Bab 20

Action Series 25243

     Wajah Enrique direnung dengan renungan yang redup, otaknya sudah mula berserabut memikirkan tentang masalah lelaki yang tidak pernah habis ini. Mengapa Enrique dilahirkan sebagai seorang yang suka menimbulkan masalah di dalam keluarga mereka?

     Freddy melangkah masuk ke dalam bilik Enrique bersama dulang makanan, pandangannya tertancap pada Hezrick yang sedang merenung kosong wajah pucat Enrique.

     "Kau okay?" Soal Freddy sambil meletakkan dulang makanan ke atas meja berhampiran.

     "Aku okay aje. Enrique yang tak okay, dia ni selalu sangat bodoh. Hairan pulak aku," jawab Hezrick dengan penuh rasa geram terhadap lelaki yang terbaring lemah itu.

     "Biasalah, dia kan anjing yang kau bela dari zaman remaja dulu lagi. Macam mana keadaan dia? Dah tahu result ke belum?" Freddy mengambil tempat di kerusi bersebelahan Hezrick.

     "Dia demam panas. Rehat pun kurang, itu yang sampai tumbang macam ni."

     "Macam mana dengan dadah tu? Positive?" Freddy menjongketkan sebelah keningnya. Hezrick hanya menggeleng kecil.

     "Itulah kau, tuduh macam-macam sampai dia pun jadi stress," Freddy menjulingkan bebola matanya ke atas.

     "Kita dah tak boleh percaya cakap orang sekarang bulat-bulat, kan? Aku tak percaya kawan baik kau ni, dia terlalu liar dan tak guna."

     "Ya aku tahu, tapi kita kena periksa dulu. Dah dapat bukti yang sahih barulah boleh percaya. Jangan tuduh melulu, kesian membe rasa tak tenang macam ni," kata Freddy tenang. Hezrick tersenyum nipis mendengar nasihat itu.

     "Perangai macam hanat tapi dia dah banyak tolong kita. Kalau tak ada dia, comfirm kita semua dah mati kena bom dengan musuh." Freddy tersenyum kecil teringatkan peristiwa yang berlaku beberapa bulan yang lepas.

     "Kalau belum tiba ajal, tak mati jugak," kata Hezrick bernada biasa.

     Dua pasang mata itu merenung Enrique yang sudah mencelik mata. Dahi lelaki itu berkerut dek kerana silauan cahaya lampu yang terang.

     "Nak piza ayam," minta Enrique secara tiba-tiba, rambutnya diraup ke belakang menggunakan tangan.

     "Piza ayam tak ada tapi bubur ayam ada," Freddy menunding jarinya ke arah meja.

     "Nak piza ayam, tak nak bubur," Enrique menggeleng beberapa kali.

     "Eh kau ni, dah nak mati pun mintak macam-macam lagi?" Celah Hezrick bernada sinis.

     "Hurm time-time dah nak mati macam nilah aku kena banyak menyusahkan kau orang. Risau roh aku tak tenang sebab dirindui je nanti," kata Enrique tenang setenang-tenangnya.

     "Banyak songehnya anjing ni!" Hezrick menayangkan riak menyampah.

     "Iyelah, aku suruh Herith order." Freddy menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

     "Tak nak setan tu, aku nak kau yang order," ujar Enrique bernada perlahan seperti budak-budak.

     Freddy tersenyum seraya menggeleng kecil, perangai Enrique langsung tidak berubah sejak dari dulu sehinggalah sekarang, manja apabila sedang sakit itu lain macam. Pintu dikuak dari luar, muncullah Herith bersama sebotol air gas di tangannya.

     "Dah sihat bro? Apahal tak mati aje terus?" Soal Herith tanpa berlapik.

     "Belum sampai ajal," jawab Enrique dengan penuh kemalasan.

     "Nak aku sampaikan ajal kau tu sekarang?"

     "Aku tak takut dengan kau." Enrique tersenyum senget. Herith tersenyum nakal, punggungnya dilabuhkan di atas birai katil.

     "Hidup segan mati tak mahu," Herith mula menyanyikan sebuah lagu yang sangat padan dengan keadaan Enrique ketika ini. Enrique mengangkat jari tengahnya ditunjukkan ke arah Herith.

     "Cepat sihat bro. Malam ni kau tetap kena ikut kita orang pergi kelab," keningnya dijongketkan beberapa kali.

     "For what?" Enrique mengerutkan dahinya. Lain macam sahaja mereka semua ini, tiba-tiba kata nak pergi kelab.

     Herith mendekatkan bibirnya pada cuping telinga lelaki itu sebelum dia membisikkan tujuan mereka ke kelab pada malam ini. Enrique tersenyum nakal seraya mengangguk kecil tanda mengerti.

     Beberapa saat selepas itu, telefon bimbit milik Hezrick berdering. Deringan itu membuatkan Enrique, Freddy dan Herith menoleh ke arah Hezrick yang sudah ketiduran di atas sofa.

     Freddy terus meluru ke arah telefon itu sebelum skrin dilekapkan pada telinga setelah melihat nama yang sangat dikenalinya tertera di skrin.

     "Hey," Freddy memulakan perbualan.

     "Assalammualaikum," ujar Mikayla pula, dia cuba untuk membiasakan lelaki itu memberi salam pada awal perbualan dengan sesiapa pun.

     "Wa... waalaikumussalam..." Jawab Freddy tergagap-gagap, sudah lama dia tidak menyebut perkataan itu.

     "Kenapa suara awak lain?"

     "Iye ke lain? Aku rasa biasa je." Freddy cuba mengawal suaranya.

     "Awak bukan Ricky tapi Mikhail, kan?"

     Berkerut teruk dahi Freddy mendengar nama Mikhail, siapa pula Mikhail yang minah ini maksudkan? Adakah teman lelakinya yang baru?

     "Siapa Mikhail?" Soal Freddy bernada biasa, sepasang matanya melihat Enrique yang sedang menunding jari telunjuk pada wajah sendiri. Menyamar? Oh begitu.

     "Loudspeaker," bisik Herith perlahan. Freddy terus menekan pembesar suara.

     "Awaklah Mikhail, mana Ricky?"

     "Apa hubungan you dengan Ricky?" Soal Freddy sengaja untuk menguji.

     "Kami kawan. Mana dia?"

     Jawapan dari Mikayla membuatkan Herith dan Enrique melepaskan tawa kecil. Zaman bila main tipu-tipu ni?

     "Tadi dia baru balik dengan seorang perempuan ni, cantik dan seksi jugaklah. Sekarang dua orang tu tengah berasmara dalam bilik sebelah. Aku segan pulak nak panggil," cerita Freddy panjang . Sengaja ingin memanaskan hati Mikayla.

     Enrique dan Herith menekup mulut menggunakan tapak tangan masing-masing setelah mendengar sesuatu yang agak kelakar memasuki rongga telinga mereka.

     "Ber... berasmara?"

     "Tabahlah Kayla. Dia bukan lelaki yang baik untuk you. Kalau you tak kisah, I sanggup gantikan tempat yang dia dah sia-siakan ni..." Kata Freddy bersahaja.

     Matanya membulat besar setelah melihat talian mereka diputuskan Mikayla, dan apabila dia memanggil kembali, panggilannya itu hanya voicemail.

     "Haa sudah! Basak ah kau kali ni..." Mata bulat Herith memandang wajah tidak bersalah Freddy.

     "Chill bro. Aku sengaja je nak tambahkan masalah sikit kat bos kita ni." Kata Freddy sambil mengusap kepala Hezrick yang sedang lena dibuai mimpi.

     "Kau berkawan dengan setan tak apa tapi tolong jangan ikut perangai dia. Aku cuma risau Ricky akan salahkan aku atas apa yang jadi lepas ni." Celah Herith bersahaja. Hujung jari telunjuknya diketuk-ketuk pada permukaan meja.

     "Tapi kita semua setan." Enrique menayangkan senyuman lebar bersama kening yang dijongketkan beberapa kali.

     "Kau orang je, aku tak. Kes Amira dengan Zack tu bila kau nak settle?" Freddy menukar topik perbualan mereka.

     "Perlu ke aku settle? Biarlah kayu tu buat sendiri. Pandai-pandai bercinta, tanggunglah sendiri." Jawab Enrique bersahaja.

     "Oh! Kau punya kerja rupanya! Kau tahu tak dah berapa lama jadi fake boyfriend dia sebab nak buat Zack jealous?!" Soal Herith bengang.

     Setiap kali pergi shopping pasti gadis itu menyuruhnya bayarkan sedangkan duit sendiri ada saja. Nampak di situ, kaki kikis. Tapi itulah, dah berkawan tak akan nak berkira pula sekiranya dia mampu.

     "Aku tak nak ambik tahu. Pergi mampus semua." Ujar Enrique dengan mata yang terpejam rapat.

     "Aku yang hadap semua benda, kau senang je nak lepas tangan?!" Tengking Herith yang mula berdiri di sisi katil.

     "Bising setan. Aku nak rehat ni." Enrique mengerutkan dahinya mendengar jeritan itu. Mata mula dipejam rapat.

     "Rehat? Tu je yang kau tahu?! Aku ni macam man..."

     Ting! Ting! Ting!

     Kata-kata Herith terhenti setelah telinganya menangkap bunyi loceng rumah. Matanya yang membulat besar diputarkan ke arah pintu bilik itu.

     "Piza!" Jeritnya kuat sebelum dia membuka langkah berlari keluar dari bilik.

     "Lapar sangat tu..." Freddy tersenyum nipis melihat gelagat Herith.

     "Kau order piza yang ada ayam seekor ke?" Soal Enrique ingin tahu. Freddy menggeleng tanda tidak.

     "Tapi aku nak makan piza yang ada seekor ayam atas roti tu..." Enrique mula menarik mimik muka sedih.

     "Aku bakar ayam untuk kau." Kata Freddy sebelum dia melangkah keluar.

     Enrique diam meihat belakang tubuh Freddy yang semakin jauh. Untung punyai kawan yang jahat tapi baik seperti mereka semua itu.

     Hezrick merenung belakang tubuh Mikayla yang sedang elok duduk di salah sebuah meja bersama beberapa orang gadis. Dia hairan, mengapa gadis itu langsung tidak menjawab panggilannya?

     Apabila ditanya Amira, lain pula jawapan yang gadis itu berikan kepadanya. Serabut pula kepalanya memikirkan soalan itu.

     Pandangannya dialihkan pula ke arah Enrique yang berbungkus baju tebal di hadapannya. Lelaki ini memang betul-betul keras kepala, jika tidak membenarkannya ikut mereka ke sini pasti ada saja ayat-ayat sedih yang keluar dari mulut puaka itu.

     Enrique elok saja duduk di kerusi bertentangan dengannya. Lelaki itu sedang mengunyah kek coklat berselang-seli dengan minum air. Enak katanya.

     "Tak nak pergi dekat awek kau ke?" Soal Enrique tanpa memandang Hezrick.

     Mulutnya sudah dipenuhi kek beserta coklat. Makan besar mereka semua pada majlis hari jadi ini.

     "Tak." Jawab Hezrick sepatah.

     "Kau tak marah pulak dia datang kelab ni?" Soal Enrique sebelum tangan menyuap sesudu krim ke dalam mulutnya.

     "Birthday party. Lagipun kelab ni dah disewa."

     "Aku tahu," jawab Enrique tanpa menoleh ke arah Hezrick. Hezrick menjeling tajam wajah kacak itu.

     "Mesti lagi cantik kalau dia pakai tudung." Kata Enrique lagi, matanya merenung sisi wajah manis Mikayla yang duduk tidak jauh dari meja mereka.

     "Stop starring at her. Kau nak kena macam Fred jugak ke?"

     "Kena apa?" Enrique mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.

     "Korek mata."

     "Tak nak! Tangan kau tu kotor, busuk, buruk dan aku jijik dengan kau ni. Jangan dekat dengan aku!" Jerit Enrique mengundang perhatian beberapa orang tetamu.

     Walaupun mereka duduk bertentangan, kerusinya tetap dianjak menjauhi Hezrick. Mengada betul anjing ni.

     "Tangan jijik nilah yang urut dahi kau petang tadi..." Hezrick tersenyum sinis.

     "Ala aku gurau ajelah. Tangan kau paling wangi dalam dunia, tapi tangan dia ni sumpah busuk, selalu pukul aku tanpa sebab." Enrique menunding jari telunjuknya tepat pada wajah Herith.

     "Shh, aku cari Fred dari tadi lagi tak jumpa-jumpa. Mana dia pergi? Ada nampak tak?" Soal Herith tanpa ada rasa ingin membantah kata-kata Enrique.

     Hezrick menjuihkan bibirnya ke satu arah, kelihatan Freddy sedang menuju ke arah mereka bersama dua gelas air di tangan. Herith mengukir senyuman lebar melihat susuk tubuh lelaki yang dicari akhirnya berada di hadapan mata.

     "Lama tak jumpa bro!" Sapa Herith ramah, tangannya dihulur ke hadapan untuk bersalam.

     Freddy meletakkan gelas air itu ke atas meja sebelum huluran tangan Herith disambut bersama mimik muka ketat. Dia membisikkan sesuatu pada cuping telinga Hezrick. Hezrick mengetap gigi. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience