Bab 14

Action Series 24670

     Setelah beberapa jam berada di dalam kereta, tinggal 30 minit sahaja lagi untuk mereka tiba di destinasi yang hendak dituju. Persoalan yang bermain di minda Mikayla sejak mereka bertolak sebentar tadi membuatkan gadis itu tidak senang duduk.

     Dia sudah tidak tahu hendak berfikir apa lagi kerana dia tiada jawapan bagi pesanan yang diberi Encik Anuar. Milik orang?

     "Kayla, kita berhenti makan dulu nak?" Soal Amira memecah kesunyian kereta.

     "Boleh jugak, saya pun dah lapar sangat ni."

     "Cuba cek kat mana kedai makan yang paling dekat." Amira mengerling Mikayla.

     Tanpa banyak kata, Mikayla menekan-nekan skrin telefon bimbitnya bagi mencari restoran berhampiran.

     Secara tiba-tiba kereta mereka dirempuh di sebelah penumpang tempat duduk Mikayla menyebabkan Amira menekan break dengan kuat oleh kerana keretanya mula hilang kawalan.

     "Ap... apa tu?" Soal Mikayla yang masih terkejut melihat seorang lelaki bertopeng memanjat hadapan kereta Amira.

     Lelaki itu menghalakan sebatang besi berbentuk kayu besbol ke arah cermin hadapan kereta Amira. Mata Mikayla dan Amira membulat besar, apa yang lelaki itu cuba lakukan?

     Kak! Kak! Kak!

     Dua orang gadis itu mula menjerit ketakutan lalu memeluk sesama sendiri. Mereka langsung tidak tahu serta tidak kenal akan si gerangan yang sedang menganggu mereka ketika ini.

     "Hey si bodoh, tak ada kerja lain ke?" Tegur Enrique yang hanya menayangkan riak biasa.

     Dia elok bersandar pada kereta mewah miliknya memerhatikan lelaki yang sedang memecahkan cermin hadapan kereta milik Amira. Lelaki bertopeng itu menoleh ke arah Enrique.

     "Kau kena bayar semua kos kerosakan kereta tu. Fikir murah? Atau kau jealous sebab tak mampu nak pakai kereta mewah macam tu?" Enrique tersenyum sinis. Kaca mata hitam ditanggalkan.

     "Aku tak perlu bayar apa-apa, aku cuma nak tengok dua ekor betina ni mati!" Jerit lelaki bertopeng itu.

     "Okay, bunuh jelah, good luck bro. Cau..." Kata Enrique sebelum dia memalingkan tubuhnya ke belakang membuatkan Freddy tercengang. Apa sial?

     "Pergi halanglah gila!" Jerit Freddy sebaik sahaja tingkap kereta diturunkan.

     "Biarlah dia nak bunuh, nanti dia yang masuk penjara dan neraka. Kenapa kita kena sibuk?"

     "Simpan jawapan kau tu dulu Enrique bodoh!" Jerit Freddy lagi.

     Enrique menghela nafas pendek. Kaki kirinya memijak hadapan kereta Amira manakala kaki kanannya dilayangkan mengenai perut lelaki itu.

     Lelaki bertopeng jatuh tersembam di atas jalan tar tanpa sempat dia menahan kelajuan kaki Enrique.

     "Aku cakap elok-elok tadi tak nak dengar, kau fikir barang kereta sekarang murah ke? Kalau air liur kau ada harga tak apa tapi masalah sekarang ni air liur busuk kau tu tak ada nilai! Puih!" Enrique meludah wajah lelaki bertopeng itu.

     "Eh siallah! Mati! Mati! Mati!" Enrique melayangkan sepakan bertubi-tubi mengenai perut musuh.

     Darah yang mengalir dari hidung dan mulut lelaki bertopeng diendahkan Enrique. Dia sememangnya hati kering!

     "Cepat setan! Polis datang!" Jerit Freddy lagi. Enjin kereta dihidupkan sebelum kakinya menekan pedal minyak beredar dari situ.

     "Eh babi hutan ni. Tahu nak mengarah je..." Omel Enrique geram.

     Dengan pantas Enrique mencapai besi besbol tadi sebelum dia meluru ke arah cermin hadapan kereta Amira.

     "Tutup mata dan muka sayang-sayang I." Arah Enrique sebelum besi itu dilayang tepat mengenai cermin hadapan kereta Amira yang sudah retak.

     Sebelum kesan retakan itu menganggu penglihatannya untuk memandu sebentar lagi, lebih baik dia ketuk sampai hancur.

     Mikayla dan Amira menjerit ketakutan, serpihan kecil mengenai kulit tangan mereka.

     "Keluar duduk belakang. Biar aku pandu," arah Enrique pada Amira. Dengan gerakan pantas Amira mengubah tempat duduknya.

     Enrique melompat masuk ke dalam kereta melalui cermin hadapan kereta yang telah menjadi lubang besar sebelum dia mengundur sedikit kereta itu, senyuman jahat terukir di bibir setelah mendengar bunyi siren polis semakin hampir dengan kawasan itu

     "Ready to die bitch!" Kakinya menekan kuat pedal minyak.

     Kereta itu mula bergerak dengan laju melanggar sekujur tubuh yang sudah terbaring lemah di atas jalan tar. Mikayla menjerit ketakutan manakala Amira membuntangkan mata setelah merasakan keretanya seperti melanggar bonggol.

     "You langgar dia?!" Soal Amira terjerit-jerit.

     "Ya, dia tak layak hidup atas muka bumi ni." Jawab Enrique tenang sambil memandu seperti orang gila tiada lesen.

     "You langgar dia guna kereta I! You memang tak guna! Mak ayah you tak ajar ke huh?!" Marah Amira bernada kasar.

     Untuk menegur perbuatan Enrique, dia tidak boleh menggunakan cara lembut oleh kerana lelaki itu sangat biadap dan tidak memikirkan tentang perasaan orang lain.

     "Diamlah perempuan. Aku campak kau kat polis tu karang baru reti bahasa." Jawab Enrique tanpa nada.

     "Kalau berani campaklah! I petik nama buruk you sekali!" Jerit Amira dengan penuh berani.

     "Nama aku yang paling sedap dalam dunia ni, Enrique Scilert." Kata Enrique bersahaja, masih tidak mahu mengalah dengan gadis itu.

     "Enrique Scilert yang bakal masuk neraka! Hmph!" Amira melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tak guna punya lelaki.

     "Apa kau cakap?!" Pantang betul keturunannya dipandang rendah oleh orang lain lagi-lagi perempuan gila ini.

     Enrique membelok kereta ke bahu jalan. Perempuan ni memang nak kena. Enrique memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat wajah Amira yang sudah berubah pucat. Senyuman sinis ditayangkan.

     "Kau nak aku bunuh boyfriend kau ke?"

     Mata Amira membuntang besar mendengar ugutan Enrique. Bagaimana lelaki gila ini boleh tahu tentang teman lelakinya yang tinggal di sini? Pantas dia menggeleng beberapa kali.

     "Tahu takut, sayang jugak kau kat si lembab tu." Kata Enrique sinis, kereta kembali begerak. Lagipun dia tidak terlalu bodoh untuk membunuh kawan baiknya sendiri.

     Pin! Pin!

     Enrique menghela nafas, bunyi hon kereta polis itu benar-benar menganggu tumpuannya memandu. Penat betul pandu kereta yang tidak kena dengan cita rasanya ini. Sambil memandu dengan kelajuan maksima, dia terlihat satu butang yang tersorok di bawah meter stereng kereta itu.

     Pantas saja jarinya menekan butang itu, kereta Amira menjadi ringan. Kelajuan juga tiba-tiba sahaja meningkat dengan sendirinya.

     "Woo hoo! Boleh tahan kereta kau ni." Kata Enrique bersama senyuman lebar.

     "Saya takut!" Mikayla menutup wajahnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     "Relax dear, kejap aje ni..." Jawab Enrique tenang.

     Amira hanya mampu berdoa merasai pengalaman menaiki roller coaster di atas jalan raya. Lelaki itu memang sejenis yang tidak makan saman!

     "Bila boleh siap ni?" Soal Freddy pada rakan baiknya.

     Mereka semua berada di bengkel kereta untuk membaiki kereta mewah Amira yang tiba-tiba sahaja berhenti di tengah jalan serta mengeluarkan asap yang banyak. Puas Enrique memeriksa sambil memaki kereta itu namun dia langsung tidak dapat mencari punca.

     "Esok lusa siaplah. Tapi banyak jugak yang rosak ni, apa yang Enrique dah buat?"

     "Tak peliklah, otak diakan cacat sejak dulu lagi. Kenal tak pemilik kereta ni?" Soal Freddy sebelum dia tersenyum nipis.

     "Awek aku, mana dia?" Zack meliarkan pandangannya ke sekeliling tetapi tidak nampak pula kelibat buah hatinya itu.

     "Kat luar. Sejak bila pandai bercinta?" Freddy menjongketkan kedua-dua belah keningnya beberapa kali.

     "Sejak aku bersedia untuk jaga hati orang. Lagipun, takkan aku nak lepaskan nafsu aku kat kau pulak, kan?" Zack tersenyum nakal.

     "Fuck you. Jangan macam-macam, aku sula kau guna spanar tu karang..." Freddy memuncung bibir menunjuk spanar di tangan Zack.

     "Ala relaxlah. Aku buat ringan-ringan je dengan dia, aku janji hahaha..." Zack sengaja ingin memanaskan lagi hati Freddy.

     "Kau nak aku tolong cucikan otak kau ke?"

     Zack hanya menjelir lidahnya ke arah Freddy sebelum dia melepaskan tawa besar.

     Hezrick melangkah keluar daripada kereta secara tergesa-gesa. Setelah menerima panggilan Freddy yang mengatakan Mikayla hampir dibunuh, dia terus menuju ke sini meninggalkan semua kerja di pejabat.

     Nampak saja belakang tubuh Mikayla, tangannya terus merangkul tubuh gadis itu dari belakang. Mikayla tersentak, tiba-tiba sahaja badannya menjadi kaku berada di dalam pelukan lelaki ini.

     Nasib baik Amira tiada di sini, jika tidak pasti Hezrick akan dimarah teruk oleh gadis itu.

     "Kau okay? Macam mana boleh dapat luka ni? Apa yang jadi?" Hezrick membelek-belek luka-luka kecil pada lengan dan dahi gadis itu.

     "Mikhail ketuk cermin depan kereta, saya dan Amira terkena tempias kaca tu, nasib baik tak masuk mata." Jujur Mikayla.

     "Enrique!" Jerit Hezrick memanggil kawannya yang sedang elok berbaring di sofa bersama mata yang terpejam.

     "Hm..." Sahut Enrique dengan penuh kemalasan tanpa mencelik mata.

     "Kau memang nak mati," kata Hezrick bernada kasar.

     "Ya, bunuhlah tak kisah pun..."

     "Kau tunggulah nanti," kata Hezrick berbaur ugutan.

     "Ya buatlah..." Enrique masih dengan nada menganjingnya.

     Hezrick memutarkan bebola matanya ke arah wajah manis Mikayla. Tangannya mengusap kepala gadis itu beberapa kali bersama senyuman manis. Nasib baik tiada perkara teruk yang berlaku terhadap gadis ini.

     "Aku mintak maaf sebab tak dapat jemput kau. Aku fikir lepas siapkan semua kerja barulah nak datang jumpa kau, tapi lain pulak jadi. So, tinggal dengan aku jelah?" Soal Hezrick lembut.

     "Saya dah ada tempat tinggal dengan Amira. Saya tak nak susahkan awak. Lagipun kondo Amira dekat dengan kolej..."

     "Keselamatan kau penting Kayla, kau bukannya perempuan bia..." Kata-kata Hezrick terhenti di situ setelah merasakan belakang tubuhnya dipukul seseorang.

     "Apa masalah kau ni?!" Soal Hezrick tidak berpuas hati, matanya menikam tajam wajah tidak bersalah Herith.

     "Apahal kau tak kejut aku ajak balik tadi huh?!" Soal Herith bengang.

     Terjaga dari tidur, hairan melihat keadaan dalam ruang bilik meeting itu kosong. Beberapa minit barulah dia sedar yang dia telah ditinggalkan Hezrick.

     "Aku dah pesan banyak kali, teman aku meeting untuk aku tengok prestasi kau, tapi kau? Orang tengah berbincang kau bantai tidur je, boss mana yang tak geram?" Bebel Hezrick panjang. Payah betul mendidik anjing liar ini menjadi jinak.

     Herith terus meluru ke arah sofa yang menjadi tempat Enrique melelapkan mata sebelum dia duduk di ruang kecil yang masih ada pada sofa itu. Tangannya meraba-raba kocek seluar Enrique bagi mencari telefon bimbit. Jumpa saja, dia terus menekan-nekan skrin mencari permainan video.

     "Awak tadi, Mikhail langgar orang jahat. Saya tak tahulah orang tu mati ke tak sebab dia tinggal macam tu je tanpa call ambulans..." Mikayla masih tidak habis dengan aduannya tentang perangai tak sudah Enrique.

     "Nanti aku settle. Sekarang ni jom pergi makan, aku dengar bunyi cacing meraung dalam perut kau." Hezrick terus menarik lengan kecil Mikayla.

     "Tapi Amira..."

     "Amira ada Zack, pandai-pandailah dia." Belakang tapak tangan Mikayla dikucup sekilas sebelum mata mereka bertentangan.

     "Kalau saya mintak nak makan macam-macam boleh tak?" Soal Mikayla sengaja ingin menguji.

     "Kalau kau mintak nak makan katak goreng pun aku belikan Kayla, asalkan kau dapat maafkan aku." Kata Hezrick lembut.

     Dahi Mikayla berkerut, tak ada contoh makanan lain ke? Geli, gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience