Bab 19

Romance Series 14493

Haikal memasuki villanya dengan lemah. Kakinya terhenti apabila namanya dipanggil. Haikal menoleh malas.

“Mummy ada benda nak cakap. Duduk!” ujar Datin Hanum tegas. Haikal hanya menurut. Dirinya malas ingin membantah. Baginya ini semua sudah berakhir!

“Mummy tak sangka yang Kal masih berhubungan dengan budak tu. Mummy ingat Kal dah lupakan dia bila Kal minta mummy pindahkan Kal ke sekolah tu semula. Tapi nampaknya Kal masih sukakan budak tu. Apa istimewanya dia berbanding Fifi?” soal Datin Hanum keras.

“Banyak. Banyak sangat sampai tak terhitung...” balas Haikal perlahan.

“Nampaknya Kal dah gila bayang dengan budak tu. Hati Kal dah dibutakan dengan cinta mentah!”

“Memang Kal gila bayang dengan Syasya tapi mummy dah musnahkan semuanya! Everything!!” Haikal mula berdiri dan merenung ke dalam mata mummynya.

“Kenapa buat Kal macam ni...Kal bukan budak-budak lagi.” Ujar Haikal kembali. Datin Hanum terduduk.

“Mummy terpaksa. Mummy tak nak nasib Kal sama macam....”

“Sama macam abang Aiman. Itukan yang mummy nak cakap.” Potong Haikal. Macam dia tak tahu selama ini mummynya menghalang keras perhubungan mereka adik-beradik dengan orang yang taraf rendah kerana tidak ingin peristiwa yang terjadi terhadap abang mereka, Alif Aiman berulang kembali.

Masih ingat lagi ketika Haikal masih kecil, abangnya, Aiman jatuh cinta pada budak perempuan yang manis dan datang dari keluarga yang sederhana. Waktu itu umur Aiman baru sahaja meningkat remaja iaitu 16 tahun. Tapi itu tidak menghalang perhubungan mereka.

Mereka bercinta selama empat tahun. Malangnya, gadis itu mengambil kesempatan terhadap Aiman yang terlalu naif dalam percintaan. Habis semua wang Aiman disapu oleh gadis itu. Gadis itu juga telah melarikan diri bersama lelaki yang lebih kaya berbanding Aiman dan meninggalkan Aiman sendirian.

Aiman cukup tertekan kerana dia terlalu mencintai gadis itu. Lalu Dato Harun dan Datin Hanum membawa Aiman ke luar negara untuk dirawat. Dan akhirnya bila Aiman sembuh, dia langsung tidak mahu pulang ke Malaysia lagi. Aiman melanjutkan pelajaran lalu berkahwin dengan pilihan Datin Hanum dan menetap di sana. Katanya ingin uruskan bisnes Dato Harun di London.

“Syasya bukan macam gadis yang pernah abang suka dula. Syasya lain dari gadis yang pernah Kal jumpa. Dia baik dan dia ikhlas dalam apa yang dia lakukan. Dia langsung tak pandang pada harta kita ni.” Haikal cuba membela.

“Dulu pun itu yang abang kamu pernah cakap kat mummy tapi apa hasilnya. Dia tipu abang kamu terus dia kikis semua duit abang kamu. Then, dia lari dengan jantan lain. Itu yang kamu kata baik, ikhlas...jangan pernah terpedaya dengan wajah polos mereka, Haikal!” balas Datin Hanum. Haikal hanya berdiam diri.

“Mummy sayangkan semua anak mummy. Mummy nak yang terbaik untuk kamu semua.” Ujar Datin Hanum lirih.

“Tapi mummy tak berhak nak tentukan pilihan Kal.”

“Mummy berhak Kal because I’m your mother! Kal tak tengok hasilnya, abang Kal. Mummy yang carikan jodohnya. Apa Kal tak tengok Kak Maisarah kamu. Tak cantik ke dia...tak baik ke dia? Abang Kal bahagia aje dengan pilihan mummy. Mereka dah pun dikurniakan dua cahaya mata kembar lagi. Lagipun Kak Hasni kamu pun, mummy akan jodohkan dia dengan Izzat, calon doktor lagi. Mummy tengok kakak kamu langsung tak membantah tapi kenapa kamu kuat sangat membantah cakap mummy. Apa jodoh yang mummy tetapkan tak cukup baik untuk kamu?” ulas Datin Hanum panjang lebar. Haikal tersenyum sinis.

“Kal pasti mummy hanya memilih mereka kerana mereka datang dari keluarga yang berharta, kan? Cuba jika mereka datang dari keluarga yang miskin pasti mummy jijik nak pandang. Kal tak sama dengan abang Aiman dan kak Hasni. Kal ada pilihan hidup Kal sendiri. Biarkan Kal hidup dengan cara hidup Kal.”

“Dengan budak tu?” soal Datin Hanum tegas.

“Mummy dah lupa, mummy baru saja musnahkan hubungan kami. Kal dah pun putus hubungan dengan dia. So, are you happy now?” ujar Haikal sinis.

“Apa bukti yang Kal tidak berhubung lagi dengan dia?” Haikal bergerak ke tangga. Kebetulan pada waktu itu, daddynya Dato Harun baru saja pulang dari pejabat. Haikal berpaling ke arah daddynya.

“Daddy, Kal nak daddy uruskan persekolahan Kal di London. Kal akan menetap dengan abang kat sana. Sampai suatu saat nanti bila Kal dah sedia, Kal akan pulang dan ambil alih syarikat daddy kat sini. Mummy, Kal harap mummy lupakan aje untuk jodohkan Kal dengan Fifi. Kalau tak, mummy yang akan menyesal nanti.” Setelah itu, Haikal terus menaiki tangga dan menuju ke kamarnya.

Dato Harun yang terpinga-pinga dengan permintaan anak bongsunya menjeling ke arah isterinya. Datin Hanum hanya mengangkat bahu. Datin Hanum menarik nafas lega. Akhirnya, Haikal ingin menurut cakapnya dan tentang jodohnya itu pasti dia akan cuba memujuk dengan perlahan-lahan untuk menerima Fifi dalam hidupnya. Itu pasti!
**
Syasya memandang sepi ke persekitaran taman perumahannya. Sunyi. Mana tak sunyinya jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Namun, mata Syasya masih belum mengantuk. Matanya juga sudah kelihatan bengkak kerana hampir seharian dia menangis. Untung sahaja esok masih lagi cuti hujung minggu. Jadi bolehlah dia hilangkan bengkak di matanya itu.

Syasya sering terfikirkan kejadian pada hari ini tapi lebih terarah sewaktu dia menampar Ammar. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Langsung tak terlintas di fikirannya yang dia akan bertindak demikian. Mungkin bila perasaan marah mengusai diri segala pergerakannya juga pasti tidak dapat dikawal.

Syasya memandang tangan kanannya dan mengempalnya. Tangan ini yang menampar Am. Saya minta maaf, Am...saya tak boleh kawal emosi saya. Mungkin saya terkejut dengan kata-kata awak. Saya tak sangka awak boleh cakap macam tu kat saya. Saya tak cintakan Haikal tapi saya cuma dan hanya cintakan awak Tengku Ammar! Syasya menitiskan air matanya entah ke berapa kali. Tak terhitung....
**
Sudah dua hari, Ammar tidak menegur Syasya. Itu membuatkan perasaan bersalah Syasya semakin menebal dalam dirinya. Dia tahu Ammar benar-benar marah akan dirinya. Mereka sering bertemu tetapi Ammar hanya menunjukkan sikap dinginnya seolah-olah mereka langsung tidak mengenali satu sama lain.

“Awak okey, Sya?” soal Amira prihatin. Dia tahu rakannya sedih dengan perubahan Ammar. Dia juga tahu bahawa Syasya sudah menyedari kesilapannya.

“Saya okey,” jawab Syasya cuba tersenyum namun yang kelihatan hanyalah sebuah senyuman hampa. Amira memegang erat tangan Syasya.

“Sya...kalau ada apa-apa yang awak nak kongsi. Just share with me.” Syasya membalas pegangan Amira.

“Tapi saya tak ada apa nak kongsi. Awak jangan risaulah, kalau saya ada nak share something saya akan terus luah kat awak,” Syasya tidak ingin membebankan Amira dengan masalahnya. Dia tahu permasalahan Amira dan Danial juga masih belum selesai. Jadi, dia tak nak rakannya susah hati memikirkan dirinya.

“Okey janji tau...”

“Janji!”

“Awak tak nak pergi rehat?” soal Amira. Sudah ramai pelajar keluar berpusu-pusu ke kantin.

“Tak nak. Saya puasa hari ni.” Ujar Syasya jujur.

“So, awak nak duduk sorang-sorang dalam kelas. Nak saya temankan?” tawar Amira.

“Tak apa, saya nak pergi library kejap lagi. Awak pergilah rehat.”

“Orait. Saya pergi dulu.” Ujar Amira lalu berlalu pergi bersama Alya dan Anita yang sedang menunggu di luar kelas. Syasya segera bersiap-siap untuk ke perpustakaan sekolah.
**
Ketika Danial sedang mencari buku, tiba-tiba ada seseorang menyapanya. Danial berpaling dan agak terkejut melihat orang yang memanggilnya.

“Hai, Danial. Boleh cakap sikit?” soal Syasya. Danial hanya mengangguk dan mereka duduk di kawasan yang sedikit terlindung. Mata Syasya memerhati sekeliling seperti mencari kelibat seseorang. Danial menyedarinya.

“Erk...dia tak ada.” Jawab Danial. Dia yakin Syasya mencari kelibat Ammar.

“Oh....” keluh Syasya perlahan. Aik bunyi macam kecewa aje....desis Danial.

“Emm ada apa nak jumpa saya ni?” soal Danial cuba mengalih topik. Danial memerhati wajah Syasya seketika. Cantik! Satu pujian ikhlas dari hatinya. Muka Syasya sedikit iras dengan orang korea. Matanya yang sepet, hidungnya yang mancung, bibirnya yang nipis dan kulitnya yang putih gebu. Ish kalau bukan si Am yang punya dah lama aku sapu...

“Awak dengar tak apa saya cakap?” soal Syasya pelik. Dia melihat tiada reaksi yang dipamerkan Danial setelah dia memberitahu tujuannya yang sebenar. Mengelamun ke mamat ni....

“Haa...! Erk maaflah saya tak dengar. Boleh ulang lagi tak?” soal Danial yang sudah mula mengelabah. Syasya tersenyum. Memang sah berangan, ingatkan Amiralah tu.

“Sebenarnya saya nak ucap terima kasih sebab hari tu awak tolong Amira dari kena pukul dengan Haikal.” Danial hanya mengangguk.

“Tapi kenapa awak pula yang beria-ria nak berterima kasih bagi pihak dia sedangkan dia yang patutnya ucap sendiri kat saya.” Balas Danial tidak puas hati. Ish minah ni, dah pandai nak kirim-kirim orang pulak. Kan senang kalau kau jumpa aje aku....

“Jangan salahkan Amira. Dia bukan tak nak ucap sendiri tapi dia takut awak tak boleh terima. Saya tahu Amira tak sepatutnya marah dekat awak sebab awak dah lindung dia tapi mungkin dia terkejut dengan kata-kata awak yang mengaku dia tu girlfriend awak. Sesiapa pun mungkin akan buat macam yang Amira buat.” Jelas Syasya. Dia ingin sekali jernihkan keadaan antara Amira dan Danial. Biarpun masalahnya sendiri masih belum selesai.

“Saya buat macam tu sebab saya nak lindung dia. Saya ingat bila saya cakap macam tu Haikal tak akan ganggu dia. Saya fikir Haikal sukakan Amira tapi tak tahu pula yang dia sebenarnya ex...” kata-kata Danial terhenti. Dia mula sedar kesalahannya apabila melihat muka Syasya mula berubah.

“Erk saya minta maaf sebab dah ungkit kisah lama awak.” Danial mula gelisah.

“Tak apa, saya tak marah. Itu semua kisah lama...kami dah tak ada apa-apa lagi hubungan. By the way, saya cuma nak cakap jangan marah dengan Amira sebab dia tak bersalah. Lagipun dia dah menyesal dengan perbuatannya. Dalam hal ni, saya yang bersalah sebab dah heret awak berdua dalam masalah saya.” Ujar Syasya perlahan. Danial hanya berdiam diri. Fikirannya buntu.

“Saya harap awak dan Amira dapat jadi kawan yang baik lagipun awak berdua sangat serasi bila bersama. Tak apalah, saya nak masuk kelas dulu.” Ucap Syasya lalu berlalu. Kata-kata terakhir Syasya membuatkan Danial terkaku. Serasi ke dia dengan Amira......

Semasa Syasya keluar dari perpustakaan, dia terserempak dengan Ammar. Dia cuba tersenyum tetapi hampa kerana Ammar langsung tidak menoleh ke arahnya. Ammar terus berlalu masuk ke perpustakaan dengan selamba. Syasya hanya mampu melihat langkah Ammar yang mula jauh darinya.
**
Danial tersedar apabila seseorang menarik kasar kerusi di sebelahnya. Danial berpaling dan memberikan senyuman. Namun tiada balasan.

“Bro, sejak kejadian hari tu memang kau dah hilang ingatan ke. Sampaikan cara nak senyum pun kau dah lupa.” Ujar Danial sebal. Dia punya tayang giginya yang bersih boleh pulak si Ammar tayang muka serius. Buat penat aje aku senyum...huh!

“Yang kau ni tersengih-sengih macam orang dah kemaruk sangat ni kenapa? Suka rampas hak orang?” balas Ammar sinis.

Hatinya sakit bila melihat perbualan mesra antara Danial dan Syasya. Dari tadi lagi dia menyaksikan aksi itu cuma dia tidak tahu apa yang mereka bualkan sampaikan Danial ralit menatap wajah Syasya.

Dan waktu Syasya ingin beredar dari perpustakaan, Ammar terus keluar dan berpura-pura ingin masuk ke dalam library. Dia nampak senyuman yang dilemparkan Syasya cuma sengaja dia mengeraskan hatinya untuk tidak membalasnya.

“Apa maksud kau, Am? Rampas hak orang? Apa kau cakap ni?” soal Danial bingung.

“Tak tahu atau pura-pura tak tahu? Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat sebentar tadi? Tak sangka aku, kau ni...” kata-kata Ammar terhenti apabila tiba-tiba ketawa Danial meledak. Tapi ketawanya mati apabila melihat renungan maut Ammar. Husshh...kurus semangat aku tengok mata si Am ni....

“Tenang, bro! Aku boleh jelaskan. Sebenarnya Syasya jumpa aku sebab nak selesaikan masalah aku dengan si Amira tu. Dia cuba nak terangkan perkara sebenar. Kau jangan salah faham, bro. Walaupun aku playboy tapi aku bukan perampas, okey.” Jelas Danial bersungguh.

Bukan dia tak tahu sikap cemburu si Ammar ni. Sebab perasaan ni jugalah si Haikal tu kena penumbuk dengan Ammar. Ammar merenung mata Danial cuba mencari kebenaran. Danial hanya mengangguk. Ammar mengeluh.

“Kalau kau sayangkan dia, kenapa kau buat dia macam ni. Kau langsung tak tegur dia. Kau buat dia rasa makin bersalah. Kau masih marahkan dia sebab dia tampar kau ke?” soal Danial ingin tahu.

“Aku tak marahkan dia soal itu. Aku sedar yang masa tu aku yang silap. Tapi buat masa ni, aku rasa ini cara yang terbaik.” Balas Ammar perlahan.

“Cara terbaik kau cakap. Kau keruhkan lagi masalah adalah...”

“Kau fikir aku happy dengan semua ni. Hati aku cukup terseksa tau bila jumpa aje kena pura-pura tak nampak dia. Tapi aku terpaksa! Aku tahu yang aku cuma bertepuk sebelah tangan je,” Masih lagi terngiang-ngiang di telinganya ‘Awak siapa nak cakap macam tu. Dengar sini awak hanya kawan sahaja...dan tak lebih dari tu!’ Kata-kata itu sentiasa bermain di fikirannya. Dan dia sedar yang selama ini dia yang melebih sudu dari kuah!

Aku pasti kau tak bertepuk sebelah tangan, Am. Aku yakin korang saling sayang menyayangi! Aku yakin...desis Danial.
**
Ketika Syasya sedang mencuci tangan di tandas, dia terdengar perbualan dua orang pelajar yang kurang dikenalinya. Mungkin juniornya. Tapi topik yang dibualkannya menarik minatnya untuk mendengar.

“Eh, kau kenalkan pelajar senior kita yang handsome macam Alif Aziz tu?” soal pelajar itu kepada rakannya.

“Kenal. Yang baru pindah sekolah sinikan tahun ni. Kalau tak silap aku, nama dia Alif Haikal. Kenapa?” soal rakannya kembali.

“Kakak aku cakap, dia dah pindah dah. Katanya sambung belajar kat oversea.”

“Wah bestnya! Tapi kejap aje dia sekolah kat sini. Tak sempat aku nak ngorat.” Balas rakannya gatal. Syasya berpura-pura membetulkan rambutnya.

“Ish kau ni, gatal betul. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Kakak aku cakap lagi yang abang Haikal ni dulu pernah sekolah kat sini dah tapi kejap juga. Lepas tu dah pindah sekolah. Then, tahun ni dia datang sekolah pula kat sini. Baru beberapa bulan terus pindah sekolah ke oversea.” Ujar pelajar itu.

“Apa yang peliknya, beb. Orang kayalah katakan. Tukar-tukar sekolah ni macam tukar baju aje.” Sahut rakannya.

“Tapi kau tak pelik ke? Kakak aku cakap yang sebenarnya dia datang ke sekolah ni lagi cuma nak cari kekasih lamanya.” Syasya menelan air liurnya. Kelat!

“Ya ke? Mesti dia cinta gilakan kat awek dia dulu tu....untungnya awek dia!” ujar rakannya kagum.

“Itulah, terkejut juga bila tahu,”

“Eh, kakak kau ni macam detektif aje, semua dia tahu.”

“Mestilah. Kakak aku sekelas dengan dia dulu sebab tu dia tahu serba sedikit pasal abang Haikal.”

“Patutlah. Eh, jomlah masuk. Rehat dah nak habis dah ni...” ajak rakannya lalu mereka segera keluar dari tandas. Syasya menarik nafas lega. Dia memandang dirinya di cermin. Secebis senyuman terhias. Awak dah tepati janji awak...Haikal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience