Bab 64

Action Series 24670

     Tiba di di hospital, Mikayla terus dibawa ke bilik vvip. Gadis itu tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri di kafe tadi.

     Mereka semua menunggu di luar bilik bersama Hezrick. Lelaki itu kelihatan tenang duduk di atas kerusi bermain telefon bimbitnya.

     "Ricky! Kau tengok dia ni! Dia nak campak aku dalam bilik pesakit mental!" jerit Herith sambil menolak-nolak tangan Enrique yang memegang lengannya.

     "Kau memang gila pun," jawab Hezrick bersahaja tanpa mengangkat wajah.

     "Apa pulaknya! Tak naklah!" Herith meronta-ronta sebelum dia duduk di atas lantai bagi mempertahankan diri dari terus ditarik Enrique.

     Semua yang berada di lorong itu menoleh ke arah kekecohan yang dilakukan Herith. Ada yang menayangkan riak biasa dan ada juga yang tertawa. Mungkin mereka fikir Herith adalah pesakit mental sebenar.

     "Okey." Enrique melepaskan lengan Herith sebelum lengan itu diterajang membuatkan Herith terandas ke belakang dan terbaring di atas lantai hospital.

     "Sakitnya... Kau ni memanglah! Suka buat aku sakit!" tengking Herith. Lengannya yang sakit digosok kasar.

     Enrique meletakkan jari telunjuk pada bibir menyuruh lelaki itu diam. Herith mencebik, dia bangun dan terus mengambil tempat di sebelah Zack yang sedang berbual dengan Ad.

     "Kenapa datang sini? Kandungan Ferliy baru je nak masuk enam bulan. Lambat lagi nak bersalin tu," ujar Enrique sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Hezrick.

     "Kayla tiba-tiba pengsan kat kafe tadi." Laju saja Amira menjawab.

     "Perempuan tu dah nak mati?! Habislah aku dengan Herith tak ada mangsa buli lepas ni!" Enrique membulatkan mata memandang Herith yang duduk bertentangan dengannya.

     "Bini aku bukan untuk dibuli," kata Hezrick tenang.

     "Iya betul. Dia hanyalah perempuan lemah. Aku dengan Enrique cuma tak nak dia rasa bosan hidup dengan kau. Diakan kakak ipar kesayangan aku. Takkanlah aku sanggup nak buli dia," kata Herith panjang lebar. Kedua-dua belah tangannya menutup mulut menahan tawa.

     "Yeah kakak ipar kesayangan! Pfff..." Enrique menyokong pembohongan Herith.

     Hezrick menghela nafas. Malas betul hendak melayan makhluk pengganggu hidupnya itu. Belakang tubuh disandar. Lama betul Mikayla diperiksa doktor.

     "Nampak tak awek tu? Dia pandang akulah. Ini bermakna, aku lagi kacak dari kau!" Enrique menunding jari ke arah seorang gadis yang sedang duduk tidak jauh dari mereka.

     "Tapi awek tu macam tak betul je." Herith mengerutkan dahi melihat gadis itu.

     Gadis berwajah pucat itu merenung kosong ke arah mereka, seram pula. Manusia atau hantu? Dahinya bertambah berkerut melihat senyuman sinis gadis itu.

     "Sah bukan manusia..." ujar Herith perlahan. Enrique merenung hairan ke arah gadis itu.

     "Hantu pun ada nama sedap ke?" soal Enrique. Matanya masih merenung wajah gadis itu, mungkin gadis itu sedang sakit.

     "Apa nama dia? Aku tak pakai lenslah. Rabun aku ni makin menjadi-jadi." Herith mengecilkan mata. 

     "Aku suruh buat laser hari tu tak nak. Nama dia Asniya," jawab Enrique.

     Gadis yang bernama Asniya itu mula berdiri dan terus melangkah menghampiri mereka. Baju bewarna merah jambu yang dipakai jelas menunjukkan dia adalah salah seorang pesakit di sini. Gadis itu mengambil tempat di sebelah Enrique tanpa ada rasa malu dan takut.

     Riak yang ditayangkan gadis itu kelihatan biasa seperti seorang gadis yang tidak mempunyai sebarang perasaan.

     "Macam orang gila je. Cuba tanya dia sihat ke tak," bisik Herith.

     "Err nak tanya ni, kau sakit ap..." Belum sempat Enrique menghabiskan soalannya, gadis itu bangun lalu beredar dari situ.

     "What the fuck? Memang tak silap lagi, perempuan tu gila macam kau!"

     "Diam. Ni hospital bukan kelab malam," tegur Hezrick yang duduk di sebelahnya.

     "Betullah! Kelab malam tu jijik nak mampus penuh dengan manusia yang bodoh nak rosakkan diri sendiri!" jerit Enrique lagi.

     "Shh... Jangan cakap banyak risau nanti bini kau betul-betul datang dari kelab malam." Hezrick masih lagi bernada tenang. Wajah Enrique dikerling sekilas.

     "Tak nak kahwinlah macam ni!" Jeritan Enrique membuatkan Herith melepaskan tawa besar. Yang lain hanya menggeleng kecil. Macam budak-budak.

     "Ricky?" Firaz memanggil Hezrick.

     Hezrick terus bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan isterinya. Mikayla menoleh ke arah Hezrick.

     "Tahniah bro, wife kau mengandung tiga bulan," ujar Firaz. Tangan dimasukkan ke dalam kocek kot hospital yang tersarung pada tubuhnya.

     "Aku tahu," kata Hezrick bernada biasa.

     Mikayla sedikit sedih melihat reaksi itu. Hezrick kelihatan langsung tidak teruja dengan berita baik ini.

     "Kau tahu tapi kau tak checkup?"

     "Aku fikir nak pergi esok sebab dia cuti."

     "Penipu," kata Mikayla perlahan namun masih dapat didengari Hezrick dan Firaz.

     "Siapa penipu?" Hezrick menoleh ke arah Mikayla yang mula berdiri di sisi katil.

     "Abang tak happy bila dapat tahu saya mengandung. Abang penipu..." Mata Mikayla mula berkaca-kaca. Dia rasa sedih melihat reaksi lelaki itu tadi.

     "Abang happy. Happy bila dapat tahu sayang mengandung. Kenapa pulak ni?" Hezrick menghampiri Mikayla. Ada lah ni hal yang tidak kena.

     "Abang tak menangis pun bila dapat berita ni..." Mikayla menggeleng kecil. Sepasang matanya berkaca-kaca memandang Hezrick.

     "Sayang nak abang menangis ke?"

     Mikayla mengangguk laju.

     "Maaf tapi abang memang susah nak menangis. Serius abang gembira sangat sekarang. Lepas ni dah boleh mula baca buku ibu mengandung yang abang beri tu."

     "Buku tu dah tak ada pada saya. Herith pinjam."

     Dahi Hezrick berkerut. Mengapa Herith meminjam buku untuk ibu-ibu mengandung itu? 

     "Adik kau tu betul-betul bermasalah. Apalah yang dia buat dengan buku tu. Aku rasa dia dah tersalah didikanlah." Firaz menepuk-nepuk belakang bahu Hezrick. Entahlah si bodoh tu normal ke tidak.  

  *****

     Bahu Freddy disentuh. Lelaki itu sedang duduk di ruang tamu menghadap laptop. Freddy menoleh ke arah Hezrick yang mengambil tempat di sebelahnya.

     Beberapa hari ini, dia jarang berbual dengan Hezrick kerana hanya dia yang sibuk menyelesaikan tugasan pejabat yang tertangguh.

     "Tahniah bro," ucap Freddy bersama senyuman kecil.

     Dia sudah sedia maklum dengan berita gembira yang diriuh-riuhkan Enrique dan Herith sejak beberapa hari lalu.

     "Kau lambat. Orang lain awal lagi dah ucap tahniah."

     "Tak tengok WhatsApp ke? Penat jari aku taip panjang-panjang," kata Freddy tanpa memandang lelaki itu.

     Tanpa banyak kata, Hezrick terus menekan-nekan skrin telefon bimbitnya. Panjang? Jarang-jarang berlaku.

Fred:
Congrats.

     "Panjang kepala otak kau!"

     "Nasib baik aku ucap. Kalau buat tak tahu je rasa macam kejam sangat pulak." Freddy tersenyum kecil.

     Tet! Tet! Tet! Tet! Tet!

    Belum sempat Hezrick menjawab, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi penggera kecil yang berada di satu sudut dinding ruang tamu itu.

     Freddy terus mencari rakaman kamera litar tertutup di seluruh kawasan rumah.

     "Ada apa-apa terjadi ke?" soal Herith yang berdiri di tangga.

     Enrique yang datang dari dapur meluru ke arah Hezrick yang sedang mematikan penggera itu. Rakaman kamera litar tertutup memaparkan dua orang lelaki sedang berjalan mengelilingi pagar. Dapat dilihat jelas mereka berdua seperti sedang mencari sesuatu.

     "Mereka dah sampai," kata Freddy.

     Semua lampu di dalam dan di luar kawasan rumah dipadamkan Hezrick secara serentak.

     Dia meluru ke tangga. Pintu bilik ditolak, isterinya yang sedang lena dibuai mimpi dicempung dan dibawa keluar dari bilik itu.

     Kakinya terus diaturkan meluru ke bilik kebal bawah tanah. Gadis itu perlu disembunyikan sementara mereka menyerang musuh.

     "Turunkanlah besi tu," arah Hezrick kepada adiknya.

     "Nak tutup ke? Bukannya kita kena keluar? Musuh guna senjata biasa je." Herith menunjuk skrin laptop Freddy. Pertambahan lagi beberapa orang sedang memegang pistol berdiri di tepi pagar rumah.

     "Tutup. Jangan keluar. Tak ramai pun tu, kita serang dari atas." Hezrick mula mengambil beberapa laras sniper lalu dicampaknya senjata itu ke arah Enrique dan Herith.

     "Asal kau sorok Kayla? Asal tak kejut je dia ajak main 'game' ni dengan kita? Asal tho? Asal?" soal Herith.

     "Kau jangan nak ajar benda mengarut lagi. Aku tak nak dia tertekan," kata Hezrick sebelum dia mengatur langkah ke tangga.

     "Tak perlu bertindak pun. Aku nak tunjuk satu game baru yang aku cipta bulan lepas. Tengok handphone masing-masing," ujar Enrique sambil melihat skrin telefon bimbitnga.

     Mereka semua akur. Herith menayangkan riak teruja dapat bermain permainan video yang pertama kali dicipta Enrique.

     "Tekan link yang aku hantar. Setiap bucu bumbung ada satu senjata jenis rifle. Pilih kawasan masing-masing dulu, aku nak kawasan belah kiri rumah, eh syaitan mana yang dah pilih ni?" Enrique merenung tajam wajah Herith yang tersenyum-senyum memandang skrin telefon.

     "Lepas tu apa?" soal Herith tanpa memandang Enrique. Dia masih tidak perasan akan renungan tajam Enrique.

     "Cancel tempat tu sekarang, cepat," arah Enrique tegas.

     "Aku dah cancel tadi lagi. Kau yang tak tengok handphone," kata Herith tenang.

     "Tekan start lepas tu tembaklah." Enrique terus melepaskan tembakan mengenai musuh yang sedang memanjat pagar.

     "Macam main PUBG lah!" jerit Herith yang mula menembak musuh.

    Skrin telefon mereka jelas menunjukkan pergerakan haba yang datang dari tubuh manusia melintasi pagar.

     "Macam manalah kau boleh terfikir nak buat game macam ni." Freddy menggeleng kecil dengan mata yang masih ditumpukan pada sasaran.

     "Berguna rupanya akal kau tu," celah Hezrick.

     "Jimat masa, jimat tenaga dan jimat ruang! Mati kau! Mati! mati!" Enrique mengawal senjata itu dengan penuh keseronokan.

     Berdas-das tembakan yang dilepaskan ke arah musuh tanpa sempat musuh-musuh itu membalas. Bunyinya tidak terlalu kuat kerana senjata-senjata itu telah dilekatkan silent mode.

     Serangan mereka berakhir begitu sahaja. Mudah tanpa mengeluarkan peluh! Tidak silaplah Enrique menggunakan kepakaran yang datang dari akal fikirannya untuk mencipta permainan seperti ini.

     "Suruh budak-budak kita kemas dan hantar badan-badan tu pada bos dia orang," arah Hezrick pada Freddy.

     "Berkemas sekarang, kita kena pergi malam ni," sambung Hezrick lagi. Ya, mereka semua perlu beredar dari sini.

     Dia perlu mencari tahu mengapa ketua musuhnya selalu menghantar beberapa ekor anak ayam untuk membuat kacau di sini. Adakah ini satu amaran?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience