihat lelaki itu tertekan sebelum ini.

     Disebabkan apa ya? Dia perlu siasat tentang hal ini, tetapi pada hari yang lainlah kerana sekarang, cacing di dalam perutnya sedang elok bernyanyi merdu.

     Telefon bimbit milik Mikayla bergetar menandakan ada panggilan masuk kerana handphone itu berada dalam keadaan silent. Jarang dia memegang handphone ketika waktu bekerja seperti ini oleh kerana handphone miliknya itu sentiasa berada di dalam locker.

     Kafe itu agak lengang jika hendak dibandingkan dengan hari-hari sebelumnya, mungkin kerana faktor cuaca yang hujan lebat di luar. Baru sahaja dua bulan dia bekerja di sini, majikannya yang dikenali sebagai Kak Dila itu sangat baik dan juga seseorang yang memahami pekerjanya.

     Sudah bermacam-macam jenis karenah manusia yang dia jumpa selama dia bekerja di situ, Hezrick sering juga datang ke kafe untuk menjenguknya tetapi sudah dua minggu lelaki itu menghilangkan diri.

     Nasib baik dirinya tidak memberikan sebarang peluang kedua kepada lelaki itu. Mikayla berasa trauma untuk menerima lelaki yang mahu bersamanya lebih-lebih lagi Hezrick iaitu lelaki yang pernah mempermainkan hati dan perasaan wanitanya.

     "Ehem."

     Bunyi deheman yang agak kasar mematikan lamunan Mikayla, dia menunduk malu tanpa melihat pelanggan di hadapannya. 'Aduh kantoi mengelamun tadi," getus hatinya.

     "Aku nak order satu cup besar hot chocolate," pelanggan itu membuat pesanan.

     Mikayla tersentak mendengar suara yang sangat-sangat dikenalinya itu. Setiap kali dia menyimpan hasrat untuk melupakan lelaki ini, pasti saja lelaki ini muncul di hadapannya. Adakah lelaki ini ada kuasa magic yang boleh membaca fikirannya?

     "Berangan apa lagi? Aku tengah order ni kan?" Suara itu kedengaran sedikit tegas kedengaran di telinga Mikayla. Mikayla mengangkat wajahnya untuk melihat si empunya suara.

     Wajah itu kelihatan bengis, tidak seperti kali kedua mereka bertemu beberapa minggu yang lalu. Adakah lelaki ini mempunyai masalah? Ah semua itu sudah tidak penting lagi baginya.

     Wajahnya kembali ditundukkan, jari jemari menekan-nekan skrin komputer di hadapannya. Rasa gerun pula untuk mengangkat wajah membalas pandangan lelaki itu.

     "One more thing," sambung Hezrick. Matanya masih tidak lepas dari memandang buah hatinya itu.

     "Aku nak kau teman aku." Ujar Hezrick sebelum dia membuka langkah menuju ke arah meja yang terletak di hujung sudut. Bijak lelaki itu memilih tempat yang agak tersorok.

     "Macam mana ni?" Mikayla mula menggelabah mendengar permintaan lelaki itu.

     "Kau kenapa? Ni dah siap, pergi hantar..." Kak Dila menghulurkan dulang yang terisi secawan air yang telah dipesan Hezrick.

     "Akak tolong hantarkan boleh?"

     "Akak banyak kerja lagi kat dalam. Kau bukan buat apa pun, pergi-pergi..." Kak Dila menolak belakang tubuh Mikayla supaya gadis itu pergi menghantar pesanan pelanggan.

     Mahu tidak mahu, dia terpaksa menghantar air itu. Cawan diletakkan ke atas meja dengan penuh berhati-hati agar tidak tertumpah.

     Langkahnya dibuka untuk pergi tetapi Hezrick lebih pantas menarik lengannya sehingga dia jatuh terduduk di atas riba lelaki itu. Dia ingin bangun namun tubuhnya menjadi kaku setelah mendengar bisikan lelaki itu.

     "Shh... please stay like this..." Hezrick mula melingkari pinggang gadis itu.

     "I love you..." Ucap Hezrick perlahan.

     Ucapan perlahan lelaki itu benar- benar menjentik tangkal hatinya. Suara itu masih sama seperti empat tahun yang lepas. Suara yang mampu membuatkan dia menjadi lemah, selemah-lemahnya.

     "I miss you so much sayang..." Ucapnya lagi. Sebuah kucupan singgah di pipi mulus Mikayla. Mikayla berdiam diri menikmati sentuhan hangat lelaki itu.

     "Kau tak rindu aku ke?" Soal Hezrick setelah melihat gadis itu hanya diam sejak dari tadi.

     Mikayla pantas bangun lalu berdiri di sisi meja setelah mendengar soalan itu. Sudah tentu dia merindui lelaki ini, tetapi dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Sayang ke tidak sebenarnya ni? Fikirannya mula berperang dengan hati sendiri.

     "Kau tahu kan aku tak duduk dekat sini, rumah aku kat KL. Aku harap kau faham kenapa aku hilang dua minggu ni, aku tak nak kau fikir bukan-bukan lagi." Jelas Hezrick.

     Dapat dilihat dengan jelas kesedihan yang terpancar pada wajah Mikayla semasa dia melangkah masuk ke dalam kafe ini. Pertanyaan yang diajukan pada gadis itu juga sekadar menginginkan kepastian, walaupun gadis itu tidak menjawab, dia sendiri sudah mendapat jawapan bahawa gadis itu juga merinduinya.

     Buktinya, Mikayla nampak selesa berada di dalam dakapannya. Sepasang matanya merenung wajah manis Mikayla dengan renungan redup. Gadis itu masih diam tidak berkutik.

     "Kau marah pada aku?" Soal Hezrick, cuba mengorek punca gadis itu hanya diam dan tidak mahu memandang wajahnya.

     "Tak... saya tak marah..." Mikayla menggeleng kecil.

     Padahal di dalam hati, dia telah menyumpah seranah lelaki ini, handphone mahal-mahal buat apa? Tak reti guna ke? Beritahu sepatah pun tak boleh ke?!

     "Muka penipu macam ni ingat aku nak percaya?" Hezrick tersenyum sinis.

     Kekurangan gadis ini adalah, dia seorang yang tidak pandai menipu. Walaupun dia menayangkan riak wajah biasa, dia tetap tidak mampu memperdaya Hezrick kerana lelaki itu sangat kenal akan tingkah laku gadis ini.

     "Kayla..." Pergelangan tangan Mikayla ditarik mendorong gadis itu duduk di sebelahnya.

     "Aku mintak maaf. Bukan aku tak nak call kau tapi syarikat aku ada masalah sikit. Aku mula stress fikirkan keselamatan kau lagi hal dunia yang lain lagi..." Hezrick masih berusaha sedaya-upaya demi membuatkan gadis itu mempercayainya.

     "Saya boleh jaga diri sendiri, awak tak perlu risau..." Jawab Mikayla lembut. Wajahnya diangkat untuk menatap wajah kacak lelaki itu.

     Kepalanya digelengkan kecil, gadis ini tidak faham tentang 'keselamatan' seperti mana yang dia sedang risaukan. Musuhnya berada di mana-mana sahaja, keselamatan gadis ini juga boleh terancam pada bila-bila masa.

     "Saya kena pergi, nak sambung buat kerja..." Pamit Mikayla sopan, dengan pantas kakinya melangkah pergi.

     Hezrick bertindak memaut lengan Mikayla sedikit kuat untuk memberhentikan langkah gadis itu. Mikayla merenung tajam wajah Hezrick yang dirasakan kurang ajar itu.

     "Aku boleh bayar kau lebih daripada harga kafe ni Kayla." Ujar Hezrick, dia mahu berbual berdua bersama gadis itu dalam jangka masa yang panjang untuk melepaskan rindu.

     "Apa masalah awak? Saya tak perlukan duit awaklah!" Tangan Hezrick direntap kasar. Lelaki ini sering kali mengganggap dirinya terlalu murah.

     "Okay-okay, balik nanti aku tunggu kau dekat depan. No excuse." Hezrick mengangkat kedua-dua belah tangannya.

     Tangan kanannya mengusap perlahan pipi kanan Mikayla, senyuman manis dihadiahkan khas hanya untuk gadis itu saja. Rasa nak gomol aje wajah Mikayla tetapi setelah melihat kawasan sekeliling kafe yang mempunyai beberapa orang pelanggan, dia simpan saja hasrat itu. Kakinya melangkah pergi meninggalkan Mikayla yang masih berdiri kaku di situ.

     Itulah kelemahannya, sentuhan lelaki itu sememangnya membuatkan dirinya rasa dihargai tetapi dalam pada masa yang sama, dia masih ragu-ragu. Bohong sekiranya lelaki yang kacak itu hanya mencintai seorang gadis!

     "Membazir!" Marah Mikayla setelah melihat air yang dihantarnya tadi langsung tidak disentuh Hezrick. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience