Bab 23

Action Series 24670

     Herith menongkat dagu menggunakan kedua-dua belah tangan, mata sudah menjadi semakin kuyu mendengar perbualan Hezrick bersama rakan-rakan yang sungguh membosankan. Mengapalah dia ikut mereka ke sini tadi.

     "Lambatnya... Tadi cakap ada misi tapi sekarang bersembang tak ingat dunia pulak. Babilah ada abang macam ni. Kita yang kena selesaikan misi ke misi yang kena selesaikan kita ni?" Bebel Herith sendiri sebelum dia menghela nafas kasar.

     "Kau merepek apa? Jom ikut aku," Enrique bangun dari kerusinya, lengan Herith ditarik supaya lelaki itu juga berdiri.

     "Nak pergi mana ni?" Soal Herith ingin tahu.

     "Jalan-jalan masuk neraka."

     Jawapan Enrique membuatkan Herith mengukir senyuman lebar, perkara yang sangat sesuai dilakukan ketika menghadapi situasi yang membosankan seperti ini.

     Hezrick hanya merenung belakang tubuh lelaki-lelaki yang melangkah keluar dari ruang itu. Berharap agar mereka berdua tidak menimbulkan masalah di dalam rumah besar ini. Matanya kembali dihalakan pada skrin tv, malam ini mereka berbincang tentang masalah syarikat yang berlaku dalam syarikatnya di India.

     "Siapa perempuan tu?" Dahi Herith berkerut melihat seorang gadis berpakaian serba hitam di tepi tangga tingkat atas.

     Gadis itu sedang mengeluarkan sesuatu dari beg galas yang panjang. Senjata mungkin? Enrique mengecilkan matanya melihat setiap pergerakan gadis itu.

     "Shh, aku rasa ada yang tak kena." Bisik Enrique, matanya merenung tepat ke arah gadis berambut perang yang berdiri tidak jauh daripada mereka berdua.

     "Bila dengan kau, yang kena pun jadi tak kena." Kata Herith bersahaja.

     "Diam sial." Sepasang matanya menikam tajam riak biasa Herith.

     Herith membulatkan matanya melihat wajah tegang Enrique, nampaknya lelaki itu benar-benar serious kali ini. Enrique membuat isyarat tangan menyuruh Herith mengekorinya dari belakang.

     Mereka berdua meluru ke arah gadis itu tanpa sebarang rasa gentar di dalam diri. Sudah terbukti, ada yang tidak kena dengan gadis ini kerana di tangannya mempunyai selaras sniper. Tetapi siapa pula yang hendak dia sasarkan?

     "Hey sexy girl..." Sapa Enrique bersama senyuman kacak.

     Gadis itu membalas senyuman Enrique membuatkan mulut Herith terlopong luas, ramah betul mereka berdua ini, kenalkah?

     "What are you doing here?" Soal Enrique lagi.

     "Oh I nak bunuh lelaki tu..." Jawab gadis itu, jari telunjuknya ditunding ke arah sekumpulan lelaki sedang duduk di satu meja.

     "Which one?" Herith melihat empat orang lelaki yang ditunjuk.

     "Baju warna hitamlah," jawab gadis itu. Nampak begitu lurus bendul dan dicampur secubit kebodohan.

     "Simpan sikit bodoh tu, semua pakai baju warna hitam," kata Herith bersahaja.

     "Yang paling handsome..." Gadis itu mula tersenyum malu.

     "Seorang muka macam perogol. Seorang lagi muka macam katak lepas tu yang badan besar tu muka macam kambing dan yang terakhir tu muka macam biawak komodo, mana pulak yang handsome? Aku ke?" Soal Enrique ingin tahu, matanya merenung tepat ke dalam sepasang anak mata bewarna biru laut milik gadis itu.

     Identiti yang digunakan nampak biasa saja, tiada yang merbahaya. Tetapi bagaimana pula gadis ini boleh berada di sini? Sniper yang dipegangnya itu dapat dari mana? Bukan mudah untuk masuk ke dalam rumah banglo ini kerana kawalannya agak ketat.

     "Ish perasan you ni, I cuma nak tembak hati dia supaya dia kenang I sampai mati..." Kata gadis itu bernada biasa.

     "Ya aku tahu. Sekarang ni siapa yang kau nak bunuh tu?" Soal Herith pula, gadis ini tidak faham soalankah?

     "Yang berambut perang! Dia lelaki tak guna! Dia jahat! I benci dia!" Jerit gadis itu, wajah sudah mula berona kemerah-merahan menahan marah.

     "Fred? Tapi tadi you cakap dia paling handsome?" Enrique mengerutkan dahinya, apa masalah perempuan ni sebenarnya?

     "Dia jantung I and I sayang dia. Dia adalah lelaki yang paling kacak dalam hidup I, tapi dia dah lama tinggalkan I... isk..." Gadis itu mula menangis, air mata yang mengalir di pipinya dikesat kasar.

     Tanpa banyak kata, tangannya meletakkan muncung sniper miliknya ke atas besi penghadang tangga. Sasaran dikenalpasti. Belum sempat dia menembak, getaran pada kocek seluarnya membantutkan semua pergerakan.

     Air mata yang masih setia mengalir di pipi dikesat dengan lebih kasar dan juga geram kerana bengang telefon bimbit yang berbunyi telah menganggu kerjanya. Kocek seluar diraba sebelum telefon bimbit dikeluarkan, nama kesayangannya tertera di skrin.

     Pantas dia memasukkan sniper ke dalam beg galas miliknya sebelum dia belari ke arah tingkap. Herith dan Enrique hanya menjadi pemerhati melihat gadis itu kelam-kabut berlari seperti dikejar singa.

     "Fred tu lelaki jahat, elok kita jangan berkawan dengan dia." Ujar Herith, matanya masih merenung jendela yang sudah terbuka luas.

     "Fred baik, perempuan tu yang jahat." Enrique melangkah menuruni anak tangga.

     Herith menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal memikirkan siapa yang jahat sebenarnya ni?

     Hezrick memasukkan beberapa helai baju ke dalam beg kecil miliknya. Pagi ini dia perlu bertolak ke India bagi memulihkan masalah pekerja-pekerja syarikat mereka di sana yang dikatakan mempunyai masalah kewangan. Kakinya melangkah keluar dari bilik kemudian terus menuju ke bawah bagi mencari kelibat Freddy.

     "Tolong jagakan Kayla dan bagi dia kad kredit ni." Hezrick menghulurkan sekeping kad bewarna hitam bercampur kuning keemasan kepada Freddy. Hulurannya pantas disambut Freddy.

     "Wow! Aku nak jugak! Bagilah satu..." Herith membuat mimik wajah teruja melihat kad itu. Hezrick menjeling tajam wajah adiknya.

     "Ingatkan dia tentang makan, solat dan rehat lepas tu cakap aku mintak maaf," pesan Hezrick lagi.

     "Kau nak pergi India ke nak pergi mati ni?" Soal Enrique bersahaja sebelum tangannya menyuap sesudu telur goreng hancur ke dalam mulut.

     "Nak pergi matilah sebab hidup pun membe asyik cakap belakang aje," perlian Hezrick membuatkan Freddy tersedak air sehingga tersembur.

     "Geli sial!" Jerit Enrique kuat kerana dia duduk di kerusi bertentangan dengan lelaki itu.

     "Kau pahal bro? Terasa ke?" Soal Hezrick sambil menepuk-nepuk belakang lelaki yang masih terbatuk itu.

     "Mulut dialah puaka buat cerita pasal kau kat Kayla tu..." Herith memulakan penceritaannya tentang perkara yang berlaku sehari yang lepas.

     "Huh?" Hezrick mengerutkan dahi mendengar kata-kata adiknya.

     "Oh hari tu... argh!" Rambutnya ditarik kuat oleh Freddy.

     "Lepas! Lepas! Lepaslah setan!" Herith mencengkam lengan Freddy, kulit kepalanya sudah terasa seperti hendak tertanggal.

     "Diam!" Freddy melepaskan kepala lelaki itu. Mata Herith menikam tajam wajah bersahaja Freddy.

     "Kau tunggu balasan dari aku nanti! Kalau perempuan tu tak dapat bunuh kau, aku sendiri yang akan bunuh kau untuk dia." Kata Herith bernada tidak puas hati sebelum dia mencapai kunci kereta milik Enrique kemudian beredar dari ruang itu.

     Freddy dan Hezrick mengerutkan dahi mereka mendengar perkataan perempuan, perempuan mana pula ni?

     "Wow dia nampak bengang dan bangang. Tapi kenapa kereta aku?" Soal Enrique, mulutnya masih mengunyah makanan.

     Kedengaran bunyi penggera kereta miliknya menjerit membuatkan Enrique melepaskan keluhan besar. Tiba-tiba wajah Herith muncul di sebalik dinding dapur itu.

     "Kenapa dengan kereta kau tu? Dia tak suka aku ke?" Soal Herith ingin tahu.

     "Siapa je suka dekat pencuri?" Soal Freddy sinis tanpa menoleh ke arah Herith. Enrique mula bangun dari kerusinya kemudian meluru ke arah singki untuk mencuci tangan.

     "Kau setan! Duduk diam-diam dan tunggu balasan dari aku!" Herith mengangkat jari telunjuknya menunjuk wajah Freddy dari jauh.

     Marah sangat orang sentuh rambutnya, kakinya melangkah membontoti Enrique dari belakang tanpa menunggu balasan dari Freddy.

     "Sikit pun aku tak takut," ujar Freddy sendiri. Hezrick melepaskan tawa kecilnya.

     "Aku kena gerak, ingat pesanan aku."

     "Aku akan buat Kayla jadi girlfriend aku dalam masa dua hari ni," Freddy tersenyum nakal.

     "Kalau berani buatlah, aku bunuh dua-dua sekali." Kata Hezrick sebelum dia bangun dan melangkah pergi bersama beg baju kecil miliknya.

     Freddy melepaskan tawa besar mendengar ugutan itu, tetapi tawanya terhenti melihat keadaan meja makan yang bersepah. Pinggan-pinggan yang telah digunakan ditinggalkan begitu sahaja. Air coklat juga tertumpah di merata tempat.

     "Baguslah, aku yang masak dan aku jugak yang kemas semua benda..." Omel Freddy sendiri, nafas kecil dihela.

     Senyuman manis ditayangkan pada Amira dan Mikayla yang sedang duduk di salah sebuah kerusi di kafe. Kelibat Herith dan Enrique dicari tetapi masih tidak dijumpai. Ke mana mereka berdua pergi? Kereta Enrique elok sahaja terpakir di tempat letak kereta.

     "Morning guys..." Sapa Freddy seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Mikayla.

     "You seorang yang datang kelas hari ni? Yang lain dah berhenti ke?" Soal Amira ingin tahu.

     "Ada nampak Enrique dengan Herith tak?" Soal Freddy. Soalan dibalas dengan soalan.

     "Oh kat tandas..." Jawab Amira pendek.

     "Hezrick?" Soal Mikayla pula.

     "I fikir you tak akan tanya tentang dia, Ricky ada hal. So hari ni dan esok you akan jadi girlfriend I," jawab Freddy bersama senyuman kacak.

     "You sebut Ricky?" Soal Amira ingin tahu, dia seperti terdengar nama itu keluar dari mulut Freddy sebentar tadi.

     "You pekak ke? I sebut Hezricklah." Freddy cuba membela dirinya yang tersilap sebut sebentar tadi.

     "Kurang jelaslah! Suka-suka hati aje cakap I pekak hmmph!" Amira memalingkan wajahnya ke tepi tanda menyampah.

     "I tanya pun salah, inilah perempuan." Freddy menjulingkan bebola matanya ke atas.

     "Memanglah, I perempuan! You aje jantan! Jom Kayla." Amira bangun seraya menarik lengan Mikayla.

     "Eh, jangan cuba nak culik girlfriend I." Marah Freddy pula. Amira menarik lengan Mikayla dengan lebih kuat, mereka beredar meninggalkan Freddy di situ.

     "Bro!" Panggil satu suara garau dari arah belakang. Freddy mengerutkan dahi melihat si gerangan yang telah menegurnya.

     "Aku Ad, kau? Student baru ke?" Soal lelaki itu tanpa segan punggung dilabuhkan di kerusi sebelah Freddy.

     "Fred. Tak ada lah baru sangat..." Jawab Freddy tenang. Inikah lelaki yang diceritakan Hezrick kepadanya?

     "Bosanlah dekat sini tak ada kawan," kata Ad. Nampak ramah dan baik sahaja tetapi niat di dalam hati bagaimana pula?

     "Perempuan tadi cun lah," sambung Ad lagi.

     "Which one?" Soal Freddy menginginkan kepastian.

     "Yang duduk dengan kau tadi, baju purple cerah tu..." Jawab Ad bersahaja.

     "Kayla?"

     "Nama dia Kayla? Wow mungkin lepas ni aku akan dapat number dia pulak." Ad tergelak kecil melihat wajah berkerut Freddy.

     "Dia girlfriend aku."

     Mata Ad membulat merenung tepat wajah kacak Freddy, Mikayla dah ada teman lelaki? Seriouslah? Mengapa dia langsung tidak tahu menahu tentang hal ini? Atau hubungan mereka berdua tidak dihebohkan?

     "Kau terkejut kenapa? Jangan nak ada hati pada dia ya, aku tumbuk muka jambu kau ni karang," ujar Freddy lagi berbaur ugutan.

     "Dah lama ke?"

     "Sejak hari ni," Freddy tergelak kecil. Ad menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

     "Huh? Macam mana kau boleh dapat dia hari ni?" Soal Ad lagi, kepalanya sudah mula pening memikirkan tentang gadis itu.

     "Penting ke untuk aku cerita dekat kau? Kau nak apa dari dia?"

     "Aku lelaki sejati, tak hairanlah kalau aku suka pandang perempuan-perempuan comel macam tu." Terang Ad menggunakan nada tenang.

     Riak wajah dikawal, dia tidak tahu hendak memberikan reaksi seperti apa kerana dia mempunyai muslihat lain.

     "Fred? Kawan you main pili air dekat belakang dewan kuliah..." Celah Amira yang entah datang dari mana.

     Freddy menepuk dahinya sendiri sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Bala semasa ketiadaan Hezrick akan menjadi jauh lebih teruk berbanding adanya lelaki itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga memberhentikan budak-budak itu dari terus menyusahkan warga kolej ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience