Bab 50

Action Series 24641

     Sepucuk surat yang ditinggalkan Mikayla dibaca dengan teliti. Surat itu baru sahaja ditemuinya beberapa minit yang lepas semasa dia meletakkan kotak barang milik anaknya di sisi katil gadis itu.

     Ke hadapan bonda dan ayahanda tercinta,

     Sebenarnya Kayla tak tahu nak cakap macam mana sebab Kayla rasa semua yang berlaku ni bukan yang terbaik untuk masa depan Kayla tapi bodoh je banyak. Kayla nak ayah dan ibu faham perasaan Kayla yang memang tak boleh terima Adam sial tu. Ayah kena sedar, bukan dia yang beri ayah rezeki. Yang beri semua rezeki tu adalah Allah S.W.T, sedar diri tu ayah, lelaki tu cuma nak mempermainkan ayah je. Jangan jadi lembab sangat sampai perlu percaya kata-kata manusia celaka macam dia. Tolong jangan cari Kayla buat masa sekarang. Kalau Kayla rasa nak balik Kayla baliklah. Itu pun 'kalau nak'.

Sekian dari anakmu, Nur Mikayla bersama anak angkat mu lagi dua orang. Hahahaha.

     Dia tahu tulisan buruk ini bukanlah milik Mikayla, akan tetapi dia pasti gadis itu telah pergi.

     Tidak sangka rajuk Mikayla telah mendorong gadis itu memutuskan keputusan untuk meninggalkan rumah ini. Dia terus melangkah keluar untuk memberikan surat itu kepada Encik Anuar.

     Encik Anuar membacanya dengan perasaan yang marah. Kertas itu direnyuk lalu dicampaknya ke lantai. Bahasa yang digunakan anaknya di dalam surat ini kelihatan biadap!

     Dia perlu mengarahkan Adam supaya memberi amaran kepada lelaki barat yang mempunyai banyak tattoo di tubuh itu supaya berhenti menganggu anaknya.

*****

     Kelas telah pun bermula seperti biasa. Hanya Freddy yang hadir menemani Mikayla kerana Hezrick outstation manakala Enrique dan Herith diarah menyiapkan tugas di office.

     Air yang dipegang Amira diletakkan ke atas salah sebuah meja di cafeteria.

     Mikayla meminta diri untuk membuat pesanan makanan sebelum dia terus ke kaunter.

     "Psst!" Amira membuat bunyi memanggil Freddy yang duduk bertentangan dengannya.

     "Kau nak apa?" soal Freddy tanpa memandang gadis itu.

     "Kalau saya nak bawak Kayla pergi karaoke malam ni, Hezrick bagi tak?" soal Amira.

     Freddy mengangkat wajahnya membalas renungan gadis itu.

     "Tak ada tempat lain ke nak pergi?"

     Amira menggeleng beberapa kali. Sudah masuk kali ketiga dia pergi tanpa Mikayla dan kali ini dia bercadang untuk membawa gadis itu bersamanya.

     Lagi pun Hezrick tiada, apa salahnya jika lelaki itu membenarkan isterinya keluar bersama kawan-kawan yang lain?

     "Mengamuk lelaki tu kalau dia tahu ni," ujar Freddy tenang. Dia lebih kenal perangai Hezrick yang terlebih berjaga-jaga jika berkaitan Mikayla.

     "Then tak payah beritahu dia. I akan jaga Kayla sebaik mungkin. Lagipun semua perempuanlah," ujar Amira yang masih cuba memujuk lelaki itu.

     "Nanti aku pulak yang kena. Kalau nak pergi jugak, aku kena ikut."

     "Okey thank you Fred!" Amira tersenyum gembira. Akhirnya dapat juga keluar bersama Mikayla!

     Tidak lama kemudian, muncullah Mikayla bersama Ad. Dua orang itu mengambil tempat di kerusi kosong. Dulang makanan diletakkan ke atas meja.

     "Sepatutnya kau kena tolong dia yang lemah ni beli makanan. Bukannya tahu nak main handphone je..." bebel Ad.

     "Dia tak mintak tolong aku pun." Freddy menoleh ke arah Ad sekilas sebelum wajahnya kembali menghadap skrin telefon.

     "Kita lelaki bro, kita yang perlu bertindak terlebih dahulu. Perempuan-perempuan lemah ni perlukan kita yang gagah perkasa, betul tak Puan Kayla?" soal Ad menggunakan nada yang lembut sahaja apabila bertutur dengan gadis itu.

     "Eeeuu kat mana yang gagah dan perkasanya?" Amira menarik riak jijik. Dia memandang Ad dari atas sehingga bawah. Kurus kering!

     "Oh you kena try I dululah baru tahu gagah perkasa I kat mana. Itu pun kalau Zack tak marah." Ad menjongketkan keningnya beberapa kali. Freddy bertindak menyepak kaki lelaki itu.

     "Auuw! Sakitlah!" Ad merenung tajam wajah Freddy.

     "Kau cakap kotor macam tu manalah perempuan-perempuan ni faham. Mereka perlukan lelaki yang jujur," ujar Freddy yang berfikiran realistik.

     "Contohnya?" Ad mengangkat sebelah kening.

     "Contoh macam ni... Amira, dia nak ajak you tidur dengan dia untuk rasa sendiri gagah perkasa yang dia maksudkan." Freddy tersenyum senget melihat wajah cuak Ad.

     "Seriously lelaki ni maksudkan macam tu??" soal Amira.

     "Eh no! I'm not like that..." Ad membela dirinya sambil menjeling Freddy. Pandai-pandai je lelaki ni!

*****

     Wajahnya ditilik melalui pantulan cermin. Baju yang tersarung pada tubuhnya ditarik ke bawah bagi menyerlahkan kekemasan diri. Akhirnya dia menghela nafas kasar. Dia rasa tidak berpuas hati melihat pakaiannya pada malam itu.

     Dia terus melangkah keluar dari bilik. Amira dan Mikayla yang sedang sibuk mengambil gambar ditegurnya. Kedua-dua orang gadis itu menoleh serentak ke arah Freddy.

     "Err kenapa pakai seluar?" soal Amira.

     Matanya masih melekat pada seluar yang bewarna biru gelap tersarung pada tubuh lelaki itu. Bukankah tadi dia sudah menyuruh lelaki itu memakai kain pemberiannya?

     "Takkan bodyguard pun tak boleh masuk kalau pakai macam ni?" soal Freddy setelah dia meneliti penampilannya buat kali yang kelima atau mungkin keenam.

     "Kawalan kawan-kawan saya terlalu ketat. Lelaki memang tak boleh masuk. Awak tunggu kat luar pintu jelah." Amira memutuskan keputusannya.

     Memang benar kawan-kawannya yang lain tidak membenarkan lelaki masuk kerana malam ini adalah malam untuk gadis-gadis sahaja.

     "Macam mana aku nak percaya kawan-kawan kau tu semuanya baik?" Freddy menyoal dingin. Menyampah pula banyak alasan begini.

     "Bro? Kenapa atas perempuan, bawah lelaki bro?" Enrique mengerutkan dahi melihat Freddy memakai baju perempuan bersama seluar slack bewarna hitam.

     "Aku ada hal sikit malam ni. Nak join ke?" Freddy memandang Enrique.

     "Kalau aku join, kena pakai coli jugak ke?" Enrique tersenyum nakal.

     "Tak payah." Freddy menggeleng kecil.

     "Tak syok lah macam tu. Kau pergi jelah. Jaga diri, risau kena rogol pulak dengan perempuan-perempuan tu nanti." Enrique menitipkan pesan sebelum dia memandang Herith.

     "Kau nak ikut aku pergi cari masalah tak?" soal Enrique kepada lelaki itu.

     "Kat mana?" Herith tersenyum gembira. Macam tahu-tahu je dia tengah bosan ketika ini. Enrique membuat isyarat tangan mengarahkan Herith mengekorinya.

     "Habislah bergegar bandar tu nanti." Freddy menggeleng kecil sambil memandang pintu utama yang ditutup dari luar.

     Mata Mikayla dan Amira terus beralih ke arah Freddy yang masih mempunyai masalah pemakaian.

     "Bagi aku masa tiga minit untuk berfikir." Freddy melabuhkan punggungnya di atas anak tangga. Tapak tangan kanan menongkat dagu, sikunya pula diletakkan ke atas lutut. Mata dipejam rapat.

     Amira menghulurkan telefon bimbitnya pada Mikayla. Mikayla mengangguk tanda mengerti. Mereka berdua meneruskan kerja mengambil gambar masing-masing.

     "Aku ikut!" jerit Freddy secara tiba-tiba menyentakan Mikayla dan Amira. Bergema ruang tamu rumah besar itu.

*****

     Gadis-gadis yang merenung hairan ke arahnya dijeling tajam. Skirt bewarna merah yang dipakai ditarik ke bawah sehingga menutupi kasut.

     Kepalanya rasa pening dek perfume yang berbagai jenis bauan dan brand menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Adakah deria bau gadis-gadis di dalam bilik ini sudah rosak? Teruk sial bau!

     Mikayla dan Amira yang sedang berbual di sisinya dipandang bersilih ganti. Bila gadis-gadis ini hendak pulang ke rumah? Dia benar-benar rasa bosan dengan situasi ini.

     Bunyi suara-suara yang sedang bernyanyi membuatkan dia rasa ingin membaling meja di hadapannya itu ke arah mereka semua.

     "Sumbanglah, pekak telinga aku." Freddy menggosok kasar kedua-dua belah telinganya.

     "Shh!" Amira meletakkan jari telunjuk pada bibir.

     "Aku nak pergi tandas," ujar Freddy sambil berdiri. Mikayla memberi laluan untuk Freddy keluar dari tempat duduknya yang berada di tengah.

     Baru sahaja tangannya ingin menyentuh tombol pintu, pintu itu ditolak dari luar. Dua orang lelaki berbangsa cina dan seorang lelaki berbangsa india melangkah masuk ke dalam bersama sebatang besi di tangan masing-masing.

     Freddy berundur beberapa langkah ke belakang. Dia berada di kedudukan yang paling hadapan di antara gadis-gadis yang sedang menjerit ketakutan. Dia tahu tujuan lelaki-lelaki itu ke sini.

     "Tunduk kalau lu tak mau mati!" arah seorang lelaki cina sambil menghalakan sebatang besi.

     Gadis-gadis itu terus menunduk kecuali Freddy yang masih berdiri dengan beraninya menghadap lelaki cina itu.

     "Lu perempuan! Mau mati ka?!" soal lelaki itu pada Freddy sambil menunjuk-nunjuk batang besi tepat di hadapan wajah lelaki itu.

     "What the fuck? Muka macho macam ni kau panggil perempuan?!" Freddy menyepak tangan lelaki cina itu sehingga terlepas besi yang dipegang.

    Semua gadis di dalam bilik itu membuntangkan mata. Tidak sangka pula gadis cantik yang berkulit putih bersih itu adalah seorang lelaki!

     Freddy membalas serangan tiga orang lelaki serentak.

     Sepakan kaki kanan dilayangkan ke arah musuh yang menyerangnya dari sebelah kanan. Satu tumbukan dilepaskan ke arah lelaki yang berada di hadapannya sebelum dia menerajang lelaki yang berada sisi kirinya.

     Prak!

     Kain yang dipakainya terkoyak. Freddy merengus sebelum kain itu ditanggalkan. Nasib baik dia tergerak hati untuk memakai seluar di dalam. Jika tidak, bayangkan seorang lelaki macho memakai kain yang terkoyak di bahagian paha sedang berlawan dengan musuh. Pasti rosak terus imejnya.

     Lelaki-lelaki yang terjatuh di lantai masih tidak bangun. Mereka bertiga mengerang kesakitan di perut akibat ditumbuk dan diterajang Freddy.

     "Boleh dah nak keluar, pergilah sebelum terlambat," arah Freddy tenang.

     Gadis-gadis itu mula berlari menuju ke arah pintu utama untuk keluar. Hanya Mikayla dan Amira masih berdiri tercegat di situ merenung Freddy. Wajah mereka berdua langsung tidak kelihatan pucat seperti gadis-gadis yang takut sebentar tadi.

     "Tunggu apa sial? Nak aku heret kaki kau berdua ke?" soal Freddy kasar. Sesekali matanya mengerling ke arah musuh di lantai.

     "Tapi kunci kereta pada awak," ujar Amira bernada biasa.

     Freddy menepuk kuat dahinya sebelum kocek seluar diraba. Kunci kereta dilambungkan ke arah Mikayla dan Amira. Kedua orang gadis itu berlanggar ingin menangkap kunci itu.

"Perempuan memang menyusahkan," ujar Freddy sambil menggeleng kecil.

     Belakang bahunya disentuh kasar oleh musuh membuatkan dia terus memegang tangan lelaki itu lalu dia menyiku perut musuhnya.

     Seorang lagi musuhnya menghayunkan batang besi mengenai belakang tubuhnya.

     "Lari!" jerit Freddy yang sudah terjatuh melutut di lantai.

     Mikayla dan Amira berlari keluar. Mereka berlari anak menunu ke tempat parkir kereta.

     Seorang lelaki bertopeng telah menyekat jalan mereka. Mikayla menarik lengan Amira dan mengubah haluan.

     Bang!

     Satu das tembakan dilepaskan ke arah mereka berdua. Muncung pistol yang masih berasap ditiup. Mikayla jatuh. Tembakan lelaki itu tepat mengenai kaki kanannya.

     Amira melopongkan mulut, dengan pantas dia cuba memapah Mikayla.

    Mikayla menggeleng-gelengkan kepala mengerang kesakitan. Butir-butir air mata mula mengalir di pipi. Kakinya terlalu sakit.

     Lelaki itu menyeringai di sebalik topeng. Kakinya diatur meluru ke arah dua orang gadis itu. Tubuh Mikayla didukung kasar.

     Amira sempat menarik baju lelaki itu namun tangannya ditolak kasar sehingga dia jatuh terjelupuk di atas jalan berturap.

     Lelaki itu membawa tubuh Mikayla yang masih meronta memasuki sebuah kereta.

     Amira meminta tolong. Tetapi siapa yang akan mendengar suaranya pada waktu-waktu begini?

     Tiada satu pun kereta yang melalui kawasan itu. Telefon miliknya sudah entah dicampak ke mana. Dia bangun sambil menangis dan berlari ke arah bilik tadi untuk mencari Freddy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience