Bab 38

Action Series 24641

     Pinggang ramping Mikayla dicuit. Mikayla yang terperanjat terus melayangkan senduk yang dipegang ke arah si gerangan yang telah mengganggunya.

     Tok!

     "Auch! Sakitlah... Apa masalah kau ni?" Berkerut-kerut dahi Hezrick menahan sakit di kepala.

     "Awaklah masalah saya!" Mikayla menjeling tajam wajah Hezrick sebelum tugasnya disambung.

     "Masalah aku sikit je,"

     Mikayla mengerutkan dahi sebelum kepalanya dipalingkan ke belakang bagi melihat wajah Hezrick.

     "Masalah apa?"

     "Kita perlu tangguhkan pernikahan sebab aku sibuk bulan ni," Hezrick membalas renungan gadis kesayangannya itu.

     Air muka Mikayla berubah muram. Dia mula berpusing membelakangi Hezrick. Kedua-dua belah tapak tangannya menekup wajah. Hezrick mengerutkan dahi melihat kelakuan aneh gadis itu.

     "Dah kenapa kau ni?" Hezrick menarik kedua-dua belah lengan Mikayla. Esakan kecil Mikayla mula keluar.

     "Hey-hey... Aku gurau jelah..." Hezrick mengusap-usap kepala gadis itu.

     "Cak! Saya pun bergurau..." Tiba-tiba Mikayla tersenyum lebar.

     "Tapi ayah nak tunangkan saya hujung minggu ni, awak boleh pulak main-main macam tu." Sambung Mikayla perlahan.

     "Padan muka. Tulah degil sangat tak nak dengar cakap aku, aku ajak bernikah awal tahun lagi tapi alasan kau nak belajar dululah lepas tu kerjalah. Tengok apa yang jadi sekarang..." bebel Hezrick.

     Mikayla yang berasa geram terus menampar dada lelaki itu beberapa kali. Hezrick menahan tangan gadis itu. Mata mereka bersambung tepat. Beberapa saat kemudian barulah Mikayla memalingkan wajahnya ke sisi kerana mula rasa tidak selesa.

     "Aku dah uruskan passport kau, petang ni ikut aku."

     Lengan Mikayla dilepaskan. Kakinya meluru ke arah meja makan. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi.

     "Kita nak ke mana?" Mikayla mengekori langkah Hezrick sebelum kakinya berhenti betul-betul di sebelah kerusi lelaki itu.

     Hezrick membuat isyarat tangan mengarahkan gadis itu mendekatinya. Mikayla hanya menurut. Suara garau Hezrick mula memasuki gegendang telinganya.

     Mikayla mengukir senyuman yang penuh makna. Dalam pada masa yang sama, jantungnya tetap berdetak. Kedudukan mereka begitu rapat ketika ini.

     "Buat apa tu wahai syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia?" soal lelaki yang baru melangkah masuk.

     "Semak betullah tengok muka tak mandi kau ni. Buruk sial!" Hezrick menjeling wajah lelaki itu.

     "Aku baru je lepas mandi," kata Herith sambil menggosok rambutnya yang masih lembab.

     Bibirnya menghadiahkan senyuman manis buat Mikayla namun gadis itu hanya menjelingnya tajam. Senyuman Herith mati.

     "Kau nak bergaduh dengan aku ke perempuan?" Herith merenung tajam wajah Mikayla.

     "Saya tak ada masalah dengan awak," kata Mikayla penuh keberanian.

     "Sekarang dah ada!" Rambut Mikayla terus ditarik kuat.

     "Auuw!" Mikayla mengerang kesakitan. Herith berlari keluar dari dapur setelah melihat renungan tidak puas hati Hezrick terhadapnya.

     "Didik sikit adik awak tu hormat perempuan!" Marah Mikayla dihamburkan kepada Hezrick yang hanya diam di hadapannya.

     "Relaks okey? Tak tercabut lagi kepala tu kan? Tak berubah jadi penanggal lagi kan?" soal Hezrick tenang.

     "Adik kesayangan awak tu memang dah melampau! Tak guna betul..."

     "Semua kenal Herith tu manusia tak berguna, kau baru tahu ke?" sampuk satu suara garau.

     "Awaklah tolong didik dia jadi baik, boleh?" Mikayla memandang Freddy.

     "Binatang pelik tu memang susah sikit nak handle, tak apa lah nanti aku tolong bedal bontot dia untuk kau..." Freddy tersenyum senget, bebola matanya diputarkan ke arah Hezrick.

     "Awak ni baiklah Fred... Tak macam dia tu! Pemalas! Adik sendiri pun tak reti nak jaga!" Mikayla menjeling Hezrick sebelum dia melangkah ke arah singki.

     "Kau kena dengan aku nanti Mikayla!" Laung Hezrick.

     "Saya tak takut dengan lelaki macam awak! Awak tak betul! Awak gila! Dan yang paling penting awak bodoh!" kata Mikayla sambil mencapai pinggan.

     Hezrick menghela nafas kecil. Walaupun dia berasa geram dengan mulut celupar Mikayla yang telah mengatanya begitu, dia tetap perlu bersabar. Ada hari, dia pasti akan membalasnnya.

     "Semua sekali ikut kan?" soal Freddy ingin tahu.

     Hezrick mengangguk beberapa kali. Anak-anak buahnya sudah tersedia maklum tentang hal ini. Freddy menyentuh perutnya yang mula berkeroncong.

     "Panggillah yang lain makan sekali," arah Mikayla lembut. Pinggan yang terakhir diletakkan ke atas meja.

     "Ada handphone tak? Call jelah." Freddy memberi cadangannya.

     Hezrick memusingkan tangan kanannya ke udara menunjukkan simbol 'tiada' tetapi sebenarnya ada sahaja handphone miliknya di dalam kocek seluar.

     Freddy menjulingkan mata ke atas. Terpaksalah dia pergi meronda ke setiap sudut untuk mencari si penghuni-penghuni rumah agam ini.

     Leher dipanjangnya bagi memastikan Freddy sudah benar-benar beredar dari situ. Senyuman nakal terukir di bibir. Kaki diatur meluru ke arah Mikayla sebelum pinggang gadis itu dirangkul dari belakang. Mikayla tersentak, tangannya berhenti bergerak.

     "Cakap aku apa tadi? Cuba ulang, aku kurang dengarlah,"

     Angin halus nafas Hezrick yang menerpa masuk ke rongga telinga Mikayla membuatkan gadis itu berasa seram sejuk. Hezrick mengetatkan rangkulannya.

     "Oh tadi saya... saya... sa... saya..." Gagapnya terhenti setelah merasakan pipinya dikucup lama.

     "Kenapa badan kau bergetar? Sejuk sangat ke suhu dapur ni?" soal Hezrick. Sengaja dia mahu mengenakan gadis itu.

     "Rick... Ricky... Janganlah..." Mikayla menolak lengan Hezrick yang melekat pada perutnya.

     "Kayla..." Seruan Hezrick yang kedengaran menggoda itu menghentikan tindakannya.

     "I love you..." bisik Hezrick lagi sebelum pinggang gadis itu dilepaskan.

     Mikayla terkaku dengan bisikan menggoda Hezrick. Tubuhnya masih tidak bergerak. Berderau darahnya mendengar ucapan cinta itu.

     Bisikan tadi benar-benar telah menjentik setangkal hatinya. Balasan kepada kata-kata Hezrick hanya mampu terluah di dalam hati. Dia benar-benar rasa bahagia ketika ini!

     Pesawat peribadi dilihat bersama senyuman lebar buat beberapa saat sebelum kakinya meniti anak tangga.

     "Lama tak naik benda alah ni. Masih berfungsi rupanya... Ingatkan dah berkarat teruk macam muka tuan dia..." kata Herith sebelum dia mengambil tempat di salah sebuah kerusi penumpang.

     "Anjing liar ni tak habis-habis nak menyalak!" kata satu suara garau bernada bengang.

     "Eh apahal kau? Nak marah-marah tak tentu pasal." Herith menoleh ke arah Enrique yang baru melangkah masuk.

     "Entah. Aku okey je dari tadi. Tengok ni, hadiah untuk Ricky."

     Enrique mengeluarkan satu kotak bersaiz kecil dari beg galasnya lalu ditunjukkan pada Herith. Herith mengerutkan dahi.

     "Apa benda ni?" soal Herith ingin tahu.

     Enrique hanya menayangkan senyuman nakal bersama kening yang dijongketkan beberapa kali.

     Belum sempat Herith membalas, bahunya terasa basah dah sejuk. Dia menoleh ke kiri. Matanya membulat besar melihat baju putih di bahagian bahunya telah bertukar menjadi warna coklat pekat.

     "Oh shit!" Jeritnya kuat sebelum dia berdiri.

     "Ferliy minta maaf... Fer... Ferliy tak sengaja..." Ferliy menundukkan wajahnya.

     Kakinya telah tersepak sesuatu yang keras di lantai private jet itu sehingga dia hilang keseimbangan dan terus berpaut pada penyandar kerusi Herith. Air dalam cawan yang dipegangnya tertumpah di atas bahu lelaki itu. Dadanya berdebar kencang. Dia terasa seperti hendak menangis.

     "Kau bersihkan semua ni! Berbau tahu tak?!" Herith menengking Ferliy tanpa ada rasa belas kasihan melihat wajah polos kemerah-merahan gadis itu.

     "Apahal bro?" soal Firaz yang baru melangkah masuk.

     "Kau tanyalah dia ni!" Herith menunding tepat jarinya pada wajah Ferliy.

     Firaz memandang bahu Herith yang dibasahi air milo sebelum bebola matanya diputarkan ke arah Ferliy yang masih berdiri kaku di situ.

     "Dear? Awak degil sangat, abang nak tolong pegang awak tak bagi. Tengok sekarang apa yang awak dah buat. Pergi duduk sana biar abang kemas..." Belakang tubuh gadis itu ditolak lembut. Tangannya menunjuk ke arah kerusi yang kosong.

     "Ferliy minta maaf..." ucap Ferliy perlahan sebelum dia melangkah pergi ke tempat kosong itu.

     Firaz hanya merenung belakang tubuh gadis itu sebelum matanya dan juga sepasang mata Herith bersambung tepat. Dahinya mula berkerut melihat Herith yang merenung kosong ke arahnya.

     "Pergilah ambik sehelai baju t-shirt aku dalam beg tu. Benda kecik je pun nak kecoh," ujar Firaz sebelum dia mencapai plastik tisu basah yang berada di rak atas kepalanya.

     "Benda boleh kecoh, buat apa nak senyap-senyap? Awek kau tu makin melampau, mengada-ngada terlebih manja macam dia seorang je pernah mengandung. Menyampah pulak aku..." Herith menanggalkan bajunya sambil membebel kecil.

     "Kau suka atau tak, bukan masalah aku. Lepas bernikah nanti aku pindahlah rumah. Kau jangan risau pasal tu." Firaz menjeling tajam wajah Herith sebelum dia melangkah pergi.

     "Mana ada aku cakap tak suka! Aku cuma menyampah!" jerit Herith kuat sebelum lengannya ditarik Enrique sehingga tubuhnya terjatuh di atas kerusi yang menjadi tempat duduknya sebentar tadi.

     "Diam bodoh! Meh sini tidur sama-sama..." kata Enrique sambil memejamkan mata.

     "Dah lupa kerja kau ke?" soal Hezrick kepada lelaki itu.

     Enrique merengus kasar. Dengan rasa yang malas, dia bangun dan terus meluru ke depan untuk mengendalikan pesawat peribadi itu. Nak rehat sekejap pun tak boleh. Tangan menekan butang bewarna coklat. Pintu pesawat tertutup kemas.

     Bibir didekatkan pada microfone kecil yang berada di hadapannya.

     "Test-test... Dah ready ke belum? Kita nak gerak dah ni. Pastikan otak masing-masing tak tertinggal. Aku malas nak patah balik nanti," kata Enrique bersahaja.

     "Ada-ada..." Herith menjawab sambil bermain-main dengan rambutnya yang agak berserabai.

     "Tapi aku tertinggal sikat rambutlah..." omel Herith.

     "Nak jadi kacak ke nak kena campak keluar, pilih." Enrique memberi lelaki itu pilihan jawapan.

     "Fuck." Herith terus bersandar pada kerusinya.

     Beberapa jam kemudian, pendaratan dilakukan secara berhemah. Tali pinggang dilepaskan sebelum dia membuka pintu pemisah di antara penumpang dan pengendali pesawat. Mata tertancap pada semua mata-mata yang memandang ke arahnya.

     "Habis tu? Tak nak keluar ke?" Enrique mengangkat sebelah keningnya.

     Semua masih diam merenung ke arahnya dengan renungan aneh.

     "Kenapa dengan kau orang semua ni? Kebas bontot ke duduk dalam pesawat? Baru dua jam kut..." Enrique melihat jam tangannya.

     Tangannya menekan butang bewarna coklat yang terlekat pada besi sebelah pintu. Terbuka sahaja pintu itu, dia terus melangkah keluar menuruni anak tangga.

     Regangan badan dilakukan bagi melonggarkan urat-urat sendi yang sudah mula menegang. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar halus wajahnya.

     "Bro, sejak bila kau pandai pakai seluar pendek warna pink ni?" soal Freddy sambil menuruni anak tangga.

     "Panas sangat tadi. Aku main capai je mana yang ada. Kau cakap nak teman aku tapi kau sedap berdengkur dah macam bunyi anak gajah." Enrique mula meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Freddy. Freddy tersengih.

     Mereka semua memasuki sebuah markas milik Hezrick. Masing-masing memegang sebuah beg di tangan kecuali Amira. Gadis itu nampak terkial-kial menarik dua beg bagasi bersaiz besar dan sederhana miliknya meniti anak tangga.

     Keluhan kasar dilepaskan. Mengapa rumah ini tiada lif? Menyusahkan pula. Mana perginya lelaki-lelaki gagah yang datang bersama tadi? Sudah tukar jantina kah?

     "Kau tak nak tolong dia ke? Kesian je aku tengok. Muka merah-merah dah macam udang bakar tu..." Herith mula membisik pada Zack yang berdiri di sebelahnya.

     "Malas. Siapa suruh bawak banyak barang. Padahal kita nak duduk sini untuk berapa hari je," jawab Zack bersahaja.

     "Zack! Mari sini tolong saya kejap!" Kedengaran suara Amira memanggil nam myanya.

     "Majikan kau dah panggil tu, pergilah." Herith tersengih kecil sebelum dia beredar. Zack mengangguk kecil, tiada masalah pun untuk menolong gadis itu.

     Pintu bilik berdekatan ditolak. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Badan direbahkan ke atas katil bersaiz king. Tilam yang begitu empuk itu melegakan sendi dan otot yang terasa lenguh.

     Dia mula tersenyum sendiri teringatkan kata-kata Mikayla terhadapnya. Gadis itu langsung tidak kisah akan keputusannya ingin bernikah di negara seberang. Mikayla begitu faham akan kerjanya yang sibuk sepanjang masa.

     Perancangan sebenarnya ingin membawa Mikayla bernikah di Australia namun disebabkan jadual kerja bertembung dengan masalah yang dihadapi Mikayla, dia membawa gadis itu bernikah di Thailand sekaligus boleh menyelesaikan masalah syarikatnya di sini.

     Masih ada sesuatu perkara yang menganggu fikirannya. Anak-anak buah musuh terlalu ramai di sini, oleh kerana itu juga dia membawa Freddy sekali. Hanya lelaki itu nampak berguna jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience